TROPICANA MENAWARKAN SALAH SATU BUFET PERAYAAN TERBESAR DENGAN LEBIH 200 HIDANGAN & 10 STESEN MASAKAN LANGSUNG

Tropicana Golf & Country Resort (“TGCR”), anak syarikat kepada Tropicana Corporation Berhad (“Tropicana”), sekali lagi menjadi tuan rumah kepada salah satu bufet berbuka puasa terbesar sepanjang bulan Ramadan dengan kembalinya Bufet Selera Muhibbah 2026 yang dinanti-nantikan.

Berlangsung dari 21 Februari 2026 hingga 19 Mac 2026, bufet ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang memuaskan deria, dengan lebih 200 hidangan warisan dan kontemporari Malaysia yang ditawarkan secara bergilir setiap hari di 26 gerai, termasuk 10 stesen masakan langsung. Diadakan setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam, bufet ini merentasi ruang Restoran Twenty7 yang memenangi pelbagai anugerah, Golf Lounge serta Grand Ballroom, menjadikannya pengalaman berbuka puasa yang lazat dan penuh variasi.

Selari dengan semangat memberi dan berkongsi, TGCR bersama rakan strategik Adabi Consumers Industries Sdn Bhd (“Adabi”) dan Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd (“Mamee”) telah menganjurkan inisiatif kebajikan bertajuk “Majlis Bersama Anak-Anak Yatim & Rakan-Rakan Media”, dengan menjemput seramai 90 orang kanak-kanak daripada tiga buah rumah kebajikan.

Kanak-kanak daripada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hajah Kamariah, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, dan Pusat Tahfiz Darus Syabab diraikan dengan hidangan bufet istimewa serta menerima duit raya, hamper dan beg hadiah. Setiap rumah kebajikan turut menerima sumbangan kewangan sebagai tanda sokongan dan bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri mereka. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TGCR dalam menyokong komuniti yang memerlukan.

Berucap pada majlis tersebut, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengerusi TGCR berkata,

“Kami berbangga menjadi lokasi kepada salah satu bufet terbaik di bandar ini. Bufet yang amat dinantikan ini direalisasikan hasil komitmen dan sumbangan pasukan serta cef TGCR. Seiring dengan prinsip kami dalam mentakrifkan semula seni keprihatinan, kami juga berbesar hati menjemput kanak-kanak daripada tiga rumah kebajikan untuk bersama-sama menikmati hidangan bufet ini. Seramai 90 orang kanak-kanak bersama penjaga mereka diraikan dengan hidangan enak serta layanan mesra dalam suasana santapan gaya kampung yang menjadi identiti kami. Selama lebih 20 tahun, kami telah menjemput komuniti yang kurang bernasib baik untuk bersama-sama meraikan Ramadan bersama kami, dan tradisi memberi serta berkongsi ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.”

Acara dimulakan dengan persembahan pengenalan hidangan oleh pasukan cef dan pembantu, yang menampilkan pelbagai sajian baharu seperti Ayam Mentega Berkrim Delhi, Ikan Siraman Lemon Sutera, Kambing Rendang Warisan, Gulai Bebek Umbu Aceh, Sajian Hijau Hutan Belantara, Daging Aroma Rebung Lemak Cili Api, Karamel Nenas Bonda, Kambing Reneh Irawaddy, Kambing Bakar Haruman Sutera bersama Nasi Mentari Chennai, serta Nasi Cendawan Berbumbu Lima. Acara turut diserikan dengan persembahan muzik kontemporari oleh kumpulan lima orang pemuzik, PJ Colours.

Bufet Selera Muhibbah yang ditawarkan sehingga 19 Mac 2026 ini turut menampilkan tarikan seperti persembahan ghazal, dekorasi tradisional autentik termasuk sebuah rumah kampung sebenar di pintu masuk sebagai elemen utama, surau baharu di bahagian tengah, serta kemudahan parkir percuma yang luas lengkap dengan perkhidmatan buggy.

Harga bufet bermula dari RM80, manakala bagi acara persendirian, harga ditawarkan bermula dari RM98++. Sambutan perayaan di Tropicana Golf & Country Resort diteruskan dengan pakej Jamuan Raya Bersama yang akan berlangsung dari 21 Mac 2026 hingga 18 April 2026, bermula dari RM98++.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-7804 8888. Bagi menganjurkan acara persendirian, sila hubungi 1800 88 8128 atau emel [email protected].