- 467Share sekarang!
- Email15
- Facebook452
- Share
*Artikel ni pada asalnya disiarkan pada 8 November 2017*
Pagi ni, kawan kami daripada Cilisos ada hantar satu gambar yang agak mengejutkan kami.
Siapa yang tak kenal P. Ramlee? Allahyarham dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, dan digelar sebagai “Seniman Agung Negara” kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara dengan filem-filem lakonannya seperti Laksamana Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok, Musang Berjanggut, dan banyak lagi filem lain. Tu tak termasuk lagi dalam bidang nyanyian.
Macam yang korang boleh tengok, lagu-lagu P. Ramlee yang dah berusia berpuluh-puluh tahun ni sudah pun dilabel ‘explicit’ dalam Spotify, iaitu salah satu medium perkhidmatan muzik digital yang bagi akses kepada berjuta-juta lagu kepada penggunanya.
Apa benda explicit content tu?
Seperti yang kita tahu, logo ‘explicit’ atau ‘parental advisory’ akan digunakan untuk menandakan lirik atau kandungan sesebuah lagu atau video muzik tu mengandungi satu atau beberapa kriteria yang boleh dianggap menyinggung perasaan, ataupun tak sesuai untuk kanak-kanak.
Contohnya bila sesebuah lagu atau muzik video tu mengandungi:
- Bahasa yang kesat atau lucah
- Imej atau gambaran yang menunjukkan keganasan, fizikal, penderaan mental
- Gambaran kepada tingkah laku seksual
- Mengandungi unsur-unsur rasis, homophobic (prejudis terhadap golongan seks sejenis), misogynistic (prejudis terhadap perempuan), ada bahasa atau tingkah laku lain yang boleh dianggap bersifat diskriminasi
- Mempunyai perlakuan bahaya dan mengundang serta menggalakkan orang awam untuk mengikuti dan meniru perlakuan jenayah
Tapi Spotify ni ada lagu je, mana ada video muzik macam YouTube. Jadi adakah lagu-lagu P. Ramlee yang dilabel sebagai explicit tu takde kena mengena dengan muzik video, tapi lebih kepada bait-bait lagu tu. Jadi ada ke lirik yang lucah atau ganas dalam lagu P. Ramlee?
Lirik yang tak sesuai didengar kanak-kanak?
Bila kami dengar balik lagu-lagu P.Ramlee yang explicit ni kat Spotify, kami rasa kami dah jumpa sebab kenapa. Antaranya dalam lirik Tunggu Sekejap,
Tapi kalau korang dengar cover version daripada band Hujan, lirik dia sama juga, tapi kenapa tak kena label explicit juga?
Dan juga lagu Malam Ku Bermimpi
Juga lirik lagu Malam Bulan Dipagar Bintang
Tapi part lagu Dendang Perantau tu, kami tak jumpa la pulak part mana yang explicit sangat tu. Macam-macam hal.
Kami masih menunggu jawapan pihak berkaitan
Untuk mendapatkan jawapan yang lebih meyakinkan, kami dah try tanya Universal Music Malaysia sebab diorang adalah record label bagi lagu-lagu P. Ramlee. Kitorang juga dah try tanya Spotify sendiri untuk mengesahkan perkara ni, nak tahu juga part mana yang explicit sangat tu.
Bila kami search lagi pasal perkara ni, baru kami tahu yang rupa-rupanya, perkara ni bukanlah benda baru. Sebenarnya dah ada orang report pun pasal explicit content untuk lagu P.Ramlee ni sejak tahun lepas lagi, dan katanya diorang sendiri pun masih tak dapat jawapan daripada mana-mana pihak yang diorang ditanya.
Jadi, kita tunggu je la kalau pihak Spotify atau Universal Music Malaysia atau mana-mana pihak berkaitan boleh bagi jawapan!
Walaupun dah lama meninggalkan kita, karya seninya relevan sepanjang masa
Walaupun kita ada ramai artis di Malaysia, tapi setakat ni takde siapa pun yang mampu menandingi kehebatan P. Ramlee. Dia bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian, malah dia juga hebat dalam penulisan lirik, lakonan, penulisan skrip lakonan, pengarah, dan pelbagai lagi yang melayakkan dia mendapat anugerah yang tak pernah wujud di dunia sebelum tu, iaitu anugerah “THE MOST VERSATILE TALENT” di Tokyo.
Mana taknya, karya-karya P. Ramlee ni memang evergreen, tak lapuk dek zaman langsung. Walaupun dah berulang kali diulang tayang, mesti ada saja benda kelakar yang membuatkan kita tak kering gusi. Lagu-lagu ciptaan dia pun, sampai sekarang pun masih syahdu tak kisahlah daripada lagu Tunggu Sekejap, tak pun Dendang Perantau masa nak balik raya.
Jadi bagi korang yang tak kisah pasal lagu P. Ramlee yang kena label ‘explicit’, ulanglah lagu tu sampai 7 hari 7 malam pun takpe. Semoga karya agung dia akan kekal sepanjang zaman!
_______________________________________________________
Tak lama lepas artikel ni ditulis, pada 21 Nov 2017, kitorang akhirnya berjaya dapat jawapan daripada kawan kitorang kat Universal Music. Rupa-rupanya, ada kesalahan teknikal yang berlaku masa diorang upload lagu-lagu P. Ramlee ni kat Spotify!
Berita baiknya, diorang dah memperbetulkan keadaan dan lagu-lagu artis legend ni dah clear daripada explicit. Cayaaalaaahhh!
- 467Share sekarang!
- Email15
- Facebook452
- Share