- 469Share sekarang!
- Email3
- Facebook466
- Share
Budaya balik kampung ni memang dah sebati dengan rakyat Malaysia, terutamanya bagi yang merantau ke bandar untuk belajar atau bekerja. Oleh kerana nilai-nilai orang kita masih sangat mementingkan semangat kekeluargaan, kita cuba untuk balik sekerap mungkin untuk melawat orang tua.
Dan bagi yang kena travel jauh untuk balik kampung tu, mesti macam-macam cerita yang pernah terjadi. Untuk artikel ni, SOSCILI dan member kami kat Astro tanya pembaca tentang kisah balik kampung dorang yang paling tak boleh lupa, dan ini apa yang kami dapat…
1. Hampir kena tinggal dengan bas ekspres kat R&R – Hafifi
Ada sekali tu saya naik bas menjelang raya (dari Penang ke Pahang), singgah kat R&R macam biasa. Sebab time tu puasa, so tak berhenti lama la untuk makan, drebar kata 15 minit je. So saya turun solat Zohor pastu pergi tandas, bila tiba-tiba member yang naik bas tu sekali call kata bas dah gerak.
Saya lari keluar R&R, tengok bas dah takde, tengah hujan pulak tu. Saya lari tengah hujan pastu tiba-tiba ada satu kereta slow down so saya berenti. Kereta tu turunkan tingkap, pastu makcik ni tanya “Adik, kejar bas kat depan ke?” Saya kata iye pastu tunggu la mana tau dia nak tumpangkan, tapi makcik tu kata “Hah, kejar la!” Kurang asam betul, baik tak payah berenti.
Pergh, cerita sebijik macam drama kat Astro. Siap ada makcik sebagai watak tambahan yang tak membantu langsung.
Saya lari lagi, pastu ada jip polis berenti dan tumpangkan, polis tu cam saya sebab dorang solat sekali time Zohor. Nasib baik la bas berenti sebelum masuk highway, saya pun naik marah-marah “Kata 15 minit, tak sembahyang ke!” Semua orang senyap sebab satu bas pun tak turun sembahyang.
Yang peliknya, kenapa member tu tak bagitau drebar suruh berhenti? Nasib baiklah cerita ni berakhir dengan kegembiraan. Kalau tak, cuba bayangkan bas tu gerak terus, mungkin sampai sekarang la Hafifi masih lagi bekerja kat R&R sebab nak kumpul duit beli tiket bas baru.
2. First time pengalaman naik bas ekspres – Wawa
First time aku naik bas express, setiap sejam ayah aku call tanya kat mana? Macam mana keadaan aku? OK tak… bila aku tak angkat phone mula lah dia risau pikir bukan-bukan. Padahal aku tertidur kat dalam bas, maklumlah perjalanan jauh 4, 5 jam jugak.
…first ayah akan tanya “Wawa naik bas apa? apa num plate bas tu?” … So secara spontan aku cakap “ala tak tengok pulak num plate dia, nama bas apa pun tak tengok. Tapi bas Wawa naik ni ada gambar gajah kat luar dia tu!” … Dan ayah aku terus gelak besar dan dia cakap “Naik bas mini zoo ke?” Haha
Soalan kedua yang ayah tanya setiap kali balik kampung bila naik bas ialah: “Wawa dah kat mana tu?” Aku pun sengal2 dengan tak tahu apa-apa terus jawab “Wawa dekat hiway lagi ni”
(Bila ayah nak jemput) dia akan estimate time dia untuk amik aku kat terminal bas Johor. Memang kalau setiap kali aku balik Johor je, Ayah akan sampai dulu dari aku. Sebab tu dia akan tanya aku naik bas apa, num plate bas, dah sampai mana. Sebab ayah ni jenis tak nak aku tunggu dia. Dia selalu cakap biar dia yang tunggu anak-anak, lagipun aku perempuan dia risau kalau jadi apa2.
Betullah seperti kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, tak kiralah betapa jauh perjalanan bas express korang. *Mengalir air mata*
3. Perjalanan 8 jam jadi 16 jam sebab trafik sesak – Nadhirah
Bagi sesiapa yang asal dari Kelantan, korang mesti biasa kes tak cukup tiket, kadang-kadang berbulan-bulan sebelum raya. Tapi bila dah dapat tiket pun, ada masalah lain pulak…
Dalam perjalanan, memang macam biasa la jammed teruk belah-belah Pantai Timur. Tapi tak sangka la pulak jammed teruk sampai bas dan kereta-kereta sekeliling tak bergerak langsung.
Dalam 5 jam macam tu tak keluar daripada KL lagi. Yang paling teruk, dah la tengah puasa, ada yang mabuk sebab panas, dan ada juga yang mabuk sebab orang lain duk bercakap tapi tak sedar bau mulut diorang aduhhhhh tak payah cerita la.
Perjalanan yang selalunya ambil masa 8 jam dengan bas, jadi 16 jam, tu pun sempat sampai masa malam raya. Sejak tu la saya dah serik nak naik bas, jadi cuti raya je beli tiket flight. Mahal takpe, asalkan masa dengan keluarga lebih banyak dan tak sakit badan dah.
Kami cuba buat perbandingan antara bas dan kapal terbang. Katakanlah korang nak balik dari Kuala Lumpur ke Kelantan bulan Ogos ni ni, tiket bas boleh dapat sekitar RM85 ringgit pergi balik, tiket kapal terbang pulak boleh dapat RM105 pergi balik. Tak banyak beza pun! Tapi mungkin time raya berbeza la, dan pastikan korang tempah tiket awal-awal.
4. Bergaduh sebab nak seat paling best – Safinah
Cerita ni confirm semua keluarga pun pernah rasa, nak lagi bila adik-beradik ramai:
Kami 5 beradik akan berhimpit dalam kereta. Seorang di depan, 4 lagi dibelakang. Confirm bergaduh setiap kali nak gerak. Sebab masing-masing nak chop tempat favourite dekat seat belakang. Tepi tingkaplah, seat tengah aircondlah.
Eh, seat kat depan tak nak chop pulak?
5. Tiba-tiba tak cukup kredit dalam Touch N Go – Farriz
Waktu saya dalam perjalanan pulang kekampung. Bertemu dengan tol. Nak bayar tol sekali takder kaunter bayar tol. Merempatlah saya di tepi tol. Nasib baik ada makcik kerja kat situ, datang dengan senyuman manis sambil membawa kad touch and go bernilai rm15.
Dengan senyuman sedih bercampur sinis saya menghulurkan wang. Pengajarannya adalah, silalah membaca atau mendengar berita mengenai isu semasa kalau tak jadilah macam saya insan yang lemah lagi kurang inteleknya. Haduiiii. Ahahahahaha …..(gelak malu bercampur bangga)
Nasib baiklah sekurang-kurangnya dia bawak cash. Cuba kalau terlupa cucuk duit, wallet pulak kosong, menangis la tak berlagu.
Dan bagi yang tak tau, korang boleh reload Touch N Go guna kad IC korang! Bolehlah jugak buat backup kalau kes kat atas ni berlaku.
6. Beraya kat kolej je sambil teresak-esak – Qaseh
“Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada.”
Maksud “yang tiada’ dalam lirik lagu Rahimah Rahim ni bukanlah berkata pasal keluarga yang sudah balik ke pangkuan Ilahi sahaja, tapi juga yang tak dapat nak balik kampung. Kadang-kadang sebab duduk jauh sangat, kadang-kadang sebab kerja. Bagi kes kita ni pulak, dia tak dapat balik sebab cuti pendek sangat…
Oleh kerana kampung halaman nan indah nun jauh di pantai timur, dan cuti raya hanya 2 hari dan lepas cuti raya je terus exam, saya mengambil keputusan untuk TIDAK pulang ke kampung (mak ayah pun tak bagi sebab takut tak sempat nak balik ke kolej).
Mula-mula tu agak sedih la sebab pertama kali masuk asrama dan berjauhan dengan keluarga then tak dapat balik raya pulak tu. Sehari sebelum raya tu tengok je kawan-kawan (yang rumah dekat) balik kemas beg balik kampung masing-masing, kita ni mampu menangis je bucu katil ? (tapi ni betul la menangis sampai tak nak cakap dengan kawan-kawan, hahaha, bila ingat balik rasa macam bodoh pon ada).
Bagi saya walaupun sedih sebab kali pertama tak dapat balik raya, ia merupakan kenangan indah dan lucu kerana dapat merasai pengalaman beraya dia perantauan (la sangat).
7. Tukang pam kat Petronas tersilap isi minyak diesel – Hana
Kadang-kadang walaupun korang dah plan cukup lengkap, siap servis kereta lagi sebelum balik, tak semuanya di bawah kawalan kita. Macam-macam perkara boleh berlaku, macam cerita kat bawah ni:
(Lepas isi minyak) ayah aku pergi ke belakang kereta dan tengok, lama juga la. Tahu-tahu je, rupanya pekerja pam minyak tu tadi salah isi minyak. Kereta bapak aku guna diesel, tapi dia pergi masukkan petrol.
Apa lagi, kena sedut balik la minyak petrol tadi. Lama sangat proses tu … (sampai) 8 jam. Kalau balik rumah semula daripada kampung tu mesti dah sampai, dah siap dapat banyak duit raya.
(Lepas sedut) sebenarnya tak habis juga sebab ayah aku sepatutnya kena pergi servis balik kereta dia dan cuci tangki minyak balik. Petronas kat situ juga siap buat permohonan maaf secara bersurat …. Itu la pengalaman balik raya yang paling tak best dalam hidup kitorang adik beradik. Kereta ayah aku beberapa bulan tu juga rosak, dan aku tak tahu la ayah aku pergi minta ganti rugi ke tak.
8. Balik kampung naik motor Honda cup je – Zulkifli
Cerita yang last ni takdelah di luar norma manusia biasa pun… tapi kami pilih sebab ia mungkin terjadi kepada ramai orang. Jadi bersyukurlah kalau korang dapat balik naik flight atau kereta, tak macam brader kat bawah ni…
Masa mula kawin… malam raya, abih keja 11 malam, bini dok keriau nak balik beraya dengan mak dia, ikut jer lahh… ketuh keteh siap la jam l. Kurang 1 pagi, masa tu takdak anak lgi, motor pun C70 jer balik beraya di kampung mertua di Kuala Pilah ikut jalan lama
Lebih kurang 4 pagi sampai kat Bukit Putus… moto buat hal… ko tau la Bukit Putus tu… klau ceta pun… tapi dok gagah naik gak.. Sampai ke Simpang Tanjung Ipoh hala Sri Menanti.. Nampak ada lori treler dengan 4-5 org tengah halau lembu naik treler (masa tu mau kata lembu bersepah tidoq atas jalan) badan depa jangan ceta… abg sado, pak sado pun kalah, aku yg cekiding ni nak sergah!!!!
Depa tak sergah aku dgn bini aku pun dah besar rahmat, sambil lintas diorangg aku cakaplah.. “Adik beradik tumpang lalu yer bos”… haram depa tak jawab, ee menesia ke jin ni!! Apa lgi pecut ler.. ko tau la C70 nak laju mana?, sampai umah mak mertua, ipar lambai baru bangun nak suboh, aku terus tak tidoq, buat suboh terus ke surau, blik surau po lawat adik beradik sampai 9 mlm gak la, baru balik umah, apa lgi terus bum.. sedaq-sedaq 8 pago esok… bini kata nak kejut kesian dok tengok aku tidoq bedengkoq mcam kerbau..
Sanggup meredah apa sekalipun demi jumpa keluarga tersayang
Sebenarnya korang tak payah tunggu raya pun untuk jumpa mak abah, terutamanya yang dekat dengan kampung. Setakat 1-2 jam perjalanan, balik seminggu sekali pun boleh kalau mampu bayar tol dan kalau naik kereta Perodua enjin 1.0.
Malah sekarang ni, member kami kat Astro ada tayang macam-macam program menarik seperti Gegar Vaganza, Abang Bomba I Love You dan Suri Hati Mr Pilot Raya. Korang boleh download, rewind, dan tengok semula apa-apa filem atau rancangan bersiri yang korang suka pada bila-bila masa. Cuma perlu sambungkan PVR dengan Internet je.
So… bila next time korang nak balik kampung? Konfem mak akan masak special bila dengar korang nak balik. Kalau tak dapat nak balik dalam masa terdekat pun, jangan lupa call dorang ok!
- 469Share sekarang!
- Email3
- Facebook466
- Share