- 586Share sekarang!
- Facebook195
- Twitter0
- LinkedIn10
- Email381
Dah plan ke nak bercuti tahun 2025 ni? Kalau korang tengah cari idea, apa kata korang try cuti Selangor jugak? Lagi-lagi pulak, tahun 2025 kan Tahun Melawat Selangor!
Selangor ni sebenarnya penuh dengan tempat best-best yang kita tak pernah perasan pun. Masa pelancaran Festival dan Konsert Tahun Melawat Selangor 2025 baru-baru ni, kitorang bukan saja diingatkan pasal tempat-tempat menarik yang ada di Selangor, tapi dapat juga sedikit sneak peek tentang acara-acara dan festival menarik yang akan berlaku tahun depan macam Pesta Kopi Selangor, Pesta Kesenian Islam, Fo Guang Shan Lantren Festival Kuala Langat, Food Mega Festival dan banyak lagi!
Jadi bagi yang korang yang nak pelan trip melawat Selangor tu, ni antara tempat-tempat menarik yang disyorkan oleh Tourism Selangor, bermula dengan…
1. Tangkap gambar kat ‘cermin semulajadi’ di Kuala Selangor.
Kalau korang suka alam semula jadi, Selangor ada banyak tempat yang best. Contohnya, Sky Mirror Kuala Selangor. Tempat ni memang unik, sebab bila air surut, pantai ni jadi macam cermin besar yang refleks langit dan sekeliling.
Kalau korang nak cari Sky Mirror lain, kena gi Bolivia tau. Jadi sesiapa yang minat fotografi, tempat ni memang sesuai sangat.
Selain Sky Mirror ni, Selangor juga ada banyak tarikan semulajadi macam Sungai Chilling, Taman Eko Rimba Kanching, Paya Indah Discovery Wetlands, Pulau Ketam dan banyak lagi!
2. Cuti cuti Selangor kat taman tema dengan aktiviti yang best!
Untuk keluarga yang nak aktiviti mesra kanak-kanak, apa kata korang cuba pergi taman tema. Kat Selangor ni ada taman tema yang terkenal macam Sunway Lagoon, Skyline Luge, SplashMania Waterpark, Escape Petaling Jaya, District 21 dan banyak lagi.
Yang paling terkenal sememangnya Sunway Lagoon. Ada banyak aktiviti air, taman hiburan, mini zoo, dan macam-macam lagi untuk seisi keluarga. Tapi selain Sunway Lagoon, ada beberapa taman tema underrated kat Selangor yang ramai orang belum tahu lagi.
Kalau dulu korang kena pergi Sentosa kat Singapura untuk main Skyline Luge, sekarang korang boleh pergi Skyline Luge dekat Rawang je. Kat sini ada kereta kabel dengan jarak 1.6 kilometer. Lepas naik kereta kabel ni, korang akan turun dengan “Luge” dia. Dia ala-ala go kart la, tapi pakai kuasa graviti.
Selain tu, kat sini juga ada ferris wheel yang tinggi, sesuai untuk korang nikmati pemandangan sekitar Rawang.
Lagi satu taman tema air yang ramai orang belum tahu lagi adalah SplashMania yang baru je buka kat Gamuda Cove. Ada lebih 39 tarikan aktiviti air yang best, termasuk gelongsor berliku-liku yang pasti buatkan jantung korang luruh.
Nak chill sikit? Kat sini ada “Lazy River” untuk korang terapung sambil hanyut, atau korang boleh cuba Atlantis VR untuk pengalaman yang unik. Tempat ni sesuai kalau korang nak santai-santai dengan keluarga atau kawan-kawan korang.
3. Try makanan laut yang segar kat Kuala Selangor.
Bab makan ni, boleh kata apa yang korang nak, mesti ada di Selangor. Daripada Satay Kajang, Nasi Ambeng, Puten, durian… Cakap je, #SelangorkanAda
Kalau korang peminat makanan laut, korang boleh datang ke Kuala Selangor dan Sekinchan. Kat sini ada banyak restoran yang tawarkan pilihan makanan laut segar dengan harga yang berpatutan.
Menu mentarang bakar kat sini antara yang terkenal dan korang tak boleh miss! Kalau korang tak biasa dengan mentarang, cuba dulu.
4. Nikmati pemandangan dari udara dengan paragliding.
Korang suka aktiviti yang mencabar dan menguji keberanian? Selangor ada banyak tempat untuk aktiviti lasak underrated yang korang boleh cuba. Bagi yang nak rasakan pengalaman terbang di udara, korang boleh try paragliding kat Kuala Kubu Bharu.
Tak payah risau kalau korang tak reti, korang akan terbang sekali dengan paraglider profesional. Jadi korang enjoy je pemandangan yang cantik dari atas tu.
Kalau korang suka aktiviti air pula, korang boleh cuba White Water Rafting kat Kuala Kubu Bharu juga. Aktiviti ni akan bawa korang menelusuri jeram sungai dengan pemandangan alam semulajadi yang cantik. Aktiviti ni tak mudah tapi dijamin korang yang suka aktiviti lasak akan enjoy!
5. Healing mata dengan pemandangan sawah padi.
Dah bosan asyik tengok ‘hutan batu’ setiap hari? Korang boleh datang ke Sekinchan dan Sungai Besar. Sini terkenal dengan jelapang padi yang luas dan pemandangan yang buatkan korang lupa sekejap masalah korang. Banyak homestay yang ada dekat sini, jadi korang tak perlu risau pasal penginapan. Kat sini, korang boleh rasai suasana kampung yang tenang sambil hirup udara segar.
Kalau berminat dengan aktiviti ladang, korang boleh lawat Farm Fresh UPM. Kat sini korang boleh belajar proses perah susu lembu secara organik, berinteraksi dengan haiwan ternakan, dan jalan-jalan kat ladang sayur-sayuran. Siap boleh naik traktor atau lori pertanian untuk tour, best kan?
6. Nikmati cuti Selangor di mercu tanda menarik dan tempat bersejarah
Tak sah kalau korang pergi bercuti tapi tak lawat mercu tanda dan tempat bersejarah. Selangor kaya dengan tempat-tempat macam ni.
Contohnya, Masjid Biru Shah Alam atau nama rasminya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Seni bina masjid ni memang cantik dengan kubah biru yang antara terbesar di dunia. Masjid ni juga terbuka untuk pelancong bukan Muslim yang nak belajar tentang budaya dan agama Islam.
Antara tempat bersejarah lain adalah Bukit Malawati kat Kuala Selangor. Kat sini ada tinggalan kubu lama, meriam, rumah api, dan monyet-monyet jinak yang jadi tarikan pelancong. Kat sini juga, korang boleh nampak Selat Melaka dengan jelas dari atas bukit ni.
Satu lagi tempat bersejarah underrated yang korang boleh lawat adalah Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey. Di sini, korang boleh nikmati keunikan budaya suku Mah Meri dan belajar tentang cara hidup diorang.
7. Tengok haiwan-haiwan yang rare.
Kalau korang ada anak-anak kecil, korang boleh bawa diorang ke Zoo Negara. Tempat ni memang ideal untuk family bonding, dengan macam-macam haiwan dari seluruh dunia yang korang boleh tengok depan mata.
Tak pernah tengok kelip-kelip depan mata? Korang boleh ke Kampung Kuantan untuk rasai pengalam saksikan ribuan kelip-kelip terbang kat udara, rasanya macam masuk ke alam mistik. Kelip-kelip ni memang ikonik dengan Selangor, sampailah kelip-kelip ni dijadikan maskot Tahun Melawat Selangor 2025 dengan nama SPARK the Firefly tau!
Selangor Kan Ada! Boleh dapatkan inspirasi untuk cuti Selangor dari video #TahunMelawatSelangor2025 ni.
Dari Kuala Selangor kat Anjung Utara, sampailah ke Sepang kat Anjung Selatan, ada banyak tempat yang Tourism Selangor cadangkan korang explore tahun 2025 ni. Selain tu, kerajaan Negeri Selangor peruntukan RM8 juta tau untuk promosi kempen ni di peringat domestik dan antarabangsa, sebab Selangor sasarkan nak tarik 8 juta pelancong dan jana pendapatan RM11.7bilion untuk negeri ni.
Selain peruntukan RM8 juta, kerajaan Negeri Selangor juga merancang acara macam Art of Speed Malaysia dan Selangor Travel Fair untuk promosikan destinasi pelancongan, sekaligus tarik pelancong tempatan dan antarabangsa untuk terokai keunikan dan keindahan negeri Selangor.
Selain rancang aktiviti-aktiviti menarik ni, kerajaan Negeri Selangor juga akan kurangkan cukai hiburan tahun depan supaya lebih ramai orang akan mampu pergi ke aktiviti-aktiviti ni dan sokong perkembangan seni dan budaya.
Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 ni penuh dengan macam-macam acara best yang boleh korang join. Untuk maklumat lebih lanjut tentang tempat menarik dan acara yang akan diadakan sepanjang 2025 ni, korang layari je laman web rasmi Visit Selangor 2025.
Jadi pastikan korang masukkan tempat-tempat menarik di Selangor dalam bucket list percutian korang tahun 2025, dijamin korang akan dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan!
- 586Share sekarang!
- Facebook195
- Twitter0
- LinkedIn10
- Email381