- 1.0KShare sekarang!
- Facebook888
- Twitter0
- LinkedIn71
- Email66
Sedar tak sedar, satu hari korang dah jadi orang dewasa yang bangun awal pagi, beratur kat pejabat pos untuk bayar bil, renew roadtax dan insurans, atau bawak mak korang untuk check duit ASB dia. Tu la, siapa suruh membesar cepat sangat. Tapi, korang tahu tak yang pejabat pos pun dah membesar dan tak boring macam dulu lagi?
Kalau korang belum perasan lagi, Pos Malaysia dah banyak tambah baik bangunan serta perkhidmatan diorang, dan jadi one-stop centre untuk segala urusan hidup korang.
Lagi-lagi pula, Pos Malaysia sekarang dah tawarkan benda-benda menarik macam setem yang korang boleh custom letak muka sendiri. Bukan tu je, ada lagi kelebihan yang korang mungkin tak tahu atau terlepas pandang. Jadi, jom kita tengok apa benda baru yang korang boleh buat dengan Pos Malaysia.
1. Buat setem muka sendiri!
Siapa yang suka kumpul setem zaman sekolah dulu? Angkat tangan 🙋
Sekarang ni, korang dah boleh letak muka sendiri dekat setem. Nak letak gambar selfie ke, gambar kahwin ke, semua pun boleh dengan perkhidmatan Setem Ku Pos Malaysia.
Kami dah cuba dan prosesnya mudah je. Dengan hanya RM25, korang boleh dapat 10 setem peribadi yang ada gambar korang.
Apa yang korang perlukan hanyalah dua keping gambar, dan korang boleh pilih daripada tiga jenis reka bentuk bingkai untuk setem korang. Korang boleh cetak setem ni kat Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur berdekatan Pasar Seni, dan prosesnya cuma perlu 5 minit je. Kalau nak buat secara atas talian pun boleh. Senang kan?
Bayangkan korang hantar jemputan kahwin, kad raya atau poskad dengan gambar korang. Nampak la special sikit berbanding setem gambar kelapa sawit atau penyu.
2. One-stop center untuk semua urusan korang
Bila korang makin dewasa, ada je bil yang perlu dibayar. Jangan risau, Pos Malaysia membolehkan korang settle benda-benda penting ni kat satu tempat je. Nak renew lesen memandu dan cukai jalan? Bayar cukai pintu? Tunaikan zakat? Boleh je. Dengan lebih 200 jenis transaksi, semuanya boleh selesai kat satu tempat.
Dan sekarang korang dah tak payah lagi beratur kat kaunter. Kat pejabat pos yang terpilih, korang boleh bayar bil-bila macam elektrik dan air kat mesin kiosk ni. Mudah bukan?
3. Berehat sebentar di Pos Shop
Kata lah tetiba ramai pula orang beratur kat pejabat pos tu, takkan korang nak termenung je macam kucing yang kesepian kan? Berita baik untuk korang, beberapa buah outlet Pos Malaysia sekarang ada Pos Shop di mana korang boleh mengopi, beli ais krim, ataupun makanan ringan sementara korang tunggu giliran korang.
Kami pergi ke satu Pos Shop kat Brickfields, dan memang tempat ni nampak macam kedai serbaneka. Banyak benda korang boleh beli kat sini…..
Banyak sangat pilihan sampai kitorang pun rambang mata. Last-last, semua pun kitorang sapu.
4. Jom jadi lebih mesra alam dengan Pos Malaysia
Okay, korang tau tak setiap kali kita hantar barang, kita sebenarnya menyumbang kepada pelepasan karbon. Sebab tu la Pos Malaysia sedang cuba untuk mengurangkan jejak karbon diorang sebanyak yang mungkin. Menjelang 2025, diorang sasarkan pelepasan karbon sifar – usaha besar untuk kurangkan pencemaran dan pastikan udara kita semua lebih bersih!
Jadi, macam mana diorang nak buat macam tu? Sekarang, Pos Malaysia dalam fasa beralih ke kenderaan elektrik dan menggunakan panel solar kat sesetengah fasiliti diorang. Tambahan lagi, diorang dah mula gunakan plastik bungkusan yang lebih mesra alam.
“Pembungkusan Pos Malaysia seperti plastik B2Bnya kini diperbuat daripada 80% bahan kitar semula, manakala kotak kadbod adalah 70% hingga 90% bahan kitar semula,”
petikan diterjemah daripada Malaysiakini.
5. Pos Malaysia World: Laman web interaktif yang bagi korang promosi hebat
Sesiapa yang belum pernah check laman web Pos Malaysia World ni memang rugi. Laman web ni ada macam-macam daripada trivia pasal Pos Malaysia, promosi eksklusif dan baucar menarik.
Laman web ni macam gabungan antara pusat maklumat dan tempat yang tawarkan banyak diskaun. Sambil-sambil korang belajar pasal sejarah Pos Malaysia, korang boleh claim baucar menarik untuk penjimatan hebat.
Pejabat pos sekarang ni jadi port lepak yang seronok
Dekat laman web Pos Malaysia, ada banyak panduan yang berguna untuk korang. Daripada macam mana nak bungkus parcel dengan betul, sampailah panduan bagi peniaga kecil sederhana (PKS) untuk hantar barang ke luar negara. Singgah je Knowledge Hub section diorang untuk dapat info yang menarik dan berguna untuk korang.
Dan lain kali kalau korang ada urusan yang perlu diselesaikan, jangan lupa singgah Pos Malaysia berhampiran korang. Semua kerja akan jadi lebih seronok kalau korang boleh makan ais krim pada masa yang sama 😁.
- 1.0KShare sekarang!
- Facebook888
- Twitter0
- LinkedIn71
- Email66