- 582Share sekarang!
- Email2
- Facebook580
- Share
UPDATE 21/8/2019: Disebabkan isu Zakir Naik kembali lagi. Kami bawa semula artikel lama kami dulu. Selamat membaca!
Nama Zakir Naik memang naiklah kat Malaysia kan baru-baru ni. Penceramah ni terkenal dengan pengetahuannya dalam ‘comparative religion’ sebab selain daripada agama Islam, dia dikatakan biasa jugak dengan ilmu agama-agama lain.
Kehadiran Zakir Naik kat Malaysia tahun ni mengundang pelbagai kontroversi bila Ketua Polis Negara hampir batalkan program yang melibatkan Zakir Naik di Melaka, manakala MIC dan RAPAT menggesa ceramahnya dihentikan. Dalam masa yang sama, Zakir naik turut mendapat sokongan ramai termasuk TPM masa tu Zahid Hamidi dan juga mufti Perlis, Dr MAZA. Yang pasti ceramah Zakir Naik memang mendapat sambutan ramai, sehinggakan lebih 30 ribu orang hadir dalam majlisnya di Terengganu.
Zakir Naik ni memang ada cara penyampaian dia yang tersendiri, sebab tu lah reaksi orang kat dia sangat kuat, sama ada suka atau benci. Tapi selain daripada Zakir Naik, siapa lagi pendakwah yang korang boleh dengar? SOSCILI cuba kaji pasal pendakwah-pendakwah moden yang berpengaruh zaman sekarang ni yang korang boleh follow. Jom kita start dengan lelaki yang dikatakan sebagai ‘guru’ kepada Zakir Naik sendiri, iaitu…
1. Ahmad Deedat yang dikenali sebagai lejen pendakwah Islam moden
Sebelum Zakir Naik, Ahmad Deedat terlebih dahulu telah dikenali sebagai lejen dalam debat antara agama. Dia bukan je tukang debat yang cekap, tapi telah menulis lebih daripada 20 buku yang diedarkan di seluruh dunia. Pada tahun 1968, Deedat dapat anugerah King Faisal Award atas sumbangannya kepada Islam.
Ahmad Deedat lahir di India dan berpindah ke Afrika Selatan sewaktu berumur 9 tahun sebab ikut bapak dia. Pada umur 16 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah untuk menampung keluarga tapi dia terus belajar sendiri dengan membaca, berdebat, dan berbincang dengan orang lain.
Zakir Naik adalah anak murid Ahmed Deedat, dan mungkin sebab tu stail debat mereka sama. Gaya debat Ahmed Deedat ni juga merupakan salah satu sebab kenapa nama dia famous di kalangan ilmuwan agama.
Walaupun dia pernah ‘bergaduh’ dengan Dr Shorrosh dan mencabar Pope John Paul II untuk berdebat, ramai orang kata cara dia berdakwah sebenarnya lemah-lembut malah anak dia, Yousuf Deedat kata bapak dia sering menggalakkan free speech dan juga open dialogue.
Yousuf Deedat juga kata debat bapaknya agresif sebab kritikan pedas yang di terima oleh pengkritik agama. Pemergian Ahmed Deedat pada tahun 2005 telah meninggalkan kesan yang besar dalam dunia dakwah Islam moden tapi legasi dia diteruskan oleh Dr Zakir Naik.
2. Imam media sosial yang berdakwah melalui Facebook dan Snapchat
Sorang lagi rakyat USA yang telah memeluk Islam, William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb telah menyambung pelajaran mengenai agama Islam kat Universiti Al-Azhar, Mesir. Habis je belajar, dia terus jadi imam dan kemudian naik pangkat jadi Mufti.
Beliau merupakan sorang mufti kat USA. Kalau kat negara-negara Islam, pangkat mufti ni kita dah biasa dengar tapi memandangkan USA ni majoritinya adalah non-muslim so agak rare jugaklah.
Cara dia keluarkan fatwa pun style, Suhaib buat account Snapchat dan telah mengeluarkan beberapa fatwa melalui Snapchat dan menggelarkan ia Snapwas (cool gila kan!). Korang pernah tengok cerita Breaking Bad tak? Basically cerita ni pasal sorang cikgu chemistry jual Syabu dan Suhaib jadikan cerita tu sebagai tajuk khutbah Jumaat. Salah satu sebab dia buat macam ni adalah untuk menarik perhatian orang muda.
Suhaib Webb juga telah digelar ‘murtad’ oleh Daesh tapi dia rilex je. Bagi dia tu satu penghormatan sebab dia tau kerja-kerja online dia ni telah menyusahkan Daesh untuk menghasut orang. So kalau korang nak dengar ceramah atau khutbah dia boleh pergi ke Facebook, Youtube, Twitter, atau Snapchat dia “imamsuhaibwebb”. Selamat bersocial media!
3. Yusuf Estes yang pernah jadi wakil PBB untuk meeting ketua agama sedunia
Joseph Estes atau nama Islam dia Yusuf Estes merupakan sorang pendakwah Islam dari Texas USA. Sebelum dia masuk Islam, Yusuf juga merupakan sorang pendakwah tapi untuk agama Kristian dan dia bukan calang-calang pendakwah tau, dia pernah bekerja untuk NASA dan juga ada bisnes music dengan bapak dia (siap jadi jutawan lagi).
Dia mengucapkan syahadah pada tahun 1991 bila dia cuba untuk convertkan sorang mamat dari Mesir ni untuk masuk Kristian tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. So bila dia dah masuk Islam, Yusuf Estes meneruskan dakwah dia tapi untuk Islam pula kali ni. Memandangkan dia memang dah kaya, jadi dia pun buatlah jelajah dakwah dari USA ke serata dunia.
Pada tahun 2000 pula, Yusuf telah dilantik untuk jadi wakil muslim dalam meeting PBB iaitu United Nations Conference Peace Summit for Religious Leaders. Lagi satu benda yang menarik pasal dia ialah, dia selalu jugak masuk penjara tau, tapi… masuk bukan sebab kesalahan undang-undang tapi untuk menyampaikan dakwah dan tolong banduan-banduan dalam tu.
Setakat ni Yusuf Estes pernah datang Malaysia sekali je pada tahun 2008 tapi kalau korang nak dengar ceramah-ceramah dia, korang boleh pergi kat website dia atau pun youtube.
4. Mufti yang insta-famous
Ismail bin Musa Menk merupakan seorang mufti kelahiran Zimbabwe. Beliau ada ramai pengikut tau lebih kurang 460k followers kat instagram, 860k kat twitter, dan 1.7 juta likes kat page facebook. Kalau korang nak tahu pangkat mufti ni dah sama macam Menteri (tapi tengok tempat jugak lah)
Salah satu requirement atau pun keperluan untuk menjadi sorang mufti ni korang mestilah mempunyai ilmu yang tinggi dalam agama dan tahu perihal undang-undang. Tapi since ramai dah main social media ni, so Mufti Menk ni pun try sesuatu yang baru dengan menyampaikan dakwahnya melalui ….
Macam biasalah kerja berdakwah ni memang banyak cabarannya. Beliau sendiri pun pernah dilemparkan dengan kritikan pedas oleh Huffingtonpost pasal isu muslim gay dan sebab tu jugaklah beberapa ceramah dia kat univerisiti UK terpaksa dibatalkan. Kalau korang nak tengok video ceramah tu boleh tekan sini.
Bila menjelang Ramadhan je, Mufti Menk ni suka lepak dengan orang-orang miskin dan rajin menghulurkan bantuan kat dorang yang memerlukan dan dalam masa yang sama dia akan berdakwah.
5. Pendakwah ni buka kursus degree online secara percuma
Kalau korang dengar dia cakap, korang akan sedar yang bahasa dia ada lenggok ‘Bob Marley’ sebab Dr Bilal Philips ni berasal dari Canada yang dilahirkan kat Jamaica. Perjalanan dia ni boleh kata hardcore jugalah, sebab sebelum dia masuk Islam dia aktif melibatkan diri dalam dunia komunis.
Kisahnya bermula selepas dia habis belajar kat Canada (dalam bidang bio-chemistry), dia telah turun ke USA dan join Soledad Defence Committee. Dari situlah dia mula terjebak dengan dunia communism dan kemudiannya sedar yang geng-geng komunis tu hipokrit dan tak bermoral dan daripada situlah dia amek keputusan untuk masuk Islam.
Bila dia dah convert masuk Islam, Bilal Philips pun pindah ke UK untuk bertapa dengan majlis Islam kat sana dan kemudiannya sambung Masters serta PhD dalam jurusan Islam kat Arab Saudi.
Dalam ramai-ramai pendakwah kat dalam list ni, Dr Bilal Philips antara yang paling kontorversi sebab dia tak dibenarkan masuk ke beberapa buah negara Eropah termasuk USA dan Australia sebab dia terlibat dengan pengebomam World Trade Centre di USA.
Tapi dia rajin buat kerja amal dan salah satunya adalah mengajar course Islam secara percuma dimana sesiapa pun boleh belajar dan dapat degree secara percuma. So kalau korang berminat, boleh lah apply kat sini.
6. Dr Maza Asri, pendakwah Malaysia yang moderate dan berpengaruh
Okay siapa la yang tak kenal dengan Dr Asri kan (atau singkatan dia, Dr MAZA). Anak kelahiran Penang ni mula menjadi Mufti Perlis pada tahun 2006 sampai 2008 dan dilantik semula pada tahun 2015.
Dr Asri ni memang suka menulis, sejak tahun 2004 sampailah sekarang dia dah terbitkan lebih dari 50 research paper dan 24 buah buku, jadi penulis jemputan kat Sinar Harian, dan sangat rajin bagi pendapat pasal isu-isu semasa kat Facebook.
Dr Asri tidak sunyi daripada kontroversi. Dia telah dilarang daripada memberi ceramah di Terengganu dan jugak Johor, malangnya tiada alasan yang diberikan pihak berkuasa.
Namun apa yang membuatkan Dr Asri sangat dihormati oleh semua pihak, tak kiralah Muslim atau non-Muslim, tak kisahlah pihak kerajaan ataupun pembangkang, adalah kerana dia tak gentar untuk bersuara tak kiralah dalam apa topik sekalipun. Baru-baru ini Dr Asri menyeru masyarakat Malaysia supaya tidak melabel non-Muslim sebagai ‘kafir harbi’ dengan sewenang-wenangnya, mengkritik reaksi sesetengah pemimpin Islam yang tidak mengendahkan penyalahgunaan kuasa, dan menggalakkan ibu-bapa supaya mengenakan vaksi buat anak-anak mereka.
7. Ustazah yang hebat bab keluarga dan mengurut
Haa ni kalau korang nak refer ustazah pula, korang boleh refer kat Ustazah Siti Norbahyah ni. Siapa tak kenal dia ni yang selalu keluar kat TV9, program bual bicara Semanis Kurma. Selain ada tv show dia sendiri, Ustazah ni jugak buat guest appearance kat rancangan Tanyalah Ustazah di TV9.
Selain hosting, Ustazah ni jugak ada buat kem motivasi dan kalau korang ada masalah nak cari jodoh, jangan risau sebab Ustazah ada penyelesaiannya! Korang just pergi ke website Semanis Kurma (tekan sini), fungsi website ni macam Tinder tapi versi halal.
Ustazah ni sering mengetengahkan ceramah/dakwah mengenai institusi kekeluargaan. Selain tu, dia jugak merupakan tukang urut yang power. Kenapa? sebab pada tahun 2004 dia telah invent dua jenis urut iaitu Cakar Harimau dan juga Urut Labah-Labah.
Berguru biarlah ramai!
Bak kata Saidina Ali, berguru biarlah ramai. Barulah kita dapat terima pendapat dan gaya penyampaian yang berbeza-beza, dan nilaikan sendiri. Dan jangan malu untuk bertanya, ok! Semoga senarai pendakwah yang kami letak dalam artikel ni dapat membantu korang, kalau ada cadangan bagi nama-nama lain boleh bagi kat ruangan komen :)
“Barang sesiapa mencari kehidupan di dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang sesiapa menghendaki kedua-duanya wajib baginya ilmu” – Hadis Riwayat Tarmidzi.
- 582Share sekarang!
- Email2
- Facebook580
- Share