Kalau Suzuki Jimny yang comel tapi rugged tu adalah kereta impian korang, mungkin ada beberapa sebab yang buat korang fikir dua kali sebelum nak beli. Model 3 pintu yang kecil ni harganya sekitar RM160k, taklah teruk sangat, tapi dengan harga tu, korang boleh dapat SUV yang lebih besar dan praktikal. Sebab tu la model baru iCAUR ni mungkin boleh jadi pencabar serius Jimny.

Jadi, apa sebenarnya iCAUR ni? Ianya bukan kumpulan K-pop baru atau kereta keluaran Apple. iCAUR ni sebenarnya jenama EV baru yang tengah mencuri perhatian dekat Shanghai Autoshow 2025, dan dia tengah target pemandu muda yang jenis bebas, lasak dan sukakan gaya hidup aktif.
iCAUR ni hasil kerjasama antara dua nama besar: Chery, pembuat kereta terkenal dari China, dan Smartmi Tech, syarikat yang fokus pada produk teknologi gaya hidup. Dua-dua ni bergabung untuk cipta kereta yang tak sekadar bawa korang dari titik A ke titik B, tapi kereta yang akan buat korang cakap “roadtrip? On je bro.”
Tagline diorang adalah “Born to Play.” Bunyinya buat kitorang bayangkan seorang lelaki metro yang suka hiking, tapi bila kitorang nampak sendiri model-model dia kat Shanghai, terus kitorang faham kenapa.
Jom usha iCAUR V23: SUV bergaya yang buat korang rasa nak masuk hutan
Model pertama iCAUR iaitu V23, feel dia macam sebuah Transformer yang suka panjat bukit waktu hujung minggu sambil layan lagu Arctic Monkeys. Rupa dia chunky, kotak dan berani. Ini langsung bukan kenderaan untuk orang yang nak blend in dengan kereta-kereta lain kat Pavilion.
Tapi jangan tertipu dengan rupa dia. Kereta ni memang dibina untuk dua alam: penggunaan harian dalam bandar, dan jalan jauh hujung minggu. Platform dia serba baru, bukan setakat cantik, tapi juga praktikal.
Sekali tengok dari luar, kitorang terus nak bandingkan dia dengan Suzuki Jimny. Apa taknya, Jimny ada daya tarikan tersendiri: comel tapi tough, macam mini G-Wagon. Ramai suka sebab dia kompak, unik dan boleh bawa masuk off-road. Tapi untuk kegunaan harian, Jimny ni memang diva sikit, dengan 3 pintu je, ruang boot yang sempit dan penggunaan minyak yang agak tinggi untuk sebuah kenderaan kecil.
iCAUR V23 ni pun bawa vibes yang sama, tapi ada 5 pintu, kabin luas, dan ada sentuhan lebih moden. Ianya masih satu lifestyle SUV, tapi dengan skrin besar, dan kemungkinan pemanduan yang lebih smooth dan senyap sebab dia EV.
Dan yang paling best – tak perlu risau minyak.
Elektrik atau hibrid? Pilihan di tangan korang
iCAUR V23 ni datang dalam dua variasi:
- BEV (Battery Electric Vehicle) – 100% elektrik
- REEV (Range-Extended Electric Vehicle) – sejenis hibrid, untuk korang yang masih kurang keyakinan dengan infrastruktur pengecasan di Malaysia
Jadi tak kisah sama ada korang ni memang pencinta EV, atau orang yang panik bila bateri fon jatuh ke 20%, dua-dua ada pilihan.
Daripada reka bentuk luaran sampailah teknologi, iCAUR V23 ni bukan untuk mereka yang nak kereta basic. Dia untuk orang yang nak kereta bergaya dan unik. Kereta ni tak menjerit pasal horsepower, tapi berbisik manja: “Ye, aku pentingkan alam sekitar… tapi tengok dulu touchscreen aku yang padu ni.”
Walaupun spesifikasinya masih belum confirm untuk Malaysia, bedasarkan model global yang dikongsikan di Paultan, ini apa yang kita boleh jangkakan:
Powertrain:
- RWD (motor tunggal): ~134hp, bateri lithium iron phosphate (LFP) 59.93kWh (jarak ~401km), atau bateri nickel manganese cobalt (NMC) 81.76kWh (jarak ~550km)
- AWD (motor berkembar): ~208hp, digabungan dengan bateri nickel manganese cobalt (NMC) 81.76kWh (jarak ~501km)
Pengecasan:
- Fast charging 30% ke 80% dalam bawah 30 minit
Dimensi:
- Saiz: 4,220mm panjang x 1,915mm lebar x 1,845mm tinggi
- Wheelbase: 2,735mm
- Ground clearance: 200mm, sesuai untuk pelbagai jenis jalan
Dalaman & tech:
- Skrin 15.4” 2.5K + chip Snapdragon 8155 + CarPlay
- Ada lane assist, traffic jam assist, auto parking dan sensor canggih lain
Dari segi harga, bolehkan iCAUR V23 potong Jimny?
Di China, harga kereta ni bermula dari RMB109,800 (~RM65k), dan model lagi power pula berharga RMB149,800 (~RM90k).
Bila masuk Malaysia dan tambah semua cukai import, andainya iCAUR V23 ni boleh bagi harga sama ataupun lebih murah dari Jimny, memang boleh buat gegar. Bukan saja boleh bertanding dari rupa, malah korang akan dapat sebuah EV, dan tak payah isi minyak langsung.
Jadi, bila dia nak masuk Malaysia? Soalan yang bagus. iCAUR tengah pelan nak masuk lebih 100 negara dalam masa 3 tahun, dengan 2,000 pusat jualan dan servis. Dan Malaysia termasuk dalam plan tu!
Lepas pelancaran global dia kat Shanghai Motor Show 2025, sekarang iCAUR sah akan rasmi dilancarkan di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 pada Mei akan datang.
Korang boleh tengok preview penuh lineup EV dia, jumpa team iCAUR Malaysia, dan juga saksikan majlis tandatangan pengedar rasmi pertama. Memang pelancaran betul-betul ni, bukan acah-acah.
Jadi, camne? Bagitahu kitorang, adakah korang sanggup trade in SUV lama korang yang kuat makan minyak tu untuk kereta elektrik yang nampak comel dun rugged ni?