Thailand nak buat projek RM112 billion yang bakal bagi kerugian besar kepada negara kita?

*Artikel ini pada asalnya ditulis pada 5 September 2017*

(Artikel ini adalah terjemahan dari versi Bahasa Inggeris, CILISOS)

Baru-baru ni, sekumpulan rakyat Thailand cuba menekan pihak kerajaan mereka untuk menerima sebuah projek melibatkan pecah tanah terbesar dengan kos USD28 billion (RM112 billion). Bukan setakat pecah tanah, malah pecah hati negara lain kalau dibuat. Secara asasnya, mereka mahu membina satu sungai atau terusan yang membenarkan kapal-kapal melaluinya.

Lokasi Terusan Kra. Imej dari The Independent.sg

Daripada susah-susah nak kena mengelilingi semenanjung, kapal hanya perlu melalui terusan tersebut untuk sampai ke Laut China Selatan. Ianya dianggarkan akan menjimatkan sekurang-kurangnya 1,200 km bersamaan 2 hingga 3 hari perjalanan dan lebih USD 350,000. Terusan tu bersaiz 135km panjang, 450m lebar, dan 26m dalam, dan ia juga dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Jadi perlu ke kita tutup Pelabuhan Klang? Kat mana lagi nak dapat seafood tak datang Klang? Kat mana gangster nak berkumpul kalau bukan kat Klang?

Tapi persoalan utama adalah… adakah terusan ni akan menggugat keududukan strategik dan keadaan ekonomi kita? Sebab menurut fakta…

Pembinaan Terusan Kra sudah dicadangkan sejak 300 tahun yang lalu

Pada tahun 1677, Raja Narai Thailand sebenarnya telah memperkenalkan idea pembinaan Terusan Kra atau Terusan Segenting Kra (Kra Isthmus), manakala seorang jurutera berbangsa Perancis telah membuat penyelidikan mengenai kesesuaiannya. Pada abad ke-17, mereka tak ada sumber mahupun teknologi untuk buat projek sehebat ni, jadi ianya diabaikan.

Raja Narai dalam lukisan. Dulu takde gambar passport. Imej dari Kracanal-maritimesilkroad.com.

Selepas tu, banyak pihak yang berminat nak mulakan balik projek ni termasuklah British. Tapi British sendiri akhirnya menentang projek tu sebab nak jaga kepentingan Singapura (di bawah penjajahan British waktu tu).

Raja Elizabeth pakaikan pingat untuk atlet sukan negara yang British pernah jajah (Komanwel). Imej dari New York Times.

Kita pun tahu kan, Selat Melaka adalah laluan perdagangan paling penting dari dulu sampailah sekarang (kalaulah korang ingat dalam buku Sejarah dulu). Untuk kita tahu betapa hebatnya selat ni, bawah ni ada peta untuk semua laluan perdagangan di seluruh dunia, laluan kapal diwakili oleh garisan dalam tu.

Makin cerah, makin padat populasi dalam benua-banua ni. Garisan itu pula menunjukkan laluan perdagangan. Imej dari Dxlynch.wordpress.com.

Kalau korang perasan, ada beberapa garisan dalam peta tu yang mana garisannya agak pekat berbanding garisan lain. Maksudnya, kapal-kapal terpaksa melalui jalan tu sebab tak ada jalan alternatif lain yang diorang boleh lalu. Kalau kita zoom lagi peta tadi, korang boleh tengok yang Selat Melaka adalah satu daripadanya.

Laluan perdagangan di Selat Melaka. Imej dari Dxlynch.wordpress.com.

Selat Melaka bersaiz 800km panjang, antara 65 hingga 250km lebar (kerana berbentuk corong), dan di antara 27 hingga 37m dalam. Dalam dunia perdagangan, Selat Melaka adalah laluan perairan kedua tersibuk, dan 40% perdagangan dunia berlaku disini setiap tahun. Kalau ikut dari segi bilangan kapal, kami mendapati ianya bertambah setiap tahun dan mencecah sehingga 84,000 kapal tahun lepas.

Kalau korang nak tahu lagi, Selat Melaka adalah titik paling sempit kedua didunia. Maknanya, laluan perairan yang sempit menyebabkan berlaku kesesakan dalam pergerakan kapal. Selat Melaka juga bertanggungjawab terhadap 80% minyak mentah import. Sikit lagi nak 100%. Walaupun macam tu, Selat Melaka tetap ada beberapa masalah.

Selat Melaka sesak, berbahaya dan banyak kemalangan berlaku

Mana nak lari tu? Imej dari Nippon-foundation.

Satu daripadanya adalah kesesakan kerana ia merupakan laluan jenis lorong laut tunggal (single sea lane). Selat ni juga mengatur 300 kapal sehari, jauh lebih banyak dari gabungan dua terusan yang popular (Suez dan Panama). Apa yang tambah serabut adalah kapal-kapal boleh lalu bertentangan arah yang menjadi antara punca kemalangan. Sepanjang tahun 2001 hingga 2013, ada 13 kes besar yang melibatkan kebakaran atau tumpahan minyak.

Lanun-lanun juga paling banyak kat kawasan ni sebab kat sini sesak (bottleneck). Cara lanun-lanun ni memang agak senyap dan licik yang mana diorang menyorok di pulau-pulau kecil berdekatan sampai diorang boleh menyusup masuk ke lautan antarabangsa lain.

Hari ni kita pergi Selat Melaka yow! Gif dari Giphy.

Diorang mencuri menyedut dan mencuri minyak dari kapal-kapal yang lalu. Kita tertanya-tanya, kenapa diorang boleh senang-senang curi? Rupanya cara diorang merompak kalau tengok dari jauh macam tak merompak. Maksudnya, waktu rompakan tu seolah-olah dua kapal macam tengah buat pertukaran kargo di tengah laut. Jadi kat radar pun nampak tenang je ada dua cahaya blip.

“Tentunya ia adalah jenayah yang tersusun, diorang juga ada jaringan antarabangsa. Mereka membawanya ke darat.” – Michael McNicholas, pengarah pengurusan firma keselamatan maritim memberitahu CNBC.

Jadi, nampaklah Selat Melaka ni ada banyak masalah. Apa bezanya kalau Terusan Kra ada?

Terusan Kra ni pula taklah seluas laut. Ia hanya satu laluan berbentuk sungai yang sempit serta mudah diuruskan, kurang kemalangan dan pencemaran laut. Lebih dari tu, Terusan Kra dilaporkan boleh memuatkan ULCC yang mana merupakan tangki terbesar untuk lalu. Pada masa ni, ULCC tak boleh melalui Selat Melaka, dan diorang kena ambil jalan melalui Selat Lombok, Indonesia. Kena pusing jauh lagi tu!

Jadinya pembinaan Terusan Kra akan memudahkan segala masalah yang timbul di Selat Melaka. Tapi ia turut memberi kesan kat jiran kita, Singapura. Lagi-lagi pelabuhan diorang adalah antara yang terkenal di dunia. Sampaikan shipyard di Pelabuhan Singapura dah fully book untuk tiga tahun mendatang!

Jadi banyak ke kerugian Malaysia kalau Terusan Kra dibina?

Katakanlah kucing tu Pelabuhan Malaysia. Gif dari Giphy.

Kalau nak diikutkan, tak mungkin semua kapal yang lalu di Selat Melaka akan berpindah ke Terusan Kra. Kawan kami di CILISOS juga tidak berjaya menemui mana-mana sumber yang melaporkan banyak mana kapal yang akan meninggalkan Selat Melaka dan berpindah ke laluan Terusan Kra. Tapi kita boleh dapat sedikit maklumat melalui terusan terkenal yang lain. Contohnya…

Pertama, Terusan Suez yang menghubungkan laut Meditteranean dan Lautan Merah mempunyai trafik sebanyak 17,225 kapal pada tahun 2009. Walaupun macam tu, jumlah kapal yang lalu jatuh merundum 9 bulan berturut-turut bermula Disember tahun lepas sebab harga minyak turun. Jadinya kapal-kapal besar lebih memilih untuk berlayar mengelilingi Cape of Good Hope daripada membayar tol di Terusan Suez (rujuk gambar di bawah).  

Laluan yang tak lalu tol biasanya jauh. Imej dari Google Maps.

Keduanya, Terusan Panama pula menghubungkan kapal-kapal melalui Utara dan Selatan Amerika, dan ianya  secara kasar merupakan laluan 14,600 kapal setiap tahun. Daripada terusan-terusan tadi, purata kapal yang lalu dari 15,000 ke 18,000 setiap tahun. Jadi lebih kurang macam tulah jumlah kapal yang lalu Selat Melaka secara kasarnya. Tapi, berapa banyak yang kita perolehi daripada Selat Melaka? Adakah kita mempunyai tol macam Terusan Suez?

Nampaknya tak ada, sebab Selat Melaka adalah hak milik bersama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura yang memerlukan persetujuan semua kalau nak buat apa-apa. Lagi pun, laluan tu dijamin haknya sebagai “laluan transit” yang termaktub dalam Undang-Undang Laut PBB, jadi kita tak boleh suka-suka nak kutip tol. Cumanya, tugas untuk memastikan Selat itu selamat dan bersih adalah ditangan kita yang menyebabkan ada cadangan untuk mewujudkan tol pada tahun 1992 oleh Dr. Mahathir. Tujuannya untuk menampung kos penyelenggaran Selat Melaka.

Marah sangat ni. Imej dari WSJ.

Walaupun tak ada tol, cara utama kita mendapat keuntungan sebenarnya daripada kapal yang berlabuh di pelabuhan tempatan dimana mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan. Satu kajian daripada Universiti Malaysia Terengganu mendapati bilangan kapal negara asing pada tahun 2010 hingga 2014, di empat pelabuhan Malaysia: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang,Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah 34.61%. Lagi 65.39%  pulak, lalu perairan Malaysia tanpa bagi keuntungan kepada negara kita. 

Bila CILISOS semak laporan kewangan Pelabuhan Klang pada tahun 2014, didapati keuntungan yang berjaya pelabuhan tu dapat adalah sebanyak lebih kurang RM8.46 juta daripada perkhidmatan berkaitan pelabuhan.

Bilnagan kapal luar negara yang mendarat. Imej dari MAPA PDF.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah lebih kurang RM1102 billion pada tahun 2014. Di mana perkhidmatan pelabuhan adalah tulang belakang ekonomi Malaysia. Jadi kalau ada terusan Kra habislah ekonomi Malaysia. Sebenarnya tak sebab…

“Sebenarnya kerana Malaysia tidak mengambil apa-apa sangat dalam perkhidmatan perkapalan, kesan pembinaan terusan secara tepatnya akan lebih kepada Singapura.” – Alvin Vong, EquitiesTracker.

Berkemungkinan di atas kertas, Terusan Kra akan memberi manfaat  yang banyak kepada Selat Melaka sebab dekatnya jarak terusan tu dengan selat ni.

Kalau Terusan Kra jadi nak buat,adakah negara China akan memberi dana?

Terusan Kra akan menjadi kenyataan jika berlaku penglibatan dana dari China. Tanpa insentif kewangan yang ditawarkan melalui inisiatif China’s One Belt One Road (OBOR), pembinaan Terusan Kra tidak akan menjadi. Di Malaysia kita boleh lihat contoh yang sama dari pembinaan pelabuhan dan laluan paip berbillion dollar hingga landasan keretapi.

Inilah laluan OBOR. Imej dari CNBC.

Contoh sebelum ni kuasa besar ambil kesempatan adalah apabila India dijajah oleh British, diorang menggunakan pembinaan laluan keretapi untuk menipu duit-duit rakyat tempatan. Pembinaan keretapi ni melibatkan dana orang ramai, tapi rakyat India kena bayar bagi 9 kali lebih mahal dari kadar biasa untuk menjayakan pembinaan tu. Apa yang menyedihkan lagi, dua per tiga daripada operasi keretapi tu digunakan untuk membawa sumber-sumber seperti arang batu dan kapas kembali ke kilang British.

Tapi itu waktu penjajahan dan bukannya kita nak tuduh yang kuasa besar macam China juga cuba menipu negara-negara Asia Tenggara. Tapi, terlalu banyak penglibatan negara China dalam ekonomi perlulah kita ambil langkah berhati-hati. Sebabnya, disana ada keraguan yang timbul mengenai siapa yang akan membayar bil projek East Coast Rail Link (ECRL) di Malaysia.

Biar aku bayarkan bil korang tu. Gif dari Giphy.

Kalau korang nak tahu, China sendiri sedang mengalami overproduction (terlebih pengeluaran) dalam industri berat, dan diorang juga sudah memotong 1.2 juta kerja pada tahun 2016 dan tahun ni. Jadi diorang dikatakan ada strategi tersendiri.

“China sedang mencari peluang untuk menggunakan OBOR sebagai satu cara untuk membawa overproduction mereka keluar dari lautan mereka. Mereka memanfaatkan segala modal dengan membantu negara-negara lain untuk menjadi kaya, jadinya, mereka (negara-negara lain tadi) boleh menjadi pelanggan produk China” – Nick Marro, penganalisis The Economist Intelligence Unit (EIU).

Kalau ada dana dari negara kuasa besar sekali pun, semuanya terletak ditangan kerajaan Thailand jugak akhirnya. Untuk sekarang ni, kerajaan Thai tak berminat lagi untuk projek ni. Tapi ada sekumpulan pesara dari kerajaan Thai baru-baru ni telah membentuk sebuah petubuhan bernama Thai Canal Association for Study and Development. Diorang nilah yang cuba menyakinkan Raja Thai untuk terima projek ni.

Jeneral Prem, Pengerusi diorang. Imej dari Nikkei Asian Review.

Jika Terusan Kra berjaya dibina, Malaysia sebenarnya masih boleh mendapat keuntungan daripada pelabuhan-pelabuhan kita yang ada berdekatan lokasi terusan tu. Antaranya adalah Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu yang ada pelabuhan di belah Utara. Macam tu jugak, Langkawi yang ada di Utara. Mungkin diakhir nanti, ia akan memberi kekayaan kepada Utara Semenanjung dan menyusahkan lanun-lanun di Selat Melaka.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT