fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 8, 2025

[INFOGRAFIK] Festival Pertengahan Musim Luruh

September 13, 2024 Badd Hakim Budaya, Infografik
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Korang tau tak yang kononnya rakyat China zaman dulu pernah hantar surat rahsia dalam kuih bulan? Selamat menyambut Perayaan Kuih Bulan!

Festival pertengahan musim luruh. Kuih bulan, dewi bulan, dan menghayati bulan!
Apakah ia? Festival pertengahan musim luruh atau festival kuih bulan ni satu tradisi Asia Timur yang disambut pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar lunar. Ni selalunya di penghujung September atau awal Oktober bila bulan mengambang.
Sejarah dan latar belakang. Festival Pertengahan Musim Luruh berasal dari amalan Maharaja Cina purba yang menyembah bulan menuai. Ia merupakan satu ritual untuk bersyukur dengan hasil tuaian yang melimpah ruah dan berdoa untuk masa depan yang lebih makmur. Asal usul. Asal usul alternatif pula melibatkan lagenda Dewi Bulan, Chang'e. Lagenda ni ada dua versi popular. 1. Hou Yi, seorang wira pemanah, telah menyelamatkan Bumi dengan menembak jatuh sembilan dari sepuluh matahari. Hasilnya, dia dianugerahkan dengan eliksir keabadian. Bagi mengelakkan eliksir ni dicuri, Chang'e, iaitu isteri Hou Yi, minum eliksir ni lalu terapung ke bulan, menjadi Dewi Bulan. 2. Mereka berdua ni asalnya hidup abadi, tapi dihukum hidup seperti manusia biasa lepas Hou Yi bunuh anak Maharaja Jed. kemudian Chang'e minum eliksir keabadian lebih dari sepatutnya sehingga terangkat ke bulan.
Adat dan tradisi. Kuih Bulan. Kuih bulat dengan pelbagai jenis isi, tapi versi tradisional mengandungi pes biji teratai, pes kacang merah atau kuning telur masin. ia melambangkan kitaran bulan yang lengkap dan perpaduan. tanglung. lampu hiasan yang selalunya diperbuat dari kertas untuk dipamer dan dibawa oleh kanak-kanak. cahaya dari setiap tanglung melambangkan harapan, kesedaran dan perjalanan bersama ke arah masa depan yang lebih baik. pengumpulan ahli keluarga. ia merupakan satu masa dimana ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama, menyalakan tanglung dan menghayati bulan mengambang yang melambang kemakmuran dan perpaduan.
Disambut oleh. Jepun. Tsukimi (menghayati bulan) merupakan acara melihat bulan sambil menikmati ladu nasi atau 'tsukimi dango'. Vietnam. Dikenali sebagai "têt trung thu", ia merupakan festival kanak-kanak dengan perarakan tanglung, tarian singa dan kuih bulan. cerita rakyat memainkan peranan penting semasa perayaan ini. Kemboja. Disambut oleh komuniti Vietnam dari Cina dengan menyediakan kuih bulan, tanglung dan ritual keagamaan. Ia disambut seiring dengan festival Buddha Kemboja Pchum Ben. Taiwan, Makau, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Thailang, Filipina, dan Indonesia. Sama macam tanah besar China, dengan adat tambahan macam barbeku semasa festival atau sambutan awam. Korea Selatan. Festival ni juga dikenali sebagai Chuseok, iaitu perayaan menuai dimana ahli keluarga yang ada, membuat makanan penyembahan untuk nenek moyang mereka. China. Disambut dengan ahli keluarga berkumpul, menghayati bulan, makan kuih bulan dan menyalakan tanglung. Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
Impak ekonomi. Industri kuih bulan. Festival Pertengahan Musim Luruh ni dah jadi satu acara komersial gergasi. Bila festival dah dekat, perbelanjaan pengguna mula meningkat dalam industri seperti bakeri, pelancongan dan hospitaliti. Industri pelancongan. Kehadiran pelancong mula meningkat dekat kawasan yang menyambutnya. Festival tanglung, acara kebudayaan dan pesta makanan menarik minat pelancong tempatan dan asing yang secara tak langsung menaikkan ekonomi tempatan.
Korang sambut ke festival ni? Kalau ya, cerita dekat kitorang apa yang korang paling suka pasal festival ni! Semoga hari korang penuh seperti bulan terang!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

Molfix X MommyDaddy&i: Sambut Bayi Merdeka di Hospital Malaysia

Seterusnya

AEON Anjur Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-40

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend