fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 6, 2025

[INFOGRAFIK] Huminodun: Kisah Kaamatan

May 31, 2024 Badd Hakim Budaya, Infografik
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Korang tau tak Pesta Kaamatan ni sebenarnya wujud sebab pengorbanan seorang wanita? Selamat Menyambut Pesta Kaamatan!

Huminodun: Kisah Kaamatan
Pada mulanya, tiada sesiapa melankan Kinoingan dan Suminundu (Sumundu). Bersama-sama, dewa Kinoingan dan Suminundu mencipta manusia, alam semesta, bumi, dan segala yang kelihatan dan ghaib.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ponompuan, lebih dikenali sebagai Huminodun. Huminodun membesar menjadi gadis yang paling cantik. Dia juga sangat baik hari, bijaksana dan disayangi oleh penduduk kampung.
Suatu hari, kampung mereka dilanda kemarau dan kebuluran yang teruk. Tanah menjadi kering dan tanaman mereka mati. Orang ramai tidak berdaya. Kinoingan dan Suminundu berasa amat kasihan kepada mereka.
Kinoingan pergi ke Bobohizan, rahib wanita Kadazan-Dusun, untuk meminta bantuan. Bobohizan memberitahu Kinoingan bahawa satu-satunya cara untuk membuat keadaan menjadi lebih baik adalah pengorbanan.
Kinoingan ceritakan perkara ini kepada Huminodun. Huminodun berasa kasihan dan kerana cintanya kepada bapanya dan dunia, dia memutuskan untuk dikorbankan untuk menamatkan penderitaan.
Sebelum Huminodun dikorbankan, dia memberitahu ayahnya, "Badan saya akan menghasilkan pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan oleh rakyat kita."
Daging saya akan menjadi beras, gigi saya, jagung, kepala saya, kelapa, tulang saya, ubi kayu, lutut saya keladi, jari kaki saya halia, dan bahagian lain badan saya akan bertukar menjadi pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan.
Sebaik Huminodun dikorbankan, hujan mula turun, dan beberapa hari kemudian, tanaman mula tumbuh. Orang ramai percaya semangat Huminodun tinggal dalam padi, dan merupakan salah satu daripada tujuh roh padi, juga dikenali sebagai Bambaazon atau Bambarayon.
Pesta Kaamatan disambut bagi mengingati cinta Kinoingan dan Suminundu serta pengorbanan anak perempuan mereka, Huminodun. Untuk memperingati pengorbanan Kinoingan terhadap anak perempuannya tunggalnya, kaum Kadazan mengadakan pertandingan ratu cantik yang dipanggil Unduk Ngandau setiap tahun.
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

[INFOGRAFIK] Apa beza Kaamatan dan Gawai?

Seterusnya

[INFOGRAFIK] Bentong Kali: Gangster paling terkenal kat Malaysia

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend