Bila sebut Tenaga Nasional Berhad (TNB), ramai yang fikir pasal elektrik je. Tapi tahukah korang, selain membekalkan elektrik, TNB juga memainkan peranan besar dalam ekonomi Malaysia?
Baru-baru ni, TNB umumkan prestasi kewangan yang kukuh untuk tahun 2024, dan sebahagian besar keuntungan tu disalurkan balik kepada rakyat serta membantu pembangunan negara dalam pelbagai aspek.
Sebahagian besar hasil TNB disalurkan semula kepada pelaburan negara
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB memainkan peranan besar untuk menyokong ekonomi negara. Dengan prestasi kewangan yang kukuh pada tahun 2024, TNB mengumumkan sebanyak 60% keuntungan mereka diagihkan kepada dana pencen dan institusi pelaburan negara seperti:
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Khazanah Nasional Berhad (KNB)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Lembaga Tabung Haji (LTH)
Secara tak langsung, keuntungan ni menyokong pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan pesara dan pelabur kecil yang ada simpanan dalam dana-dana ni, seperti apa yang dikongsikan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Bin Abdul Majid.
“Kami bukan sahaja tertumpu kepada kelangsungan kewangan tetapi untuk memastikan kejayaan TNB dipulangkan kepada negara – melalui sokongan melalui dana pencen, pertumbuhan ekonomi dan akses tenaga yang lebih mampu milik untuk rakyat,”
Tan Sri Abdul Razak Bin Abdul Majid.
Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Bin Abdul Majid.
Lebih 14,000 lampu jalan kampung baru dipasang pada 2024
TNB menyumbang kepada pembinaan negara melalui pelbagai inisiatif yang meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.
Salah satu inisiatif ialah Program Pencahayaan Jalan Kampung, sejak dilancarkan pada tahun 2000, telah mencerahkan kawasan luar bandar di seluruh negara dengan lebih 525,000 lampu jalan.
Lampu High Pressure Sodium Vapor (HPSV) yang lama telah ditukar kepada LED yang lebih mesra alam.
Selain tu, TNB juga aktif dengan inisiatif CSR (tanggungjawab sosial korporat) dalam bidang pendidikan, sukan, kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.
“Inisiatif ini termasuk memperluaskan projek pembekalan elektrik (elektrifikasi) di kawasan luar bandar, menyediakan program latihan pendidikan dan kemahiran, serta membiayai projek lestari berasaskan komuniti,”
Datuk Ir. Megat Jalaluddin Bin Megat Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif TNB
Adakah prestasi kewangan TNB akan mempengaruh tarif elektrik?
Salah satu soalan yang selalu ditanya: adakah keuntungan TNB akan mempengaruhi kadar tarif elektrik? Mengikut TNB, tak semestinya, kerana:
Tarif elektrik dikawal kerajaan, jadi ia bukan bergantung pada keuntungan TNB semata-mata.
Pelaburan dalam kecekapan grid. Dengan teknologi baru, TNB boleh kurangkan kos operasi dan pastikan kadar tarif kekal stabil.
Insentif solar & tarif fleksibel. Ada banyak program yang boleh bantu rakyat jimat elektrik, termasuk tarif ikut waktu penggunaan.
Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin:
“Keuntungan tidak diambil begitu sahaja, tetapi dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang lebih baik, tarif yang stabil dan jaminan bekalan tenaga jangka panjang,”
Datuk Ir. Megat Jalaluddin. Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin.
Pelaburan dalam tenaga hijau makin menjadi fokus
Seiring dengan matlamat negara untuk beralih kepada tenaga bersih, TNB juga semakin giat melabur dalam tenaga boleh diperbaharui seperti:
Solar, hidro & hidrogen hijau – Kurangkan kebergantungan pada tenaga fosil.
Grid pintar – Pastikan bekalan elektrik lebih cekap dan stabil.
Penyelesaian tenaga pintar – Bantu pengguna mengurus penggunaan tenaga dengan lebih bijak.
Selain tu, bil elektrik bagi 85% rakyat Malaysia yang menerima subsidi akan dilabelkan sebagai “hijau” untuk menunjukkan usaha kerajaan dalam mewujudkan tenaga mampan untuk masa depan.
“Kelestarian bukan sekadar matlamat – ia adalah tanggungjawab kita kepada generasi akan datang. TNB komited menjadikan tenaga bersih lebih mudah diakses, mampu milik dan bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia,”
Tan Sri Abdul Razak.
Masa depan yang lebih cerah kekal sebagai fokus utama TNB
Selain membekalkan Malaysia dengan bekalan elektrik yang stabil dan mampu milik, TNB juga menekankan misi mereka untuk “memacu kemajuan negara sambil memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada kejayaannya”
Pendek kata, keuntungan TNB bukan sekadar angka atas kertas. Ia membantu ekonomi negara, menyokong rakyat melalui dana pelaburan, dan membiayai projek-projek yang meningkatkan kualiti hidup.
Dengan pelbagai inisiatif yang sedang dijalankan, bekalan tenaga di Malaysia bukan saja stabil, tapi juga makin lestari untuk masa depan.
Siapa sangka, di sebalik suis lampu yang kita hidupkan setiap hari, ada banyak usaha yang berjalan di belakang tabir.