- 569Share sekarang!
- Email3
- Facebook566
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Ada sebuah pepatah yang mengatakan, “Baling sebiji batu kat mana-mana, mesti akhirnya terkena seorang Datuk”. Nak katanya, ramai sangat orang yang ada gelaran Datuk ni kat Malaysia. Korang juga mesti pernah dengar berita pasal Jackie Chan… eh maafkan kami, Datuk Jackie Chan yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk. The Star melaporkan yang sifu kung fu tu adalah antara 71 orang yang menerima anugerah pada Hari Wilayah Persekutuan.
Jackie Chan pun boleh dapat gelaran Datuk? Korang pun boleh! Macam mana? Korang boleh buat TIGA perkara ni:
- Sumbangan yang luar biasa kepada masyarakat dan negara.
- Jadi seorang yang hebat dalam bidang kepakaran dan profesion korang.
- Atau tunggu anak-anak korang ada anak.
Jadi… Jackie Chan dapat Datuk sebab nombor… 2?
1. Datuk Jackie Chan
Ye, betul tu! Datuk Jackie Chan dapat penganugerahan tu disebabkan dia memang hebat dalam profesion dia sebagai seorang pelakon movie dan kungfu! Siap buat stunt sendiri lagi. Jadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam tweetnya menjelaskan kenapa selebriti kelahiran Hong Kong itu diberikan anugerah.
Jacky Chan pelakon yang banyak peminat di Malaysia dan boleh promosi Malaysia khususnya Kuala Lumpur dan memang layak — Tengku Adnan (@TengkuAdnanReal) February 1, 2015
Filem yang mempromosikan Malaysia, khususnya KL adalah filem Police Story 3: Supercop (atau tajuk asalnya ‘Ging chat goo si 3: Chiu kup ging chat’). Set filem ni difilemkan di Shangai, Hong Kong dan KL, dengan separuh masa kedua difokuskan di Kuala Lumpur.
Masa scene kat Malaysia, kita boleh nampak yang isteri watak lelaki jahat tu dipenjarakan di KL, dan menunggu hukuman gantung disebabkan beberapa jenayah yang dilakukan. Oh, tak lupa juga dengan scene klimaks bila helikopter milik ketua dadah tu terhempas dan membunuhnya. Part paling best sekali ialah bila Michelle Yeoh pakai tudung!
Datuk Jackie Chan mungkin ada rasa deja vu sikit kot bila ada dalam majlis macam ni. Korang ingat tak filem Shanghai Knights, di mana karakternya sebagai Chon Wang yang ditabalkan sebagai kesatria oleh Queen Victoria? Ala-ala la tu.
Jadi, berbalik kita kepada apa yang Tengku Adnan cakap tadi. Berapa ramai peminat Jackie Chan ada kat negara kita ni? Seriously, kami terkejut bila dapat tahu yang Malaysia adalah negara ke-10 paling tinggi meminati JC di laman Facebooknya – iaitu sejumlah 1,698,435 peminat (2.6%). Fuyoh! Aplikasi Social Bakers ni menunjukkan betapa besar laman media sosial tertentu berdasarkan bilangannya. Dan korang boleh cari statistik berdasarkan negara, macam yang kami lakukan.
Tapi, tak semua orang gembira dengan penganugerahan Jackie Chan ni. Sesetengah netizen kecewa sebab gelaran tu diberikan kepada orang asing, dan bukannya orang tempatan, seperti yang dilaporkan The Malay Mail Online. Salah seorang daripadanya adalah pelawak kita sendiri, Afdlin Shauki.
“Jangan salah faham, saya pun suka Jackie Chan. Tapi pemberian gelaran Datuk tak membawa apa-apa makna pun kepadanya. Apalah sangat title datukship on the… — Afdlin Shauki (@afdlinshauki) February 1, 2015
Betul juga sebenarnya apa yang dia cakap tu, sebab ramai je orang Malaysia yang lebih layak untuk dapat pengiktirafan (walaupun Jackie Chan boleh buat backflip banyak kali).
2. Datuk Shah Rukh Khan
Yeayyy! Pelakon Bollywood pulak! Kali ni, Datuk Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran pada 2008, bersempena dengan majlis hari jadi ke-70 Gabenor Melaka. Shah Rukh Khan nampak betul-betul segak apabila memakai sepasang baju Melayu hitam dan kain samping songket. Gabenor Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menganugerahkan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Selepas penganugerahan tu, dia berterima kasih dan berkata pada sidang akhbar:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Melaka. Setiap kali saya membuat filem, apabila saya bertemu dengan beberapa orang antarabangsa, perkara pertama yang mereka katakan adalah, ‘pasaran terbesar anda di Malaysia’. Sudah tentu ia sangat bagus untuk memakai pakaian juga… kain sampin. “- Datuk Shah Rukh Khan, dipetik dari The Star.
Korang juga boleh tengok video penganugerahan Shah Rukh Khan:
Berdasarkan statistik Facebook, Malaysia adalah fanbase ke-6 terbesarnya, menurut Social Bakers. OK la, bukan yang terbesar tapi ok la tu, masih dalam Top 10. Macam kes Jackie Chan juga, tak semua orang setuju dengan penganugerahan Datuknya…
The Star melaporkan reaksi rakyat Malaysia cumalah 50:50. Ada yang kata dia tak layak sebab ‘dia tak tahu pun Melaka tu kat mana’, dan ada juga yang kata ‘dia promote Melaka dalam lagu dan filemnya’, berdasarkan laporan dari Martin Carvalho.
Tapi memang tu la sebab sebenarnya kenapa dia diberi penganugerahan tersebut. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjelaskan yang mereka mahu lebih mempromosikan Melaka selepas Shah Rukh Khan memfilemkan One 2 ka 4 di A’Famosa Resort, Alor Gajah pada tahun 2001.
“Sejak tu, ramai yang melawat Melaka. Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan ini.”
Dia menambah lagi, pemberian anugerah kepada artis antarabangsa juga merupakan cara yang baik untuk mempromosikan negeri dan negara sebagai lokasi untuk filem antarabangsa.
3. Datuk Jean Todt
Pada 20 Julai 2006, Jean Todt diberikan penganugerahan, menjadi Datuk Jean Todt. Bersempena dengan ulang tahun ke-44 Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, beliau menerima Darjah Dato ‘ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), yang membawa gelaran Datuk, berdasarkan laporan The Star. Gelaran yang diberikan oleh negara ni cuma diberikan kepada hanya 50 pemegang pada satu-satu masa. Korang boleh tengok dekat laman web Sultan Terengganu kalau nak tengok macam mana bentuk lencana tu.
Tapi kenapa dia diberikan gelaran tu? Apa yang dia dah sumbangkan pada negara? Selain dari jadi Pengurus Besar Scuderia Ferrari dan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari? Dan dating Michelle Yeoh …?
Laporan The Star tak menunjukkan apa-apa sebab pun. Laman media lain pun takde bagitahu apa-apa, walaupun kami dah cari guna Google. Tapi, ramai orang nak tahu dan nampaknya… dalam forum daripada zerotohundred.com, ada yang mendakwa yang ianya mungkin disebabkan pelaburan yang dibuatnya di Pulau Duyung, Terengganu, atau sumbangannya ke Piala Monsun.
Berdasarkan artikel lain dalam The Star, Michelle Yeoh dan Datuk Jean Todt nampaknya dah bina sebuah rumah baru di sebuah pulau. Pembinaan bermula lewat tahun 2005 di Terengganu Heritage Bay. Tapi, ia lebih daripada pelaburan peribadi.
Pasal pertandingan pelayaran Piala Monsun pula, dia dah buat video promosi untuk TV yang dah lama jadi penyokong sejak penubuhannya pada tahun 2005. Sultan Mizan sendiri pun turut menyertai perlumbaan tu. Laporan itu menyatakan sokongannya terhadap Piala Monsun menjadikan Pulau Duyung dan Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa.
Ada juga yang mengaitkan dia dengan point no.2 , iaitu cemerlang dalam bidang kepakaran – iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dan Pengurus Besar Scuderia Ferrari (pada masa tu). Jadi dalam masa yang sama, dia dah bantu dalam meningkatkan pelancongan di Malaysia untuk musim Formula One. Perlumbaan tu juga merupakan tarikan besar pelancong yang datang dari Eropah, Amerika, Australia dan Singapura. The Star, memetik laporan Forbes, mengatakan yang Malaysia mengalami kenaikan 351% dalam bilangan pelancong antarabangsa sejak mula menjadi tuan rumah perlumbaan pada tahun 1999.
Jadi disebabkan Sultan tak kata apa-apa pasal kenapa baginda bagi Jean-Todt gelaran Datuk, semua perkara di atas hanya boleh dikira sebagai spekulasi.
4. Dan juga ‘Datuk’ yang menerima gelaran daripada ‘Sultan Melaka’
Eh, bila masa pulak Melaka ada Sultan balik ni? Zaman kesultanan Melayu dulu pernahlah wujud, malah, merupakan salah satu kesultanan Melayu tertua. Tapi, negeri Melaka dah takde dah Sultan sekarang. Mereka digantikan dengan Yang di-Pertua Negeri atau Gabenor.
Jadi, siapa pulak yang mengaku sebagai Sultan Melaka sekarang ni? Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku Sultan Melaka siap ada sijil ‘Sultan’ lagi. Tapi, ia disahkan PALSU oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Tapi, perkara tu tak menghentikannya untuk bagi gelaran ‘Datuk’ kepada orang yang dia nak. Dia siap dapat jemputan dalam acara-acara yang dihoskan oleh ahli perniagaan dan ada sekali tu event kat Putrajaya dia muncul di Ibu Pejabat Kerajaan dengan rombongan Datuk-Datuk yang diberi. Menurut laporan media The Malaysian Insider, dia dah jual beratus-ratus pelaburan, malah mengambil ‘derma’, tapi menafikan yang dia menjual gelaran datuk yang ‘dianugerahkannya’.
“Beta boleh je ambik ratusan ribu ringgit. Tapi tengoklah, beta masih memandu kereta lama (merujuk kepada kereta sukan Porsche vintajnya). ” – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah, The Malaysian Insider.
Macam mana dia dapat gelaran:…err, sebab kawan baik dengan Noor Jan….?
Ramainya orang dapat Datuk! Dah tak special la!
Isunya sekarang, senang sangat orang dapat penganugerahan gelaran ni kat Malaysia. Malah, bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad pernah bagi amaran pasal ni masa tahun 2004. Perkara ni menyebabkan beberapa orang bergelar Datuk merasakan yang gelaran mereka tak lagi istimewa.
Tapi berapa ramai sebenarnya? Menurut Dr Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Polisi:
“Sekiranya kita boleh kira berapa ramai Datuk yang ada di negara ni, mungkin mereka ni ada la dalam puluhan ribu orang, atau lebih. Kita mungkin negara yang berdasarkan per kapita, mempunyai bilangan orang yang ada gelaran (Datuk, dsb) paling banyak di dunia. Jika betul, kita boleh masuk dalam Guinness Book of Records!”
Seriously, puluhan ribu? Tapi The Malaysian Insider melaporkan, setiap tahun, ada lebih kurang 700-1,200 gelaran Datuk baru diberikan kepada orang. Jadi, tak hairanlah! Berbanding UK, (sebab gelaran Datuk di Malaysia menyerupai ‘Sir’ di sana) kurang daripada 100 calon ditabal kesatria (knighted) oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2013. Dan populasi kita adalah 30 juta adalah seperti, kurang daripada separuh daripada penduduk UK iaitu 64.1 juta? Kalau macam ni keadaannya, dan kalau kita dapat gelaran Datuk, adakah kita akan rasa special?
Tapi, bukan tu je isunya. Hal berkaitan diraja ni adalah sesuatu yang sangat sensitif (sebab mereka ni la yang bagi gelaran Datuk). Tapi menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur iaitu Thomas Su:
“Perkara ni adalah open secret, di mana penganugerahan Datuk adalah untuk dijual oleh penipu dan sesiapa yang mendakwa rapat dengan Sultan. Malah, tak kurang juga yang menyalahgunakan gelaran mereka.” – Thomas Su, Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Bekas Presiden Majlis Datuk Bandar, Datuk Seri Nazir Ariff berkongsi kisahnya tentang dia pernah didekati oleh orang yang menawarkan untuk menjual gelaran Datuk kepadanya sebelum ni.
Kalau gelaran ni boleh dijual, berapa pula harganya? Pada tahun 2009, Raja Petra Kamarudin yang mempunyai keturunan diraja sendiri, mendakwa yang gelaran Datuk boleh dibeli dengan harga RM250,000. Kenyataannya tu menyinggung perasaan keluarga diraja, dan istana Negeri Sembilan seterusnya membuat laporan terhadapnya.
Masalah lain yang timbul pasal penganugerahan Datuk ialah apabila pemegang nama Datuk ni berkelakuan buruk. Contohnya kes Dato’ Seri yang memukul anggota RELA pada tahun lepas. Selain tu juga, ada satu kes di mana Datuk Koay Khay Chye ditangkap dengan 300 kg pil nimetazepam! Apabila kes ni semakin popular, orang ramai terkejut dan tak berpuas hati, macam mana dia boleh kekalkan gelaran Datuknya walaupun sebelum tu, dia pernah disabitkan dengan 5 kesalahan lain macam kecurian, kes senjata api dan juga rasuah!
Kesemua berita ni tak adil la untuk orang yang betul-betul layak dapat Datuk, kan? Datuk Danny Ooi, Presiden Majlis Persekutuan dan pengasas Malaysian Book of Records berhujah yang orang yang suka menyamar jadi ‘Sultan Melaka’ tu perlu dihentikan. Dia juga mencadangkan yang untuk menyelesaikan masalah ni, kita kena tubuhkan pangkalan data carian untuk Datuk supaya penipu boleh ditangkap.
Kenapa semua orang nak jadi Datuk?
Walaupun gelaran Datuk ni banyak tercalar, tapi kenapa orang masih nak dapatkan gelaran Datuk ni? Bagi Ahli Sains Politik, Prof. Dr. Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dia percaya yang gelaran-gelaran ni masih berprestij dan masih dihormati.
“Ia menunjukkan yang seseorang tu dipandang tinggi, mempunyai tingkah laku dan teladan yang baik, dan telah memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat.” – Prof. Dr. Mohd Agus Yusoff
Ataupun mungkin orang Malaysia ni obses dengan status? Tengok jela trend sekarang, semua orang nak pakai benda yang branded je, tak nak kalah. Macam kata pepatah, “biar papa asalkan bergaya”.
Pakar Kebudayaan Melayu, Eddin Khoo bersetuju yang perkara ni adalah disebabkan status dan gelaran.
“Gelaran Datuk telah menjadi simbol status penting dalam budaya pengaruh. Malah, ada yang obses untuk membeli plat nombor kereta yang paling mahal!” – Eddin Khoo, dipetik dari Malaysian Insider.
Macam mana pula dengan korang? Kalau ada yang nak anugerahkan gelaran Datuk dan sebagainya, korang nak terima ke tak?
- 569Share sekarang!
- Email3
- Facebook566
- Share