- 17Share sekarang!
- Email2
- Facebook15
- Share
Benda ni mungkin mengejutkan korang, tapi kerajaan secara amnya bijak dalam menggunakan duit cukai kita untuk pelaburan luar negara. Kita ambil Petronas sebagai contoh. Petronas memiliki sebahagian atau sepenuhnya syarikat di berpuluh-puluh buah negara di seluruh dunia, dan nampaknya syarikat-syarikat ni berjaya.
Tapi bukan semua pelaburan akan dapat keuntungan. Untuk pengetahuan korang, kerajaan, melalui proksi, baru saja kerugian RM6.3 bilion di Nepal tahun lepas. Untuk perbandingan, jumlah tu RM3.6 bilion lebih daripada jumlah yang diambil Najib dalam skandal 1MDB.
Semuanya bermula dengan masalah cukai bila Axiata beli Ncell pada 2016
Ni sedikit latar belakang: Axiata Group Berhad adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang pernah suatu masa dimiliki Celcom, dan sekarang diorang adalah pemegang saham utama CelcomDigi. Jika kita lihat dari prestasi kewangan diorang pada lima hingga tujuh tahun yang lepas, semuanya nampak baik.
Perkara yang sama tak boleh dikatakan untuk usaha niaga diorang di Nepal pada tahun 2016. Axiata membeli Ncell, syarikat telekomunikasi terbesar di Nepal daripada TeliaSonera dengan jumlah US$1.37 bilion (lebih kurang RM6.5 bilion). Urusniaga ini, menurut Axiata, mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kedua-dua negara, Nepal dan Malaysia….
…atau tak, sebab lepas sebulan Axiata membeli Ncell, pegawai-pegawai cukai Nepal mendakwa Axiata gagal membayar cukai perolehan modal dari pembelian tersebut walaupun tanggungjawab tu sepatutnya terletak pada TeliaSonera. Benda ni agak pelik, tapi apa yang lebih pelik adalah Axiata turut je dan bayar pendahuluan cukai tu!
The Star menggelar langkah itu sebagai ‘luar biasa’, dengan Nepali Times melaporkan kesangsian perkara ini:
“Transaksi sebesar ini tidak mungkin dilakukan tanpa penglibatan birokrat tertinggi, pengawal selia dan ahli politik,” – Shristi Karki, ‘The Year of Scandals’
Dan kemudian ada masalah macam mana…
Axiata masih beli Ncell walaupun lesen diorang hampir tamat tempoh
Di Nepal, syarikat telekomunikasi dibenarkan beroperasi selama 25 tahun, dan disebabkan Ncell dapat lesen diorang pada 2004 akan tamat tempoh pada 2029. Tambahan pula, mana-mana syarikat telekomunikasi yang dimiliki lebih 50% oleh syarikat asing (Axiata pegang 80% masa ni) perlu diserahkan kembali kepada kerajaan Nepal lepas lesen tu tamat tempoh. Lesen baru boleh dikeluarkan, tapi syarikat kena bayar nilai sendiri pada kerajaan untuk ‘beli’ balik diri sendiri.
Bila Axiata beli Ncell pada 2016, mereka masih ada 13 tahun sebelum lesen itu tamat tempoh. Takdelah teruk sangat, kan?
Teruk jugak sebenarnya, sebab Axiata perlu bayar beberapa bilion lagi pada kerajaan Nepal menjelang tahun 2029 untuk kekalkan pemilikan Ncell. Jadi dah tentu benda ni jadi kebimbangan Axiata. Dan nampaknya macam tu, memandangkan diorang didakwa cuba ‘mempengaruhi’ kerajaan supaya diorang dikecualikan daripada had 25 tahun. Diorang juga nampaknya cuba untuk pindahkan sebahagian saham mereka kepada seorang ‘rakyat Nepal’ yang ‘bukan pemastautin’ untuk pintas undang-undang tersebut, tapi tak berjaya.
Persoalannya dekat sini, kenapa Axiata buat keputusan untuk beli Ncell kalau isu lesen ni jadi kebimbangan besar? Walau macam mana pun semuanya tamat bila….
Axiata jual Ncell pada tahun 2023 dan rugi RM6.3 bilion
Lepas cuba macam-macam cara untuk atasi masalah had lesen 25 tahun tu, Axiata akhirnya jual Ncell pada penghujung 2023. Atas sebab? Meneruskan operasi di bawah keadaan semasa cukai yang tak adil dan ketidaktentuan peraturan, tidak lagi mampan bagi syarikat.
Susah untuk kata tindakan Axiata jual Ncell ni cubaan diorang untuk tampung kerugian sebab diorang hanya dapat jual Ncell dengan harga US$50 juta (lebih kurang RM235 juta), buatkan keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM6.3 bilion.
Kalau korang rasa benda ni tak cukup jatuh ditimpa tangga lagi, diorang sebenarnya kumpul dana untuk beli Ncell dengan keluarkan bon, bermakna diorang pinjam duit dari pelabur. Cuba korang fikir.
Dan sebenarnya ada lagi satu isu kecil bila Axiata jual Ncell kepada Spectrlite UK, yang mana pemilik syarikat tu adalah suami kepada pemilik Sunivera, syarikat yang pegang 20% saham Ncell. Dipendekkan cerita, si suami ada 80% saham Ncell, dan si isteri pegang lagi 20%. Ini, ditambah dengan perkara sebelumnya tentang lesen Ncell yang akan tamat tempoh, menjadikan perjanjian itu nampak mencurigakan.
Tapi kan…
Boleh jadi ke dalam kes ni, Axiata (dan kerajaan kita, secara proksi) cuma tersalah langkah?
Macam yang kami cakap mula-mula tadi, bukan semua pelaburan akan berakhir dengan keuntungan. Kalau kita lihat, dakwaan pengelakan cukai, sogokan dan urusan di bawah meja ni semuanya hanyalah sekadar spekulasi, jadi ada kemungkinan yang pembelian Ncell adalah kesilapan jujur oleh Axiata (dan kerajaan kita, secara tak langsung)
Lagipun pendapatan Axiata meningkat setiap tahun kecuali 2023, di mana diorang rugi RM2 bilion untuk keseluruhan tahun kewangan. Axiata mungkin terpaksa keluar dari Nepal sebelum kerugian diorang bertambah teruk, tambahan pula penganalisis menyatakan penjualan Ncell takdelah teruk walaupun nilainya rendah memandangkan sebahagian kerugian tu dikurangkan oleh keuntungan perjanjian tersebut sepanjang 2016-2023 sebanyak RM2.2 bilion.
Apa pendapat korang? Adakah ada benda lain disebalik pembelian ni atau cumalah kesilapan perancangan perniagaan?
- 17Share sekarang!
- Email2
- Facebook15
- Share