
- 11Share sekarang!
- Facebook11
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0
Talentbank, peneraju utama dalam bidang kebolehpasaran siswazah negara, telah mengumumkan senarai Pilihan Majikan bagi Universiti 2025. Senarai ini menampilkan institusi-institusi yang graduannys menjadi pilihan utama di pasaran kerja negara.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di EQ Kuala Lumpur, yang memaparkan komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan keperluan sebenar industri.
Berbeza dengan penarafan akademik tradisional, senarai ini disusun sepenuhnya berdasarkan data pengambilan pekerja sebenar daripada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia, yang diperoleh secara langsung daripada majikan-majikan terkemuka di seluruh Malaysia seperti PETRONAS, Maybank, CelcomDigi.

Penarafan ini menggunakan Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank (GE Index) yang mengaplikasikan metodologi tiga peringkat iaitu mengenal pasti universiti yang menjadi pilihan utama majikan, mengukur bilangan pengambilan graduan dari setiap institusi dan menilai kadar pengambilan semula oleh majikan berdasarkan prestasi graduan.
Indeks ini menjadi panduan emas buat lepasan sekolah dan ibu bapa dalam memilih universiti yang bukan sahaja unggul dari segi akademik, tetapi terbukti menghasilkan graduan yang tinggi permintaan di pasaran kerja.
Antara universiti awam yang berada di puncak senarai pilihan majikan termasuk adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain.
Manakala di universiti swasta pula, antara nama yang terus gah adalah: Sunway University yang kekal No.1 kebolehpasaran graduan selama empat tahun berturut-turut, Universiti Tunku Abdul Rahman, Heriot-Watt University Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation, IMU University, Universiti Teknologi Petronas dan lain-lain.

Institusi-institusi ini diiktiraf kerana berjaya melahirkan graduan yang mahir, cekap, dan memenuhi keperluan pelbagai sektor industri.
Sempena ulang tahun ke-15 Talentbank, satu lagi inisiatif turut diperkenalkan — Career Playbook, sebuah panduan strategik yang dirangka khusus untuk menjadi rujukan penting bagi pelajar lepasan sekolah, mahasiswa, dan graduan muda. Panduan ini membantu mereka untuk merancang kerjaya, mengenal pasti industri berpotensi, membangunkan kemahiran kebolehpasaran, dan menguasai proses permohonan kerja.
Menurut Ben Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, selama 15 tahun Talentbank telah konsisten memimpin usaha dalam memperkasakan graduan negara. “Melalui inisiatif seperti Senarai Universiti Pilihan Majikan dan Career Playbook, kami terus komited membimbing pelajar serta keluarga membuat keputusan pendidikan dan kerjaya yang tepat, sekali gus membina graduan yang bersedia bersaing di pasaran kerja yang semakin mencabar.”
“Kami melabur dalam kajian mendalam untuk mengenal pasti universiti yang menjadi pilihan majikan, dan kami berharap panduan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh lepasan sekolah dan ibu bapa demi masa depan kerjaya yang lebih cerah,” tambah beliau.
Senarai penuh Universiti Pilihan Majikan 2025 boleh dilayari di: www.talentbankgroup.com. Daftar minat untuk Career Playbook di: www.careerplaybook.io.
- 11Share sekarang!
- Facebook11
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email0