- 139Share sekarang!
- Email75
- Facebook64
- Share
Klik sini untuk jawab survey!
Zaman sekarang, susah nak cari orang yang tak ada media sosial. Kalau check henpon masing-masing, paling kurang ada Facebook atau TikTok.
Apa yang orang tengok sangat media sosial ni? Konten, dan yang mengagumkan kebanyakan konten ni dibuat oleh orang biasa macam kita jugak. Digelar influencer (pempengaruh) atau pencipta konten, benda ni dah jadi pilihan kerjaya sekarang, terutamanya di kalangan orang muda.
Tapi macam mana nak jadi influencer? Pendapatan dia ok ke tak ok? Nak buat konten pasal apa? Nilah antara persoalan yang bermain di minda kitorang tatkala lekat jam kat LDP tiap pagi.
Sekarang ni, kitorang tengah kerjasama dengan Think City, iaitu sebuah organisasi yang nak jadikan bandar-bandar lebih mampan dan selesa didiami.
Apa kaitan Think City dengan influencer? Antara projek diorang adalah Kreatif KL, di mana Downtown KL (pusat bandar KL) akan dijadikan kawasan yang lagi baik untuk bisnes, pelancong, dan penghuni sana jugak.
Influencer ada peranan penting dalam menjadikan idea ni satu realiti, jadi di samping nak tahu benda-benda macam…
- Apa benda yang rakyat Malaysia tengok dan post kat media sosial?
- Berapa ramai rakyat Malaysia suka buat kontroversi?
- Sekeras mana influencer bekerja nak dapat sapot dari follower diorang?
- Orang Malaysia ni suka Tweet atau naik gambar kat Instagram?
- …dan banyak lagi!
…kitorang juga bekerjasama untuk adakan bengkel di mana influencer yang baru nak naik akan dibimbing untuk buat konten yang berkualiti. Jadi kalau korang nak jadi sebahagian dari bengkel konten kitorang yang pertama (PERCUMA!), isi borang ni sebelum 5 Ogos 2024! Maklumat lanjut kat dalam borang.
Isi borang kat sini!
Apapun, untuk survey ni, sama ada korang influencer yang dah berjuta followers, seseorang yang baru nak berjinak-jinak dengan kamera, ataupun sekadar suka tengok video kucing kat TikTok, bantu kami faham pengalaman korang dengan jawab survey Nak Famous sekarang!
Klik sini untuk jawab survey!
Survey ni cuma dibuka sampai 31 Julai 2024, jadi cepat-cepat jawab! Dan jangan lupa tinjau-tinjau page kitorang awal bulan Ogos untuk keputusan survey. Terima kasih!
- 139Share sekarang!
- Email75
- Facebook64
- Share