- 3.4KShare sekarang!
- Email61
- Facebook3.3K
- Share
Sebut je pasal tokoh pahlawan ni, ramai sebenarnya yang kita sudah dengar seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap dan sebagainya. Tapi kali ni kita nak cerita tentang seorang pahlawan Sabah, individu yang berjuang demi menjatuhkan penjajah di negeri di bawah bayu ketika itu.
Pahlawan tersebut bernama Ontoros Antanom, seorang ketua yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasannya. Ada yang kata dia ni ada kuasa sakti juga, betul ke tu? Korang tahu tak Antanom ni merupakan seorang yang mempunyai darah keturunan pemburu kepala yang digeruni oleh orang ramai.
Kaum Murut, pemburu kepala yang digeruni sehingga sekarang!
Sebelum kami cerita tentang Antanom, mari cerita tentang suku kaum Murut dulu. Mereka merupakan antara suku kaum terbesar di Sabah, kebanyakan mereka tinggal di pedalaman Sabah dan juga sedikit di kawasan Kalimantan. Disebabkan dorang tinggal di pedalaman (zaman dulu lah), ekonomi kaum Murut ni banyak berasaskan hasil hutan, pertanian, memburu dan menangkap ikan di sungai.
Mereka ni juga seperti suku kaum lain di Sabah dan Sarawak, tinggal di dalam rumah panjang yang dibina di lereng sungai dan kadang-kadang boleh muat sehingga 20 buah keluarga dalam satu masa. Disebabkan lokaliti mereka tu, kaum Murut sangat pakar dalam membina perahu dan tidak lupa juga mereka terkenal dengan kehebatan memburu mereka. Sebab dah hidup pun dalam hutan, mestilah kena lengkapkan diri dengan skill perhutanan kan.
Seperti kaum Iban, mereka juga masih mengekalkan tradisi bertatu secara tradisional (kepada mereka yang layak je lah). Tapi tu cuma serba sedikit tentang suku kaum Murut ni, kalau korang nak tahu mereka ni juga sebenarnya antara suku kaum yang digelar sebagai Pemburu Kepala tersohor! Kenapa dipanggil macam tu pula?
Pada zaman dulu, terdapat satu tradisi di Kepulauan Borneo yang agak menakutkan diamalkan oleh kebanyakan suku kaum Borneo iaitu memenggal kepala. Nama lain bagi tradisi ni ialah penggait atau tonggorib, hampir semua suku kaum di Kepulauan Borneo mengamalkan tradisi ni kecuali kaum Penan di Sarawak. Kenapa dorang tak join tu mungkin sebab dorang tak suka perang kot.
Memenggal kepala ni boleh dilihat sebagai tanda kemenangan bagi sesuatu kaum selepas perbalahan atau perang. Pihak yang menang akan memenggal kepala pihak yang kalah dan membawa pulang sebagai trofi kemenangan, kepala yang telah dibawa pulang tu akan diikat di tiang rumah. Mungkin ada yang fikir benda macam ni terlalu barbaric, tetapi bagi mereka ia merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kekuatan sesuatu kaum.
Ouh ye, yang tadi tu kira untuk semua kaum, tapi bagi kaum Murut dia berbeza sikit. Hal ini kerana mereka yang tergolong dalam suku kaum Murut dikatakan tidak mempunyai belas kasihan, sampaikan mereka akan penggal je kepala sesiapa tak kira lelaki, perempuan, mahu pun kanak-kanak. Menurut kepercayaan mereka, lelaki yang gagal untuk memenggal at least satu kepala sehari akan dipandang rendah dalam suku mereka.
Memang nampak macam ganas gila nak penggal-penggal kepala ni, tapi semua kepala yang dipenggal tu tidaklah hanya dijadikan sebagai trofi semata. Ia juga digunakan untuk tujuan ritual dan juga perubatan, masyarakat pedalaman Borneo dulu-dulu percaya bahawa setiap kepala tu ada roh dan semangat yang dikatakan mampu ‘menjaga rumah’. Ia dipanggil Tandahau.
Namun tradisi barbaric ni tidaklah kekal lama, ia pudar selepas kedatangan British pada 18 masihi di atas tanah Borneo dan dikatakan kaum terakhir yang mengamalkan tradisi memburu kepala ni adalah Murut! Tu sebablah kita boleh kata yang dorang ni pemenggal kepala tersohor, even dorang sendiri susah nak buang tradisi tu walaupun ramai dah berhenti.
“Bagi saya benda tu dah lama, setakat belajar sejarah tu okay. Actually, young generation (mempunyai darah Murut) sekarang tak tahu betapa ganasnya headhunter (pemburu kepala) ni sampai bangga-bangga kan benda tu hingga ada yang sebut ‘We are headhunters‘. Benda ramai kot yang mati, sepatutnya ia tak patut pun dibanggakan. Benda yang lepas (memburu kepala) tu biarkan lepas, tak payah kita nak banggakan,” Erica Pamela Sadom, orang berdarah Murut, katanya kepada Soscili
Tapi, kita tak boleh samakan kaum Murut ni dalam satu kategori je. Kata Erica lagi, suku kaum Murut ni sebenarnya banyak lagi dan hanya disatukan (di bawah nama Murut) selepas kedatangan British yang mungkin malas nak nak panggil setiap satu dengan nama sendiri. Bayangkan bawah Murut ni, ada lagi 29 sub-etnik yang berkongsi panggilan suku kaum yang sama!
Jadi kalau korang ada kawan-kawan yang ada asal-usul Murut dari Sabah dan Sarawak, jangan lah korang bergurau pasal sejarah dorang tu sebab tu semua perkara-perkara lepas. Instead, korang boleh je borak dengan dorang tentang perkara tu untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang sejarah mereka.
Cuba menamatkan dominasi SBUB di Sabah dengan hanya guna sumpit?
Kita masuk balik bab Antanom tadi, kalau korang nak tahu Antanom ni ialah ketua kepada suku kaum Murut di kawasan dia tu. Pada usia 30 tahun, dia telah memimpin orang-orang dia untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Ketika banyak (kaum di Borneo) yang hanya akur dengan British masa tu, ia tidak terjadi kepada Antanom selepas dia sudah hilang sabar dengan British.
Ada sebab kenapa dia ni hilang sabar, British masa tu dah macam-macam benda dorang buat kat kawasan Antanom ni. SBUB ketika tu tidak benarkan siapa-siapa buka tanah baru, mengenakan cukai pada penduduk, orang Murut menjadi buruh paksa, memisahkan keluarga, ceroboh jalan hutan dan banyak lagi yang mungkin kita tak tahu pun British pernah buat.
Pada 1915, hampir seribu orang Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan telah dikumpul Antanom bagi menentang British di Sabah. Yang menariknya, mereka dilengkapi dengan senjata asas je tau seperti pedang, lembing dan sumpit. Yang menjadi masalah adalah musuh (British) yang dorang nak lawan tu guna senjata api, jadi rasa-rasa macam mana dorang survive?
Tapi, semua tu tak dapat menghentikan kemaraan Antanom dan pengikutnya. Serangan mereka dilihat seakan ‘menjadi’ selepas mereka berjaya membakar bangunan kerajaan. Perkara tu trigger semangat orang Murut yang lain untuk sama-sama ikut gerakan yang diketuai Antanom ni, dikatakan pengikut dia bertambah sampai 900 orang dan pertempuran dengan British tu pula berterusan selama 6 minggu!
Macam mana lah British yang ada senjata api canggih (canggih masa zaman tu la) tapi masih kena tekan dengan pihak yang cuma guna senjata untuk buru binatang je. Kira nampak lah bila orang berjuang untuk tanah air ni tak kisah apa halangan pun dorang tetap berani tempuh, walaupun dihujani peluru.
Terkorban disebabkan taktik kotor British
Walau bagaimanapun, semua perjuangan ni terhenti selepas kematian Antanom. Yang tak syoknya, cara Antanom ni mati sangat tak elok lah. Ini semua disebabkan cara British yang takde maruah dengan memancing Antanom ke dalam perangkap mereka, dikatakan British ketika itu telah menawarkan rundingan damai.
Namun, ketika Antanom dan pengikutnya on the way nak pergi ke tempat rundingan tu, mereka telah diserang hendap oleh British sehingga mengorbankan nyawa ketua mereka iaitu Ontoros Antanom. Taktik yang digunakan British ni sangatlah kotor tapi nak buat macam mana, orang kalau nak menang semua benda dorang sanggup buat.
Dari situlah berakhirnya penentangan orang Murut terhadap British yang digelar sebagai Kebangkitan Rundum (sebab peristiwa tu terjadi kat Rundum, Sabah). Kesan terhadap Kebangkitan Rundum dan kematian Antanom agak besar juga kepada orang Murut, British telah mengenakan tindakan tegas kepada pengikut-pengikut Antanom dan salah satunya menjadi buruh kasar.
Ada juga yang sampai dibuang daerah! Disebabkan segala peristiwa tu, semua orang Murut ketika itu diarahkan British untuk melafazkan sumpah setia bagi mengelakkan mereka rebel lagi pada masa akan datang. Kira British takut lah tu, baru dorang tahu penangan pahlawan berani mati punya.
Walaupun Ontoros Antanom ni terkorban awal, dia tetap dianggap sebagai hero di Sabah. Even orang Sabah sendiri telah menaikkan tugu pahlawan untuk Antanom, sebab tu kita yang hidup zaman sekarang ni kena bersyukur dengan perjuangan orang dulu-dulu dalam mempertahankan tanah air kita!
- 3.4KShare sekarang!
- Email61
- Facebook3.3K
- Share