Macam mana badan boleh ‘masuk angin’? Ni penjelasan mudah

Kalau korang umur dah masuk 3 series, mesti ada dalam kalangan korang atau kawan korang yang makan dah kena berpantang. Pulut tak boleh makan, nangka kena elak, teh dah sejuk takleh minum, kalau tak masuk angin.

Masa makan sedap, tapi menderitanya nanti tuhan je yang tahu. Bukan setakat rasa tak selesa sebab kembung dan pedih ulu hati, kadang-kadang kalau berpanjangan sampai sakit belakang dan lenguh-lenguh dibuatnya.

Kenapa boleh jadi camni? Memang ada angin dalam perut tapi tak nak keluar, ke benda lain sebenarnya? Dan kenapa kalau pantang makan pun kadang-kadang boleh masuk angin juga?

Untuk merungkai misteri ni, kami dengan sokongan rakan kami dari Tolak Angin, telah berbual santai dengan seorang ahli farmasi berpengalaman lebih 15 tahun, Cik Poh Yen. Jadi, apakah penjelasan moden di sebalik istilah “angin” yang sering bermain di bibir masyarakat kita?

tolak angin
Betul ke boleh “tolak” angin dari badan? Kitorang borak dengan seorang ahli farmasi bebas tentang konsep ni dari segi perubatan.

Angin bukan sekadar kiasan, tapi memang betul-betul ada dalam badan!

Korang jangan ingat “angin” ni fenomena orang Melayu atau Indonesia je. Menurut Poh Yen, bangsa lain pun ada istilah masing-masing tau untuk fenomena ni.

Sama ada disebut sebagai wind, Qi (气), ataupun vata, istilah angin ni memang wujud dalam pelbagai kelompok masyarakat kat Malaysia. Jadi, apa pula “angin” ni kalau kita tengok dari kaca mata perubatan moden?

Konsep ni pun wujud dalam perubatan tradisional Cina (TCM) dan juga Ayurveda. Gambar dari Tallahassee Chinese Medicine

Menurut Poh Yen, bila orang mengadu pasal angin, mereka biasanya tengah menceritakan tentang ketidakselesaan pada bahagian perut. Simptom dia memang sebiji macam yang kita rasa: perut senak dan memulas, loya, asyik nak sendawa, rasa kembung (bloating), dan kerap terkentut. Pendek kata, memang rasa “bergas” satu badan!

Jadi, dari mana datangnya gas ni?

Sebenarnya, angin atau gas yang terkumpul dalam perut ni biasanya berpunca daripada masalah penghadaman seperti ketidakcernaan (indigestion) atau gastrik (gastritis). Secara ringkasnya, bila sistem penghadaman kita tak dapat nak proses makanan dengan lancar, gas akan mula terbina dalam sistem penghadaman. Itulah yang buatkan kita rasa senak sampai ke ulu hati.

Tahu tak dalam sistem penghadaman kita, ada lebih kurang 2kg bakteria yang tugas dia adalah tolong kita hadam makanan. Proses ni pun boleh menghasilkan gas dalam badan. Gambar dari Sova Health

Untuk tahu punca sebenar gastrik yang teruk atau berpanjangan, korang disarankan untuk jumpa doktor. Tapi secara amnya, memang ada beberapa tabiat yang buatkan angin ni makin mengganas:

  • Makanan Susah Hadam & Berlebihan Serat: Contohnya macam pulut atau kacang-kacang (lentils). Makanan macam ni ambil masa lama nak hancur, jadi ia akan melalui proses fermentasi dalam sistem penghadaman dan membebaskan gas yang banyak.
  • Iritasi Perut: Makanan pedas, berasid, berkafein (kopi/teh), atau alkohol boleh buatkan dinding perut korang rasa “pedih” dan teriritasi.
  • Skip Makan: Inilah puncanya radang perut dan gas terkumpul. Mungkin sebab tu lah orang tua-tua selalu pesan, “Jangan skip makan, nanti perut masuk angin.” 

Untuk legakan kembung dan senak ni, penawar tradisional mahupun moden mungkin disyorkan berdasarkan simptom korang.

Secara tradisional, halia memang sangat disyorkan sebab sifatnya yang memanaskan, menenangkan perut, dan membantu melancarkan proses penghadaman supaya gas yang terperangkap tu boleh keluar. 

Halia juga antara bahan utama dalam Tolak Angin.

Dari sudut moden pula, antasid mungkin disyorkan untuk gastrik, manakala enzim penghadaman mungkin disyorkan untuk ketidakcernaan untuk bantu legakan rasa pedih dan kembung tu dengan cepat.

Tapi ingat, kalau masalah angin ni jenis yang sekejap ada sekejap tak ada (contohnya lepas makan ayam gepuk ekstra pedas), rawatan untuk melegakan simptom mungkin dah cukup. Tapi kalau dah kronik, asyik kena je sampai berminggu-minggu, tolonglah jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut!

Kalau nak kelegaan segera untuk angin, Tolak Angin kan ada!

Bila perut dah mula rasa senak dan gas pula asyik menendang, mood nak buat kerja terus boleh hilang sekelip mata. Rasa macam nak meringkuk atas katil je sepanjang hari!

Kalau dulu, orang tua-tua kita gigih rebus halia atau kena pergi berurut setiap kali angin menyerang. Tapi sekarang, semuanya dah mudah dengan adanya Tolak Angin. Bagi yang belum tahu, produk ni merupakan campuran herba semula jadi yang menggabungkan kebaikan halia, daun pudina, cengkih, dan madu dalam satu pek sachet yang mudah dibawa. Hasilnya, ia memberikan kelegaan yang lembut tapi cukup berkesan untuk masalah loya, perut kembung, dan sakit perut.

Boleh campur dengan air suam atau minum begitu saja.

Kalau dulu, produk keluaran Sido Muncul ni adalah antara “ole-oleh” paling laku keras yang orang diborong setiap kali ke Indonesia, tapi sekarang korang dah tak payah nak kirim-kirim lagi. Ia kini mudah didapati di kebanyakan pasar raya, farmasi, dan juga platform online di seluruh Malaysia!

Sekarang pergi je farmasi besar-besar mesti jumpa.

Jadi, lepas ni kalau kawan atau ahli keluarga mula mengadu pasal angin, standby je siap-siap Tolak Angin sebagai penawar moden dengan resipi tradisi. Rasa herbanya yang segar tu automatik akan buatkan badan korang rasa lebih lega dan ringan semula!


Info bonus: Mitos-mitos lain tentang angin

Panjang bebenor dah artikel ni kan? Tapi, kitorang ada beberapa lagi fakta menarik yang tak muat nak sumbat kat atas tadi. Memandangkan korang dah baca sampai sini, nah info ekstra pasal misteri ni:

Kenapa orang sendawa bila diurut?

Pernah terfikir tak kenapa bila tukang urut tekan je badan, terus keluar bunyi “werkkk”? Menurut Poh Yen, urutan sebenarnya boleh membantu badan kita jadi lebih relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman pun turut ‘bertenang’. Inilah yang memudahkan gas yang terperangkap dalam sistem penghadaman tu keluar, tak kiralah ikut pintu depan (sendawa) atau pintu belakang (kentut). Tapi kalau korang tanya kenapa tukang urut tu pun ikut sendawa sekali… haa, yang itu Cik Poh Yen pun garu kepala nak jawab!

“Angin” dalam otot & mandi malam

Kadang-kadang, orang kita sebut “angin” untuk gambarkan rasa seram sejuk atau menggigil kat otot (chills). Walaupun biasanya itu tanda nak demam selesema, tapi ‘chills’ ni juga boleh berpunca daripada ketegangan otot yang mendadak. Salah satu punca ketegangan otot ialah perubahan suhu mendadak yang boleh jadi bila kita mandi air sejuk waktu malam! Jadi, rupa-rupanya ada sebab saintifik kenapa mak ayah kita bising kalau kita mandi malam. Tapi kalau terpaksa juga mandi, jangan risau – gunalah air suam dan pastikan keringkan rambut betul-betul supaya tak “masuk air.”