- 18Share sekarang!
- Email0
- Facebook18
- Share
Ninja Mart, platform pengedaran B2B dan penyelesaian sehenti oleh Ninja Van Malaysia, menamatkan kempen Belanja & Menang yang sangat berjaya baru-baru ini dalam tempoh tiga bulan. Sebagai titik sentuh antara FMCG dan rangkaian meluas peruncit bebas dan kecil di luar bandar, Ninja Mart menjalankan kempen seluruh negara buat julung kali dengan melibatkan diri secara aktif dan menyumbang semula kepada lebih 30,000 peruncit dari wilayah utama iaitu Utara, Tengah dan Selatan di seluruh negara.
Wilayah-wilayah ini menjadi tonggak sokongan utuh platform tersebut sejak pelancarannya pada 2022. Dalam mempromosikan penglibatan yang berkesan di seluruh negara, komunitinya turut merangkumi lebih 200 jurujual yang beroperasi di 14 hab seluruh wilayah yang disebutkan itu dengan sokongan empat penaja jenama untuk kempen ini.
Berlangsung antara 1 April 2024 hingga 30 Jun 2024, kerjasama berkenaan menyaksikan rakan jenama iaitu Cricket, Indomie, YokeFood dan Karabao Marketing, menawarkan hadiah menarik dalam pengumpulan tiket cabutan oleh peruncit sepanjang tempoh kempen. Seperti namanya Belanja & Menang, kempen berkenaan melibatkan gabungan kaedah pemasaran dagangan bulanan dan kaedah peringkat pulangan tunai untuk meningkatkan penglibatan peruncit menerusi kutipan tiket melalui aplikasi Ninja Mart Cashback. Secara automatik, ia membolehkan penyertaan dalam peraduan cabutan bertuah Belanja & Menang dan peruncit berpeluang untuk memenangi ganjaran hadiah sehingga RM60,000.
Tidak hanya peruncit yang berpeluang untuk menerima ganjaran, pihak penaja jenama juga mempunyai peluang untuk mendapatkan keterlihatan yang lebih besar dan jangkauan pasaran yang lebih luas serta memainkan peranan penting dalam memacu penglibatan lebih daripada 30,000 peruncit yang menyumbang kepada kejayaan kempen berkenaan.
Selain itu, rakan kongsi memperoleh manfaat daripada aplikasi Sales Facing yang menyediakan data masa nyata dan cerapan tentang prestasi kedai, sekali gus membolehkan mereka menjejaki arah aliran jualan, membuat keputusan yang baik dan merancang pelaburan mereka secara strategik untuk memaksimumkan pertumbuhan. Faedah tidak ketara yang diperoleh adalah hubungan erat yang terjalin bersama 200 ahli pasukan jualan semasa lawatan laluan mingguan mereka. Dari segi pencapaian utama Ninja Mart, ia berjaya melibatkan lebih 8,000 peruncit, menarik lebih 300,000 penyertaan tiket dan mendaftarkan 6,000 pengguna aplikasi baharu pada aplikasi Ninja Mart di bawah pendigitalan seluruh negara terutama dalam kalangan peruncit luar bandar.
“Kempen ini sangat penting kerana ia mengiktiraf kedai yang mempunyai prestasi terbaik. Begitu juga usaha untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh antara pasukan setempat, peruncit dan rakan kongsi jenama kami serta akhirnya menyumbang kembali dan mengiktiraf mereka yang sudah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kami.” – Ketua Negara Ninja Van, Lin Zheng
“Kami sudah mencapai objektif dan lebih lagi pada akhirnya; selain merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan jenama kami atas penajaan mereka, kami gembira mereka melakukan beberapa usaha penting dan meraih hasil positif daripada kempen ini.” – Ketua Ninja Mart, Malaysia & Naib Presiden Operasi di Ninja Van, Matthew Sequerah Lee.
Untuk terus memacu penglibatan dan meningkatkan kesedaran utama, beberapa aktiviti dilancarkan di samping usaha pemasaran luar talian yang kreatif untuk melengkapkan program Belanja & Menang. Untuk kedai kesetiaan utama, 200 teratas dengan 10% MC teratas yang dibelanjakan akan didaftarkan dalam program kesetiaan Ganjaran Komuniti Ninja Mart manakala Program Ganjaran Jurujual menawarkan ganjaran tambahan kepada pasukan jualan bagi mengoptimumkan kempen. Sepanjang bulan Ramadan tempoh kempen berkenaan, peruncit dengan pembelian mana-mana produk pelbagai kategori menerima beg hadiah Ramadan yang mengandungi produk daripada empat penaja tersebut.
Susulan kempen berkenaan, para pemenang diumumkan secara strim langsung melalui Youtube dan aplikasi Ninja Mart pada Ogos lalu. Majlis penyampaian hadiah turut melakar sejarah buat kali pertama apabila Ninja Mart menganjurkan tiga majlis secara berbeza di wilayah utama untuk meraikan kejayaan kempen berkenaan. Dua majlis penyampaian hadiah berlangsung pada 11 September di Batu Pahat dan Segamat di Johor, manakala majlis ketiga diadakan pada 19 September di Machang, Kelantan.
Lebih 30 hadiah menarik disediakan termasuk sebuah Perodua Bezza G (1.0) sebagai hadiah utama, motosikal Yamaha Y15ZR sebagai hadiah kedua dan televisyen Samsung Qled 65-inci 4K sebagai hadiah ketiga serta banyak lagi hadiah. Kempen tersebut juga membabitkan ganjaran pulangan tunai berperingkat bulanan serta faedah dan promosi tahap jenama dan tahap produk.
Sejak ditubuhkan pada 2022, Ninja Mart memberi sokongan kepada lebih 38,000 cawangan seluruh negara, dengan dikuasakan oleh teknologi logistik Ninja Van. Platform tersebut menawarkan perkhidmatan pelaksanaan dan penghantaran jarak jauh kepada peruncit bandar serta menyediakan penyelesaian pengedaran sepenuhnya – termasuk jualan van dan pengendalian tunai zon luar bandar – cawangan pinggir bandar dan luar bandar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian pengedaran inovatif Ninja Mart, layari www.ninjamart.com
- 18Share sekarang!
- Email0
- Facebook18
- Share