5 filem sci-fi paling mindblown kalau betul-betul terjadi

[Nota editor: Berbeza dengan artikel SOSCILI lain yang penuh research dan quote daripada pakar-pakar bertauliah, ruangan ‘Pendapat’ ini adalah pendapat penulis semata-mata. Dan kita kan start dengan topik faveret editor iaitu… movie! Yay!]

Dalam banyak-banyak genre filem, genre sci-fi adalah kegemaran saya. Hari-hari tengok sampai termuntah pun takpe. Kenapa sci-fi? Bukan sebab teknologi yang canggih-manggih, adegan tembak-menembak, mahupun efek CGI yang bombastik ok (tapi kalau ada lagi bagus).

Sebab utamanya adalah – dalam dunia sci-fi, biasanya ada beberapa hukum alam yang dah tak berfungsi atau dah bertukar, menyebabkan sifat kemanusiaan (human behavior) diuji ke tahap maksima.

Er… apa ko merepek ni SOSCILI?

Gambar dari Giphy.

Ok ni kena cerita satu-satu dengan setiap movie baru terang dan jelas. Jadi, sebagai seorang peminat sci-fi tegar yang bujang dan single (sebab tu banyak masa nak tengok movie), saya akan menyenaraikan 7 filem sci-fi kegemaran saya. Tapi kita bukan nak bincang pasal filem tu je, tapi persoalan-persoalan yang timbul kalau filem ni betul-betul jadi dalam dunia nyata: 

1. Macam mana kalau semua realiti korang sebelum ni bohong belaka?

Sinopsis: Dalam filem The Matrix, seorang hacker bernama Neo (lakonan Keanu Reeves) dapat tau yang dunia yang dia jalani sebelum ni hanyalah program komputer semata-mata. Bila dia jumpa tok guru dia Morpheus (lakonan Laurence Fishburne), Neo sedar yang sepanjang hidup ni dia tengah tidur dalam pod yang dikawal oleh sebuah bangsa mesin.

"Bangun la wei tak nak pergi sembahyang Subuh ke?"
“Bangun la wei tak sembahyang Subuh ke?”

Mesin-mesin ni menghambakan minda manusia di dalam dunia maya yang dikenali sebagai The Matrix, supaya dorang boleh dapatkan tenaga daripada badan manusia. Kiranya manusia time tu jadi dinamo basikal la. Neo pun perlu jadi penyelamat bangsa dan negara dan kena balik ke The Matrix dan melawan sebuah program komputer yang sangat hebat iaitu The Agents.

“Maaf, kami bukan ejen insuran Takaful.”

Ulasan: Pergh… kesian Neo. Cuba la bayangkan dari kecik dia study rajin-rajin sampai masuk universiti, lepas tu bila kerja jadi software engineer hari-hari kena marah dengan bos. Tapi tup-tup, dia dapat tau yang semuanya adalah dusta belaka, semuanya tak real pun. Bak kata Morpheus yang bijaksana:

What is real? How do you define ‘real’? If you’re talking about what you can feel, what you can smell, what you can taste and see, then ‘real’ is simply electrical signals interpreted by your brain.” – Morpheus, dipetik oleh IMDB.

Macam yang Morpheus sembang kat atas ni… realiti yang korang rasa setakat ni mungkin hanyalah isyarat eletrik yang ditafsirkan oleh kepala otak korang.

Jadi katakanlah korang dapat tau yang korang sebenarnya hidup dalam The Matrix, dan korang masih belum dikejutkan, atau takkan dikejutkan pun sebab Morpheus jauh sangat kat Amerika susah nak jumpa. Apa perasaan korang?

Imej dari memegenerator.

Adakah korang rasa hidup ini sia-sia? Bagi saya, kalaulah hidup ni hanya mimpi sekalipun, apa salahnya kita enjoy mimpi tu. Sebab dalam program The Matrix yang sangat canggih ni – kita masih boleh bahagia dengan keluarga, boleh rasa seronok lepak dengan member, boleh furst menonggeng bila putus cinta.

Dan ada soalan kedua – katakanlah korang duduk dalam pod sebelah Neo, dan Neo nak kejut korang sekali sebab dia takut turun sorang-sorang. Tapi dunia realiti (yang dikenali sebagai Zion) sangatlah menakutkan, takde air-cond, takde hot shower, dan takde YouTube. Sanggup ke korang dikejutkan? Atau korang rela duduk dalam The Matrix, at least dunia maya tersebut lagi sempurna dari Zion?

2. Adakah korang boleh jatuh cinta dengan komputer yang perangai sebijik macam manusia?

Sinopsis: Dalam Her, seorang penulis, Theodore (lakonan Joaquin Phoenix) membeli sebuah OS bernama Samantha (lakonan Scarlet Johansson). Samantha adalah sebuah program komputer yang bertujuan jadi assistant Theodore dalam apa benda sekalipun. Maka berputiklah bunga-bunga cinta antara Theodore dan Samantha.

Dari theepicreview.com

Ulasan: Zaman sekarang ni pun orang dah mula jatuh cinta dengan smartphone masing-masing. Time kerja pegang phone, time masak pegang phone, time mandi pun pegang phone.

Dan dalam filem Her, smartphone ni sangatlah cerdik sampai boleh bawak bersembang, tak kisahlah hal gosip ke atau hal politik masa kini. Bagi kebanyakan kita yang balik rumah keseorangan dan kesepian, cambest gak kalau ada teman di sisi walaupun sekadar suara ataupun mesej Whatsapp. Bak kata Theodore:

“…there’s something that feels so good about sharing your life with somebody.” – Theodore, dipetik oleh IMDB.

Gif dari Gyphy.

Dan dalam kes Theodore dan Samantha, mereka saling belajar dari satu sama lain, pergi tempat baru dan kongsi pengalaman sama-sama – macam relationship manusia biasa jugak kan? Cuma satu benda je yang takde, iaitu kehadiran fizikal.

Jadi katakanlah kalau korang kesepian gilebabs dan susah nak cari jodoh… adakah korang akan bercengkerama dengan sebuah OS?

3. Sanggup ke korang padam memori untuk melupakan kenangan yang sangat pahit?

Sinopsis: Dalam Eternal Sunshine of the Spotless Mind, satu couple yang dah clash, Joel dan Clementine (lakonan Jim Carrey dan Kate Winslet) pergi jumpa sorang doktor untuk padamkan memori masing-masing pasal hubungan mereka. Mungkin sebab dua-dua patah hati sangat kot.

“SMH…”

Nak dijadikan cerita dorang bertembung pun semula… dan walaupun dua-dua dah macam hilang ingatan, dorang masih rasa ‘tarikan’ antara satu sama lain.

Ulasan: Entah apa la sebenarnya yang terjadi antara Joel dan Clementine sampai dorang sanggup nak padam terus kewujudan masing-masing, termasuklah semua kenangan yang dikongsi bersama.

Tapi kehilangan seseorang memang satu benda yang sangat pedih. Bak kata ahli falsafah terawal dunia Islam, al-Kindi dalam tulisannya “Device of Dispelling Sorrows”:

“[Kesedihan] adalah rasa sakit dalam jiwa yang berlaku bila kita kehilangan sesuatu, atau kita gagal memiliki sesuatu.” – Al-Kindi, Device of Dispelling Sorrows (rujuk fail PDF)

Kalau kehilangan orang tersayang disebabkan kematian, memang la sangat sedih, tapi kita takkan sanggup lupakan orang tu. Tapi putus cinta dengan orang hidup ni lain sikit sebab mungkin kita masih dambakan kasih sayang mereka. Jadi boleh faham la apa pasal Joel dan Clementine ni sanggup padam memori masing-masing supaya boleh move on.

Adakah korang akan buat benda yang sama? Atau korang tak sanggup lepaskan sebab ada jugak part yang bahagia dalam memori tu? Atau korang rela sebab daripada pengalaman yang buruk jugaklah kita dapat belajar dari kesilapan, kan?

Menurut al-Kindi jugak, apa yang kita hilang bukanlah milik kita, tapi milik Tuhan. Tuhan pinjam kita nikmat, dia boleh tarik balik bila-bila je. Jadi sepatutnya kita perlu bersyukur akan apa yang kita miliki, selama mana kita memiliknya.

4. Macam mana kalau manusia dilayan dan diperlakukan macam haiwan?

Sinopsis: Dalam Fantastic Planet, ada sebuah planet yang didiami oleh sejenis bangsa alien yang gergasi berwarna biru. Kat planet ni, manusia dipanggil sebagai ‘Om’ sebuah spesis sangat kecik cinonet macam semut.

Filem ni agak horror sebenarnya, jangan kata kami tak warning.

Bila dah kecik macam semut, kena layan pun macam semut jugak la. Ada yang layan manusia macam binatang liar boleh pijak-pijak, ada yang layan manusia macam haiwan peliharaan sampai kena ikat dengan tali.

Ulasan: Waktu budak-budak, korang pernah tak main dengan serangga binatang kecik? Korang pernah tak sepak kucing yang tak bersalah, perangkap kumbang dalam cawan, ataupun yang jenis terlebih nakal tu sampai cabut kaki belalang.

Budak 90s takkan paham. Gambar dari Juice.

Bayangkan bila benda sama dibuat ke atas manusia oleh bangsa alien ni. Ye la, tahap IQ dorang kan tinggi gilebabs, of course la dorang rasa ‘penting’ dan pandang rendah pada semua makhluk lain. Sebab tu la manusia kena jentik-jentik je kat planet ni.

Dalam dunia nyata kita sekarang, adakah kita rasa macam tu jugak? Mentang-mentang kita ni makhluk yang dianugerahkan dengan akal, adakah itu bermakna kita boleh layan binatang lain dengan sesuka hati?

Sebab tu la dalam hal nak menyembelih ayam pun kita kena buat dengan betul, supaya binatang tak sakit. Dan kiranya amalan sesetengah kilang yang membuatkan ayam tersiksa untuk keuntungan (letak dalam reban yang gelap, sampaikan ayam makan di tengah-tengah taik sendiri), adakah itu beretika? Pkpkknlah.com.

5. Dalam keadaan yang terdesak, sanggup ke korang bunuh orang lain untuk terus hidup?

Sinopsis: Dalam Cube, beberapa orang individu yang tak kenal satu sama lain, dan dengan perangai dai pe’el masing-masing telah dicampak ke dalam sebuah bilik. Er… bunyi macam familiar?

Nantikan album pertama dengan hit “Kupohon rindu di ambang salju”.

Bilik-bilik ni sebenarnya penuh dengan perangkap yang boleh membawa maut. So mula-mula dorang cuba bekerjasama cari jalan keluar. Tapi tak lama lepas tu, bila bahaya datang dari segala arah dan sebab bila-bila masa je boleh mati, barulah sikap sebenar masing-masing keluar. Sampai ada yang sanggup korbankan orang lain untuk keselamatan sendiri…

Ulasan: Dalam hidup kita sehari-hari, selalunya kita ada prinsip hidup yang kita patuhi. Contohnya bercakap jujur, jangan menipu, hormat orang tua, melintas jalan tengok kereta… tapi dalam situasi yang melibatkan hidup dan mati, nak lagi bila diri sendiri rasa terancam, adakah kita masih akan berpegang pada prinsip-prinsip ni? Adakah kita sanggup mengorbankan diri demi orang tersayang… atau kita selamatkan diri sendiri dulu?

Gambar dari earncent.com

Ala tak payah cakap situasi hidup dan mati la. Sedangkan bila nak guna Photoshop pun kita beli yang pirate punya. So kalau benda kecik pun kita pilih jalan mudah, macam mana pulak dengan benda-benda besar? Pkpkknlah.com la korang.

Kenapa pentingnya filem sci-fi?

Bagi orang yang tak berapa biasa dengan filem sci-fi, mungkin apa yang korang gambarkan adalah sekadar robot dan alien yang pelik-pelik. Ok robot dan alien memang cool dan dialu-alukan di mana jua, tapi di sebalik kapal angkasa dan efek komputer penuh 3D, banyak mesej yang kita boleh dapat daripada filem sci-fi.

Macam yang saya kata tadi, tujuan filem bukanlah sekadar semata-mata, tapi untuk melakarkan sifat-sifat kemanusiaan, samada yang baik ataupun yang buruk. Dan sambil-sambil tu, apa salahnya ada robot, alien dan kapal angkasa.

Tak lupa jugak fight scene yang cool macam ni.

So apa filem sci-fi kegemaran korang? Kongsi dalam komen!

About MK Zainal 36 Articles
Editor di SOSCILI, hari-hari tengok movie.