Petua kecantikan orang dulu-dulu… Masih berkesan ke? Kami test.

Pernah tak korang tengok nenek korang sapu bedak sejuk setiap malam sebelum tidur, lepas tu kulit dia boleh lagi glowing daripada kita yang pakai skincare beratus-ratus ringgit? Macam tak masuk akal, kan? Tapi itulah dia, orang dulu-dulu ada rahsia dia sendiri bila bab kecantikan.

Diorang tak ada serum, dan mungkin tak kenal pun retinol tu apa. Tapi awet muda, kulit bersih, rambut hitam berkilat. Kenapa boleh macam tu? Sebenarnya, semua tu datang daripada petua yang diwarisi turun-temurun, guna bahan semula jadi, murah dan senang, cari kat dapur je!

Tapi sebenarnya berkesan ke tak petua kecantikan tradisional ni? Ke semua tu sekadar amalan lama yang dah lapuk dimakan zaman?

Untuk pastikan, kami cuba beberapa bahan kecantikan orang lama yang patut dapat tempat semula atas meja mekap korang! Jom tengok apa benda tu… 

Air beras: boleh cerahkan kulit dan lambatkan penuaan?

Beras ni benda paling basic kat dapur. Tiap hari kita basuh, masak, makan. Tapi korang pernah terfikir tak, air basuhan beras tu pun sebenarnya boleh guna untuk kulit? Dulu-dulu orang siap buat toner dari air ni tau! Nampak simple je, tapi rupa-rupanya power untuk cerahkan muka.

Kalau korang nak cuba,

lepas basuh beras tu, korang ambil air basuhan pertama atau kedua, lepastu simpan dalam botol. Spray je lepas cuci muka, pagi dan malam. Kalau rajin, boleh buat bedak sejuk homemade lepastu sapu je macam mask.

Korang pon boleh tengok kat internet atau tanya orang dulu-dulu macam mana cara nak buat bedak sejuk sendiri.

Jadi, berkesan ke tak?

Kami dah cuba guna cara ni. Memang kulit rasa segar dan kurang naik merah. Ini sebab dalam beras ni ada ferulic acid, dan antioksidan yang melindungi kulit dari kesan habuk dan cahaya matahari. Ada juga inositol yang bantu kurangkan keradangan dan buat kulit nampak lebih tenang.

Tapi, selain air daripada basuhan beras, apa lagi bahan semula jadi yang orang dulu-dulu guna untuk cantikkan kulit ?

Serbuk kunyit: boleh settlekan masalah dari jerawat sampai jeragat?

Kalau petua lama ada superstar, kunyit lah jawabnya. Dari jerawat, parut, sampai kedut dan jeragat pun dia boleh bantu. Orang dulu memang percaya kunyit ni bahan wajib kalau nak kulit bersih dan glowing. Tak pelik pun, sebab memang banyak kegunaan dia.

Kalau korang nak cuba,

korang boleh je campur dengan bahan yang sesuai dengan korang, contohnya yogurt atau madu untuk buat mask. Ikut kesesuaian kulit masing masing. 

Pastikan bahan lain yang korang campur dengan kunyit tu boleh bantu untuk elakkan muka jadi kuning. Sebelum jadi macam akak ni… 

Jadi, berkesan ke tak?

Ini pengalaman sendiri, kami dah buat mask kunyit campur dengan madu dan gula sikit. Sapu kat muka dalam 30 minit je, lepastu terus basuh. Walaupun susah percaya, kuning tu tak lekat kat muka. Mula-mula memang tak nampak beza sangat, tapi kulit rasa bersih.

Lepas konsisten pakai dalam sebulan, nampak parut jerawat makin pudar. Kunyit ni ada kurkumin dan antioksidan yang boleh bantu jaga kulit dari rosak, termasuklah kalau terdedah dengan bahan kimia macam merkuri. Simple je bahan dia, tapi jangan main-main!

Daun lidah buaya: ‘Doktor daun’ untuk kulit & rambut!

Buang kulit daun tu, kat tengah ada la gel dia. Imej oleh Ellywa, Wikimedia Commons.

Kalau rumah mak atau nenek dulu ada pokok lidah buaya atau aloe vera tepi longkang, tahu tak tu sebenarnya ‘doktor mini’ dalam dunia kecantikan? Bila patahkan daun tu, keluar gel jernih yang boleh bantu sejukkan dan sembuhkan kulit. Dari ruam, gatal kulit kepala, sampailah sunburn, semua dia boleh settle.

Kalau korang nak cuba,

Korang ambil gel dari daun lidah buaya ni, sapu terus kat muka atau kulit kepala. Boleh jugak guna lepas cuci muka, waktu kulit rasa panas, atau bila kepala gatal. Daun ni bukan je elok untuk kulit, tapi bantu juga untuk rambut sihat dan lembut.

Jadi, berkesan ke tak?

Pengorbanan demi kecantikan.

Kami sendiri pernah guna aloe vera masa breakout teruk. Kulit rasa cepat reda dan tak setegang macam biasa. Gel dia sejuk sebab ada pelbagai vitamin dan mineral yang bantu pulihkan dan lembapkan kulit tanpa buat rasa melekit. Patutlah banyak produk sekarang guna bahan ni

Tapi kalau korang nak tau, ada lagi bahan lain yang bagus untuk rambut..  

Minyak kelapa: boleh lebatkan dan kuatkan rambut?

Imej oleh Phu Thinh Co – Dầu dừa, Wikimedia Commons.

Zaman mak nenek kita dulu, minyak kelapa ni boleh dikatakan rahsia turun-temurun untuk rambut lebat. Diorang siap buat sendiri minyak dari kelapa sebab percaya minyak ni boleh kuatkan akar rambut.

Kalau korang nak cuba,

selalunya mak-mak kita panaskan sikit minyak tu, lepas tu sapu kat kulit kepala sebelum tidur. Boleh jugak ratakan ke hujung rambut. Esok pagi baru cuci. Buat seminggu sekali pun dah cukup kalau malas hari-hari.

Jadi, berkesan ke tak?

Cara yang kami cuba, dua kali seminggu kami letak minyak kelapa kat kulit kepala dalam 30 minit sebelum mandi, lepas tu cuci. Memang rasa baby hair tumbuh semakin banyak lepas cuba, dan rasa lebih senang diurus. Tapi minyak dalam botol jelah, tak buat sendiri.

Ni mungkin sebab minyak kelapa ni ada asid laurik yang mudah diserap kedalam batang rambut, dan boleh bantu kuatkan akar. Tak pelik kenapa nenek kita dulu rambut lebat sampai tua!

Serbuk kopi: boleh hilangkan gelap bawah mata? 

Bukan 3-in-1 ye. Imej oleh Editor at Large, Wikimedia Commons.

Mata panda ni memang musuh ramai orang. Dah cukup tidur pon masih nampak penat. Tapi orang dulu rilek je, diorang guna cara semula jadi macam serbuk kopi atau uncang teh. Nampak simple, tapi memang boleh bantu kurangkan bengkak dan gelap bawah mata.

Kalau korang nak cuba,

ambil je serbuk kopi o (bukan 3 in 1!) yang ada kat dapur, sapu sikit bawah mata dan biarkan 10-15 minit sebelum basuh. Nak campur dengan bahan lain pun boleh, asalkan sesuai. Contohnya madu atau gula. Janganlah pulak letak susu pekat, tu baik buat minum je. Buat 2-3 kali seminggu pun dah cukup untuk nampak beza.

Jadi, berkesan ke tak?

Kami dah cuba konsisten sapu serbuk kopi bawah mata dalam masa 2 bulan. Kesannya agak lambat tapi nampak better dari sebelum pernah pakai. Kafein dalam kopi ni boleh kecilkan salur darah dan cerahkan kawasan gelap. Tapi sebaiknya konsisten tidur secukupnya, sebab kalau tak cukup tidur jadi panda juga. 

Serbuk kayu manis: boleh handle masalah jerawat?

Kalau korang rajin masuk dapur, mesti pernah jumpa serbuk kayu manis. Selalu mak-mak kita dulu campur dengan madu asli buat masker untuk muka. Bahan dia simple je, tapi berkesan untuk bagi kulit nampak lebih bersih dan cerah.

Image via Tips and Beauty

Kalau korang nak cuba,

korang cuba ambil satu sudu serbuk kayu manis, campur dengan madu asli, kacau sampai sebati, lepas tu sapu nipis kat muka. Biar dalam 10-15 minit, lepastu bilas sampai bersih. Buat seminggu dua kali pun dah okay. 

Tapi kalau kulit korang sensitif, lebih baik test sikit dulu kat bahagian selain muka. Dan pastikan guna serbuk kayu manis tau! Bukan kulit kayu manis yang belum kisar tu.

Jadi, berkesan ke tak?

Lepas kitorang dah pakai dua kali seminggu selama dua minggu, kulit nampak kurang berminyak dan jerawat cepat kecut. Dalam kayu manis ada cinnamaldehyde, bahan aktif yang bantu rangsang kolagen. Sifat anti-bakteria dan anti-radang dia pun power, hampir setanding dengan bahan moden macam benzoyl peroxide. Cuma yang ni lebih natural dan tak keringkan kulit.

Nak kulit cantik tak semestinya perlukan produk mahal.

Korang tak payah risau kalau takde bajet nak beli produk mahal. Kadang-kadang penyelesaian masalah kulit memang ada je kat dapur kita. Khasiat dia pon tak boleh dipandang ringan. Daripada air basuhan beras, sampai ke kopi yang bantu cerahkan bawah mata, semuanya ada asas dan kelebihan tersendiri.

Jadi, jangan pandang rendah dengan petua orang dulu-dulu ni. Sebab dia boleh bertahan lebih lama daripada relationship korang!