6 pengalaman seram rakyat Malaysia yang buat kami takut nak bangun malam

Korang pernah tak terfikir kenapa sesetengah orang suka tengok filem seram? Kadang-kadang tu mintak tolong member temankan sebab takut, tapi nak jugak tengok!

Apa yang menariknya, filem seram adalah jenis filem yang biasanya tak perlukan banyak bajet pun, tapi confirm untung! Antara filem seram yang paling berjaya adalah Insidious arahan James Wan, pengarah kelahiran Malaysia. Punyalah untung filem ni sampai ada sequel iaitu Insidious 2, Insidious 3, dan yang baru keluar bulan ni adalah Insidious: The Last Key…

Excited tak nak tengok Insidious? Kalau korang belum beli tiket, tunggu apa lagi! Tapi bagi yang dah beli tiket dan tengah tunggu nak pergi cinema… korang boleh layan dulu cerita-cerita kat bawah ni.

Dengan kerjasama member kami kat Sony Pictures, kami tanya pembaca SOSCILI tentang pengalaman mistik/supernatural yang dorang pernah alami, dan kat bawah ni adalah 7 cerita yang memang buat bulu roma kami meremang, bermula dengan…

1. Nampak ‘mak’ memasak tengah-tengah malam – Hafizah

Gambar dari theofficiallayed.blogspot.my

Hafizah ni jenis yang tidur berkepit dengan mak lagi walaupun dah besar, sebab ayah dia selalu outstation. Ada satu malam ni, dia terbangun nak buang hajat kecil. Waktu tu pukul 2-3 pagi, jadi dia nampak la sekujur tubuh berselubung yang dia anggap sebagai mak dia, tapi…

“Saya terus ke bilik air, lalu di dapur nampak mak sedang memasak. Pelik, bukan mak ada kat dalam bilik sedang tidur ke? Mungkin itu kawan mak sebab bila abah kerja outstation, mak selalu ajak kawan dia tidur di rumah.

Selepas melepaskan hajat, saya bertanya pada ‘mak’ apa yang dimasak olehnya tapi tiada jawapan cuma senyuman dibalas. Beberapa minit selepas itu, ‘mak’ menuju ke pintu utama dan kemudian membuka selak pintu lalu keluar tanpa memberitahu saya ke mana dia pergi.”

Hafizah ingat mungkin tubuh dalam bilik tu kawan mak dia, so dia tarik selimut perlahan-lahan, terkejut bila nampak itu mak dia sendiri, bukan kawan mak seperti yang disangka! Siap kena marah pulak sebab kacau mak dia tidur.

“Pucat muka saya kalau ditoreh pasti tiada darah yang mengalir keluar. Saya bergegas keluar untuk melihat kuali yang digunakan oleh ‘mak’ tadi panas atau tidak dan ternyata kuali itu tersangkut kemas di tempatnya.

Kemudian, destinasi saya yang seterusnya ke pintu utama, untuk kesekian kalinya saya kaku dan menggigil kerana selak pintu utama menunjukkan tiada siapa yang keluar kerana kemas terkunci. Lalu tanpa berkata apa-apa, saya terus berlari menuju ke dalam bilik dan memeluk mak. Saya menggigil ketakutan sehingga saya tertidur. Keesokan pagi, saya demam panas.”

2. Kena buang air kecil kat bangunan lama – Fara

Gambar dari Bad at Sports.

Mula-mula sekali, kes ni memang extra sedih sebab Fara dan suami dia ada kat balai polis Manjung untuk buat report sebab kena tipu duit ribu ringgit dengan kawan sendiri. Tunggu punyalah lama, waktu Maghrib pulak tu, tiba-tiba dia rasa nak terkencing. Jadi pegawai polis pun kata dia kena pergi tandas dua blok di belakang sebab tandas kat dalam balai rosak.

“Bayangkan tengah tengah samar cahaya maghrib aku nak pergi ke blok dua tu memang sangat menyeramkan. Dah lah bangunan lama. Sorang manusia pun takde. Dengan takde lampunya.

Nak naik tangga tak berani sebab laluan tangga tu gelap. Aku pun naik lif. Masa aku dalam lif betul-betul depan pintu lif tu tetiba otak aku ligat membayangkan kalau lah pintu lif ni terbukak. Macam mana kalau ade hantu depan ni. Siap membayangkan hantu macam mana bagai sampai meremang bulu roma aku.”

Aih… bila benda bukan-bukan bermain dalam kepala ni yang merisaukan, sebab…

“Aku baru je nak ke belakang sikit sebab takut benda tu jadi kenyataan tetiba tak sempat aku nak ke belakang pintu lif tu terbukak and benda tu betul betul muncul depan pintu lif tu!!

Lembaga tua, rambut putih, muka bekedut and berbaju lusuh! Aku pun menjerit sampai terduduk wehhh. Betul betul lembaga tu diri depan pintu lif tu. Masa tu Tuhan saja yang tahu macam mana terkejut dan takutnya aku. Jantung aku ni macam nak pecah! Benda tu muncul then hilang.”

Fara pun balik ke suami dia dan menangis macam orang gila. Suami dan polis dia tanya kenapa, tapi dia tak dapat nak jawab dan terus menangis.

Apa pun, kami harap kes kawan yang tipu duit ribu-riban tu dah setel sekarang. Dan bagi korang yang nak pergi balai polis Manjung, selesaikanlah dulu hajat kecil dan besar yang ada.

3. Niat nak study dengan member, tapi bukan member je yang datang – Syafiq

Gambar dari Time Out.

Benda ni berlaku pada tahun 2009 kat Matrikulasi Changlun, Kedah. Syafiq dan kawan dia Hafiz pergi study berdekatan dengan bangunan admin yang selalunya ramai orang. Tapi time tu malam minggu dan ramai yang cuti, jadi takde orang kat sekeliling. Baru niat nak jadi pelajar cemerlang, tiba-tiba Hafiz taip something kat handphone dia dan tunjuk:

‘Ko ada dengar suara orang mintak tolong tak?’

Syafiq kata dia tak dengar, tapi dua-dua dah cuak so dorang balik hostel yang ada sorang lagi roommate, Azhar. Lepas ambik wuduk, baca yasin, dan gabung katil, dorang pun ready nak tidur. Tiba-tiba…

Bila aku start pejam mata je, tiba-tiba aku dengar satu suara perempuan menyanyi. Sumpah aku dengar suara tu suara perempuan menyanyi & bila aku amati betul-betul, suara tu menyanyi sambil menangis.

Memang syahdu & seram gila sampai badan aku pon da berpeluh-peluh. Aku tidur menghadap dinding & suara itu aku dengar betul-betul belakang kepala aku. Ayat-ayat suci al-Quran terus aku baca dalam hati & even dalam hati pon da tergagap-gagap.”

Syafiq pejam mata kuat-kuat sampailah tertidur. Esoknya bila dia tanya room mate dia, dua-dua cakap dorang takde nyanyi apa-apa pun.

“Aku memang da cuak gila baby (tak elok mencarut). Tak lama kemudian, aku dapat berita atuk aku da kembali ke rahmatullah. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah kejadian tu satu kebetulan?”

4. Tertidur dari Maghrib ke Isya’, terus pergi ke prep malam – Syamil

Gambar dari Hans Hanis.

Ini satu lagi cerita asrama, kali ni kat Melaka. Sepatutnya student duduk kat surau waktu Maghrib, tapi Syamil perform kat bilik je atas alasan sengal-sengal lutut. Tapi dia tertidur dari Maghrib ke Isya’, dan sedar-sedar dah pukul 9.30 malam! Dah lah dia janji nak study grup dengan awek kelas sebelah, so dia pergi basuh muka dan bersiap nak pergi prep.

“Malam tu angin bertiup kencang gila. Elok je aku berjalan keluar dari asrama, aku ternampak dari jauh satu lembaga tengah jalan steady je nak masuk asrama. Oh WanLah rupanya, budak kelas aku. aku ingatkan sape td. “WanLah! Nak balik berak ke?” tegur ku sebaik sahaja kami bertembung sebelah menyebelah.

Yang herannya, angin tadi punya la kuat, tetiba jadik sunyi bila WanLah lalu sebelah aku.Yang lagi heran, aku tegur dengan nada yg kuat kot, dia selamba je jalan tunduk tanpa memandangku dan ignore je aku. Sabao je le.”

Syamil pun terus je la berjalan ke kelas. Hampir nak tergolek dia kat kelas bila ternampak WanLah tengah selamba susun fail homework kat loker belakang kelas.

“WanLah, ko tadi ada blik asrama tak?”

“Eh takdelah Mil, aku habis isyak terus ke prep takde singgah asrama, kenapa Mil?”

Syamil terdiam, mulut dia kuma-kamit baca ayat Kursi. Pengajaran yang dia dapat daripada pengalaman ini adalah – janganlah ponteng kuliah Isya’ lagi.

5. Menunggu suami balik ke rumah… tapi siapa yang datang? – Nawwar

Gambar dari Kedah ke KL.

Nawwar melawat kuarters suami dia kat Sabah. Tapi oleh kerana suami kerja laut, kadang-kadang je dia ada kat rumah. Hari pertama Nawwar tidur takde apa-apa lagi, tapi esoknya suami kena kerja so Nawwar hantar ke pintu, waktu tu pukul 7 pagi.

“Saya ngantuk lagi, so saya decide nak tidur balik.. tak sampai 5 minit, saya dengar suami balik (dengar bunyi pintu). Tapi sebab terlalu mengantuk, saya endahkan je, sebab yakin ingat suami balik.

Saya tidur mengiring, then suddenly saya rasa ada orang seperti peluk lengan saya dari belakang dan saya dengar sendiri masa dia peluk tu dia keluarkan suara seperti ‘hmmmm’. Time tu baru saya rasa pelik sebab saya tak dengar pun suami cakap apa-apa.. so itu bukan suami saya.

Nawwar punyalah cuak, tapi dia tak boleh buat apa-apa. Lepas beberapa minit, dia tersedar dan tengok sekeliling, takde apa-apa. Lagi sekali benda tu nak peluk dia tapi Nawwar kuatkan diri untuk bangun dan sedar, dan dia perasan ada bayangan/kelibat sekali imbas.

Beberapa tahun kemudian, Nawwar balik ke Semenanjung dan jumpa jiran-jiran waktu kat Sabah hari tu. Dorang cakap rumah dia dulu memang tempat ‘dia’. Tapi tunggu dulu, itu belum plot twist dia yang terakhir lagi…

Ada dua orang kawan yang sewaktu kat Sabah dulu, kenal-kenal macam tu je, jadi waktu ni la ada masa berborak. Dorang kata dulu selalu nampak Nawwar berpurdah dan berjubah, tapi sekarang tak dah…

“Padahal saya tak pernah pakai purdah pun! Jubah tu ada tapi kadang-kadang la, not like everyday! Tambahan pula kat blok rumah saya tu takde sape pun yang pakai purdah. The best part is mereka yakin itu adalah saya..

Huh… Mr Night Shyamalan sungguh…

6. Abang dan adik dua-dua mata ‘dibuka’ – Awieza

Gambar dari beritamalaysia.org

Yang ni banyak betul cerita dia, seram sejuk kami baca. Waktu kecil, bila balik mengaji, Awieza memang biasa nampak perempuan berambut panjang bertinggung dalam gelap. Lepas tu Awieza selalu kena tindih. Macam-macam rupa dia pernah tengok, mata satu, rambut panjang, si pendek hijau, masyarakat majmuk sungguh.

Tapi dalam banyak-banyak cerita, ini yang buat kami seriau…

“Paling teruk kena masa ulat hitam kecil-kecil jatuh daripada siling. Baunya jangan cakap, sekor je dah cukup bangkai. Mula ingat kot ada kucing atau burung mati atas bumbung. Bila cek, tak ada weh. Yang ada bulu-bulu je. Pelik sangat. Sebab ulat ni hidup dan macam tgh santap bangkai berdaging.

Jatuhnya pulak merata-rata. Bilik, ruang tamu, dapur semua ada. Paling best asyik jatuh kat tempat ada orang. Kalau lepak ruang tamu, jatuh kat ruang tamu. Terer ulat tu ikut. Ulat tu macam ulat sampah, tapi warna hitam. Bayangkan la, asal jatuh sekor berbau. Jatuh sana sini, geli. Penat sapu buang. Last sekali, aku call abang aku suruh datang tengok.

Sekali abg aku datang, dia tunjuk kat siling dan cakap kat aku “Apa kamu ni, tak nampak ke benda tu!!” Sekali aku angkat muka, pergh. Kepala dia boleh terjuntai tembus syiling & tengok kitorang, dengan hodoh, berbungkus kepala, mulutnya keluar ulat-ulat tu. Ya Allah tak terkata hodoh. Aku perlahan-lahan tunduk tak nak tengok dah. Tak sanggup. Tapi aku diam je. Tak nak semua menjerit pulak. Sebab time tu aku dengan abg aku je nampak.

Macam-macam jadik kat Awieza dan abang dia, macam-macam benda dia nampak. Merata jugak dorang cuba berubat sampailah dorang jumpa sorang pak cik ni yang berpesan:

“Takkan ada manusia yang kekal bersama kamu di dunia, pak cik tak boleh tolong selalu, mak bapak kamu jugak takkan selalu ada untuk tolong kamu. Hanya kamu dan Allah sahaja yang ada.

Jadi, apa pun, kamu sendiri kena kuat. Kena lawan, kami tlg dari jauh sahaja, kalau kamu tak kuat. Benda ni akan selalu datang. Dia ibarat anjing, dah pergi tinggal bekas, akan datang anjing lain singgah.”

Pesanan ni dorang ingat sampai sekarang. Kalau muncul apa-apa, mereka baca apa yang patut, pura-pura tak nampak. Tambah Awieza lagi, “Benda tu pun makhluk jugak, main-main usik, tak layan, give up la dia. Takut kita apa-apa kan dia.

Bagi kita semua, cukuplah sekadar tengok filem je!

Amacam, ketar tak kepala lutut dengar cerita-cerita ni? Mintak dijauhkanlah daripada bertembung dengan benda ni semua. Cukuplah sekadar kongsi cerita hantu waktu camping ataupun tengok filem seram dengan member, kan? So tunggu apa lagi, pergi cinema sekarang dan tengok Insidious: The Last Key sebelum ada orang bagi spoiler kat Facebook!