Shin Tae-Yong, jurulatih skuad Indonesia yang pernah memalukan Jerman di Piala Dunia

Masih segar lagi di ingatan apabila pasukan Harimau Malaya kecundang dengan Sang Garuda di pentas AFF Piala Suzuki 2020, kita kalah dengan jaringan 4-1, jaringan yang sangat besar dan boleh dikira sebagai memalukan. Tetapi segala yang terjadi itu boleh dikatakan berpunca daripada seorang jurulatih genius yang berasal daripada Korea Selatan.

Nama diberi adalah Shin Tae-Yong, seorang bekas pemain pasukan Korea Utara dan juga pernah mengembangkan kariernya sebagai pemain bola di Australia. Sekarang ni, nama dia semakin hari semakin popular di scene bola sepak Asia Tenggara selepas dia mula berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.

Ada gaya ye guys. Imej dari TimnasIndonesia

Pada awalnya dia mula menguruskan pasukan bawah-19 tahun Indonesia dan sedikit demi sedikit dia naik pangkat sehingga dapat menjadi ketua jurulatih skuad senior Indonesia. Buat masa ni, persembahannya bersama skuad Sang Garuda sangat baik dan itu tidak mengejutkan jika kita mengambil kira segala pengalaman dan latar belakangnya sendiri…

Legenda K-League dengan hampir 300 penampilan!

Zaman muda yang menawan. Imej daripada BolaSkor

Ada yang kata kalau seorang jurulatih bola sepak yang bagus selalunya bukanlah pemain yang hebat semasa zamannya sebagai seorang pemain bola, tetapi untuk Shin Tae-Yong, dia merupakan antara pemain terbaik yang pernah bermain dalam K-League (Liga Korea Selatan) dengan 296 penampilan bersama dengan pasukan Seongnam Ilwha Chunma (sekarang dikenali sebagai Seongnam FC).

Sepanjang kariernya di Seongnam FC tu, dia telah menjaringkan 76 gol peribadi dan itu merupakan angka yang sangat mengagumkan bagi seorang pemain tengah. Dia juga pernah bermain di A-League (Liga Australia) iaitu bersama dengan pasukan Brisbane Roar pada 2005, tapi dia dikatakan hanya bermain satu perlawanan sahaja sebab dia datang ke Australia tu untuk isi jawatan pembantu jurulatih je.

Selepas 3 tahun dia mendapatkan ilmu di Australia, dia kembali ke kelab lamanya untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua jurulatih Seongnam FC. Pencapaian terbaik dia kat Seongnam FC tu adalah dengan menjuarai Liga Juara-juara Asia (AFC Champions League) pada 2010. Nak layak masuk tournament tu pun susah, lagi kan nak juara!

Skuad yang Shin Tae-Yong bawa sehingga jadi juara. Imej dari BoB’s

2012 merupakan tahun terakhir Shin Tae-Yong menguruskan Seongnam FC selepas dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Pada 2014, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan melamar Shin untuk berbakti bersama dengan pasukan kebangsaan. Tapi bukan sebagai ketua jurulatih, dia ditawarkan untuk menjadi Penolong Ketua Jurulatih sahaja ketika itu.

Namun, dia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurulatih selepas beberapa bulan dilantik menjadi Penolong Ketua Jurulatih. Tetapi, kisahnya yang paling mengagumkan adalah bila dia membawa Korea Selatan pada Piala Dunia 2018 di Russia. Dia berhasil membuat penyokong pasukan Jerman di serata dunia menangis…

Pernah menundukkan Jerman pada Piala Dunia 2018 di Russia

Suasana duka bagi kem Jerman. Imej dari SowetanLive

Betul, skuad Korea Selatan kendalian Shin Tae-Yong pernah memalukan Jerman pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018. Bagi mereka yang tak tahu, pasukan Jerman merupakan juara bertahan selepas mereka telah menjuarai Piala Dunia edisi 2014. Jadi boleh dikira yang mereka ni adalah favourite di setiap perlawanan yang mereka muncul.

Yang lagi buat jadi drama adalah, ketika itu Jerman wajib menang untuk mereka layak ke pusingan kalah mati. Mereka tak boleh seri mahupun kalah, hanya kemenangan sahaja yang boleh membawa mereka ke pusingan yang seterusnya. Untuk Korea Selatan pula, mereka sudah pun kalah dua perlawanan awal kumpulan. Kira perlawanan menentang Jerman ni ibarat tak ada function pun lah.

Tetapi, rasanya dalam kepala Shin Tae-Yong pada masa tu pun adalah untuk cuba menyingkirkan gergasi bola sepak dunia daripada Piala Dunia, dan misi itu berjaya! Mereka telah kalahkan Jerman dengan jaringan 2-0, macam mana pasukan Asia yang selalu dianggap kerdil dapat mengalahkan pasukan yang menjadi juara pada edisi lalu?!

Masa ni fans Jerman memang kena bahan je guys. Imej dari imgflip

Kejutan itu tidak dijangka oleh sesiapa pun, even peminat Jerman (penulis merupakan peminat pasukan Jerman) sendiri mengatakan sakit kalah dengan Korea Selatan lagi sakit dari putus cinta. Semua itu tidak akan terjadi sekiranya tiada Shin Tae-Yong, seorang yang genius dalam percaturannya dan boleh dikira antara jurulatih Asia yang terbaik.

Namun, Shin Tae-Yong telah membuat satu keputusan dalam kariernya iaitu untuk menyertai pasukan kebangsaan Indonesia selepas kempen Piala Dunia. Yang buat orang terkejutnya, dia datang ke Indonesia awal-awal tu bukan untuk membawa pasukan senior, dia datang adalah untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih Indonesia bawah-19 tahun guys.

Dalam pada itu, dia juga mempunyai visi tersendiri untuk menaikkan bakat-bakat muda Indonesia supaya satu hari nanti dapat membuahkan hasil untuk skuad senior Indonesia. Perkara itu berkesan apabila pada 2020 dia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurulatih skuad Indonesia bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan juga Piala AFF Suzuki 2020.

Senyap di Kelayakan Piala Dunia, mengaum di Piala AFF Suzuki

Skuad muda yang mampu mencabar di Piala AFF. Imej dari Literasi News

Selalunya ‘mengaum’ tu kita guna untuk menggambarkan pasukan Harimau Malaya kan, tapi ia adalah untuk menggambarkan Shin Tae-Yong yang berasal dari Korea Selatan di mana ia sinonim dengan gelaran Tiger of Asia. Shin Tae-Yong punya performance semasa Kelayakan Piala Dunia tidak lah bagus sangat.

Mereka menduduki tangga terbawah kumpulan sekaligus tidak melayakkan mereka untuk pergi ke pusingan kelayakan akhir Piala Asia. Namun, mereka telah membuat comeback di Piala AFF Suzuki hingga layak ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Thailand. Oh ye, mereka juga mengalahkan Malaysia dengan jaringan 4-1. Memang lepas kalah tu Malaysia kena bahan je guys.

Tapi sayangnya, mereka tidak berjaya untuk menjuarainya buat julung kali. Dalam sejarah, Indonesia dah masuk final Piala AFF sebanyak 6 kali tapi masih belum berjaya untuk memenanginya. Namun, kita tidak boleh sangkal yang skuad muda Indonesia ni bakal menjadi antara pasukan yang menggerunkan pada masa yang terdekat nanti. Harap-harap Harimau Malaya pun ikut jejak langkah yang sama.