Bangunan ni dibina dengan skala tertentu supaya… dapat menempatkan beberapa ‘makhluk’ di dalamnya?

Siapalah tak kenal mainan LEGO yang boleh direka menggunakan blok tu? Tak kisahlah korang dari keluarga berada atau tak, confirm tahu punya. Punyalah rindu nak main LEGO, baru-baru ni kitorang cuba menghidupkan semula nostalgia lama tu dengan bercuti di LEGOLAND Malaysia!

Kitorang sempat acah-acah power

Sebelum ni selalu buat replika kecik-kecik je, tapi kat sini, diorang punya kehebatan membina  replika guna LEGO ni buat kitorang kagum, memang jaw dropping habis. Kitorang juga sempat la jalan-jalan ke seluruh taman di LEGOLAND Malaysia yang terdiri daripada lapan buah taman, dan sebuah lagi taman tema air.

Dalam banyak-banyak seni bina yang ada, mata kitorang tertumpu pada sebuah miniatur yang sumpah tinggi, besar, dan sangat gah, iaitu… Menara Berkembar Petronas, KLCC yang semestinya diperbuat dari LEGO.

Nampak masa yang ditunjukkan kat KLCC LEGO tu? Kalau korang terbalikkan gambar ni, korang akan nampak L.E.G.O. P/S: Recommended diterbalikkan guna phone je, bukan komputer rumah korang :P

Bangunan KLCC daripada LEGO ni saiznya bukan biasa-biasa, tau! Dengan ketinggian lebih 10 meter

Ia adalah struktur LEGO tertinggi di LEGOLAND Malaysia!

Dibina dengan lebih 785,436 bongkah LEGO, korang kira sendiri la berapa buah kotak LEGO Classic yang ada 890 biji sekotak digunakan untuk buat sebuah miniatur ni.

*Pura-pura kira sebelum orang lain sebut jawapan dulu* Gif dari prismcasino.com

Kalau KLCC sebenar berketinggian lebih dari 451 meter, miniatur KLCC dari LEGO pula menggunakan skala 1:45, yang mana masih besar walaupun namanya miniatur. Ia kemudiannya disesuaikan pula dengan bangunan lain yang berada disekitarnya, terutama sekali set aksesori dan perhiasan dalam skala 1:20 (kereta, bas, orang dan lain-lain).

OKlah, kalau tak nampak lagi besar mana sebenarnya… kitorang ada buat kira-kira untuk korang:

Kalau tinggi Henry Golding adalah 1.86 meter, kita perlukan 5 dan 1/2 Henry Golding untuk sampai sama  tinggi dengan miniatur KLCC di LEGOLAND! Boleh bayang, besar dan tinggi mana? Imej dari cosmopolitan.com & pngimage.net

Kalau dulu korang selalu buli adik-beradik korang dengan hancurkan LEGO yang diorang dah bina, korang jangan berangan la boleh buat benda yang sama kat LEGOLAND, ok? Sebabnya, LEGO yang dibina ni dah diskru ke tanah, dan digam supaya ia lebih kukuh, bagi menghalang struktur ni tumbang, terutamanya dalam jangka masa panjang. Yelah, sayang je kalau dah buat tinggi-tinggi tapi tapak tak stabil.

“Kalau kita tengok pula pada susun atur atau lay out yang diberikan, setiap bangunan ditempatkan dan dibina bermula dengan bangunan asas atau menara yang paling besar dan kemudiannya disusun dengan satu sama lain.” – Kurt Stocks, Pengurus Besar, LEGOLAND Malaysia Resort

Kenapa, tak percaya? Imej dari kwestiaczasu.pl

Oh, macam mana pula dengan warna?

Take Our Poll

Dan warna-warna yang digunakan pula semuanya adalah… sembilan warna! Selain putih, hitam dan kelabu yang korang boleh nampak tu, antara warna lain adalah nougat, lutsinar, dark stone grey, dan beberapa lagi yang korang pun tak mungkin perasan sebab:

Walaupun kita ada sepasang mata, tapi jarang sebenarnya yang boleh tengok semua warna secara tepat. Imej dari flickr Cecil Lee

Korang mesti terfikir, macam mana LEGO ni boleh bertahan dengan cuaca kat Malaysia yang cuacanya tak menentu ni, kan? Sebenarnya, struktur KLCC dari LEGO dah pun dicat dengan menggunakan perlindungan UV khas. (Ingat kulit korang je ke yang nak kena jaga?)

“Kami menyalut miniatur ni dengan menggunakan bahan salutan khas UV untuk menjadikannya kalis cuaca. Tapi sebelum kami salut dengan bahan khas itu, kami perlu membersihkan model dari habuk dengan pembersih plastik dan membiarkannya kering sekurang-kurangnya 1 hari.

Selepas itu barulah kami mula menyalutnya dengan bahan salutan khas & membiarkannya kering selama sekurang-kurangnya 3 hari. Proses ni mengambil masa kira-kira 3 minggu untuk memastikan model sepenuhnya kering dengan 3 salutan UV keatasnya.” – Kurt Stocks, Pengurus Besar, LEGOLAND Malaysia Resort

Wah, bukan biasa-biasa diorang jaga! Dan in case korang tertanya-tanya, berapa lama sebenarnya proses pembinaan ni berlaku… Bak kata pepatah mat saleh,“Roman wasn’t build in a day”, begitu juga KLCC (dan miniatur dari LEGO), sebab…

Wah, pembina ambik masa lebih kurang TIGA tahun kot untuk siapkan struktur LEGO KLCC ni!

Kalau korang nak tahu, model KLCC ni adalah idea Eric Hunter, LEGOLAND Master Model Builder yang didatangkan khas dari California. Malah dia jugalah yang mereka set KLCC ni.

Eric Hunter, LEGOLAND Master Model Builder. Imej dari flickr

Walaupun LEGOLAND Malaysia dibuka pada September 2012, tapi idea pembinaan struktur KLCC ni dah bermula 4 tahun sebelumnya lagi, iaitu pada tahun 2008 lagi di mana pasukan penyelidikan pada mulanya pergi ke lokasi untuk kaji selidik. Dari situ, setiap bahagian bangunan dihasilkan, sebelum diserahkan kepada designer untuk memulakan reka bentuk.

Pereka set KLCC ni kata boleh makan masa sampai tiga tahun kalau sesiapa cuba untuk siapkan struktur yang sama ni. Sebabnya diorang dengan tenaga kerja seramai 32 orang pembina model LEGO, 4 orang juruteknik LEGO untuk pencahayaan, proses pendawaian & kerja-kerja keluli serta 3 orang UV Coaters (tukang salut UV) untuk membuatkan model bangunan ni kalis cuaca, pembinaan mini KLCC ni berjaya disiapkan dalam jangka masa 6116 jam, iaitu lebih kurang 3 tahun lebih kalau ikutkan waktu bekerja pejabat.

Pasukan yang membina KLCC LEGO. Imej dari Miri City Sharing

Masa ni la bermulanya proses di mana pereka akan membina prototaip dan hanya membina untuk membayangkan keseluruhan bangunan – mungkin sesetengah sudut kecil, dan mungkin juga keseluruhan tingkat.

Untuk tingkat bawah pula, diorang kena sesuaikan dengan skala yang dah ditetapkan tadi  untuk memastikan Minilanders dapat dimasukkan ke dalam bangunan tu.

Lepas tu, pencahayaan dan akses panel kemudiannya akan ditentukan untuk pelbagai bahagian bangunan. Bila dah siap semuanya, satu workfiles (LEGO Brick Builder dan LEGO Digital Designer) dicipta untuk memberikan semua maklumat lain yang takde dalam prototaip tu, dan lepas tu barulah ia akan dihantar kepada pembina model untuk memulakan pembinaan.

Bagi korang yang tak tahu, Minilanders ni adalah watak dalam LEGO Movie. Imej dari gifer

Pembina ni bukan je bertanggungjawab membina model LEGO di LEGOLAND Malaysia, tapi…

Rakyat Malaysia ni juga dah menyumbang tenaga di LEGOLAND Dubai, Jepun dan juga Amerika!  

Selain dari pasukan yang membina struktur KLCC, Malaysia sebenarnya mempunyai studio, Merlin Magic Making Studios (MMM), menempatkan lebih daripada 60 pembina model LEGO tempatan yang terlatih (ya, 60 orang Emmet…atau Ahmad? dari Asia).

Emmet, watak utama dalam filem The LEGO® Movie. Imej dari YouTube

Dan macam mana Melaka satu masa dulu pernah jadi hab perdagangan serantau, studio di Johor ni pula adalah hub untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi model LEGO di Asia. Studio yang mula beroperasi sejak Januari 2009 menempatkan 6 orang perintis yang dilatih di LEGOLAND California selama dua bulan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk membina model menggunakan LEGO! Di samping itu, terdapat hanya 13 pasukan Merlin Magic di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Tapi, bukan ke LEGO ni permainan kanak-kanak je? SIAPA KATAAAA?

Kalau korang tengok dengan teliti butiran struktur LEGO ni, barulah korang faham kenapa pembina-pembina ni memerlukan latihan.

Bila kitorang zoom, memang DETAIL GILAAAA!

“Apa yang kita lakukan di sini sebenarnya membawa sesuatu dari dunia nyata dan mengubahnya menjadi LEGO dan ia memerlukan banyak pengalaman dan kemahiran kerana kita juga perlu tahu jenis bangunan apa yang boleh kita bina, jenis bangunan apa yang orang ramai nak tengok. “- Tim Burnell, Pengarah Pengeluaran MMM kepada Front Desk.

Malah, Kurt Stocks sekali lagi berkongsi dengan kitorang lagi macam mana proses pembinaan struktur ni merangkumi kaji selidik lokasi, komputer rendering, pembinaan model dan pasca-produksi. Semua benda ni dilakukan untuk memastikan reka bentuk dan aspek struktur LEGO tepat dengan struktur sebenar.

Sebab tu la kot kenapa pembina ni memerlukan lebih daripada 785,436 biji LEGO untuk membina struktur KLCC. Dan kesemua pembina dari MMM Studio ni menggunakan lebih daripada 900 JUTA kombinasi yang berbeza untuk membina pelbagai struktur bangunan LEGO.

“Tugas kami tak pernah membosankan, kami macam sedang bermain permainan tapi perlu teliti dan tepat apabila menyusun LEGO” – Siti Fatimah Ibrahim, salah seorang perintis di MMM Studio, kepada The Star.

“Kita berjaya jadikan rap LEGO sebagai kerjaya”. Imej dari The Star

Siti Fatimah juga nampaknya dah membina lebih daripada 500 bangunan kecil dari LEGO bersama dengan pembina model lain. Bukan tu je, pembina ni juga dapat mempamerkan karya diorang ke seluruh dunia termasuklah di LEGOLAND Dubai, Jepun, Jerman dan Florida, AS.

Jadi nampaknya…

Korang jangan lepaskan peluang untuk melihat karya diorang. Malah, boleh cuba bina sendiri! 

Bersempena dengan musim Krismas ni, LEGOLAND sekarang tengah buat promosi Brick-Tacular Holiday di mana ada aktiviti lain macam Igloo Winter Wonderland, dan juga ada persembahan penyalaan pokok LEGO Duplo Christmas Tree, yang dibina menggunakan 427,695 bongkah LEGO disamping beberapa aktiviti lain.

LEGO Duplo Christmas Tree (kiri), Igloo (atas) dan Advent Calendar Draw (bawah).

Dalam masa yang sama, korang juga bolehlah sertai Advent Calendar Draw, (atau cabutan bertuah) yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Masa kitorang kat sana, ada sorang budak yang menang set Star Wars LEGO yang harganya adalah RM1,023.70! Kalau hadiah sagu hati pun macam tu, korang kena tahu yang hadiah utamanya pula merupakan perjalanan ke LEGOLAND Denmark untuk 4 orang yang ditaja oleh penerbangan Finnair pada 25 Disember! Siapa nak sponsor korang pergi Finland saja-saja je? Bila lagi, kan?

Oh, dan LEGOLAND Malaysia juga tengah menawarkan Pas Premium Tahunan yang merupakan pembelian tiket satu masa yang membolehkan korang masuk sepanjang tahun, dan khas untuk rakyat Malaysia je. Jimatnyaaa! Masa ni la korang boleh ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bercuti di LEGOLAND! Tapi kalau korang dah jadi pemegang Pas Tahunan Premium, jadi korang mungkin berpeluang memenangi hadiah harian atau Nissan Almera. Tapi korang jangan risau la, LEGOLAND Malaysia bagi Nissan Almera betul tau, bukan yang diperbuat daripada LEGO ;)
Betul, ni buktinya! Imej dari diyanad.com
Nanti bila korang lawati LEGOLANDMalaysia, jangan lupa untuk gunakan hashtag #LEGOLANDMalaysia #Bricktacular #LEGOLAND #LEGO dalam medium media sosial korang, tau!