Sejarah baju Melayu yang dulunya dikenali sebagai baju kurung

Dulu Jaafar Onn pernah keluarkan kenyataan mengecam pereka fesyen yang memperkenalkan kurta di Hari Raya? Marah sungguh bunyinya.

“Jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dengan sampin dan songkok.” – Jaafar Onn, selebriti tempatan. Dipetik dari SiakapKeli.

Dia turut menyatakan rasa meluatnya dengan golongan yang pakai baju Melayu dan samping tapi tak pakai songkok konon-kononnya nak tunjuk style rambut. Tapi kali ni kitorang bukan nak sembang pasal aktiviti kecam mengecam, tapi nak cerita pasal baju Melayu yang memang panjang sejarahnya. Tengok je la orang Melayu lama yang segak bergaya kat bawah ni…

.
Buat muka garang sikit untuk kamera… Imej dari sukns.

Dulu, baju Melayu sebenarnya dipanggil sebagai baju kurung

Menurut beberapa blog yang kami jumpa, baju Melayu mula diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah (sultan ketiga yang memerintah Melaka pada tahun 1424 hingga 1444).

Menurut Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin selaku Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu ada menyatakan bahawa pada zaman dahulu baju Melayu dipanggil sebagai baju kurung yang merujuk kepada pakaian lelaki dan wanita Melayu. Masa tu baju kurung masih lagi direka dengan potongan sendat dan singkat. Bajunya berlengan tiga suku, malah ada jugak yang tak berlengan. Seluarnya pulak pendek paras betis je.

Tapi lepas Sultan Muhammad Syah mangkat, seorang pembesar dengan nama Tun Hassan memanjang dan membesarkan pesak baju Melayu (baju panjang sampai ke pangkal lengan dan seluar dipanjangkan sampai kat pangkal buku lali) dan akhirnya kekal menjadi ikutan hingga ke hari ni.

Imej dari diakpmb.blogspot.my

Bermula sebagai pakaian golongan diraja, ia kemudiannya menjadi pakaian harian ringkas bagi orang kebanyakan, nak lagi bila pergi menghadap Sultan. Bila tanah Melayu makin berkembang, baju Melayu digunakan untuk lelaki dan baju kurung kekal untuk wanita.

Baju Melayu cekak musang dan teluk belanga kedua-duanya dipopularkan oleh Johor

Istilah ‘cekak musang’ ni berkaitan dengan bentuk leher baju tersebut, di mana tengkuknya seperti dicekak tinggi dan tegak melingkari leher. Baju ni mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Untunglah sado. Imej dari bautifulnara.

Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada yang mengatakan ia diambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga (2 butir di atas melambangkan ibu bapa, 3 di bawahnya melambangkan anak-anak mereka). Tapi pendapat ni disanggah oleh Azah Aziz yang mengatakan 5 butang ini rukun Islam, 6 pesak di kanan dan kiri melambangkan rukun iman, dan seterusnya.

Bagi baju Melayu ‘teluk belanga’ pulak, ianya dinamakan sempena ibu negeri Johor yang waktu tu terletak di Teluk Belanga (sekarang ni di bawah kawasan Singapura). Potongan leher jenis ni hanya dijahit dengan cara sulaman keliling, berbelah pendek kat depan baju dan berbutang satu sahaja. Ia dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866, dan kini telah menjadi ciri khas bagi baju Melayu Johor.

Sultan Johor bersama Tuanku Mahkota Johor menggayakan baju melayu teluk belanga. Imej dari Kesultanan Johor

Kalau pakai samping bawah lutut maknanya korang dah kahwin!

Tak lengkap rasanya pakai baju Melayu kalau tak pakai samping. Tapi korang tau tak yang cara pemakaian samping ada maksudnya yang tersendiri? Siapa yang pakai samping kat bawah lutut tu maksudnya korang dah berkahwin, kalau atas lutut tandanya masih bujang. Tapi kalau korang dah kahwin pakai atas lutut tu tandanya nak tambah isteri, so jangan sampai silap pakai nanti kena tarik telinga dengan bini.

Biasanya baju Melayu Teluk Belanga dipakai dengan baju diluar samping, dan baju Melayu Cekak Musang pulak dipakai dengan baju tuck-in kat dalam.

Contoh baju cekak musang dan teluk belanga berserta cara samping yang dipakai

Fesyen baju Melayu yang moden, yang terlajak hipster

Antara fesyen baju Melayu yang pernah terkenal satu masa dahulu adalah baju Melayu Raihan sempena kumpulan nasyid paling berpengaruh satu Malaysia ni. Baju stail ni biasanya tak berpoket dan dibutang dari leher sampailah ke bawah baju, macam kemeja.

Sorry gambar low-res je yang ada tapi macam ni la rupanya.

Tapi ada jugak baju Melayu yang trend terkini yang acah-acah hipster dan ada jugak yang agak rare sampai kena kecam dengan netizen seperti…

Baju Melayu ada lace. Mungkin diinspirasikan oleh Che Ta…

Baju melayu berlengan kan ‘lace’. Imej dari mforum.

…baju Melayu yang mendedahkan suntikan BCG sebagai tanda mereka telah survive

Imej dari mforum

baju Melayu yang direka khas untuk abang-abang sado. Dah penat-penat pergi gym takkan tak nak tunjuk ye dok.

Ewah lentik sikit. Imej dari tokeinfo

….baju Melayu versi swimming suit, sesuai untuk terus ke sungai waktu Hari Raya ketiga.

Jangan bukak samping la bang. Imej dari neenamazlan.

baju melayu teluk belanga bow tie. Lepas ni tak payah risau hilang butang baju dah.

Baju Melayu Teluk Belanga Bow Tie. Imej dari Popiyah.

…baju melayu jersi, bagi yang fanatik bola tapi masih mahu mengekalkan jatidiri anak Melayu.

Baju Melayu Chelsea. Imej dari E-Store.

…dan tak lupa juga, baju Melayu Hipster. Tapi beringatlah kalau seluar tu ketat sangat mungkin akan menyekat pengudaraan si pemakai. Utamakan kesihatan.

Samping tu kulit asli ke. Imej dari adarain.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Ok serius ah, berapa kerap sebenarnya korang pakai baju Melayu? Mesti masa hari Jumaat, hari raya dan kenduri kahwin je kan. OK la bulan Ramadhan ni at least korang pakai sebab nak pergi moreh kat surau.

Apa pun, pakaian tradisional Melayu ni memang kuat budayanya sehinggakan sebarang perubahan memang tak boleh lari jauh dari bentuk asal. Dan sempena Raya yang nak dekat ni, makin sibuklah pereka fesyen pun semua sibuk lah nak keluarkan design baju raya yang paling canggih. Tapi berjaga-jagalah korang agar tidak terlebih canggih macam yang kat bawah ni.

Nanti orang ingat korang nak pergi cosplay convention. Imej dari engkumuzahadin.
About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)