Perbezaan kemerdekaan antara Malaysia dan Singapura

(This article is a translation. Click here for original article on English site, CILISOS)

Kurang dari 3 hari lagi, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61! Korang tahu tak, ada lagi satu negara berjiran dengan kita yang juga sambut kemerdekaan negara mereka bulan ni juga? Yep, Singapura, iaitu pada 9 Ogos yang lepas. Malah, ia adalah hari memperingati pemisahan negara kecil tu dari Malaysia pada 1965.

Setiap tahun, Perdana Menteri Singapura akan memberi ucapan pada Rally Day, iaitu pada hari Ahad kedua atau ketiga selepasnya dengan pelbagai topik, dan persembahan bunga api gilang-gemilang.

Kitorang nak tahu la apa lagi perbezaan perayaan kemerdekaan kita dengan Singapura. Jadi, kitorang tanya 7 rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura!

1. Pemimpin dan orang awam pakai baju merah dan putih, bukannya pakaian kebudayaan

Menteri Tenaga Kerja Lim Swee Say dan kakitangan Persatuan Rakyat dalam warna merah dan putih, warna kebangsaan Singapura. Imej dari The Straits Times
“Singapura ni kecil dan padat, jadi moodnya akan dirasakan, termasuklah kepada para pelancong yang melawat negara tu”, kata Pat Ng, yang tinggal di Singapura selama 5 tahun dan berpindah ke Nanjing. Bendera juga ada di mana-mana, warna merah dan putih akan dilihat pada Hari Kemerdekaan. Dan sebenarnya, orang Singapura memang ambik serius dengan warna pakaian mereka masa kemerdekaan.

“Saya perhatikan yang selain pakaian tradisional Melayu, Cina dan India untuk penari, Singapura tidak mempunyai identiti etnik atau kaum yang kuat. Para pemimpin memakai baju merah dan putih dan seluar, dan bukannya pakaian kebudayaan.

Selebriti pula akan pakai pakaian barat. Orang Singapura pada umumnya akan memakai merah dan putih. Malah kanak-kanak diminta untuk memakai merah dan putih ke sekolah pada hari-hari tertentu. “- Pat, ketika diinterviu CILISOS

Kanak-kanak Singapura yang berwarna merah dan putih. Imej dari schoolbag.sg

Salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga bagitahu yang dia dapat e-mail daripada boss yang menggalakkan pekerja untuk pakai baju warna merah dan putih sehari sebelum Hari Kemerdekaan. Malah, kebanyakan kedai di pusat membeli-belah juga akan menjual pakaian yang bertemakan hari tersebut pada Jun atau Julai, terutamanya t-shirt. Malah, kitorang juga jumpa artikel-artikel ‘macam mana nak menggayakan’ (disini, sini dan sini)

2. Singapura selalu menonjolkan kekuatan tentera mereka

Unit Selam Tentera Laut di Marina Bay

Semasa sedang berlari di Marina Bay Sands, Nevash Nair ternampak Unit Selam Tentera Laut bersiap sedia untuk perarakan. The Straits Times melaporkan yang mereka melakukan spot check di bawah air menjelang acara tu untuk memastikan tiada objek yang mencurigakan.

“Saya rasa salah satu perbezaan terbesar adalah bagaimana Singapura selalu menonjolkan ciri-ciri keselamatan dan mereka perlu bersedia untuk apa-apa. Saya pasti mereka akan mempamerkan kesiap siagaan tentera mereka esok di perarakan.” – Nevash, ketika diinterviu CILISOS

Shajitha juga berkongsi perkara yang sama. Dia menerangkan yang pawagam mereka sentiasa menyiarkan iklan tentang keganasan dengan slogan ‘not if but when’, atau ‘bukan kalau, tapi bila’.

Tambahan lagi kalau korang nak masuk tren, korang boleh dengar pengumuman yang menasihati orang ramai untuk memaklumkan kepada kakitangan keselamatan kalau mereka nampak sesuatu yang mencurigakan atau sesuatu yang ditinggalkan orang awam. Malah ia akan diulang tayang di skrin.
Ada satu kes di mana seorang lelaki ditahan kerana meninggalkan begnya tanpa pengawasan dan polis menghentikan operasi seluruh stesen MRT Hougang atas sebab tu. Kemudian mendapati bahawa ia hanya mengandungi barangan isi rumah, barulah mereka buka balik stesen tu.
Lelaki yang ditahan kerana meninggalkan begnya tanpa pengawasan. Imej dari Straits Times

3. Sejujurnya, rakyat Malaysia lagi gila-gila kalau pasang bendera

Siapa yang menang sekarang ni? Imej dari Wikimedia (kiri) dan The Star

Tapi, ada sorang lagi yang kitorang interview ada percanggahan pendapat. Ada kawan kitorang (rakyat Malaysia juga) kata yang rakyat Singapura ni memang semangat betul bila pasang bendera mereka. Tapi kawan kitorang sorang lagi, Igat dari Sarawak yang bekerja sebagai PR kat sana rasa yang orang Malaysia lagi gila-gila bila pasang Jalur Gemilang. Kawan mereka yang memang rakyat Singapura ni memang sayangkan negara mereka, tapi malu nak tunjuk.

“Sejujurnya, rakyat Malaysia lagi gila-gila bila pasang bendera. Tengok je la ada berapa bendera kat teksi, seluruh apartmen, dan macam-macam lagi. Kita boleh tengok banyak bendera di bangunan, kopitiam, dan e-scooters (di Singapura).

Tapi itu pun mungkin sebab kat Orchard Road. Saya pasti  ia lebih menonjol di pinggir bandar dan kawasan HDB, tetapi saya belum melihatnya lagi. “- Igat kepada CILISOS

Suren Buttas, kawan ketua editor kitorang pulak kata yang Singapura nampaknya lagi gila bila pasang bendera. 

“Saya rasa saya nampak lebih banyak bendera di sini. Mungkin sebab perumahan di sini lebih seragam. HDB tak tinggi seperti kondominium di Malaysia, jadi ia memberikan gambaran lebih banyak bendera yang diletakkan.

Dude, sebenarnya orang-orang di sini adalah lebih semangant tentang Hari Kebangsaan lah. Saya telah melihat beberapa keluarga dihiasi merah dan putih dalam perjalanan saya untuk membeli roti canai dari kedai berdekatan. “- Suren memberitahu CILISOS

4. 2 hingga 3 bulan sebelum hari kemerdekaan, dah ada banyak iklan

Iklan Hari Kebangsaan di surat khabar

Untuk menaikkan mood kemerdekaan, iklan-klan patriotik akan mula muncul. Setiap tahun, akan ada lagu dan logo tema baru. Di Singapura, Shajitha Sinasamy mendapati iklan dan lagu ni keluar agak awal berbanding Malaysia, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan sebelumnya. Shajitha, yang bekerja dalam Pembangunan Perniagaan di Syarikat Pemegang Saham (TSC), berpindah ke Singapura pada bulan Julai 2015.

Malah dia menjumpai beberapa iklan di perhentian bas, beberapa pameran dan sebagainya bagi memperingati perintis, Iklan-iklan akan turut dipaparkan di pawagam dan juga surat khabar, yang mana Shajitha hantarkan kepada kami. Malah, kadang-kadang dia rasa yang rakyat Singapura ada la kena ‘brainwash’ sikit. :P

Kebanyakan perniagaan juga ada berkait dengan patriotisme, macam Giordano yang mempromosikan polo tee Hari Kebangsaan dan sushi khas untuk hari tu, Maki-Kita. Bercakap pasal makanan pulak…

5. Restoran makanan segera semuanya ada hidangan khas bersempena dengan Hari Kebangsaan

Menu Hari Kebangsaan Burger King dan Toast Box di Singapura

Walaupun hanya 7 bulan di Singapura, Reagan Raj, Senior Kreatif dalam pengiklanan pun turut sama terjebak dengan kegilaan makanan Hari Kebangsaan mereka.

“Perkara paling utama yang kita boleh jumpa adalah restoran atau makanan segera yang semuanya mempunyai hidangan khas bersempena dengan Hari Kebangsaan.” – Reagan ketika diinterview CILISOS

Dia bagi kitorang beberapa contoh macam Tok Gong Chilli Crab Toast Sticks dari Toast Box, Ayam Hainan tendergrill dan Burger Rendang Daging dari Burger King dan Nasi Lemak Burger and Cendol McFlurry dari McDonald’s!

Tapi dalam banyak-banyak makanan tu… ada orang bising sebab Nasi Lemak Burger tak ada nasi. Haha! Cuma ada patty ayam yang berperisa kelapa, telur goreng, bawang, timun, dan sambal dalam roti semolina.

“Makanan ni semua ada pada masa yang terhad, iaitu selama sebulan. Tak pasti dengan makanan lain, tapi McDonald’s habis dijual dalam masa seminggu je. “- Reagan

Menu special untuk McD Singapura

 

Nampak sangat orang Singapura geram dengan McD sebab diorang tak letak nasi, jadi diorang balas dendam dengan makan burger nasi lemak tu banyak-banyak; Haaa puas hati!
Kat Malaysia pula, kita takde menu khas untuk Merdeka. Promo ada la, tapi bukan menu khas macam Singapura buat. Biasanya restoran cuma ada makanan special masa Hari Raya dan Tahun Baru Cina, yang membawa kita kepada poin seterusnya…

6. Mereka post gambar sendiri mengibarkan bendera, gambar jet pejuang dan latihan perarakan

Rakyat Singapura yang mempamerkan kebanggaan mereka di media sosial

Beberapa minggu menjelang Hari Kebangsaan Singapura, Reta Lee kata media sosialnya dipenuhi dengan gambar-gambar dan pelbagai post persediaan kawan-kawannya untuk merayakan kemerdekaan negara mereka.

“Mereka post gambar sendiri mengibarkan bendera, gambar jet pejuang yang terbang di udara, berlatih untuk perarakan. Kat sini lebih meriah. Terdapat beberapa cerita yang dikongsi dalam talian mengenai orang dan perjuangan mereka, ada perasaan bangga, dan ia dikenang kembali. “- Reta Lee, Kumpulan Editor , kepada CILISOS

Reta yang berasal dari KL dah tinggal di Singapura selama hampir 3 tahun. Dia perasan yang banyak jalan dan bangunan dihiasi dengan bendera, dan dia sendiri tak tahan dan post juga gambar kat Instagram sendiri.

Wah, ok-ok la.

“Rasanya gambaran yang paling tak dapat dilupakan adalah blok rumah-rumah flat HDB flat dipenuhi dengan bendera yang berbaris – yang menjadikannya nampak sangat cantik untuk dipost ke dalam Instagram”- Reta

Setiap tahun, rakyat Singapura akan menyambut kemerdekaan dengan lagu tema baru. Tahun lepas, lagunya adalah ‘Because it’s Singapore’, dan tahun ni pula adalah We Are Singapore, ulangan klasik 1987 yang mendapat suntikan moden. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, dia juga merasakan perkara yang sama macam kawan-kawannya rakyat Singapura, dan tak sabar untuk sertai perayaan bunga api tu.

Rakyat Singapura memang sangat bangga dengan negara mereka

Tengok je la betapa bangganya mereka. Imej dari owlcove.sg

Kalau kita tengok balik reaksi kawan-kawan kitorang bagitahu pasal macam mana rakyat Singapura sambut kemerdekaan mereka, jelaslah yang rakyat Singapura memang sangat bangga dengan negara mereka.

Untuk memupuk rasa kesetiaan, Singapura lebih fokuskan idea identiti negara, dan bukannya identiti budaya. Keharmonian ni dah dipupuk sejak zaman Lee Kuan Yew, sampai sekarang, di mana ia diteruskan oleh anaknya, Hsien Loong. Tapi nak kata semua rakyatnya patriotik tak juga sebab ada juga yang macam Amos Yee, tak percaya dengan semua benda ni. Korang boleh tengok dekat website Wake Up, Singapore.

Walaupun cuma negara kecil, tapi mereka berjaya dalam pelbagai perkara berbanding semua negara Asia Tenggara. Salah satu negara paling moden di dunia, salah satu terkaya dunia, ekonomi digital yang paling maju, sampaikan diorang boleh recycle air. Apa-apa pun, Singapura ada cara tersendiri untuk sambut kemerdekaan. Rakyat Malaysia pula ada caranya yang tersendiri yang lebih luar biasa. Nak tahu? Jangan lupa baca artikel kami pasal merdeka pada 31 Ogos ni.

SELAMAT HARI MERDEKA, SEMUA! :D