- 311Share sekarang!
- Email2
- Facebook309
- Share
Musim pandemik Covid-19 ni banyak memberi kesan kepada semua orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pendapatan yang agak rendah. Susah bagi mereka untuk teruskan hidup sebab sangat struggle untuk menyediakan makanan di depan mata, yang peniaga-peniaga pun ada yang sampai terpaksa gulung tikar sebab tak mampu untuk teruskan lagi.
Banyak lagi benda yang mereka terkesan, tapi ada satu perkara yang lagi membimbangkan mereka iaitu anak-anak mereka yang harus berdepan pembelajaran secara maya. Kerajaan telah memutuskan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah perlu menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 menular, disebabkan itu kerajaan menjanjikan untuk memberi 150 ribu komputer riba kepada pelajar-pelajar yang betul-betul memerlukan. So, apa je dah jadi dengan janji tu?
Janji yang diberikan semasa Belanjawan 2021
Mesti ramai dah yang tahu pasal janji daripada kerajaan Perikatan Nasional berkenaan Tabung Cerdik yang diperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi pemberian komputer riba kepada murid-murid (katanya), itu merupakan sumbangan daripada GLIC dan GLC yang akan diselia oleh Yayasan Hasanah. Tak kisah lah dari GLC atau GLIC, ia tetap duit kerajaan atau dalam erti kata lain duit cukai daripada rakyat.
Dikatakan juga komputer riba itu akan diberikan pada bulan Februari 2021, apakan daya masih tidak ada apa-apa berita lagi berkenaan komputer riba itu walaupun kita sudah memasuki bulan Mac 2021. Perkara itu menimbulkan tanda tanya terhadap apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini. Ada juga yang mempersoal adakah komputer riba itu akan diberi atau tidak, hal ini kerana sekolah pun dah mula dibuka dan PdPR seakan-akan tidak lagi akan diaplikasikan sekaligus penggunaan komputer riba tidak lagi penting (untuk murid).
Tapi yang paling menyakitkan hati rakyat adalah, dikatakan komputer riba yang akan diberi itu hanyalah dalam bentuk pinjaman sahaja. Macam buku teks pinjaman semua tu lah, ia adalah hak kerajaan dan sekolah, dalam erti kata lain komputer riba tu takkan dimiliki oleh murid-murid secara terus. Perkara itu mengejutkan ramai pihak dan juga menarik perhatian ahli-ahli politik yang lain seperti Datuk Seri Najib Razak dan Syed Saddiq.
“Jika dulu kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu beri (bukan pinjam) 1.7 juta netbook 1Malaysia kepada murid-murid sekolah dan guru, kenapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tak gunakan kaedah yang saya saran hari itu untuk memberi 2 juta notebook kepada murid-murid sekolah untuk menghadapi pembelajaran atas talian dalam pandemik Covid ini,” Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Petikan dari UMNO Online
Syed Saddiq pula telah memuat naik video menggunakan aplikasi TikTok, di mana dia mempersoalkan ke mana perginya janji kerajaan PN untuk memberi 150 ribu komputer riba dan juga RM100 kepada semua pelajar di Malaysia. Video itu juga di share oleh Syed Saddiq di laman Twitter dia sendiri dan mendapat pelbagai sokongan terhadap apa yang disuarakan itu, lagi-lagi pelajar universiti yang dilihat seperti dianak-tiri oleh kerajaan.
Sampaikan bekas Perdana Menteri yang dorang pernah hina pun cakap macam tu, so nampak sangatlah keputusan kerajaan PN yang hanya nak jadikan pemberian komputer riba ni sebagai pinjaman sahaja kepada murid-murid amatlah tidak relevan. Mungkin boleh jadi dorang hilang undi pada Pilihan Raya Utama (PRU) akan datang nanti, mana lah tahu kan.
Keburukan pemberian laptop secara pinjaman dan bukan secara kekal
Sebenarnya, banyak faktor-faktor lain yang membuatkan pinjaman komputer riba ni sangatlah tidak patut dan agak ke arah negatif. Berbeza dengan buku teks pinjaman yang dilihat sebagai produk yang mudah dijaga, komputer riba pula merupakan barang elektronik dan mempunyai jangka hayatnya tersendiri. Dari segi kos untuk menjaga pun sangatlah berbeza, jadi jika diberi hanya sebagai pinjaman tu memang confirm banyak juga duit nak kena guna (mana lah tahu tiba-tiba laptop buat hal).
Antara yang perlu diambil kira adalah specs semasa sesuatu komputer riba itu. Mungkin komputer riba yang akan diberi kepada murid-murid nanti adalah teknologi yang baru, tapi apa akan jadi pada tahun-tahun akan datang? Pasti akan ada teknologi baharu yang akan muncul, itu akan menjadikan komputer riba yang dipinjamkan itu outdated sekaligus dikira tidak berbaloi untuk dipinjamkan lagi pada masa hadapan.
Kita lihat pada kos membaik pulih komputer riba pula, peranti yang dipinjamkan itu pasti akan dikembalikan semula apabila sudah habis tempoh pinjaman. Sudah pasti akan ada masalah yang timbul terhadap komputer riba itu walaupun kecil sahaja, itu akan melibatkan kos yang sangat tinggi. Kalau satu peranti memakan kos RM100 untuk dibaiki, bagaimana pula apabila kesemua 150 ribu peranti pula kan (korang kira lah sendiri). Itu menjadikan komputer riba itu sebagai liabiliti kepada kerajaan kerana terdapat kos yang sangat tinggi perlu ditanggung oleh kerajaan.
“Sepatutnya perkara ini diselesaikan lebih awal, dan spesifikasi laptop pun sewajarnya boleh ditentukan tahun lepas lagi. Tetapi tidak mengapa, kita pandang ke depan. Soal lebih besar, adakah angka 150 ribu itu berasaskan kajian mendalam tentang jumlah pelajar dan isi rumah yang memerlukan laptop untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)?,” Ketua Penerangan UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, petikan dari Facebook
Jadi, terlalu banyak perkara yang mungkin dipandang remeh oleh pihak kerajaan ketika ini berkenaan pemberian komputer riba kepada murid-murid. Kalau mereka sudah pun menetapkan segala specs yang akan diberi tu semua, at least mereka boleh memberitahu terus kepada rakyat tentang segala info tu.
Syed Saddiq dan Ustaz Ebit Lew sebagai contoh dalam membantu pelajar
Mungkin, kerajaan boleh mengambil contoh individu-individu seperti Syed Saddiq dan Ustaz Ebit Lew berkenaan pemberian peranti kepada murid dan juga pelajar di Malaysia ni. Ustaz Ebit Lew telah memberi pelbagai bantuan untuk mereka yang betul-betul memerlukan, tidak lupa juga dia selalu menyediakan tempat tinggal untuk orang yang tidak berkemampuan.
Pada Januari lepas, Ustaz Ebit Lew telah membeli 500 unit Samsung Galaxy Tab A menggunakan wang sumbangan dari orang ramai dan juga Tunku Mahkota Johor, dia memfokuskan untuk memberinya kepada mereka yang memerlukan peranti bagi memenuhi kelengkapan PdPR anak-anak mereka. Yang pasti, peranti yang diberi itu bukan lah sebagai pinjaman tetapi diberi terus oleh Ustaz Ebit Lew.
Sama juga perkara yang dibuat oleh Syed Saddiq, dikatakan sudah lebih 300 komputer riba telah diberi oleh Syed Saddiq kepada anak-anak Muar yang memerlukan dan 30 daripadanya adalah komputer riba berprestasi tinggi iaitu MSI Modern 14 (mahal tu!). Yang menariknya, dia tidak menggunakan satu sen pun duit kerajaan untuk menyediakan semua tu. Segalanya dilakukan dengan menggunakan duit daripada fundraising yang dibuat oleh team dia sendiri dan juga bantuan dari Non Government Organization (NGO) di Muar.
Jadi, macam mana seorang ahli parlimen yang tidak mendapat apa-apa dana dari kerajaan boleh memberi segala kelengkapan tu (percuma pula tu) tetapi pihak kerajaan pula sangat lambat dalam execution ‘projek’ mereka tu. Mereka harus sentiasa ingat, rakyat sentiasa memerhati.
- 311Share sekarang!
- Email2
- Facebook309
- Share