Kitorang tengok kekuatan tentera Malaysia berbanding Singapura

(This article is a translation from Cilisos, click here to read it in English!)

Baru-baru ni Menteri Pengangkutan Singapura bising sebab katanya Malaysia cuba gugat kedaulatan negara diorang. Apa yang buat ramai orang marah bila Singapura acah-acah nak ugut Malaysia gunakan ketenteraan. Come on lah, dua negara ni member kot. Sama-sama makan nasi lemak.

“Singapura telah menyampaikan nota bantahan berikutan pencerobohan kapal-kapal dari Malaysia yang melanggar undang-undang antarabangsa. Tentera Laut Singapura dan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura sentiasa mengawal kedaulatan perairan wilayah republik Singapura sepanjang masa,” – Khaw Boon Wan, Menteri Pengangkutan Singpaura, dipetik SUARA TV

Khaw Boon Wan. Imej dari Suara TV

So kitorang pun tertanya-tanya, kalau ada apa-apa jadi, Malaysia ni dah bersedia ke nak perang?!

Berapa besar jumlah askar kita?

Nak dibandingkan dengan negara-negara jiran, berapa besar jumlah tentera kita? Mengikut Global Firepower (sebuah website yang terkenal dengan analisis ketenteraan) askar Malaysia merupakan yang paling sikit jika nak dibandingkan dengan negara jiran kita termasuk Singapura.

Gambar dari memegenerator.net

Perlu diingat bahawa Global Firepower kata yang jumlah ni semua datang daripada sumber awam seperti CIA.gov dan CIA Fact Book, dan ada antaranya adalah anggaran. Jadi nombor yang mereka bagi ni tak semestinya 100% tepat. Nombor-nombor tersebut adalah:

  • Singapura – 72 000 (aktif) + 950 000 (simpanan) = 1 022 000 askar
  • Indonesia – 476 000 (aktif) + 400 000 (simpanan) = 876 000 askar
  • Filipina – 220 000 (aktif) + 430 000 (simpanan) = 650 000 askar
  • Thailand – 310 000 (aktif) + 245 000 (simpanan) = 555 000 askar
  • Malaysia – 110 000 (aktif) + 296 500 (simpanan) = 406 500 askar

Korang perasan tak Singapura yang kecik tu sebenarnya mempunyai askar paling ramai kat Asia Tenggara.

Walaupun jumlah askar tu adalah penting, ada faktor lain jugak yang perlu diambil kira termasuklah kenderaan perang seperti:

  • Thailand: 722 kereta kebal, 95 jet perang, 15 kapal perang (termasuk sebiji Aircraft Carrier)
  • Indonesia: 468 kereta kebal, 58 jet perang, 16 kapal perang, 2 kapal selam
  • Singapura: 212 kereta kebal, 119 jet perang, 12 kapal perang, 6 kapal selam
  • Malaysia: 74 kereta kebal, 55 jet perang, 8 kapal perang, 2 kapal selam (uhuk uhuk)
  • Filipina – 45 kereta kebal, 8 jet perang, 14 kapal perang

Yang last sekali tu bukan typo eh, Filipina memang ada 8 je jet pejuang, boleh muat dalam satu garaj kot. Pastu kat Thailand pulak, walaupun mereka antara yang pertama ada Aircraft Carrier kat Asia Tenggara, sekarang ni dah tersadai tak berpenghuni.

Imej dari Business Insider.

So daripada segi kelengkapan perang, kita ok sikit dari Filipina je la.

Tapi… kita perlu ke saiz tentera yang besar?

Salah satu sebab tentera kita tak sebesar (yang kami tau lah) negara jiran lain adalah kita agak bernasib baik sebab takde pemberontakan macam kat Thailand, atau rasa terancam oleh negara yang lebih besar macam Singapura, dan tak mempunyai kawasan geografi seluas Indonesia yang perlukan tentera yang banyak.

Lagi satu kenapa kita tak perlukan askar yang melampau-lampau adalah sebab kita join PBB pada tahun 1965 dan ASEAN pada tahun 1967. Ahli ASEAN yang mula-mulanya disertai oleh Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia telah di tambahkan keahliannya ke Laos, Vietnam, Cambodia, Brunei, dan Myanmar. Konsep ASEAN ni pula adalah untuk menolong satu sama lain, dan sikap tidak aggresive ni mengurangkan risiko kita untuk diserang oleh negara jiran.

Gambar ahli ASEAN dari news.xinhuanet.com

Menurut Kementerian Pertahanan kita pula:

“Malaysia menolak sebarang kaedah yang berkaitan dengan keganasan atau paksaan dalam menyelesaikan masalah antarabangsa malah kami mengalu-alukan dan praktik kaedah yang damai melalui strategi pertahanan yang diplomatik” – Hishammuddin Hussein, Kementerian Pertahanan. Dipeti dari Kementerian Pertahanan.

Dalam erti lain, kita lebih suka ajak orang lepak pekena teh tarik daripada bertumbuk. Tapi untuk negara jiiran kita kat bawah ni lain pulak ceritanya…

Kalau tak boleh dielakkan, Singapura ada plan kecemasan terhadap Malaysia

Haritu kami berpeluang untuk menemubual sorang Sarjan dari Singapura. Untuk menghormati privacy dan keselamatan dia, kami panggil dia Sarjan ‘Lance’. Dia bagitau yang Singapura ada satu plan kecemasan kalau kita bergaduh.

Gambar dari eglin.af.mil

Berdasarkan Sarjan Lance:

“Apa yang saya faham, doktrin tentera Singapura adalah berdasarkan Israel lebih kurang. Disebabkan Singapura tak mampu untuk dijajah… ia perlu membuat satu buffer zone… dan jika buffer zone adalah mustahil, serangan melalui Tentera Udara dan unit Komando elit diperlukan untuk mengneutralkan ancaman tersebut” – Lance.

Pastu kami tanya, buffer zone tu Johor ke? Sarjan Lance kata “Mungkin, haha“.

Gambar dari memegenarator.net

Apa yang lagi mencurigakan adalah latihan ketenteraan Singapura dilakukan dalam masa lima hari. Sebab mengikut kepercayaan umum, kalau mereka tak mampu nak kalahkan Malaysia dalam masa lima hari, mereka tak boleh menang.

Kekuatan sebenar kita adalah dalam penjagaan keamanan peringkat global

Tapi kekuaran tentera bukanlah sekadar pada saiz semata-semata. Kalau korang nak tau, askar kita pernah menyumbang di peringkat antarabangsa sebelum ni dengan menyelamatkan unit elit Amerika!

Grup Gerak Khas atau GGK yang menyelamatkan Ranjer Amerika. Program latihan bagi unit ni adalah antara yang paling susah di dunia. Gambar dari wikipedia.

Tahun 1993, pasukan pengaman 19 RAMD (rejimen Askar Melayu di-Raja) Malaysia telah dikerahkan ke Somalia dan pada masa yang sama mereka bawa sekali GGK ni. Kebetulan time tu askar US Rangers tengah tangkap pengganas, dan masa operasi tu mereka tersangkut kat sana. Last-last askar kita juga yang bawa dorang keluar.

Kisah ni telah diadaptasikan ke dalam movie Hollywood, Black Hawk Down dan 20 tahun kemudian askar US sendiri mengucapkan terima kasih kat tentera kita. Dan berdasarkan rekod PBB, Malaysia ni rajin gila hantar askar buat misi kemanusiaan di serata dunia. Selain dari Somalia kita juga ada kat Liberia, Indonesia, Bosnia dan Herzegovina, Kemboja, dan juga Lebanon, mengibarkan Jalur Gemilang kita penuh bangga!

Gambar dari thewutzup.com

Kat tanah air sendiri, insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 membuktikan yang tentera kita masih power. Mula-mula Malaysia cuba selesaikan dengan cara aman tapi lepas dua minggu cuba try slow talk dengan pengganas, mereka masih berdegil. Jadi kita mula berbalas tembakan dengan mereka. Operasi yang dipanggil sebagai Ops Daulat ini mengambil masa sebulan lebih dan akhirnya berpihak kepada pasukan tentera kita bila 56 pengganas Sulu mati dan saki baki mereka samada kena tangkap atau berenang balik ke Filipina.

Walaupun Malaysia menang, kita telah kehilangan 10 anggota keselamatan dalam operasi ni. Pengorbanan mereka takkan kami lupakan. Terima kasih hero Malaysia.

Tapi… mungkin ancaman tentera yang terbesar bukanlah dari luar

Kalau nak diikutkan sekarang ni, kita mungkin terlepas pandang akan satu ancaman yang terbesar kepada Kementerian Pertahanan kita, iaitu musuh dalam selimut…

Gambar dari bookmice.net

Musuh tersebut adalah korupsi! Tahun lepas, badan anti-korupsi antarabangsa Transparency International telah mengeluarkan laporan yang komprehensif yang mengelaskan Malaysia sebagai ‘D’ dalam tahap korupsi badan pertahanan. Ini pun dah ada sedikit peningkatanan sebab tahun lepas kita dapat ‘D-‘. (Nak dibandingkan dengan Singapura, mereka dapat ‘B’.)

Mengikut Transparency International lagi, dua kontraktor pertahanan terbesar Malaysia iaitu  Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Sapura Group dapat markah 2.94% dan 13.24%, yang bermakna kedua-dua syarikat pertahanan yang disokong kerajaan ini adalah sangat korup.

Jadi, kalau kita nak perbaiki sistem pertahanan kita, mungkin kita perlu perangi korupsi dalam tanah air sendiri terlebih dahulu.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance