6 tips mohon kerja untuk wanita bersinar di mata majikan

Zaman sekarang ni, kita boleh tengok wanita memainkan peranan besar dalam ekonomi dunia. Bukan je bekerja dalam bidang biasa, tapi dah mula mohon kerja dan masuk ke bidang-bidang yang sebelum ni didominasi kaum lelaki je. Dari bidang teknologi. kejuruteraan, sains, sampai ke sektor korporat.

Sedar betapa pentingnya peranan tenaga kerja kaum Hawa, KAO Malaysia melancarkan program ‘Kao Face of Future Leaders’ untuk membantu pelajar universiti terutamanya wanita untuk bersedia memasuki alam pekerjaan. Program yang pertama kali diadakan ni disertai oleh pelajar-pelajar dari Universiti Malaya.

Untuk tingkatkan kebolehan peserta dari segi kemahiran praktikal, keyakinan diri, dan ilmu untuk hadapi temuduga, program ni bincangkan topik penting macam cara nak bina personal branding, buat resume yang power, tip-tip temuduga dan cara nak tingkatkan keyakinan diri.

Topik-topik ini disampaikan oleh dua orang speaker yang berpengalaman, iaitu Teoh Min Chia, Pelatih bertauliah HRDC yang juga jurulatih kepimpinan di Edvilution dan Yayasan Petronas, dan Mallory Loone, TEDx Speaker dan pakar motivasi bertauliah. Kami sempat bersembang dengan diorang untuk dapatkan tip-tip penting yang juga boleh bantu korang bersinar dalam mencari pekerjaan. 

Speaker untuk program kali ni, Mallory Loone dan Teoh Min Chia

Tip paling penting yang diorang kongsikan adalah…

1. Jangan tulis skill secara umum je. Terangkan macam mana korang gunakan skill tu dalam pekerjaan. 

Menurut Min Chia, ramai wanita selalu tulis perkara-perkara umum dalam resume diorang tanpa bagi penjelasan. Contohnya, “pengurusan masa”, tapi apa yang dimaksudkan dengan ayat tu?

silap bila mohon kerja
Dan apa maksud 5 bintang tu?

Adakah diorang berjaya uruskan banyak projek serentak? Ataupun diorang ada pengalaman uruskan masa dalam situasi yang stressPenjelasan ringkas dapat buatkan bakal majikan korang faham apa yang sebenarnya kelebihan korang.

POV bila bakal majikan korang cuba fahamkan apa yang korang tulis dalam resume

Jadi, mungkin korang boleh tulis macam mana kebolehan menguruskan masa korang menyumbang dalam kerja korang sebelum ni, macam “Berjaya menguruskan 5 projek sekaligus dengan memperkenalkan sistem baharu yang mempermudahkan komunikasi antara pasukan-pasukan berlainan”.

2. Highlight pencapaian korang masa mohon kerja

Ramai wanita yang senaraikan perkara yang diorang buat di tempat kerja lama berbanding pencapaian diorang. Perkara ni merugikan, sebab pencapaian korang tu lah yang akan buktikan pada majikan tentang kebolehan korang.

This image has an empty alt attribute; its file name is before-1024x355.png
Selalunya korang mesti tulis macam ni kan?

Contohnya, kalau korang tulis yang korang pernah “bekerja dalam pasukan untuk mencari penaja majlis”, cuba fikir balik, apa hasil yang syarikat dapat dari sumbangan korang ni?

Sekarang, mungkin ayat tu akan berubah jadi “mencari penaja majlis dan berjaya dapat tajaan sebanyak RM20,000, sekaligus menyumbang kepada 35% jumlah tajaan”. Bukan ke lagi gempak sekarang?

This image has an empty alt attribute; its file name is after-1024x514.png
Macam ni yang sepatutnya korang tulis supaya majikan nampak kebolehan korang tu

Bagi wanita yang kurang pengalaman kerja, mungkin mereka rasa yang mereka takde kemahiran yang boleh ditunjukkan dalam resume.

Tapi, Min Chia jelaskan yang korang sebenarnya ada je kemahiran tu walaupun korang belum dapat pangkat rasmi lagi. Jadi, jangan segan untuk tunjukkan kemahiran yang korang ada tu walaupun nampak kecil atau remeh.

3. Emosi adalah kelebihan wanita

Sejak kecil, mungkin sesetengah dari kita pernah dimomokkan yang wanita selalu bertindak ikut emosi dalam semua benda dan dianggap tak layak jadi pemimpin. Macam mana nak jadi pemimpin kalau asyik ikut emosi je. Ayat tu diulang selalu sampai dah sebati dengan masyarakat kita.

Tapi menurut Mallory, emosi adalah kekuatan utama yang ada pada wanita. Salah satu emosi yang ada pada wanita adalah empati.

Dengan empati, seseorang mampu untuk fahami keperluan pekerja, selesaikan masalah dan wujudkan persekitaran yang baik untuk pekerja dibawah diorang. Jadi, jangan takut untuk gunakan kelebihan ni untuk jadi seorang pemimpin yang baik.

4. Resume korang tak perlu panjang, asalkan beri impak

Ramai antara kita yang rasa kita perlu tulis resume panjang-panjang, barulah boleh muat semua kemahiran dan pencapaian kita, betul tak?

mohon kerja
Cuba jawab dengan jujur, korang larat ke nak baca resume panjang-panjang gini? Imej daripada We Mean Career

Tapi menurut Min Chia dan Mallory, tak semestinya korang kena buat macam tu. Contohnya, kalau korang berjaya tingkatkan keuntungan syarikat di tempat kerja terbaru, korang dah boleh buang jawatan sebagai bendahari Majlis Perwakilan Pelajar masa korang kat universiti dulu. Tak perlu ulang benda yang sama banyak kali. Korang cuma perlu masukkan pencapaian terbaik korang je dalam resume.

Jadi, resume yang ideal ni sebenarnya berapa muka surat? Nasihat Min Chia, dua muka surat tu dah cukup. Lebih pada tu, majikan korang pun tak larat baca punya.

5. Sesuaikan resume dengan kerja yang korang mohon

Ramai antara kita yang main hantar je resume yang sama kat semua tempat yang korang mohon kerja. Tapi menurut Min Chia, lagi bagus kalau kita boleh sesuaikan setiap resume dengan kerja yang kita mohon dan kemahiran yang majikan tu cari.

Tapi ni bukan bermaksud korang perlu tulis semula resume setiap kali korang nak mohon kerja. Korang boleh buat satu ‘master resumeyang ada semua pengalaman, skill dan pencapaian korang. Lepas tu, setiap kali nak minta kerja baru, korang pilih je apa yang penting dan diperlukan untuk letak dalam resume tersebut.

Dengan cara ni, korang bukan saja boleh sesuaikan resume dengan permohonan kerja tertentu. Tapi, korang juga takkan lupa semua kejayaan korang sebelum ni.

Kalau Men in Black padam memori korang sekalipun, tengok je master resume ni terus korang ingat balik

Jadi dengan perkongsian dari speaker yang hebat-hebat ni, mungkin korang dah jadi lebih bersedia untuk melangkah mencari kerja, sama macam peserta-peserta program Kao Face of Future Leaders.

6. Mohon kerja bukan hanya perlu sijil dan kelulusan, tapi juga kenalan yang kukuh

Resume yang hebat memang penting, tetapi itu sahaja tidak cukup untuk pastikan korang menyerlah. Kat sinilah personal branding mainkan peranan penting. Personal branding ialah cara korang bina imej unik untuk bezakan diri korang daripada orang lain supaya bakal majikan akan nampak kelebihan korang. Dengan tahu kelebihan, nilai, dan keunikan yang korang miliki, korang boleh tonjolkan perkara tu kat platform macam LinkedIn untuk kukuhkan imej profesional.

Contoh post yang korang boleh buat kat Linkedin. Tangkap layar dari Linkedin Teoh Min Chia

Selain personal branding, networking juga sangat penting untuk perkembangan kerjaya. Jangan cuma bergantung dengan media sosial je. Ambil peluang untuk pergi acara profesional, sertai aktiviti macam hiking, atau terlibat dalam program sukarelawan. Dengan cara ini, korang boleh luaskan kenalan dan bina hubungan dalam dunia profesional.

Personal branding dan networking yang kukuh boleh tarik perhatian majikan. Bila korang tahu apa yang bezakan diri korang dengan orang lain dan bina hubungan profesional, peluang untuk berkembang dalam kerjaya akan menjadi lebih cerah.

Jadi dengan perkongsian dari speaker yang hebat-hebat ni, mungkin korang dah jadi lebih bersedia untuk melangkah mencari kerja, sama macam peserta-peserta program Kao Face of Future Leaders.

Persediaan mohon kerja dan ganjaran yang hebat diberi melalui program Kao Face of Future Leaders

Selain melengkapkan wanita-wanita muda dengan keyakinan diri dan ilmu untuk memperbaiki resume mereka, KAO Malaysia bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk bagi ganjaran menarik kepada para peserta.

Antara aktiviti menarik dalam program ni, peserta dibimbing oleh pelatih untuk semak semula resume masing-masing dan sesuaikan dengan kerja atau syarikat yang diidamkan, sebelum diberi cabaran untuk bentangkan “Vision Board” kerjaya mereka.

Pihak pengurusan tertinggi Kao Malaysia juga turun padang untuk memberi semangat dan bimbingan kepada peserta, termasuklah Presiden Nishimaki Akira, serta Naib Presiden Pemasaran Tan Poh Ling.

Naib Presiden Pemasaran Tan Poh Ling bersembang dengan peserta semasa sesi interaktif.

Tiga peserta yang paling bersinar semasa program Kao Face of Future Leaders telah menerima hadiah wang tunai RM1,500 setiap seorang melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pemenang program Kao Face of Future Leaders kali ini, bersama Naib Presiden Pemasaran Tan Poh Ling (kiri) serta President Kao Malaysia, Nishimaki Akira (kanan).

Selain itu, salah seorang daripada tiga pemenang ini juga berpotensi untuk dapat peluang latihan praktikal (internship) di Kao Malaysia.

Menurut salah seorang pemenang, Ezlin, program ni mengajarnya untuk menjadi lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri dan lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai. Selain tu, Ezlin juga kata yang program ni mengajarnya bagaimana untuk bina resume yang lebih baik berbanding sebelum ni.

Program ni akan diteruskan lagi lepas ni

Program Kao Face of Future Leaders ni akan diteruskan lagi di universiti lain pada masa akan datang sebagai sebahagian inisiatif Kao Laurier memperkasa golongan wanita melalui pendidikan kebersihan peribadi sekaligus membina keyakinan untuk kehidupan dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Inisiatif Kao Face of Future Leaders ni adalah usaha KAO Malaysia untuk bantu wanita muda bersedia hadapi cabaran dunia pekerjaan dan pentingnya buat persediaan awal sebelum masuk alam pekerjaan. Pelajar yang menyertai program ini dapat menggunakan apa yang dipelajari untuk menjadi lebih bersedia.

Program ni bukan je bagi ilmu praktikal, tapi juga bagi semangat untuk wanita tampil yakin dengan kebolehan diorang. Dengan fokus pada skill, pencapaian, dan kelebihan unik yang wanita ada, program ni dapat bantu graduan lebih ready untuk dunia kerja yang penuh cabaran.

Nak tahu lebih lanjut pasal program akan datang dan juga KAO Malaysia? Follow je akaun rasmi Facebook dan Instagram @OfficialKaoMalaysia!