6 sebab kenapa Penang dulu berbeza dengan Penang sekarang

Apa benda pertama yang korang fikir bila sebut tentang Penang? Memang tak sah lah kalau tak sembang pasai makanan dia. Terutamanya nasi kandaq depa, memang lain betoi dari nasi kandaq kat KL. Sampai Burger King yang bukak di Penang pun kena tutup dek penangan makanan ruji orang Penang ni.

Burger KING dah di ‘check mate.’ Imej dari penang-traveltips.com.

Selain dari makanan, apa lagi ada kat Penang? Apa lagi kalau bukan Batu Feringgi. Yelah, bagi orang KL, asyik-asyik ke Port Dickson pun boring. Tapi ada kawan kitaorang komplen, Batu Feringgi dulu, memang tak banyak sangat pelancong. Dah tu pulak, bersih, udara segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. Kiranya memang best. Tapi, sekarang ni, indah khabaq dari rupa. Orang buang sampah, air laut terlebih masin. Macam-macam lagi lah.

So, korang rasa, selain dari Batu Feringgi, keseluruhan Penang sekarang ni, lain tak dari yang dulu? Kitaorang akan cerita. Uols just layan.

1. KOMTAR, hidup segan mati tak mahu

Kalau korang pusing-pusing satu Penang, mesti akan nampak satu bangunan yang bernama KOMTAR, kan? Nak cukup syarat holiday kat Penang, mesti kena singgah kat KOMTAR dulu.

Tapi sebelum tu, mai nak habaq sat pasai sejarah KOMTAR ni kat hampa. KOMTAR adalah singkatan kepada Kompleks (KOM) Tun Abdul Razak (TAR). Dirasmikan pada 1 Januari 1974 oleh Perdana Menteri Kedua kita, Tun Abdul Razak, bangunan ni rupanya adalah bangunan ke-7 tertinggi di Malaysia! Dulu, KOMTAR ni memang happening gile. Tempat lepak tak lain dan tak bukan, kompem KOMTAR.

Tapi masa merubah segalanya……….

Itu dulu, sekitar tahun 90an macam tu. Menjelang tahun 2000 ke atas, dah banyak muda-mudi yang cuma tau pi tempat yang ‘lebih kool’ macam Gurney Plaza Mall ataupun Queensbay Mall. Jadi KOMTAR ni tinggallah sebagai kenangan buat seketika waktu.

Ni lah rupa mall yang kalahkan KOMTAR. Imej dari Trip Advisor.

Sebenarnya kat KOMTAR masih ada kedai untuk shopping, cuma tak banyak. Contohnya Kedai Sukan Lee Hoe yang agak femes (ada member kitaorang kat KL pernah request beli kasut sukan kat kedai nih!).

Ni bukan sponsored article. Just, kitaorang tak cukup gambar. Imej dari foursquare.com.

Selain dari itu, mungkin ada kesedaran dari pihak berkenaan tentang perlunya KOMTAR diberi nafas baru. Sebab tu lah, baru-baru ini (pada 18 Disember 2016), jeng, jeng, jeng………………

KOMTAR berubah wajah! Banyak tarikan baru yang dimasukkan di KOMTAR.

Macam-macam ada habaq hang! Sampai Muzium Tongkat Ali pun boleh wujud. Boleh checkout kat sini untuk tarikan-tarikan yang lain seperti Game Augmented realiti (Danceoki), Teater 7D (ya, 7, ini bukan typo!), permainan Maze dan bermacam-macam lagi! So, kita tunggu dan lihat kalau KOMTAR baru ni boleh jadi tempat hotspot macam dulu balik.

KOMTAR nafas baru, jangan sesak nafas kat atas cukupla. Imej dari onlypenang.com.

Ini cakap bab KOMTAR yang dulu power tapi sekarang semakin kureng. Bangunan seterusnya yang kitaorang nak sembang, situasi terbalik sebab, dulu tak dihargai, tapi sekarang harganya melambung tinggi!

2. Bandar Georgetown semakin megah, tapi penduduknya pulak berpindah

Seperti kebanyakan bandar macam Ipoh dan Kuala Lumpur, Georgetown (ibu negeri Pulau Pinang) ni ada rumah yang mahal-mahal, rumah biasa-biasa dan juga rumah yang dah lama dibina.

Boleh dikatakan dulu, orang tak pandang pun rumah-rumah lama ni, kecualilah kalau tuan rumah tu je yang memandang. Tapi kerajaan Pulau Pinang ketika itu (BN), telah menghantar dokumen sejak tahun 2005 untuk mendapatkan status sebagai Tapak Warisan Dunia.

(Program Tapak Warisan Dunia diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk memelihara tempat yang masih ada nilai-nilai pendidikan, sains atau kebudayaan).

Akhirnya, pada tanggal 7 Julai 2008, UNESCO pun mengiktiraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Kalau korang nak tahu, Georgetown adalah antara 4 Tapak Warisan Dunia di Malaysia, selain dari Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, Taman Kinabalu di Sabah dan bandar Melaka.

Kata-kata pemenang Oscar tak perlu dipertikaikan. Imej dari imgflip.com.

Oleh kerana Georgetown ada banyak bangunan lama hasil peninggalan penjajah, maka setelah pengiktirafan ini, bangunan-bangunan lama nih menjadi semakin komersial dan nilainya meningkat naik. Ianya kini dikenali sebagai ‘bangunan warisan.’ dan menjadi tarikan pelancong dari luar.

Jadi, kalau dulu ia hanya dipandang sebagai sebuah bangunan biasa yang lusuh…… Sekarang ni, bangunan warisan ni dicovet habis sebab ‘nilai antik’ nya yang tahap international!

Dalam satu-satu perubahan tu, kalau ada yang happy, ada jugak lah yang menderita…………

Menurut Penang Heritage Trust (sebuah kumpulan yang komited dalam pertahankan warisan Pulau Pinang), sewa premis, bangunan dan rumah di Georgetown meningkat naik disebabkan status Tapak Warisan Dunia. Ini menyebabkan banyak penduduk yang tak dapat menanggung kos ni berpindah keluar dari Georgetown.

“Kita perlukan Akta Penyewa yang membenarkan sewa untuk jangka masa yang lebih lama dan kadar sewa yang berpatutan, baik untuk penyewa, ataupun tuan rumah.” – Salma Khoo, Pengerusi Penang Heritage Trust, dipetik oleh Malay Mail Online.

Sebagai contoh, pada September 2016, sebuah syarikat Singapura, World Class Land (WCL) telah beli 20 rumah kedai di Jalan Bertam, Georgetown. Penduduk-penduduk diberikan notis lebih kurang sebulan untuk mengosongkan premis sebelum WCL mengubahsuai dan menyewa balik pada kadar jauh lebih tinggi kepada penyewa baru.

Jadi, kesimpulannya, walaupun Georgetown diiktiraf dan jadik favourite pelancong luar, tapi ia jugak mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat. So memang adalah pros and cons disebabkan status ni.

Senyuman dalam kesedihan Salma Khoo. Jenis senyuman paling menusuk kalbu. Imej dari Malay Mail Online.

Dah letih kitaorang bercerita pasal bangunan, jom layan pasal salah satu tarikan semulajadi di Penang pulak.

3.  Dulu Batu Feringgi cantik, bersih dan aman; sekarang ni tercemar, nak parking pun kena bayar

Batu Feringgi memang menarik untuk dilawat pada waktu siang dan waktu malam. Ada barangan branded pada harga yang murah dijual ala-ala night market kat Phuket ataupun Bali gitew.

Dalam gambar barang nampak biasa-biasa, tapi bila mood holiday, sakannnnn. Imej dari panduanwisata.id.

Tetapi, itu view dan experience waktu malam. Waktu siangnya, ingatkan dapat sejukkan hati tengok pantai yang indah dan halus. Malangnya, opocot! Pantai semakin penuh dengan sampah sarap dan tak halus mulus macam dulu. Sungainya pulak masin dan tercemar, hinggakan pada tahun 2014, ada kes pencemaran e-coli yang sebabkan Batu Feringgi ditutup sementara waktu.

Adakah ia sebab tindakan tak bertanggungjawab orang ramai? Ataupun datang dari air hitam yang dilepaskan oleh paip milik Indah Water Konsortium, seperti mana yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng?

Nasib baik air hitam ni sekejap ja. Kalau tidak kena rebrand sebagai ‘satu-satunya laut hitam di Asia Tenggarra.’ Imej dari Astro Awani.

Masalah di Batu Feringgi tak terhenti setakat itu saja. Jalan nak ke Batu Feringgi pun pernah mengalami tanah runtuh dan nyaris-nyaris membahayakan nyawa pelancong asing. Baru-baru ini, pada bulan November 2016, berlaku sekali lagi tanah runtuh yang menyebabkan Jalan Teluk Bahang-Batu Feringgi ditutup selama seminggu!

Adakah ia sebab pembangunan berterusan kat Batu Ferringgi ni? Memang salah pembangunan kalau ikut link-link ni. Antaranya adalah petisyen ni. research study dari Segi University College, Penang dan pendapat pakar marin biologi.

Selain dari pencemaran dan tanah runtuh, ramai yang berpusu-pusu nak jadi jaga kereta untuk ambil ‘duit parking’ free. Lawak jugak bila minta tiket, ada jaga yang selamba badak cakap tiket dah abis. (Isu jaga parking ini tidak terhad kepada Batu Feringgi atau Pulau Pinang saja, dan Soscili pernah cover artikel tentang jaga kereta di sini.)

Sebab isu-isu inilah, ramai pengusaha premis kat Batu Feringgi pun komplen, takut pelancong semakin berkurangan dan pergi ke tempat lain. Kalau dorang pergi ke Pulau Langkawi lagi takpe. Tetapi, macam mana pulak kalau dorang sampai menyampah dan terus pergi ke pantai di negara lain? Yang rugi kita jugak. Nampaknya, lepas brain drain, akan ada pulak fenomena baru bernama tourist drain atau Batu Feringgi drain.

4) Driving kat Penang dulu tak de jam, sekarang elok duduk kat rumah ja.

Mesti korang pernah dengar pepatah klasik kat Penang:

“If you can survive driving in Penang, you can survive driving anywhere.”

Sebenarnya, banyak lagi komen pasal kesukaran driving kat Penang. Salah satunya, signboard terlalu crowded dengan nama-nama jalan. Jadi, bagi orang luar, kalau tak sempat habis baca, harap-harap terpilih jalan yang betul.

Takkan anda sesat sekiranya anda mengikut jalan yang lurus. Imej dari mdmafnie.blogspot.my.

Selain itu, ada lagi kesukaran yang wujud zaman berzaman. PENANG DRIVERS. Kalau cakap bab driver kat Penang, ada lebih banyak komen negatif tentang cara pemanduan SESETENGAH orang Penang, sama ada dari orang luar atau orang Penang sendiri yang konplem.

Sama ada dorang mencelah sana sini dan tak pakai indicator, menghalang kereta lain yang nak overtake dan yang bawak kereta macam bawak motor. Dengar kata sekarang, keadaannya lagi parah. Gaji tak naik, tapi had laju kat Penang, akan sentiasa naik.

Bacalah blog ni, ni dan ni dan nilai sendiri kebenarannya. (Penang drivers dianggap ‘kiasu,’ suatu perkataan dalam bahasa Hokkien yang bermaksud, takut kalah.)

Sama ada setuju ataupun tak, jom layan komen orang Penang sendiri pasai driver Penang dulu, dan sekarang.

Screenshot dari perbualan Facebook dengan penulis. Imej dari akaun Facebook peribadi penulis.

Jadi kesimpulannya, attitude driving ni tak banyak berubah. Kalau berubah sekalipun makin parah nampaknya. Korang yang pernah drive kat Penang lah hakim yang paling adil dalam bab ni. Cuba cerita sikit dalam ruang komen ok?

Itu driving. Jalannya pulak macam mana?

Kalau bercakap pasal road condition, dulu jalannya rata, tak berlubang dan selamat untuk drive. Sekarang, macam kebanyakan bandar besar yang lain lah, memang ada masalah kerosakan, jalan berlubang dan permukaan tak rata. Jom dengar konplem dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang isu ini.

“Dengan peningkatan 120% kenderaan bermotor, terutama sekali kereta persendirian di atas jalan raya Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun lepas, adalah amat kritikal sekali untuk jalan itu diselenggarakan dengan baik.

Kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina, mengekalkan dan menyelenggara jalan perlu dipertanggungjawabkan bagi sebarang kerja jalan yang buruk ini.” – S M Mohamed Idris, Presiden CAP, dipetik dari The Malaysian Times.

Antara jalan yang terkesan sehingga rosak atau berlubang adalah Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Bayan Lepas, Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Batu Feringghi, Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Lorong Hutton yang merupakan jalan-jalan utama kat Penang ni. Korang recognise tak jalan-jalan ni?

Tetapi, kekadang, jalan dua hala boleh berubah menjadi ‘one way street’ macam tu je……

Contohnya, pada tahun 2013, Jalan Burma diubah menjadi satu hala dengan tiga lane yang besar. Pada tahun 2015 pulak, Jalan Pantai Jerjak diubah menjadi satu hala kerana request dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti Jerjak sendiri.

Perubahan ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya adalah ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas (itu pun kalau public feedback positive). Yang buruknya bila orang Penang sendiri konpius, ataupun jam tak berubah/semakin teruk. Jadi jalan satu hala tu tukar balik jadi dua hala. Double konpius!  Bertambah jam la sebab orang pun tak tau drive ke mana.

One way ke, two way ke, tawakal je lah way. Imej dari imgflip.com.

Susah sangat jam ni. Buat je lah Second Penang Bridge, selesai masalah! 

Antara punca jam adalah sebab ada yang kerja di pulau, tapi tinggal di Seberang Prai, dan vice versa. So bayangkan traffiknya waktu rush hour. Semua pakat nak balik ke habitat masing-masing, tapi dalam arah yang bertentangan.

Jadi, kalau dulu nak ke masuk pulau, kena pakai feri atau Jambatan Pertama. Sekarang, sebab trafik yang beranak-pinak tuh, dah ada Jambatan kedua yang bernama Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang diharapkan dapat mengurangkan kesesakan sebanyak 25 %.

 

Tapi sekarang ni lebih ramai yang guna Jambatan Pertama yang lebih pendek (13.5km), dan lebih murah, cuma RM7 untuk kereta kelas pertama. Jambatan Kedua pulak, kosnya RM9.40 (harga berubah-ubah).

Sekarang ni Kerajaan Negeri mencadangkan pulak pembinaan jambatan ketiga bebas tol…

Tak tau nak gelak ka nak menangis. Imej dari imgflip.com.

Namun, Kerajaan Persekutuan tak setuju dengan pembinaan Jambatan Ketiga, jadi rancangan ni tidak boleh diteruskan buat masa sekarang! Ada jugak cerita tentang pembinaan terowong bawah tanah yang tidak memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Takut sangat pasal jam dan tol, naik basikal je lah!

Zaman dulu, mengayuh basikal bukan setakat hobi, tapi rutin banyak orang kat Penang. Cuaca cun melecun, kereta pun tak banyak. Sekarang ni, sebab banyak sangat jam, bahaya dan cuaca panas terik, tak banyak yang nak bawak basikal.

Jadi, orang Penang dah tak reti berbasikal ke? Jangan risau, sebab bandar Georgetown semakin femes dengan budaya berbasikal, tetapi yang disewa. Dah macam tourist lah pulak kitaorang nih. Dan untuk merancakkan lagi aktiviti berbasikal, Kerajaan Negeri telah ambil inisiatif untuk meluluskan pembinaan laluan khas basikal bernilai RM30 juta  sepanjang 12.5 kilometer.

Nampak macam banyak yang tak disewa, tapi yang dah diambil lagi banyak. Masyukkkk. Imej dari budakletrik.blogspot.my.

5) Bahasa Hokkien dulu sering digunakan, tapi sekarang makin terpinggir

Kalau dulu ramai kaum bangsa Cina (dan sesetengah kaum yang lain) fasih dalam berbahasa Hokkien, malangnya, akhir-akhir ini penggunaan semakin berkurangan. Antara sebabnya adalah hanya Bahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu dibenarkan untuk diguna di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Kalau korang nak tau, Hokkien jugak digunakan di Taiwan dan China. Tetapi, Hokkien di Penang lain sedikit, sebab ia berasal dari komuniti Baba dan Nyonya dan dicampur aduk dengan Bahasa Inggeris dan Melayu. Sebab tu lah ia unik!

Oleh sebab orang muda di Penang gemar berbahasa Inggeris atau Mandarin saja, Persatuan Bahasa Hokkien Penang ditubuhkan pada 2014 untuk mempertahankan bahasa Hokkien. Selain dari itu, pada August 2016, Kamus Bahasa Hokkien – Inggeris dilancarkan oleh Sunway University dan mengandungi lebih dari 12,000 perkataan.

“Saya pernah melihat ibu bapa yang bercakap Hokkien sesama mereka, tetapi berubah kepada Mandarin bila bercakap dengan anak. Bilangan anak muda yang boleh bercakap Hokkien semakin berkurangan.” – Tan Siew Imm, penulis kamus, dipetik oleh The Sun Daily.

Rasa nak beli, tapi macam tebal sangat lah pulak. Imej dari The Sun Daily.

Macam mana pulak dengan bahasa utagha? Impossible pupus, kan?

Memang anak mami takkan lari dari slang orang utara. Kalau pergi KL pun, bukak ja mulut dah tau mai dari Penang. Masalahnya adalah, orang bukan Melayu (terutama yang tidak pergi Sekolah Kebangsaan) hanya boleh fasih bahasa Melayu baku yang dipelajari di sekolah.

Disebabkan sekolah jenis kebangsaan fokus kepada bahasa ibunda, dan kurangnya kaum Melayu di situ, pergaulan pun kurang. Jadi tak ada peluang untuk kaum bukan Melayu nak berkomunikasi dalam loghat Penang yang pure.

Kitaorang bukanlah nak menyalahkan sesiapa, tapi hanya nak highlight hakikat sebenarnya. 

Dalam forum dan blog pun ada diskus isu ni sebenarnya. (elakkan fokus kepada statement rasis dalam link-link tu, yang penting kita sedar masalah ni wujud dan mulakan dengan sendiri dulu untuk buat perubahan.)

Tapi tak de lah loghat ni tenat sangat. Korang pun, rajin-rajinlah improve loghat utagha korang melalui kamus loghat Penang online ni!

Dah tere speaking Penang, boleh lah order makanan style orang Penang. Tapi, apesal makanan hawker Penang ni sedap sangat ye?

6) Hawker food di Penang hanya boleh dimasak orang tempatan

Kat mana-mana gerai hawker pun, kalau yang femes orang sanggup beratur. Tapi korang pernah terfikir tak, apa akan jadi kalau yang masak tu dah tua dan nak bersara. Anak-anak mungkin tak minat. Kalaupun takeover, mungkin rasa makanan tak 100% sama.

Tetapi, bayangkan kalau kedai hawker ni pilih orang asing sebagai tukang masak dia? Adakah rasa masih sama? Itulah sebabnya Lim Guan Eng memperkenalkan larangan pekerja asing untuk bekerja sebagai tukang masak di kedai ‘hawker food’.

“Kita tak mahu rasanya lari atau berubah kerana pengunjung yang datang begitu mengambil berat tentang keaslian makanan di negeri ini. Gerai penjaja jalanan dan pusat penjaja yang tidak mematuhi peraturan itu akan menghadapi risiko lesen mereka ditarik balik.” – Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, dipetik oleh Berita Harian.

Walaupun Gurney Drive, tempat femes untuk hawker food, tapi orang Penang akan cari tempat lain sebab lagi sedap dan ‘not touristy.’ Pandai-pandailah korang buat kawan dengan member dari Penang. Imej dari meldmagazine.com.

So dont worry, makanan Penang kitaorang tetap akan pertahankan! Ok, dah abis cerita. Mungkin ada banyak lagi yang korang perasan, tapi nilah yang kitaorang dapat cover untuk artikel ni. Dah lapaq nak pekena nasi kandaq ni!

Tahukah korang, walaupun Penang sekarang tak macam dulu, ia masih kekal sebagai destinasi pelancongan yang top? 

Tak dapat dinafikan, mungkin banyak benda bunyinya macam negatif dalam artikel ni. Lepas tu pulak, ada perbalahan Kerajaan Negeri Penang dengan Kerajaan Persekutuan, jadi kitaorang kena bagi balance view. Ugaiz lah kena tepuk dada tanya selera.

Bagi kitaorang, check and balance ni penting untuk pastikan orang Penang sendiri dapat manfaat sepenuhnya. Sebab itulah kitaorang pun happy nak share yang Penang diiktiraf di tangga kedua sebagai tempat yang perlu dilawat pada tahun 2017 di dunia! Anugerah ini diberikan oleh CNN sendiri.

Jadi, apa lagi, turun la kat Penang bila ada peluang. Selain dari tempat-tempat yang biasa korang pergi, jangan lupa lawat Komtar terbaru ye!

About Mohd Aniq Nazmin 8 Articles
Orang Penang. Struggling between a life as a vegetarian, and a nasi kandaq lover. Struggle is real