- 58Share sekarang!
- Email1
- Facebook57
- Share
Parlimen kembali dibuka bagi semua Ahli Parlimen membincangkan hal-hal negara dan juga masalah dalam negara. Bagaimana pun, setiap perbincangan dalam Parlimen penggal ni ibarat diselubungi insiden-insiden pergaduhan mulut yang agak kerap.
Ini menyebabkan proses perbahasan terganggu dan masa yang ada itu dihabiskan untuk berperang mulut sahaja antara mereka yang berada dalam dewan yang mulia itu. Boleh dikatakan perkara ni mungkin terjadi disebabkan Speaker Dewan Rakyat yang tidak kompeten sampaikan gagal mengawal situasi-situasi tegang.
Mungkin pembaharuan boleh dibuat dalam masa terdekat ni?
Speaker dan timbalannya menimbulkan pelbagai kontroversi
Kitorang tak tahu lah apa korang akan fikir, tapi kepada mereka yang follow perkembangan politik negara dan rajin menonton sidang parlimen pasti akan tahu bahawa speaker yang kita ada sekarang ni selalu menimbulkan kontroversi. Seperti semasa sidang parlimen sedang berjalan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat iaitu Azhar Harun telah menghiraukan pelbagai Point of Order.
Perkara itu membangkitkan kemarahan pembangkang sebab kalau mengikut peraturan mesyuarat, apa-apa pun Point of Order yang dikeluarkan sepatutnya wajib didengari oleh Speaker. Sekaligus dia (Speaker) akan membuat ruling supaya pencelahan itu tidak lagi berlaku. Namun, Azhar Harun bertindak untuk tidak ‘melayan’ Point of Order yang dibangkitkan itu.
Azhar Harun juga pernah menyuruh salah seorang ahli parlimen wanita untuk diam dengan cara yang agak kasar apabila ingin membuat pencelahan, tambahan lagi dia seakan-akan bias ke arah blok kerajaan apabila segala apa yang dibangkitkan oleh blok pembangkang tidak diendah olehnya hanya kerana ingin menyelamatkan masa.
Dalam pada itu, dikatakan terdapat usul daripada ahli dewan rakyat untuk meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat meletakkan jawatan secara terhormat dalam masa terdekat. Tapi katanya usul itu ditolak semasa sidang parlimen pada 14 September oleh Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon yang juga ahli parlimen Batu Pahat.
“Saya telah terima surat untuk pengosongan kerusi speaker. Ada 11 usul. Datang serentak semua dari parti Amanah. Saya rujuk kepada penasihat undang-undang dan datang lagi dua soalan dari PKR. Setiap yang memberikan usul tersebut telah saya jawab secara bertulis. Sila baca jawapan tersebut dan keputusan saya adalah muktamad,” Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, petikan dari Malaysia Gazette
Keputusan itu tidak diminati oleh blok pembangkang sampaikan ada pertikaman lidah dari mereka dan juga speaker ketika itu. Adakah itu salah satu usaha Timbalan Speaker untuk menyelamatkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat? Itu hanya mereka yang tahu. Namun, usul ini pasti akan dibangkitkan kembali dan pada masa akan datang, jawatan itu pasti akan dikosongkan.
Kaedah pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Jika kekosongan jawatan itu berlaku, siapakah yang paling layak mengisi tempat itu? Sebelum tu, jom kita gali dalam sikit tentang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat n, mungkin ada yang tertanya secara spesifiknya apa je dorang ni buat kan. Fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah untuk mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan lancar.
Mereka juga harus memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, satu lagi adalah untuk membuat keputusan (ruling) dan tafsiran mengenai peraturan mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian. Setakat ni, tu je lah kerja dorang kat dalam Parlimen.
Dalam pada itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu melepaskan jawatannya jika Dewan Rakyat memberi ketetapan atau mengemukakan usul untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan itu. Sekarang ni, ramai ahli parliman yang menghantar usul supaya ada perbincangan tentang pemilihan speaker yang baru. Ini disebabkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara speaker sekarang.
Untuk pemilihan, speaker yang baru boleh dipilih sama ada dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri atau bukan dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dilantik. Sekarang ni, siapa je yang layak tu? Kitorang ada senarai kitorang sendiri selepas meneliti beberapa individu yang mungkin layak menggantikan Azhar Harun sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Antara nama yang mungkin layak disenaraikan sebagai calon
1. Azalina Othman Said
Dato’ Sri Azalina Othman Said merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dia meletak jawatannya selepas sahaja kerajaan Mahiaddin jatuh baru-baru ni. Ramai agak kecewa apabila dia meletakkan jawatan sebab dia antara speaker yang mampu mengawal flow mesyuarat di parlimen dengan baik.
Even pihak pembangkang pun sentiasa menunjukkan hormat terhadapnya, dia juga sangat tegas dalam memastikan tiada gangguan yang tak sepatutnya oleh pihak lain apabila seseorang sedang bercakap. Jadi dia mungkin boleh dianggap calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
2. Gobind Singh Deo
Mungkin akan ada yang skeptikal sikit sekiranya dia dicalonkan disebabkan partinya, tapi dari segi pemerhatian kitorang tentang siapakah yang layak, Gobind Singh Deo adalah antara yang sesuai. Korang tahu tak dia ni sebenarnya seorang peguam? Dalam erti kata lain, dia memang antara yang cakna dengan segala undang-undang.
Kalau tengok cara dia membahas dalam parlimen pun, memang sangat profesional sebab tak ada nak jerit-jerit, selalu melontarkan fakta lagi-lagi tentang peraturan mesyuarat. Kalau nak dibandingkan dengan ahli parlimen yang lain, boleh dikatakan dia ada kawalan emosi yang sangat bagus. Jauh beza dengan MP Jelutong tu, jenis yang akan jerit selagi boleh jerit.
3. Dr. Dzulkefly Ahmad
Siapa je tak kenal dengan Dr. Dzulkefly Ahmad, dia antara tulang belakang Selangor Covid-19 Task Force sampaikan Selangor berjaya menangani ‘ribut’ Covid-19 yang dilanda negeri itu sejak awal tahun sampaikan kes mencecah 7 ribu di negeri itu sahaja. Prestasinya di parlimen pun tak kurang hebatnya apabila dia memang menekankan tentang cara memerangi pandemik ni.
Ketegasan Dr. Dzul boleh dianggap seperti pahlawan yang betul-betul berjuang demi orangnya, mungkin kalau dia diberi peluang untuk menjadi Yang di-Dipertua Dewan rakyat dapat mengawal ahli parlimen yang bising-bising tu dengan ketegasannya.
4. Ahmad Maslan
Korang tergelak baca nama dia? Sebenarnya nama Datuk Seri Haji Ahmad Maslan ni dikatakan dah dicalonkan bagi mengisi jawatan Timbalan Speaker yang baru. Kalau korang nak tahu lah kan, Ahmad Maslan merupakan seorang yang agak pandai. Dia ada Bachelor Degree dalam Ekonomi dan Sains Politik tau! Tambahan lagi, dia ada Master in Business Administration juga!
Maybe korang just nampak dia punya ‘lawak’ dalam parlimen dan luar parlimen je, tapi kalau korang jenis yang memang betul tengok perbahasan dia dalam parlimen. Cara dia menyampaikan fakta, hujah dan membahas tu sangat bagus, kalau diberi peluang mungkin dia boleh menunjukkan prestasi yang baik.
Harus matang dalam membuat keputusan
Tak kira siapa pun yang dipilih untuk menjadi Yang di-Pertua Speaker, mereka haruslah tidak mengulangi kesilapan speaker kita yang sekarang. Yang lebih penting adalah untuk tidak menjadi bias semasa perbahasan dan membuat keputusan dengan bijak dan matang.
Bukan apa, kalau setiap kali persidangan asyik nak bergaduh, tu bukan bermesyuarat namanya. Jadi, mereka yang dipilih nanti perlu memastikan flow mesyuarat yang cantik dan juga semua ahli parlimen berpeluang untuk bercakap dan berbahas dengan adil. Sebab kalau tengok apa dah yang jadi, semua main langgar je bila nak berbahas sampai lupa peraturan mesyuarat.
- 58Share sekarang!
- Email1
- Facebook57
- Share