- 2.0KShare sekarang!
- Email103
- Facebook1.9K
- Share
Bagi korang yang pernah ada masalah kulit muka, mesti macam-macam cerita yang korang pernah lalui. Siap ada yang bermekap tebal-tebal padahal nak pegi jogging je pun, pastu kena sound dengan member. Padahal mekap tu sebab malu bila orang tengok muka yang berjerawat. Malah ada yang sanggup tak keluar rumah dan bagi seribu satu alasan bila kawan ajak lepak!
Korang sememangnya tidak keseorangan. Dalam artikel ni, SOSCILI dan member kami kat Cetaphile tanya rakyat Malaysia untuk berkongsi pengalaman dorang. Korang mesti dah pernah dengar pasal Cetaphil kan, produk penjagaan kulit yang tengah viral, dan memang terbukti berkesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah penjagaan kulit, malah ada pelbagai produk untuk kesesuaian semua lapisan umur.
Jadi tanpa membuang masa, SOSCILI kongsi 10 cerita yang terpilih daripada pembaca-pembaca kami, bermula dengan…
1. Letak madu sebab ikut petua, last-last muka naik semut!
Ramai orang tahu madu mempunyai banyak manfaat. Kajian mendapati madu boleh menjadi agen yang mampu membunuh bakteria, dan turut digunakan dalam merawat masalah kesihatan dan kecantikan.
Nak dijadikan cerita, pembaca kami bernama Amirah tersalah pakai produk, muka yang dulu elok terus jadi macam jalan tar, katanya. Lepas bertahun-tahun, muka dia masih lagi sensitif. Oleh kerana trauma dengan produk yang ada kat pasaran, dia pun cuba cara tradisional;
“Macam-macam petua guna tapi yang paling tidak boleh dilupakan petua sapu madu kat muka. Pergi guna madu ibu guna buat cornflakes madu tu, sekali bangun pagi habis muka merah-merah and ada la 2 3 ekor semut hurung muka.” – Amirah.
2. Muka terbakar gara-gara petua bawang putih
Kalau korang ni jenis yang kaki memasak, mesti korang perasan yang bawang putih merupakan salah satu rempah yang (boleh dikatakan) wajib digunakan dalam setiap masakan. Selain dapat memberikan aroma, ia jugak mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dalaman mahupun kecantikkan luaran.
Tapi kena pandai macam mana nak guna, bukan macam kawan kita kat bawah ni…
“Selepas baligh, muka naik jerawat yang sangat banyak. Pernah terbaca pasal petua titikkan bawang putih dekat mata jerawat. Masa tu tak faham apa maksud titikkan bawang putih, lepas tu tepek je bawang putih bawak tidur sampai esok hari.
“Bila bangun tengok kulit pipi terbakar dah rupanya. Dan dekat dua tiga bulan juga pipi jadi macam pengantin Korea. Nasib baik juga tak tepek satu muka. Adoi.” – Najwa.
3. Kulit muka kering dan tak boleh kena panas
Masalah kulit ni bukan pasal jerawat dan blackhead je. Ada sesetengah orang yang tak boleh duduk bawak panas, bukan sebab mengada-ngada, tapi memangketahanan kulit mereka terhadap sinaran matahari adalah rendah.
“Saya start kulit kering sejak berumur 13 tahun. Kulit saya sensitif tak boleh kena panas. Bila kena panas, akan jadi merah. Seminggu lepas tu menjadi hitam, selang seminggu akan menggelupas. Pedih dan gatal sangat-sangat. Saya garu kulit muka saya sampai terluka. Sehingga ke hari ini.” – Aqila.
Kalau kulit korang jenis yang sensitif ni, cubalah cari produk pembersih dan pelembab yang paraben serta perfume free dan cuba berhenti dari memakai pelembab yang memutihkan.
4. Blackheads hilang, kulit pun hilang!
Masa zaman sekolahlah yang paling ramai mengalami masalah kulit muka. Maklumlah, waktu tu kita semua tengah mengalami perubahan hormon.
“Outbreak yang paling teruk masa umur 13. Sampaikan penuh kat dahi. Masa solat terutamanya masa sujud, rasa macam nak menangis sebab pedihnya dahi. Cemburu tengok muka mak sebab kulit dia tak pernah berjerawat. Masa tu mak cakap, letak bedak dekat muka masa nak picit blackheads, jadi senang nak keluar blackheads tu.”
“Saya terlebih pandai. Pakai kain batik buat alas jari masa nak picit. Hasilnya? Blackheads hilang, kulit pun HILANG. Sumpah serik. Melecet habis! Berparut sebulan. Sumpah taknak buat dah. Serik!” – Zul.
5. Ubat resdung boleh pulihkan jerawat?
“Masa tingkatan 3 muka banyak sangat jerawat. Adik pun alami masalah yang sama. Pujuk emak belikan ubat untuk hilangkan jerawat. Emak belikan ubat resdung untuk sapu dekat muka. Redha je masa tu.
Tapi ubat tu punyalah pedih masa letak kat muka. Saya dengan adik lepas sapu kat muka je mesti akan duduk depan kipas sambil air mata meleleh tahan pedih.”
“Alhamdulillah berkat ubat resdung yang emak belikan dan air mata yang mengalir sebab pedih, muka saya dan adik baik dari masalah jerawat sampailah sekarang.” – Rozhafila.
Yeahh akhirnya kitorang jumpa jugak perkongsian berakhir dengan happy ending. *clap
Resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan. Ia berpunca dari alahan terhadap habuk, pemakanan, pencemaran dan yang sewaktu dengannya. Malah kalau tak dirawat, ianya boleh membawa MAUT!
6. Muka mula-mula elok, tapi jadi teruk kerana cadangan kawan
Yang ni pulak lain ceritanya, di mana muka dia takde pun masalah dan dilahirkan dengan kulit cerah. Tapi disebabkan dengar cakap kawan untuk guna produk jenama ABC, akhirnya bahana menimpa….
“Dah nama pun manusia, mesti nak lebih kan? Kulit dah asal ok, tapi gatal nak tambah-tambah. Mula-mula pakai ok, kulit takde jerawat dan makin putih. Disebabkan set tu mahal, terus stop pakai. Muka pun jadi kemerah-merahan, jerawat naik. Lepas tu bos kat tempat kerja recommend pakai cuka epal buat as a toner. Mula tu ok. Tapi tak lama dia jadi makin teruk. Muka terbakar, sampai berparut-parut.”
Aduhhh sudah jatuh ditimpa tangga berjerawat ditimpa parut pulak! Nasib baiklah lepas tu dia jumpa Cetaphil yang sesuai untuk kulit muka dia.
“Lama jugak nak sembuh sampai lah saya terjumpa cetaphil ni. First pakai, muka rasa lega. Sekarang dah 3 bulan pakai cetaphil. Kulit makin ok, jerawat pun dah tiada!” – Husni.
7. Kulit sangat berminyak sampai buatkan mekap bercapuk
“Saya mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat-jerawat kecil sering muncul di setiap sudut ruang muka. Keyakinan diri saya agak rendah bila keluar dengan rakan-rakan kerana mereka memiliki kulit muka yang licin dan flawless tanpa masalah manakala kulit muka saya amat ketara bezanya.
Apabila keluar dari rumah, saya memakai makeup dan makeup itu bercapuk dan kelihatan tidak sempurna apabila muka saya sering berminyak.” – Syafiqah.
Bila mekap jadi tak sempurna, tu yang ramai orang pompuan mula berkampung kat toilet tiap beberapa jam. Kalau tak kena gaya, macam wayang opera la jadinya. *Jangan maraaaa haaaa*
8. Doktor pakar sarankan guna non-soap product
Pernah tak korang terpikir, macam mana orang yang menghidap penyakit kulit ni pilih pencuci muka masing-masing? Sebab kalau tersalah pilih, makin melarat lah masalah dorang tu…
“Saya mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan saya menderita penyakit kulit yang digelar Psoriasis. Saya kini berusia 26 tahun dan telah mengalami penyakit ini sejak berumur 10 tahun. Saya disarankan oleh doktor pakar untuk hanya menggunakan ‘non-soap product’ untuk kulit saya.” – Marietha.
Penyakit Psoriasis ni dialami oleh satu hingga tiga peratus daripada penduduk kat Malaysia dan ia turut dialami kanak-kanak.
9. Cuba macam-macam rawatan tradisional daripada tomato, madu, air beras, sampailah kunyit
Bagi Liyana, dia jarang ada masalah kulit yang serius sampailah dia start kerja. Bukan jerawat kecil-kecil, tapi jerawat batu. Dah lah ambil masa berbulan nak hilang, bila dah hilang tinggalkan parut pulak.
Yang lagi tambah tak syok, orang ofis mesti orang tanya “hey kenapa dengan muka you?” selagi jerawat tu tak surut. Boleh depression okay kalau kena tanya benda sama hari-hari. Jadi Liyana buat macam-macam research untuk hilangkan parut.
“Kata orang, cubalah rawatan tradisional which is guna bahan-bahan yang ada kat dapur. Yes, I do for many times. Buat tomato beku, guna madu, air beras, bedak sejuk, kunyit. Then, pergi ke Watson/Guardian, cuba pelbagai jenis produk. But still, tak recover. Makin lama kulit makin kusam, makin naik jerawat batu. Perasaan waktu tu hanya Tuhan yang tahu.” – Liyana
Satu hari, Liyana terbaca pasal Cetaphil yang tengah viral. Ada komen positif, ada juga komen negatif. Dan Liyana ni jenis nak baca pengalaman orang biarlah panjang berjela. Sebab pengalaman dia guna macam-macam produk, takkan dia nak main hentam kromo kot.
“Setelah dingdong selama sebulan, kawan baik dan officemate bagi suggestion, cuba Cetaphil sebab mereka yakin kulit muka saya sesuai. Tanpa berlengah masa, saya beli Cetaphil Gentle Skin Clearners and Cetaphil Moisturiser. Harga dia memang quite pricey tapi korang kena tahu, ia boleh pakai berbulan okay.” – Liyana
Dalam bulan pertama lagi, dia dah perasan perubahannya. Kesan parut jerawat yang bersepah tu berkurangan dan makin pudar. Liyana guna sehinggalah 3 bulan, muka dia kembalik elok dengan dua produk tu je.
10. Kena kutuk depan-depan sebab muka berjerawat
“Mulanya muka saya tiada masalah tapi selepas saya berkerja di kedai makan yang penuh dengan asap muka saya menjadi semakin teruk.
Nak jadikan cerita, ada seorang hamba Allah (lelaki) nak berkawan. Sedang-sedang kami membuat kerja dalam laptop, dia ternampak gambar wajah saya yang nampak okay, dan terus dia bercakap ‘dalam gambar lawa, depan tak pun’.”
Mak aih… tak beragak la lelaki ni. Kalau takde benda baik nak cakap, tak payah la cakap apa-apa.
“Hati mula sebakkk, bagai bertakung air yang penuh. Sedihnya rasa. Bukan itu sahaja, ramai kawan saya jugak bercerita, ‘nasib lah muka aku takde masalah’. Sampai saya terpikir hina sangat ke muka berjerawat ni? Kotor sangat ke? Macam mengalahkan sampah yang busuk je.
Selepas itu, ada kawan saya mengesyorkan guna cetaphil. Setelah 2 minggu mencuba saya sudah nampak kesannya.” – Fatin.
Selain daripada tukar produk penjagaan kulit, kami syorkan Fatin tukar kawan-kawan sekali.
Cetaphil bukan je berguna untuk membantu kulit berjerawat, tapi untuk pelbagai jenis kulit!
Cerita ni semua mungkin ada yang buat korang tergelak dan mungkin ada jugak membuat korang rasa geram dan sedih. Bayangkanlah betapa segannya kita nak berhadapan orang bila mengalami masalah kulit muka.
So kalau tak nak letak muka bawah meja or sembunyi muka belakang kawan bila amik gambar time lepak kat mamak tu, apa kata korang try Cetaphil ni sebab dorang telah disarankan oleh dermatologi untuk pengguna di seluruh dunia sejak tahun 1947, dan merupakan jenama penjagaan kulit no.1 di Malaysia!
Perlu diingat yang setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza – ada yang kering, ada yang normal dan ada yang sensitif. Cetaphil ni boleh digunakan dengan pelbagai jenis kulit muka, dan jugak selamat digunakan untuk ibu-ibu mengandung. Bukan je sebagai pembersih muka, malah ia jugak turut ada pelembab tau! Tapi apa-apa pun, jangan lupa dapatkan nasihat yang pakar dulu ye.
So…. korang tunggu apa lagi??
- 2.0KShare sekarang!
- Email103
- Facebook1.9K
- Share