- 737Share sekarang!
- Email9
- Facebook728
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Nampaknya segala tanda tanya dan persoalan dah pun terjawab. Secara rasminya juga Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan baru untuk Malaysia, menggantikan Barisan Nasional (BN) yang dah berkuasa lebih dari 60 tahun.
Disebalik kejayaan dan kegembiraan para penyokong Pakatan Harapan (PH) dengan kemenangan ni, kita nampaknya terlupa dengan kerja keras banyak pihak masa sebelum PRU. Mereka inilah yang sibuk berkempen, pasang bendera, buat ceramah dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, ada satu lagi pihak yang berkerja keras dan kita tak nampak pun diorang. Dioranglah yang dikenali sebagai cybertrooper. Diorang ni jugak dikenali sebagai macai atau keyboard warrior.
Baru-baru ni, satu media antarabangsa ada mendedahkan macam mana aktiviti cybertrooper jadi kat Malaysia. Antaranya adalah pendedahan yang dibuat oleh Syarul Ema (atau Ratu Naga) yang pernah jadi cybertrooper (tapi sekarang tak lagi). Apa yang lagi menarik, perkataan “cybertrooper” tu sendiri datang dari Malaysia!
Menurutnya, masa dia dan kawannya jadi cybertrooper untuk BN dulu, diorang menyamar jadi penyokong parti lawan dan buat kenyataan-kenyataan yang boleh bangkitkan kebencian terhadap parti pembangkang.
“Kami akan ambil nama dan gambar dari (akaun sosial media) Indonesia atau Filipina dan buat akaun palsu, menyamar jadi penyokong pembangkang. Kami buat kenyataan rasis…dan selepas itu kami print screen dan sebarkannya.” – Dipetik dari Wired UK.
Bila kita dengar pendedahan yang macam ni, kita pun naik marah sebab mungkin pernah terpengaruh atau tertipu dengan taktik diorang. Sebelum ni, SOSCILI ada berborak dengan Ahmad Marzuki (bukan nama sebenar) yang pernah terlibat dalam aktiviti ni. (Klik sini kalau nak baca)
Jadi, kali ni kitorang bagi 6 cara macam mana nak kesan cybertrooper kat Malaysia…
1. Kita akan rasa pelik sebab tak ada maklumat basic pasal diorang
Bila kita klik kat sesiapa punya akaun Facebook, kita akan nampak biografi ringkas pasal diorang kat bahagian kiri. Kalau kita nampak maklumat tu macam pelik je, kita boleh tahu yang akaun tu fake. Sebagai contoh, kat akaun tu kata dia lahir kat Taiping, Perak, tapi sekolah kat Moscow, Rusia dan kerja kat Mumbai, India. Apa ke hal?!
Tapi kita tak boleh jugak tuduh macam tu je. Mungkin apa yang dia cerita tu memang betul. Tapi kalau dah duduk banyak negara tu, cubalah upload gambar sikit, biar orang tahu. Betul tak?
Keduanya, maklumat diri yang kosong juga selalu ada kat akaun fake. Kalau kat bahagian tepi kosong, ada dua kemungkinan – satunya dia memang malas dan satu lagi memang dia jadi cybertrooper. Kalau nak lagi tahu, korang searchlah nama orang tu kat Google, mungkin akan keluar pasal aktiviti-aktiviti diorang ni.
2. Diorang ada nama yang pelik, macam bukan orang Malaysia
Ini pulak pasal nama. Selalunya, cybertrooper akan ada nama fake kat akaun diorang, macam – Suzuki Honda, Panglima Kerbau, Adik Manja dan macam-macam lagi. Salah satunya, apa yang kitorang jumpa – Fraggie Looss (kat atas). Walaupun begitu, kes macam ni tak selalu jadi, sebab diorang ada je guna nama Melayu, Cina atau India, supaya tak nampak fake sangat.
Tapi dalam masa sama, kita tak boleh nafikan ada juga orang yang guna nama samaran. Kadang-kadang diorang sengaja eja nama diorang terbalik atau buat nama samaran yang kawan atau orang tertentu je yang tahu. Jadinya, kalau korang jumpa nama-nama yang pelik tu, janganlah terus tuduh diorang ni cybertrooper, mungkin dia tu ex korang masa kat sekolah. Siapa tahu kan?
3. Tak ada banyak gambar peribadi kat akaun diorang
Mana-mana akaun Twitter, FB atau Intagram yang normal, pengguna akan upload gambar diorang dari masa ke semasa. Macam gambar dengan kawan-kawan, travel, kahwin, dapat anak, kucing dan apa-apa yang patut.
Tapi untuk cybertrooper pulak, diorang takde masa nak buat semua tu. Jadinya, bila kita skroll koleksi gambar diorang, tak ada banyak gambar yang kita boleh nampak. Sebaliknya, apa yang kita nampak cuma gambar-gambar yang tak berapa penting, macam – logo kelab bola, selebriti atau apa-apa poster.
Selain tu, ada juga cara lain nak kesan akaun fake, antaranya melalui gambar profil. Selalunya, gambar yang diguna tu diorang download dari mana-mana gambar asalkan nampak macam orang Malaysia atau orang Asia.
Sebab itulah ada kes orang terkejut bila nampak gambar kawan atau saudara mara diorang yang dah meninggal digunakan untuk pertahankan seseorang pemimpin politik. Sebenarnya orang yang hidup pun kena:
Jadi macam mana kita nak tahu gambar tu memang diorang yang punya? Senang je, pergilah ke Google Image Search, dan drag gambar orang tu ke search bar. Pastu dapatlah korang tahu sama ada gambar tu betul atau tak. Kalau gambar tu dari akaun fake, korang boleh nampak banyak pilihan gambar kat internet.
4. Tak ada post politik, melain banyak post politik kat wall diorang
Kalau akaun orang tu penuh dengan BN-BN-BN atau Pakatan-Pakatan-Pakatan, orang tu mungkin memang penyokong tegar parti atau jadikan kerjaya sebagai cybertrooper sepenuh masa. Tapi jaranglah kita nampak orang yang 365 hari setahun cerita pasal politik je. Sekali-sekali tu ceritalah pasal makanan ke, artis ke… ye tak?
“…jika anda melihat profil yang sama dengan tweet yang sama, peluang untuk anda melihat akaun fake adalah tinggi. Terutamanya, jika tweet semuanya @dibalas dengan teks yang sama, anda masa itu dah temui akaun bot.” – Dipetik dari Chris Makara.
Selain tu, akaun fake juga selalunya ada jumlah post atau tweet yang tak realistik. Mana ada orang tweet sampai beratus kali dalam satu hari?! Contohnya macam apa yang kitorang dapat dari akaun kat atas tu. Akaun Twitter tu dibuat pada April 2018 (baru je lebih 30 hari). Tapi dia dah ada 890 tweet. Jadinya, secara purata dia tweet lebih kurang 30 kali sehari.
OK mungkin kita masih lagi boleh terima hal yang macam ni, tapi apa yang meragukan, semua yang dia post pasal politik (pro-BN). Tak cukup dengan tu, guna pulak #JomBN, #BersamaBN dan #KitaPilihBiru. Tak ke kita rasa curiga?
5. Diorang tak tag kawan atau keluarga
Selalunya kita nampak aktiviti seseorang tu melalui wall atau feed. Aktiviti tu termasuklah update post, tambah gambar dan terutama sekali kena tag dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.
Tapi untuk cybertrooper, diorang tak buat semua ni. Sebab itulah diorang tak tag sesiapa dalam gambar. Lagipun tak guna kalau diorang tag, sebab ‘friends’ atau ‘followers’ diorang tu pun bukannya yang sebenar.
Walaupun begitu, ada juga laporan yang kata akaun fake boleh tag 100 kali lebih banyak dari pengguna sebenar. Secara puratanya, akaun fake tag dalam 136 kali untuk setiap 4 gambar, sedangkan tag untuk akaun normal cuma sekali dari 4 gambar. Perkara ni dah bawa ke peringkat seterusnya, iaitu…
6. Diorang sebenarnya berkawan antara satu sama lain
Ada masanya, kita mungkin pernah terfikir yang kalau orang tu ada friends, group dan berinteraksi antara satu sama lain, orang tu boleh dikira sebagai pengguna sebenar. Tapi hal tu tak boleh diterima lagi! Sebabnya, ada juga kes yang satu orang boleh kendalikan beberapa akaun fake dan pura-pura yang dia ni orang yang berbeza.
Malah selalunya, cybertrooper juga ‘friend’ atau ‘follow’ antara satu sama lain. Buat masa sekarang, cybertrooper akan ada beberapa orang ‘friends’. Kitorang juga ada nampak – cybertrooper yang tak ada friends, satu friend atau cuma ada 47 friends.
Berdasarkan ranking Malaysia yang terletak di tangga ke-10 dalam jumlah ‘friend’ (yang mana 60% lebih dari purata global sebanyak 338). Ia dah membuatkan purata ‘friends’ pengguna Malaysia sebanyak 541, dan angka ni dah menolak logik akaun yang cuma ada kurang dari 100 ‘friend’.
Tapi dalam masa sama, ada juga orang yang terlalu jaga privasi dan tak suka ramai sangat ‘friends’ kat media sosial. Apa yang lebih penting, ada juga orang set high privacy setting, supaya orang tak dapat tengok ‘friends’ diorang. Jadi sekali lagi, kita tak bolehlah suka hati je tuduh orang.
Hati-hati bila jumpa dengan akaun yang nampak pelik
Jadinya, inilah antara cara-cara yang korang boleh cuba untuk kesan cybertrooper kat media sosial, sama ada ia dibuat oleh bot atau diuruskan oleh orang sebenar yang kerja kat mana-mana agensi.
Walau apa pun, kalau korang perasan, kitorang buat banyak tapisan dan masih berhati-hati kat setiap 6 poin yang disenaraikan. Walaupun sesuatu akaun tu nampak macam fake, tapi tak semestinya ia fake kan? Tapi dalam masa sama, kalau kita tengok akaun tu macam betul, ia pun belum tentu betul sebab ada juga cybertrooper guna cara yang macam tu.
Jadinya, macam mana nak tentukan sesuatu akaun tu betul atau salah? Kalau korang betul-betul nak tahu, korang bolehlah rajinkan diri Google nama, tempat kerja, keluarga, kawan, gambar atau apa je pasal orang yang korang syak fake tu. (Tapi macam teruk pulak kalau kita buat sampai macam tu).
Selain tu, ada juga tool yang boleh kesan akaun fake, macam guna – TwitterAudit yang boleh imbas follower dan keluarkan jumlah follower yang fake. Satu lagi tool adalah Account Analysis yang tengok setiap akaun individu dan kesan rutin harian akaun tu.
Apa yang lagi penting, kalau korang suspek ada akaun yang nampak lain macam, cubalah jauhkan diri. Sebab setiap dari post dan komen yang diorang buat, mesti ada agenda yang tersembunyi. Kalau nak layan pun boleh, tapi janganlah serius sangat~~
- 737Share sekarang!
- Email9
- Facebook728
- Share