- 82Share sekarang!
- Email2
- Facebook80
- Share
Seperti yang kita sudah maklum, kita sedang dilanda banjir yang sangat dahsyat di beberapa kawasan antaranya Shah Alam, Klang, Karak, Hulu Langat, dan banyak kawasan lain lagi. Sekarang ni, ia menjadi perkara yang sangat membimbangkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Tapi, nak tahu tak yang kita ni sebenarnya ada terowong elak banjir?
Baiklah, topik perbincangan kita hari ini ialah Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). Rata-rata anatara kita semua sudah tahu apakah fungsi terowong tersebut. Awal-awal ni mari kami bagi info sikit mengenai asal-usulnya dulu.
Terowong yang berfungsi sebagai solusi banjir dan lebuhraya
Tercetusnya idea SMART ini pada tahun 2001 apabila Kerajaan mencari cadangan untuk penyelesaian yang membolehkan banjir biasa selama tiga hingga enam jam tanpa membanjiri pusat bandar.
Selepas itu, cadangan terowong mula diketengahkan — terowong yang membolehkan banjir untuk memintas pusat bandar adalah salah satu cara untuk mencapai matlamat ini.
Cetusan idea terowong ini diilhamkan oleh Tun Mahathir sendiri, manakala projek ini dilaksanakan melalui perjanjian usaha sama antara MMC Corp Berhad dan Gamuda Berhad dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Lepastu, Lembaga Lebuhraya Malaysia sebagai agensi kerajaan yang melaksanakannya. Gusztáv Klados (seorang jurutera dari Hungary) pula sebagai pengurus untuk projek terowong ini.
Projek terowong ini bermula pada tahun 2003 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007. Terowong ini sepanjang 9.7 km dan ia juga terowong saliran air ribut terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.
Ia juga meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur iaitu:
- Masjid Jamek.
- Leboh Ampang.
- Jalan Melaka.
- Dataran Merdeka.
- Dang Wangi.
- Leboh Pasar.
- Pasar Seni.
- Daya Bumi.
Selain penggunaan untuk menyelesaikan masalah banjir, ia juga dijadikan sebagai terowong lebuh raya. Jadi, kalau takde banjir, pengguna jalan raya boleh guna terowong ini (nanti kami explain lebih mendalam di bawah).
Oleh kerana kemajuannya…
SMART tersenarai dalam 10 terowong terbaik di dunia
Sesiapa yang belum tahu lagi, mari kami terangkan sikit pasal ni. Korang tahu tak SMART ni tersenarai dalam 10 terowong terbaik di dunia yang antaranya dari negara-negara maju seperti Jepun, China, Norway, Perancis dan England.
Korang boleh tengok senarai tersebut di sini.
Kalau nak korang nak tahu, SMART ini berada di tangga ke lapan dari sepuluh. Bagaimana ia boleh disenaraikan sebagai terowong terbaik dunia? Hal ini kerana kemajuannya dalam membendung masalah banjir di pusat bandar.
Takpe, mari kami akan explain dengan lebih mendalam…
SMART ni mempunyai empat mod yang berfungsi daripada terowong lebuh raya sampailah menjadi terowong air banjir:
- Mod 1: Jika tiada hujan lebat atau banjir berlaku, ia akan dijadikan sebagai terowong lebuhraya.
- Mod 2: Kalau banjir berlaku air banjir dialihkan ke terowong pintasan di bawah terowong lebuh raya. Bahagian lebuh raya masih dibuka kepada lalu lintas pada peringkat ini.
- Mod 3: Apabila mod ketiga sedang beroperasi, lebuh raya akan ditutup kepada semua lalu lintas.
- Mod 4: Selepas memastikan semua kenderaan telah keluar dari lebuh raya, pintu kedap air automatik akan dibuka untuk membolehkan air banjir melaluinya.
Selepas banjir berakhir, terowong itu akan dibersihkan melalui cucian bertekanan, dan lebuh raya akan dibuka semula kepada lalu lintas dalam masa 48 jam selepas penutupan.
Kalau nak lebih senang faham, korang boleh tengok video di bawah:
SMART sepatutnya ada di kawasan yang selalu dilanda banjir
Boleh dikatakan SMART ni sebagai penyelamat la kerana banyak kali menghalang banjir kilat daripada berlaku. Kita pun sudah lihat keberkesanannya di Kuala Lumpur.
Jadi, SMART ini boleh dibina di sekitar negeri-negeri atau kawasan yang selalu dilanda banjir. Kalau kita lihat dari kejadian banjir sekarang, pihak terlibat selepas ini boleh berfikir adakah pembinaan SMART ini patut diluaskan.
Kemungkinan ia akan memakan kos yang sangat besar, tapi kalau projek rakyat atau kemudahan rakyat, tidak akan ada istilah pembaziran.
- 82Share sekarang!
- Email2
- Facebook80
- Share