
Dewan acara pelbagai guna ini merupakan arena tertutup terbesar di Malaysia dalam sebuah pusat beli-belah
Petaling Jaya, 30 April 2025 – Pengunjung ke 3 Damansara bakal menikmati pengalaman baharu yang lebih segar dan imersif dengan pembukaan Idea Live Arena, sebuah dewan acara persembahan langsung dan hiburan antarabangsa yang serba baharu.
Terletak di tingkat dua dengan keluasan bersih boleh disewa (NLA), kira-kira 61,000 kaki persegi, pengendali dewan acara antarabangsa ini akan memulakan operasinya di Malaysia buat pertama kali di 3 Damansara.
Ia menawarkan ruang pelbagai guna dan kemudahan premium untuk pelbagai acara korporat, komersial dan hiburan. Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 5,000 dan dilengkapi teknologi terkini, Idea Live Arena ialah arena tertutup terbesar dalam pusat beli-belah di Malaysia, menjanjikan pengalaman yang unik dan dinamik untuk semua pengunjung.
Untuk memantapkan kedudukannya sebagai hab komuniti pilihan di Lembah Klang, 3 Damansara bakal memulakan fasa seterusnya dalam pelan penambahbaikan pada separuh kedua 2025. Inisiatif peningkatan aset ini akan memberi tumpuan kepada penstrukturan semula lebih 21,000 kaki persegi ruang NLA di aras bawah pusat beli-belah.
Kawasan makan alfresco akan diperluas dan dinaik taraf bagi menerima jenama makanan dan minuman (F&B) baharu yang menarik, menambah kepelbagaian pilihan juadah yang tersedia di 3 Damansara.

“Sebagai sebahagian daripada pelan penambahbaikan 3 Damansara, kami teruja untuk memperkenalkan dewan acara hiburan dan persembahan langsung antarabangsa yang baharu, sekali gus mempertingkatkan pengalaman gaya hidup dan membeli-belah untuk para pengunjung kami. Pengunjung boleh menantikan kalendar acara menarik yang mampu menarik ramai pengunjung di Idea Live Arena.”
Selina Ng, Pengarah Urusan, Runcit, Pengurusan Komersial, CapitaLand Investment (Malaysia)
“Pelan penambahbaikan 3 Damansara merupakan strategi yang dirancang secara berfasa dan teliti, mencerminkan komitmen kami untuk berkembang seiring dengan keperluan gaya hidup dinamik pengunjung. Walaupun transformasi penuh akan berlaku secara berperingkat, pengunjung akan dapat menyaksikan kemunculan jenama-jenama yang dikurasi dengan teliti, selaras dengan empat teras utama.
Penambahbaikan ini direka untuk mencipta pengalaman pusat beli-belah sehenti yang meriah, memenuhi keperluan komuniti kediaman dan pejabat di sekitarnya, sambil memupuk rasa keterikatan dan penglibatan yang kukuh.
Selepas kejayaan revitalisasi aras bawah tanah pada 2024, AEI yang akan datang di aras bawah akan memberi tumpuan kepada peningkatan pengalaman makan alfresco dan memperluaskan tawaran F&B kami.
Bersama kemasukan penyewa baharu secara berperingkat, perubahan ini akan terus mengukuhkan kedudukan 3 Damansara sebagai hab gaya hidup dan komuniti yang wajib dikunjungi,” tambah Ng.
Sejak pelan penambahbaikan bermula pada tahun 2023, 3 Damansara berjaya memperkenalkan lebih 30 jenama baharu merangkumi empat teras utama – keperluan harian dan perkhidmatan; makanan dan minuman; kecantikan dan kesihatan serta gaya hidup bandar.
Penambahan ini telah memberi nafas baharu dalam aspek senarai penyewa, meningkatkan tawaran pusat beli-belah bagi memenuhi keperluan komuniti kediaman dan pejabat yang padat di kawasan sekitarnya.
Pusat Beli Belah Sehenti Untuk Semua Keperluan Harian Anda
Disasarkan kepada keluarga muda bandar dan golongan profesional yang tinggal dan bekerja di sekitar Petaling Jaya, 3 Damansara merupakan pusat beli-belah komuniti yang popular dan berfungsi sebagai destinasi sehenti untuk semua keperluan harian mereka. Lebih daripada sekadar hentian kejiranan, 3 Damansara menawarkan gabungan runcit, santapan, hiburan dan jenama gaya hidup kontemporari di bawah satu bumbung.

Sebagai sebahagian daripada pelan penambahbaikan, 3 Damansara turut membuka ruang kepada NSK Grocer, pasar raya segar terbesar di Petaling Jaya, pada Januari 2023. Kehadiran NSK telah meningkatkan pengalaman membeli-belah komuniti dengan pilihan barangan runcit yang premium pada harga berpatutan, sesuai untuk pelbagai citarasa dan keperluan mereka.
Ia turut mempelbagaikan pilihan dengan pembukaan Winetopia, yang menampilkan koleksi wain dan minuman keras mewah, serta Kafe Ruuma yang menyajikan sajian tempatan popular dalam suasana santai.
Sejak pembukaan rasminya pada Februari 2025, Batuu Climbing yang berkonsepkan gaya hidup aktif semakin menjadi tumpuan utama bagi penggemar aktiviti mendaki, menawarkan pelbagai cabaran untuk semua tahap kemahiran. Batuu Climbing menampilkan gim mendaki dengan kemudahan bouldering dan memanjat menggunakan tali. Ia juga mempunyai Batuu Kids iaitu ruang khas untuk pendaki muda, serta kafe Pinch yang berada dalam premis, sekali gus mewujudkan suasana komuniti yang meriah untuk semua peringkat umur.
Syurga Makanan Dengan Pelbagai Pilihan Hidangan
Berita baik buat penggemar makanan! 3 Damansara menawarkan pelbagai pilihan santapan dan hiburan menarik, sesuai untuk semua – sama ada bersama keluarga atau rakan sekerja. Susulan pengubahsuaian aras bawah tanah dan pengoptimuman ruang runcit seluas kira-kira 14,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini kini memiliki hampir 40 pilihan F&B tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan.
Tambahan terbaharu termasuk rangkaian santapan kasual tempatan, Brew House, yang menerima sambutan positif daripada pengunjung. 3 Damansara juga menempatkan restoran dan kafe terkenal seperti Kingdom Palace Restaurant, Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe, Sushi Han dan Rise & Sip.
Untuk berita dan promosi terkini, sila layari https://3damansara.com.my.