Nak menang produk viral ni tak? Jom kongsikan pengalaman masalah kulit muka korang!

Masalah kulit muka ni bukan je buat kita rasa tak confident, malah sampai tahap boleh buat korang takde mood dan tak nak keluar rumah. Lebih teruk lagi rasa macam nak terjun bangunan pun ada bila tengok muka teruk sangat.

Apa yang buat lagi stress bila bukak je Instagram dan Facebook, ramai je yang dok selfie dengan kulit cantik-cantik dan halus mulus bak sutera!

Mana tak frust, dah lah tak pernah ada masalah kulit muka tapi bila sekali terjadi memang kaw-kaw dia bagi. Lagi-lagi bila jenis yang tiba-tiba kulit naik berjerawat batu yang banyak bertompok-tompok tu. Fuhhh memang dugaan sungguh!

Malah ada jugak yang jenis kulit berminyak sampai tahap berkilat dan bercahaya, tak payah nak pasang lampu dah waktu malam. Nak cover dari berminyak tu, asik dok tacap je lah dengan bedak. Ntah bape kali kena tacap sampai jadi macam sotong goreng tepung dah muka tu.

Apa kenangan kulit bermasalah yang korang pernah ada?

Imej dari windanasari

Bila sebut masalah kulit ni, memang tak dinafikan mesti ada antara korang pernah mengalaminya at least sekali dalam hidup. Betul tak?

Haa bila kulit muka dah mula bermasalah, mulalah tak senang duduk dan korang pun search lah kat internet mengenai produk-produk yang berkaitan. Tapi terlalu banyak sangat produk kat pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Kalau korang rajin scroll Facebook, korang mesti perasan baru-baru ni, viral pasal produk Cetaphil yang dah membantu ramai orang dalam kisah masalah kulit masing-masing. Ada status yang sampai dapat 53K share!

Siap bagi tau nak beli kat mana lagi. Imej dari Murnyss Zac
Siap glowing uols! Imej dari Az Lxn

Cerita-cerita macam inilah yang SOSCILI dan partner, Cetaphil nak korang kongsikan bersama. Kalau korang nak tahu, Cetaphil mempunyai banyak rekod pencapaian yang terbukti berkesan bagi menyelesaikan masalah penjagaan kulit ni. Bukan tu je, malah ia jugak telah disarankan oleh dermatologi untuk pengguna di seluruh dunia, sejak tahun 1947 lagi tu!

Apa yang bestnya lagi, Cetaphil ni merupakan jenama penjagaan kulit dermatologi no.1 di Malaysia. Bukan je sebagai pembersih muka, malah ia jugak turut ada pelembab untuk semua jenis kulit dan ia juga selamat digunakan untuk ibu-ibu mengandung. 

Imej dari cetaphil.com

Tapi kalau ditengok daripada beribu-ribu lemon testimoni pengguna yang viral kat media sosial dan mulut ke mulut ni mengatakan yang ia sangat sesuai untuk korang yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif.

Kongsikan pengalaman korang dengan kami dan berpeluang untuk menang!

So… siapa ada cerita yang menarik pasal masalah kulit, jom share dengan kami.10 pemenang yang bertuah akan terima produk Cetaphil bernilai RM50, dengan setiap satu Cetaphil Gentle Skin Cleanser 59ml, Cetaphil MoisturizingLotion 59ml dan 2 unit Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50+ 5ml! Cepat, contest berakhir pada 17 November 2017.

    Nama: *

    Emel: *

    Apa pengalaman korang mengenai masalah kulit muka: *

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Cetaphil untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Cetaphil tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kejadian akibat daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.