Tahukah kita remaja Malaysia yang belum kahwin buat seks 3 kali seminggu?

Walaupun zaman sekarang dah maju dengan macam-macam apps untuk dengar dan simpan lagu pilihan yang memenuhi halwa telinga, masih ada lagi orang kita yang dengar radio. Stesen-stesen radio kat Malaysia ni pun ada macam-macam jenis dan pilihan bahasa. Budaya meluahkan perasaan, prank orang lain, ucapan hari raya dan bertanya soalan kepada tetamu jemputan radio tetap beroperasi macam biasa.

Kehangatan PRU-14 yang tak hilang-hilang ni dah menyebabkan ada stesen radio yang bawa tokoh atau ahli politik untuk diinterviu. Radio FB Live bawah kendalian Faizal FBI dan Farah Fauzana ada buat sesi interviu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah. Bila peluang soalan dibuka kepada pendengar, ada mamat bernama Azrul cakap,

Konti radio ni kat rumah je. Imej dari Sinar Harian.

“Hari tu kita ada jumpa (Nurul Izzah) di Bernama. Sebab hari tu bertugas di situ. Nak share sikit, YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung dan terselak dan ternampak ‘part’ yang atas. Pakai kebaya ketat, nampak tutup tulah.”- Azrul ketika buat panggilan di FBI Live.

Azrul dianggap ada pemikiran dan imaginasi yang sangat liar

Imej dari FB Fahmi Reza.

Kejadian mengejutkan ni nampaknya dah bagi kesan kat ramai orang termasuk Nurul Izzah. Dilaporkan yang riak wajah dia waktu itu berubah. Untuk FBI selaku DJ, dia tak berjaya untuk putuskan talian serta merta sebab dia tak berapa dengar pada mulanya apa yang Azrul cakap. Rakyat Malaysia pun bising dan rata-rata menggelar Azrul ni sebagai ‘pervert’. Tapi, identiti Azrul sampai sekarang tak dapat dikesan dan kami kesian dengan korang yang nama Azrul tapi tak ada kaitan dengan benda ni.

Apa yang pasti, Azrul cakap yang dia pernah bertugas di Bernama. Tak tahulah sebagai apakan? Pihak Bernama pun bagi respon melalui Ketua Pegawai Operasi Radio Bernama, Azlan Idris yang mengatakan macam mana sesi interviu dengan Nurul Izzah di konti Bernama.

Imej dari Utusan Borneo.

“Untuk pengetahuan semua, sesi temubual langsung bersama Nurul Izzah Anwar dikendalikan oleh saya sendiri dengan dibantu oleh Amar Yusof dan anda boleh melihat etika pemakaian pada sesi siaran tersebut yang cukup sopan sebagaimana umum mengenali beliau.”- Azlan Idris, petikan dari mStar.

Baginya, Azrul itu sendiri yang ada dalam dirinya pemikiran serta imaginasi yang sangat liar. Adakah ini menggambarkan yang masyarakat kita terutamanya lelaki memang dah biasa ada imaginasi dan berfantasi seksual atau lebih dari itu? Jadi, kali ini kami dari SOSCILI dengan rendah hati nak rungkai satu persatu apa yang berlaku dalam jiwa lelaki di negara kita ni.

Isu seks dulu sesuatu yang taboo, hakikatnya ramai remaja  ghairah bila ada orang pakai seksi

(Subtopik ini banyak merujuk jurnal tulisan Danish Yusrie Mohd Khairul & Mohammad Rahim Kamaluddin, UKM)

Pada zaman atuk nenek kita dulu, isu seksual tak boleh sebut sangat atau dikira taboo sebab masyarakat kita berpegang kepada budaya Timur. Sebab itu kajian pasal tingkah laku seks ni terhad. Tapi itu tak menghalang adanya satu kajian bertajuk ‘Psikologi Tingkah Laku Seks Yang Berbahaya Dalam Kalangan Lelaki Dewasa Malaysia Yang Belum Berkahwin’.

Nak translate pun tak boleh. Punyalah sensitif dulu. Imej dari imgflip.com

Kajian ni memang berani dengan menemubual 120 orang responden (pelajar yang berumur antara 20 hingga 22 tahun) dengan beberapa soalan yang panas. Kalau tanya pada korang pun belum tentu nak buka mulut. Tapi, pengkaji dah berjanji kepada 120 orang tadi untuk tak dedahkan identiti mereka. Ada 31 soalan panas yang perlukan jawapan YA atau TIDAK tapi kat bawah ni SOSCILI senaraikan tiga yang menjadi perhatian pengkaji.

  1. Soalan 9: Saya selalu terasa seperti ingin melakukan hubungan seksual
  2. Soalan 10:  Saya menyesal setiap kali selepas melakukan aktiviti seksual (menonton dan membaca bahan lucah, onani, hubungan seks)
  3. Soalan 11: Saya berasa ghairah setiap kali melihat perempuan atau lelaki yang berpakaian seksi
YA saya tahu atau TAK tahu?

Apa yang mengejutkan, lebih separuh responden menjawab ‘YA’ untuk tiga soalan ni. Ini membuktikan ketiga-tiga tingkah laku ni adalah yang paling ketara dibuat dalam kalangan responden.

Ada jenis tak fikir panjang, asalkan boleh rasa puas

Lebih separuh responden mengaku yang mereka ada rasa ghairah bila tengok perempuan atau lelaki seksi. Tapi, dalam kes Azrul tadi, Nurul Izzah bukannya seksi dan diakui lelaki lain yang dia berpakaian sopan. Dari situ, kita boleh perhati personaliti Azrul melalui senarai yang dikeluarkan kajian dari UKM ni tadi. Ada beberapa personaliti dalam kalangan orang buat tingkah laku seksual ni. Kalau terasa tu, maknanya ada juga dalam diri korang. Jadi, hati-hati ya!

 

    1. Impulsive Seeking Sensation: Lelaki yang berpersonaliti macam ni selalunya tak fikir panjang dalam melakukan aktiviti seksual macam suka tengok gambar lucah, berfantasi seksual, ada simpanan video lucah dan meraba kemaluan pasangan.Diorang ni hanya nak benda boleh puaskan secara seksual, fizikal dan melepaskan ketegangan dalam diri tanpa tahu apa akibatnya.
    2. Neuroticism-Anxiety: Diorang ni lebih mudah terjebak dengan perlakuan seksual. Sebab dalam diri ada perasaan cemburu, lonely, memendam rasa, rasa bersalah, kebimbangan dan emosi yang kejap ok, kejap tak ok.Perasaan ni semua membawa kepada penyaluran nafsu seksual ke tempat tertentu untuk alihkan perhatian. Personaliti ni sering dikaitkan dengan hubungan seks luar nikah, melanggan pelacur dan hubungan seks sumbang mahram.
Kalau ada tu, tolonglah berubah!

Agak-agak Azrul yang mana? Atau lebih adil lagi, diri kita dan orang sekeliling kita ada tak ciri-ciri macam tu? Kalau tak ada bagus, high five sikit! Macam yang diberitahu tadi, 120 responden dalam kajian ni adalah pelajar atau remaja. Bayangkan, ini baru 120 pelajar yang sudi diinterviu pun dah timbul macam-macam kebimbangan bila kita tahu. Dari poin tu, kita tertanya-tanya kalau tingkah laku seks ni memang kritikal dalam kalangan remaja Malaysia?

Remaja Malaysia buat hubungan seks 121 kali setahun atau 3 kali seminggu…biar betul?

Ini takpe, badan sihat. Imej dari Tropicana Medical Centre.

Rupanya, pada tahun 2002 dah ada survey pasal hubungan seks oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd dan Durex. Bukan sikit-sikit survey ni pergi jumpa orang tau, jumlahnya 2,500 rakyat lelaki dan perempuan dari pelbagai bangsa. Hasil survey ni membuktikan bahawa mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun adalah yang paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah.

“Purata mereka melakukan hubungan seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu dan percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas”- Jurnal tulisan Mohamad Faizal Mohammad & Mohd Zaki Ishak

Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan. Adakah ini punca kenapa anak luar nikah meningkat dari tahun ke tahun. Dari 52,378 pada tahun 2009 kepada 58,715 orang pada tahun 2012. Sampaikan wujudnya Sekolah Harapan di Melaka untuk menempatkan dan bagi peluang kepada pelajar yang hamil anak luar nikah agar kembali bertaubat. Walaupun ini adalah dapatan kajian lama (tahun 2002), tapi nampaknya, berita-berita yang keluar pada tahun 2018 sentiasa buat kita bimbang.

Sekolah Harapan di Melaka. Imej dari FMT.

Pada Mac 2018, Utusan ada keluarkan laporan dimana wartawan mereka turun padang sebab ada isu pelajar sekolah dan remaja dah pandai melanggan pelacur. Untuk dapatkan maklumat lagi mendalam, wanita warga Indonesia yang bagi khidmat seks itu pun turut diinterviu. Dia cakap yang setiap hari akan melayan dua hingga tiga remaja.

“Mereka semua remaja yang bersekolah, semuanya muda-muda lagi, setiap kali ke sini mereka akan dikenakan bayaran antara RM158 hingga RM168 untuk la­yanan 45 minit.

Soal dari mana mereka dapat duit saya tidak tahu, tetapi yang pasti mereka selalunya datang berkumpulan dan lebih ramai pa­da hujung minggu,”- Wanita warga Indonesia, petikan dari Utusan.

Kita dulu main rebut-rebut tiang je tau. Imej dari Karangkraf.

Pening kepala mak ayah zaman sekarang ni. Silap-silap hari bulan botak kepala asyik menggaru je. Itulah bahayanya fantasi seksual yang sangat liar sampai membawa ke tingkah laku seks merbahaya.

Jenis macam Azrul ada kat mana-mana termasuk di tempat kerja

Dari kes Azrul juga nampaknya menyebabkan ramai wanita Malaysia yang luahkan perasaan pasal kejadian yang pernah jadi kat diri masing-masing. Kebanyakan wanita pernah diganggu dengan orang versi Azrul tapi situasi berbeza. Bawah ni ada satu contoh.

Azrul everywhere…Imej dari Malay Mail.

Kalau main-main sekalipun, perkataan lucah ni dikira gangguan seksual secara lisan. Ada beberapa lagi jenis gangguan seksual sama secara fizikal, isyarat, psikologi dan visual. Untuk yang bekerja, semestinya kat tempat kerjalah yang boleh buat korang rasa risau je. Mana taknya, berapa jam dalam sehari kita ada kat tempat kerja. Data bawah ni ada tunjuk beberapa kes yang pernah ada ditempat kerja.

Banyak juga ya. Imej dari Myhealth.

Apabila berlaku gangguan seksual kat tempat kerja, mangsa janganlah simpan dalam hati dan berdiam diri. Sebab semua orang ada hak nak buat laporan dan bawa ke muka pengadilan. Dalam sejarah Malaysia, ada kes pertama berkaitan gangguan seksual kat tempat kerja yang dibawa untuk diselesaikan di mahkamah sivil.

Kes ini diantara Mohd Ridzwan (Jawatan Kuasa Risiko Tabung Haji) versus Asmah Mohd Nor (pekerja). Ridzwan dah didkawa kerana mengeluarkan kenyataan lucah dan biadap kepada Asmah. Akhirnya, kes ni dimenangi Asmah. Mahkamah mengarahkan Ridzwan bayar RN20,000 kepada Asmah. Hidup pekerja!

Isu Azrul adalah yang kita nampak, realitinya cara hidup tak berakhlak ni sudah berakar

Siapa yang nak dipersalahkan? Lelaki atau wanita? Itulah benda yang selalu orang gaduhkan bila bincang pasal tingkah laku dan gangguan seksual. Macam dalam kes Azrul ni, Nurul Izzah yang menjadi mangsa dah pun sehabis baik berpakaian secara sopan. Korang pun setuju kalau kami kata Azrul yang bersalahkan?

Tapi itu taklah bermakna tanggungjawab dah selesai. Dari kajian dan laporan berita yang kami bentangkan tadi, ada perkara membimbangkan dah berakar dalam masyarakat kita sejak remaja lagi. Poin macam hubungan seks bebas berleluasa sampai 3 kali seminggu dalam kalangan remaja dan ada yang dah mula melanggan pelacur. Itu semua dah ada dalam masyarakat kita hingga membawa ke tempat kerja.

Berakar dalam masyarakat. Imej dari Livingmommywood.

Di saat perubahan yang dah rakyat Malaysia capai dalam Pilihan Raya, perubahan juga kena berlaku dalam cara hidup masyarakat supaya nilai-nilai dan akhlak sentiasa diutamakan. Pakar Sosiologi, Ibnu Khaldun dah ingatkan yang turun naik sesebuah negara dan tamadun bergantung kepada sejauh mana masyarakat tu memegang nilai-nila yang tinggi.

“Sesungguhnya sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiranya akhlaknya tiada, masyarakat akan lenyap”- Ahmad Shauki, penyair Arab.

 

 

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT