Berapa ramai yang beli iPhone vs Android di kalangan korang? Isi survey untuk dapat tahu

Korang tau tak pada tahun 2016, member kami kat CILISOS ada buat survey pasal penggunaan smartphone – dan kami dapat tau yang pengguna DiGi lagi banyak main phone dalam toilet berbanding telco lain! Coverage kat sana lagi kuat kot?

Selain tu, pengguna yang berbahasa Inggeris banyak guna Maxis, yang berbahasa Malaysia banyak guna Celcom, dan yang berbahasa Cina banyak guna DiGI.

Lagi satu, 57% daripada pembaca kami guna data tak sampai 5GB pun sebulan!

Eh tak habis lagi…. daripada 67% pengguna berbahasa Tamil, apa yang paling penting bagi dorang bukan unlimited data, bukan coverage, bukan kelajuan, tapi… kualiti call!

 

No wonder la....

Patut la…

Banyak data yang kami dapat daripada lebih 700 orang yang jawab survey Malaysian AkanData 2016. Untuk tahun 2018 ni, kami nak buat sekali lagi sebab kami nak tengok berapa banyak tabiat penggunaan rakyat Malaysia dah berubah dalam masa setahun lebih ni… harap-harapnya dengan lebih banyak yang jawab, telco-telco ni semua boleh faham apa yang diperlukan pengguna dan buat perubahan yang sepatutnya.

Kami juga akan bagi satu set botol SOSCILI kami yang super ekslusif (edisi 2018 punya ok, memang pedas masam manis kaw-kaw) kepada 10 peserta bertuah. Punyalah ekslusif, botol-botol SOSCILI ni masih dibuat lagi kat kilang, so korang boleh jadi antara yang pertama dapat untuk buat cicah keropok lekor!

Cepat, survey beakhir pada 18 Febuari 2018!

Klik sini untuk ambil survey AkanData Malaysia 2018!

Klik sini untuk ambil survey AkanData Malaysia 2018!