- 917Share sekarang!
- Email6
- Facebook911
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 membuka banyak rahsia skandal yang dah jadi kat negara ni. Paling mendapat perhatian – isu 1MDB! Kes ni siap dibukukan lagi dalam buku The Sarawak Report dan Billion Dollar Whale. Kalau difikir-fikirkan, macam banyak je skandal-skandal yang ada kat Malaysia ni. Hari tu, kembar kitaorang, CILISOS ada cover cerita tentang skandal Port Klang.
Kali ni kitaorang nak cerita pasal skandal Maika Holdings – syarikat yang ada kaitan dengan MIC (Malaysian Indian Congress). Kitaorang yakin kebanyakan orang tak tahu apa-apa pasal skandal ni menyebabkan benda ni berlaku hampir 30 tahun lepas. Tapi sejak akhir-akhir ni ada pihak yang mintak kes ni disiasat semula. Nampaknya, kerajaan baru kita pun nak siasat benda ni.
Tapi skandal Maika ni macam mana eh? Adakah diorang libatkan Putera Arab Saudi? Meh kitaorang cerita…
Sebelum tu, apakah benda Maika Holdings ni?
Syarikat ni adalah syarikat pelaburan, khususnya untuk Indian Makkal. Makkal tu maksudnya rakyat. Terutamanya untuk masyarakat India yang kurang bernasib baik. Syarikat ni sepatutnya bantu masyarakat India untuk keluar dari kemiskinan. Kitaorang tak dapat jumpa website syarikat ni – mengikut Bloomberg, syarikat Maika ni terlibat dengan macam-macam servis; pembinaan, komunikasi data satelit, barangan berkaitan ICT, insurans dan pengurusan kewangan.
Dalam satu artikel kat MalaysiaKini – syarikat Maika ni sepatutnya bebaskan kaum India daripada kemiskinan dan berikan diorang masa hadapan yang lebih cerah. Kebanyakan orang yang melabur kat syarikat ni adalah penyokong kuat MIC dan masyarakat India kelas pekerja yang nak kecapi kejayaan bersama gitu. Siapa tak nak hidup senang dengan melaburkan?
Syarikat ni mintak pelabur untuk laburkan semua wang dan aset yang diorang ada ke syarikat ni. Pelabur pun mulalah jual macam-macam; barang kemas, lembu, aset dan ada pelabur yang siap buat pinjaman! Apasal diorang sanggup melabur gila-gila kat company ni? Sebab diorang yakin syarikat ni akan bawa keuntungan yang besar.
Punyalah tinggi kepercayaan orang kat company ni sampai diorang dapat 66,400 pemegang saham, Maika ni berjaya kumpul RM106 juta pada tahun 1984! Masa tu, dengan RM10 dah boleh bagi troli penuh. Cuba teka siapa pemegang saham terbesarnya? Tun Samy Vellu, Presiden MIC sekarang. Dia pegang saham bernilai hampir 2.8 juta ringgit.
Masa tu Maika kira syarikat yang paling banyak simpanan kewangan. Kalau diorang uruskan duit tu baik-baik, diorang dah boleh jadi syarikat yang ada berbillion ringgit dah sekarang.
Asalnya nak beli 10 juta unit saham Telekom, tapi end up beli sejuta je…
Salah satu isu yang buat orang ambik perhatian kat syarikat Maika ni – bila diorang dikatakan nak beli saham dari Telekom. Syarikat Telekom mesti korang tahukan syarikat apakan? Pada tahun 1990 – Telekom tawarkan syarikat Maika untuk beli saham diorang. Ramai yang fikir syarikat Maika beli 10 juta unit saham Telekom seperti yang diorang janjikan – tapi nampaknya diorang cuma beli sejuta unit saham je…
Kalau ikut artikel kat MalaysiaKini – Samy Vellu kata masalah cash flow syarikat Maika yang sebab diorang beli saham Telekom dengan jumlah yang kecil. Katanya Samy Vellu jugak dinasihatkan supaya Maika tak beli 10 juta unit saham Telekom ni. Dia dinasihatkan untuk bagi-bagi saham jugak dengan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan MIC.
Contohnya, SB Management Services Sdn Bhd, Advanced Personal Computers Sdn Bhd dan Clearway Sdn Bhd. Semua syarikat ni di bawah Samy Vellu!
“Saya boleh memberikan semua saham tersebut kepada Maika Holdings jika tidak kerana rekod perniagaan mereka yang lalu. Mereka tidak berhak mendapat 10 juta unit saham kerana prestasi buruk pengurusan Maika,” – Samy Vellu, dipetik dari MalaysiaKini
Pada tahun 2004 hari tu – Ketua Angkatan Muda Keadilan masa tu (Faisal Sanusi) ada buat report polis tentang penglibatan Samy Vellu dengan skandal ni. Ada surat dari tahun 1994 yang dedahkan Samy Vellu “hijack” pembelian saham Telekom yang dilakukan oleh Maika. Surat tu pulak ditulis oleh V. Subramaniam, orang penting MIC masa tu.
Setakat ni takde apa-apa lagi tindakan yang diambil oleh SPRM. Tapi sekarang ni dah makin banyak orang kena bicarakan – so tak lama lagi kot. Ada seorang wartawan ni, nama dia Susan Loone – katanya salinan bank Samy Vellu dari Mac hingga Mei 1992 tunjukkan banyak duit masuk. Tapi dia jugak ada sebut yang salinan maklumat akaun bank tu masih belum dapat disahkan.
“Dokumen-dokumen itu memperlihatkan dia mempunyai aset yang jauh melebihi apa yang seorang menteri mampu dapatkan,” – Faisal Sanusi, Indian-Malaysia Online
Dalam artikel kat MalaysiaKini ada sebut – dengan semua duit yang banyak gila babi tu, geng-geng MIC ni beli syarikat yang power. Tapi diorang sebabkan kebanyakan syarikat tu hancur sebab lantik member-member diorang jadi pegawai syarikat. Artikel tu ada sebut jugak – diorang gunakan keuntungan syarikat untuk adakan parti, bukan parti politik eh, parti suka-suka.
Masa Anual Grand Meeting (AGM) 2007 diorang, syarikat Maika ni dikatakan rugi RM9.03 juta. Diorang siap ada hutang dengan DanaHarta dan CIMB lagi…aiyoyoyo…
Diorang ada cara untuk pastikan orang tak bercakap pasal benda ini…
Financetwitter kata diorang sengaja adakan AGM syarikat (2007) masa hari Merdeka kat Sime Darby Convention Centre di Mont Kiara sebab dia jauh dari kawasan kampung. Ingat tak siapa pemilik saham Maika? Orang-orang kampung. So, diorang buat kat sana supaya orang-orang kampung ni susah nak turun AGM.
Selalunya AGM diorang akan libatkan pergaduhan di antara dua belah pihak. Diorang siap serang orang-orang yang tak melawan. Ada sumber siap kata – siapa-siapa je yang tanya pasal Maika akan diugut oleh gangster upahan. Seram gila, AGM siap ada gangster!
Ada satu cerita ni – pemegang saham Maika tanya Samy Vellu nak tanya kedudukan Maika kat meeting MIC. Samy Vellu ni pun cakaplah dia akan jawab lepas makan tengahari. Masa orang lain tengah lepak makan – ada gangster pergi jumpa mamat yang tanya soalan tadi. Gangster tu kata, kalau mamat tu nak selamat, dia kena pulang sebelum meeting tu disambung.
Bila meeting tu diteruskan, Samy Vellu pun tanyalah – mana mamat yang tanya soalan tadi? Dia nak tanya apa? Dah kena ugut, dah sah-sahlah mamat ni blaa awal-awal. So, takde siapa yang tanya soalan pasal tu.
“Sesetengah lelaki berkelakuan seperti samseng, menyeret orang keluar. Ini sama sekali tidak menggambarkan mesyuarat pemegang saham, “- kata G. Rajasingam, seorang peguam, dipetik dari Financetwitter
Bukan setakat tu je, banyak lagi benda-benda pelik yang berlaku masa meeting ni. Antaranya;
- Pemegang Saham Dr A. Letchumanan berkata bahawa dia telah dipukul dan dibuang keluar dari mesyuarat.
- R. Rajannan yang menganggotai Koperasi Nesa Pelbagai Berhad, yang memegang 625,000 saham di Maika mendakwa dilempar serbuk kari!
- Seorang lelaki tua mengalami pendarahan selepas dipukul dalam mesyuarat.
- Pada tahun 1992, S. Sivalingam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Cahaya, mengetuai perhimpunan aman (protes) terhadap pemegang saham Maika untuk memprotes skandal yang berlaku.
- Pada tahun 2006, S. Krishnasamy, yang masa tu merupakan ADUN MIC Johor, memukul M. Kulasegaran di AGM Maika. Walaupun Kula melaporkan kepada pihak polis, Krishnasamy tak dikenakan apa-apa tindakan.
Hasrat untuk bantu orang India nampaknya tak tercapai lagi…
Nampaknya Samy Vellu memang pegang MIC kaw-kaw. Dia dah jadi Presiden MIC selama 31 tahun. Dari Tun Mahathir jadi Perdana Menteri ke-4 sampailah dia jadi Perdana Menteri ke-6 semula. Legend gila.
“Pada masa saya berada di kerajaan, saya hanya melihat seorang pemimpin. Tiada perubahan. Dan apabila dia ada di sana, anda tidak boleh mengubahnya. Dan apa yang dia lakukan, dia mendapat sokongan pengikutnya. Jika tidak, tentu dia tidak akan berada di sana,” – kata Dr M tanpa menyebut sebarang nama walaupun agak jelas dia merujuk kepada Samy Vellu.
Nampaknya syarikat ni tak dapat lagi capai matlamat utama diorang untuk bantu golongan miskin kaum India. Mujurlah ada tauke besar macam G. Gnanalingam dan S. Kunasingam yang cuba bantu pemegang saham Maika ni. Mengikut laporan The Edge – syarikat tauke besar ni ambik alih Maika. Diorang setuju untuk bayar hutang-hutang Maika dan pulangkan pelaburan para pemegang saham.
Kitaorang harap – kes-kes macam ni tak akan berulang. Orang Malaysia ni kalau main isu bangsa, senang bebeno kena kencing. So, hati-hati di jalan raya dan hati-hati kalau korang nak melabur.
- 917Share sekarang!
- Email6
- Facebook911
- Share