Nak kurangkan harga bil postpaid 5G korang? Ni perbandingan harga terkini

Zaman sekarang, semua orang asyik cakap pasal 5G. Kalau korang masih di takuk lama, agak rugi beb. Sebabnya, 5G paling slow kat Malaysia pun dah 5 kali lagi laju dari 4G tau!

5G pun dah jadi lebih murah sekarang, jadi kalau korang dah lama tak tukar pelan postpaid untuk henpon korang, mungkin dah sampai masanya. Tapi, murah macam mana tu?

Baru-baru ni, rakan-rakan kami di Yes 5G ada lancarkan kempen Infinite 12 bulan, dan diorang turunkan harga pelan tanpa had ni kepada RM38 kalau korang ambil kontrak selama 12 bulan.

Berbaloi ke? Untuk tahu lebih lanjut, jom kita bandingkan dengan pelan-pelan 5G lain di Malaysia…

Pelan 5G di Malaysia bermula dari RM38/sebulan

Selepas menelaah pelan-pelan 5G yang ada di Malaysia, kami pilih untuk bandingkan pelan paling berbaloi yang ditawarkan oleh semua telco ni:

Kami sertakan sekali jumlah hotspot yang korang dapat sebab benda ni penting untuk pelajar dan orang yang work from home.

Murah je tak semestinya nilai tinggi.

Jadi dari segi harga, pelan Infinite Basic Yes 5g menang tanpa bertanding sebab data tak terbatas ni samalah dengan ada infiniti data, dan harga apa pun bahagikan dengan infiniti dapat kosong.

Gif dari Tenor.

Seterusnya, mungkin korang tertanya-tanya kenapa sesetengah pelan ada formula xGB + yGB dan tak letak je jumlah dia terus. Macam, kenapa cakap 80GB + 80GB dan bukan 160GB?

Ni sebab pelan-pelan ni ada data asas dan data tambahan kalau korang ambil pelan 12 bulan. Bukan tu je, data tambahan ni cuma untuk kelajuan 5G, manakala data asas untuk 4G dan 5G. Dalam kata lainnya, bila guna 5G, dia akan tolak dari data tambahan dulu sebelum sentuh data asas. Tapi pakai hotspot dan 4G akan makan data asas. Pening kan?

Belum habis lagi. Data tambahan ni pulak datang dengan syarat-syarat tambahan – yang berlainan untuk setiap telco – macam kena sain kontrak 12 bulan, untuk masa yang terhad, atau mungkin kelajuan akan dibataskan (klik sini untuk baca lebih lanjut tentang FUP atau Fair Use Policy). Korang kena korek terma dan syarat setiap telco untuk butirannya.

Berbanding telco-telco ni, Yes 5G buatkan semua benda seringkas boleh.

Dengan mana-mana pelan postpaid diorang, korang akan dapat data dan kelajuan tak terbatas, dan dapat roaming tak terbatas kat Singapura lagi. Tak perlu susah-susah telaah benda macam data tambahan, data asas, kuota, FUP dan sebagainya. Beza antara pelan Yes 5G cuma lagi murah kalau korang ambil kontrak 12 bulan.

Sebenarnya, Yes 5G turunkan harga untuk SEMUA pelan postpaid diorang!

Klik gambar untuk info lanjut!

Sungguhpun pelan Infinite Basic dah ada data tanpa batas, mungkin korang perlukan lebih dari 20GB untuk hotspot. Kalau camtu, korang boleh jimat lebih bila ambil kontrak 12 bulan dengan pelan-pelan Yes 5G lain:

  • Infinite Basic (20GB Hotspot) | RM58 → RM38 (jimat RM20 sebulan)
  • Infinite Standard (50GB Hotspot) | RM88 → RM58 (jimat RM30 sebulan)
  • Infinite Premium (80GB Hotspot) | RM118 → RM78 (jimat RM40 sebulan)
  • Infinite Ultra (110GB Hotspot) | RM178 → RM98 (jimat RM80 sebulan)

Selain hotspot, semua pelan-pelan ni ada kelebihan yang sama termasuk roaming percuma tanpa had kat Singapura, pilihan untuk guna kad SIM fizikal atau eSIM, dan boleh tumpang sehingga 4 line tambahan untuk RM20 setiap satu.

Kalau jumlah data ni penting untuk korang, data tanpa batas dari Yes 5G ni memang tak boleh lawan la.

Tapi sebelum beli pelan 5G, baik korang check dulu sama ada kawasan korang dapat liputan 5G atau tak. Apa gunanya ada pelan 5G kalau rumah korang dapat H+ je kan?

Sebab tu la Yes 5G bagi korang test rangkaian diorang secara PERCUMA untuk 30 hari. Kalau henfon korang boleh gunakan eSIM, boleh la kasi test data dan kelajuan tanpa had Yes 5G untuk sebulan tanpa komitmen.

Klik sini untuk cuba Yes 5G!

.