- 895Share sekarang!
- Email48
- Facebook847
- Share
Korang mesti pernah tengok cerita Tarzan, Jungle of The Book, A Werewolf Boy dan Twilight yang ada serigala jadian dalam cerita tu. Tapi pernah tak korang terfikir macam mana kalau watak-watak dalam filem tu betul-betul wujud dalam dunia realiti. Macam mana pergaulan dorang dengan manusia? Macam mana dorang bercakap, macam mana dorang makan dan banyak lagi persoalan yang bermain di minda (lagu Najwa Latif)
Haa…untuk pengetahuan korang, manusia yang dibesarkan oleh binatang tu wujud. Mereka dikenali sebagai feral child, iaitu:
- Kanak-kanak yang dibesarkan dalam kawasan terpencil seperti di kawasan pedalaman tanpa hubungan dengan manusia luar kerana ditinggalkan oleh ibu bapa kandung mereka.
- Sikap ibu bapa sendiri yang mengurung dan menyekat perkembangan minda serta kebolehan sosial anak.
Disebabkan komuniti yang terdekat dengan mereka adalah haiwan, so mereka lebih cenderung untuk meniru segala tingkah laku haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu bapa kandung, dorang takde role model yang boleh mengajar untuk berkomunikasi dan bersosial seperti orang normal. Jadi, ada kemungkinan dorang jadikan anjing dan kucing jalanan sebagai role model.
1. Marina Chapman – Dibesarkan oleh monyet capuchin
Pada tahun 1954 ketika usianya 5 tahun, Marina diculik untuk dijadikan tebusan tapi entah kenapa lepas dah culik, penculik tinggalkan dia di hutan belantara di Colombia. Setiap hari Marina akan menunggu dan berharap orang yang lalu-lalang akan datang menyelamatkan dia tapi tak ada orang pun yang datang. Kesian budak Marina yang naif tu, dia tak tahu agaknya kat hutan tak ada orang lalu-lalang. Dia siap menjerit dan menangis meminta tolong tapi hampa. Jiwa kecilnya masih mengharap. Dia terus berjalan kaki sehingga masuk semakin dalam ke kawasan hutan belantara untuk mencari tanda-tanda kewujudan orang kat dalam yang dia boleh minta tolong. Baju yang Marina pakai pun dah tak ada rupa baju, terkoyak sana sini.
Kat dalam hutan tu, Marina terjumpa dengan sekumpulan monyet capuchin dan kiranya dia bolehlah menarik nafas lega sebab dah terjumpa dengan dorang. Walaupun dorang bukan manusia tapi jiwa kecil Marina tetap rasa selamat bila duduk dengan dorang sekali.
Pada mulanya, monyet-monyet tu memang tak layan si Marina tu. Yelah, macam orang jugalah monyet-monyet ni. Dorang tak nak campur dengan bukan geng dorang. Marina ni ada juga cuba-cuba nak join sekali tapi dorang buat dek je. Dorang sibuk dengan aktiviti cari makan, cari kutu dengan kawan-kawan dorang dan aktiviti-aktiviti lain yang monyet selalu buat.
Pada suatu hari, Marina mengalami keracunan makanan sebab termakan buah asam jawa busuk dan dia telah diselamatkan oleh seekor monyet tua. Marina panggil monyet tu ‘Atuk’. Marina disuruh minum air kat sebuah sungai lepas tu dia muntahkan semula makanan yang dia makan. Semenjak dari tu geng-geng monyet tu dapat menerima dia dalam kumpulan dorang.
Lama-kelamaan dia pun dapat adapt dengan bahasa monyet dan tingkah laku monyet. Dia boleh faham bunyi monyet buat masa panggil makan, masa nak bagi warning kalau ada bahaya dan bunyi masa tengah main-main sesama dorang.
Selepas lima tahun berlalu, Marina akhirnya ditemui dan diselamatkan oleh pemburu. Masa tu dia ingat dia dah selamat dan happy ending tapi rupanya tak, pemburu tu jahat sebab jual dia kat rumah pelacuran. Marina pula jenis tak mudah putus asa, dia berjaya larikan diri dari rumah pelacuran tu dan jadi budak jalanan untuk beberapa tempoh sebelum dia diambil jadi anak angkat.
Mesti korang tertanya-tanya, kenapa Marina ni tak pulang pada keluarga asalnya. Buat pengetahuan korang, Marina dah cuba nak ingat semula pasal keluarga dia tapi dia macam hilang ingatan lepas kena culik. Nama dia pun dia lupa. Nama Marina ni dia dapat lepas dah tinggal dengan keluarga angkat dia.
Marina siap tulis buku mengenai kisah hidup dia yang pernah tinggal dengan keluarga monyet. Buku tersebut bertajuk ‘The Girl With No Name‘. Masa dia hantar proposal nak terbitkan buku dia, ada beberapa penerbit yang tolak sebab dorang ragu-ragu dengan cerita Marina. Ada yang beranggapan Marina mereka-reka cerita sebab zaman kanak-kanaknya yang sadis (tinggal di rumah pelacuran).
2. Kamala dan Amala – Dibesarkan oleh serigala
Kisah pertemuan dorang bermula bila penduduk kampung Godamuri terserempak dengan dua makhluk berupa serigala dan penduduk kampung di situ sangkakan mereka terjumpa lagenda hantu bernama Manush-Bagha.
Seorang yang bernama Reverend J.A.L Singh tak percaya dengan cerita-cerita ni dan dia pun ajak beberapa orang lelaki untuk pergi menyiasat, dan setelah susah-payah akhirnya dorang berdua berjaya ditangkap.
Kamala dan Amala pun di bawa ke rumah anak yatim Singh dan isterinya di Mindapore, India. Ciri-ciri dorang berdua sangat menyerupai serigala jadi tak hairanlah bila orang-orang kampung menyangka dorang ni hantu. Daki-daki degil menempek kat lutut kaki dengan tapak tangan dorang. Cara dorang makan dengan minum pun dah serupa binatang. Dorang suka makan daging mentah dan minum air dengan cara menjilat. Malam-malam pula dorang asyik melolong macam serigala rindukan bulan.
Dorangsangatlah tak suka bila manusia datang dekat. Setiap kali ada orang datang dekat, dorang akan buat muka sambil tunjuk gigi dorang yang tak berapa putih tu. Skil sosial dorang ke laut tapi deria rasa dorang memang power! Dorang boleh menghidu daging mentah dari jauh dan pendengaran dorang sangat tajam.
Pada September 1921, dorang berdua jatuh sakit tanpa diketahui sebab dan Amala yang paling bongsu meninggal. Kamala sedih dan selama tiga hari dia berkabung dengan pandang je dinding dan menolak untuk makan.
Selepas lima tahun kat rumah anak yatim, Kamala mula menunjukkan perkembangan positif. Dia tahu beberapa nama budak-budak lain kat rumah anak yatim tu, dia faham konsep warna, dia tahu makan dalam pinggan dan dia boleh kenal cawan dia sendiri.
Pelawat bernama Bishop H. Pakenham Walsh turut mengakui perkembangan bahasa dia juga semakin positif. Dia dah boleh sebut beberapa ayat dan bila ditunjuk sesuatu objek dia boleh jawab dengan baik.
Bila kisah Kamala semakin famous, Singh dan Kamala dapat jemputan untuk ke Persatuan Psikologi New York pada tahun 1928 untuk didedahkan kisahnya pada umum tapi tak sempat sebab dia dah jatuh sakit dan dia meninggal pada usia 14 tahun.
3. Natasha – Dibesarkan oleh kucing dan anjing
Natasha merupakan kes moden feral child yang berlaku pada tahun 2009 yang ditemui di sebuah bilik kecil dalam apartment keluarganya di sebuah bandar terpinggir bernama Chita, Russia. Dia ditemui bersama-sama dengan anjing dan kucing peliharaan keluarganya. Mak dan ayah Natasha mengabaikan dia jadi dia pun menumpang kasih dengan haiwan yang lebih berperikemanusiaan.
Kewujudan Natasha juga tak pernah diketahui oleh jiran-jiran tetangga dia sebab dorang jenis yang tak bergaul. Malah kelahiran Natasha juga tidak pernah berdaftar dengan mana-mana hospital. Kiranya mak ayah dia memang sengaja nak sembunyikan dia dari dunia luar.
Natasha kemudiannya ditempatkan di pusat pemulihan sosial dan diletakkan di bawah pemerhatian. Pakar di tempat tersebut terkejut bila melihat Natasha melompat seperti anjing dan bermain seperti anjing.
“Dia menyalak bila saya keluar dari bilik tersebut.”- Nina Yemelchugova, ketua pusat pemulihan sosial. Dipetik dari DailyMail.
Natasha juga tak pandai makan seperti kanak-kanak biasa. Dia meletakkan makanan di atas ribanya. Dia juga mudah terkejut bila mendengar bunyi-bunyi kuat dan pelik. Ala, macam kucing korang kat rumah yang terkejut beruk bila dengar bunyi mesin rumput tu.
Mak Natasha pula acah-acah terkejut dan tak tahu yang anak dia dijumpai dalam keadaan macam tu. Mak dan ayah Natasha mungkin akan dipenjarakan selama tiga tahun menurut laporan dari media Russia.
Pakar psikologi menamakan kes Natasha ni sebagai Sindrom Mowgli, mengikut watak utama dalam cerita ‘The Jungle of Book’ yang watak utamanya dibesarkan oleh serigala.
4. John Ssebunya – Dibesarkan oleh monyet ‘Green Vervet’
Kanak-kanak lain di luar sana yang berumur dua tahun sekarang mungkin sibuk dengan smartphone sambil tengok Didi and Friends kat Youtube tapi John pada usia ini melarikan diri ke dalam hutan selepas melihat sendiri ayah kandungnya membunuh mak dia. Disebabkan takut dia akan jadi mangsa ayahnya yang seterusnya, John tak pernah pulang ke rumah. Ayah dia pula ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri.
Hampir setahun John hidup liar di luar. Dia masih ingat lagi monyet pertama yang datang dekat dengan dia dan menghulurkan kekacang serta ubi keledek. Mula-mula monyet tu ada juga macam ragu-ragu nak datang dekat. Si John ni pula perangai behave je, duduk diam tanpa menunjukkan apa-apa bahaya so monyet-monyet tu pun mula percayakan dia.
John cakap masa dia duduk kat hutan dulu dia tak cukup tidur, mandi tak basah (err, monyet mandi ke?) sebab gaya tidur monyet yang dia ikut memang tak selesa. Monyet kan tidur tergantung kepala ke bawah sambil ekor dia berpaut dekat pokok.
Masa tu, hutan tempat tinggal John tengah berlaku perang saudara dan berapa kerat jelah yang datang dekat hutan tu nak cari kayu api. John bernasib baik bila seorang perempuan terjumpa dengan dia masa tengah cari kayu api.
Pada tahun 1991, seorang perempuan dari puak terdekat nilah yang jumpa John. Masa ni umur John dah lima tahun. Perempuan tadi tu pun balik dan bagitau dekat geng dia. Dorang pun tanpa berlengah terus masuk ke hutan nak cari John tapi monyet-monyet tu pulak main baling-baling ranting dengan batu sebab tak bagi dorang ambil John. Ternyata kumpulan puak ni power sebab dorang menang lawan dengan monyet-monyet tu.
Masa John dihantar ke rumah anak yatim Kristian terdekat, John mengalami sakit hypertrichosis, badan dia penuh dengan luka-luka, kepala lutut dia ada kesan putih menunjukkan dia tak pandai berjalan dan dia tak boleh makan makanan yang telah dimasak. Dorang siap buang cacing pita sepanjang 4 kaki dari badan dia!
Berita mengenai John tersebar dan John telah diambil oleh Molly dan Paul ke rumah anak yatim mereka. Menurut Paul, masa tu badan John penuh bulu (hypertrichosis), kuku panjang sampai bergulung-gulung dan sudah tentulah tak biasa tinggal di rumah seperti manusia biasa.
Namun kini, John dah banyak berubah. Dia dah boleh berjalan seperti biasa walaupun cara dia berjalan agak pelik dan boleh bermain bola sepak dengan baik memandangkan larian dia sangat laju. Pergerakan seharian dia memang agak pelik tapi pakar mengatakan dia tidak cacat. John sekarang aktif dalam kumpulan koir Permata Anak Afrika di bawah organisasi Paul, A.F.R.I.C.A. (Association for Relief and Instruction of Children in Africa). Walaupun John sudah banyak berubah tapi dia masih lagi trauma dengan kejadian dulu.
John juga sudah mempunyai rumah sendiri dan mempunyai impian untuk berkahwin serta mempunyai keluarganya sendiri. Kisah John juga turut dirakamkan oleh BBC dan National Geographic.
5. Budak lelaki Syria – Dibesarkan oleh rusa
Kisah budak Syria yang dibesarkan oleh rusa (gazelle) adalah satu-satunya kes di mana dia gagal dibawa keluar dari komuniti haiwan tersebut. Terdapat beberapa versi cerita mengenai budak Syria ini antaranya ialah :
- Berjaya diselamatkan tetapi akhirnya hidup melarat di jalanan kerana kerajaan Syria tidak mampu untuk menanggung kos untuk terus mengkaji dia
- Sudah ditangkap tapi budak ni berjaya meloloskan dirinya semula
Versi 1:
J.Rocca menulis memorinya terjumpa dengan budak Syria ni :
“Saya tinggal di Damascus pada tahun 50-an. Masa tu saya mengajar di Kolej Damascus. Di pasar utama, saya terjumpa dengan seorang budak yang tinggi dan sangat kurus yang digelar ‘Budak Rusa.’ Penduduk setempat juga mengatakan bahawa dia ditangkap oleh pemburu semasa sedang berlari di padang pasir. Pemburu mengejarnya dengan menaiki jip.” – Dipetik dari Syria Wide.
Pada mulanya, berlaku perebutan semasa nak ambil budak Syria ni untuk dikaji. Kerajaan Syria dah ambil dulu tapi doktor dari Amerika dan Perancis pun sibuk berebut-rebut nak buat kajian ke atas dia. Akhirnya, dapat kat kerajaan Syria tapi bila dana dorang tak mencukupi dorang pun tinggalkan budak Syria ni. Akhirnya, budak Syria tu tinggal di jalanan.
Menurut J.Rocca, budak ni hidup mencari makan dengan memperoleh upah hasil daripada menjadi budak suruhan penduduk setempat.
Versi 2:
Jean-Claude Auger, seorang ahli antropologi menemui budak Syria ni bersama dengan kumpulan rusa yang lain di kawasan sahara pada tahun 1960. Semasa ditemui, dia berjalan merangkak dengan menggunakan kedua-dua tangan serta kakinya. Dia makan pokok-pokok yang ada di padang pasir dan menggerak-gerakkan hidungnya seperti rusa. Biasa kan tengok lembu atau kambing goyang-goyang hidung dia? Haa macam tulah pergerakan yang budak Syria ni buat. Pada tahun 1996, terdapat cubaan untuk menangkap dia tetapi gagal.
Ada juga pihak yang mepertikaikan cerita budak Syria ni dengan mengatakan ni semua cerita rekaan yang disampaikan oleh seorang wartawan yang bosan ketika dia terkandas di tengah-tengah sahara. Hmm, lebih kurang macam cerita penggembala kambing dengan serigala pula kan. Walaupun begitu, ada seorang lelaki bernama Jean-Claude Armen (penulis buku Gazelle Boy) yang percaya dengan cerita ni.
Sebenarnya ada lagi kes feral child lain yang direkodkan tapi yang diceritakan ni yang paling famous dan setakat ni juga kes moden feral child macam Natasha tu tak ada lagi yang direkodkan di Malaysia (bagus kan Malaysia). Tapi macam mana kalau korang ada terjumpa kes macam ni kat Malaysia? Hmm rasa-rasa apa yang korang akan buat selain dok snap picture/video dan viralkan kat FB?
Ok first sekali, korang boleh call Talian Kasih 15999 (24 jam) atau Telenita Helpline 03 7887 0224 (free je perkhidmatan dorang) sebab kes feral child ni boleh dikategorikan sebagai penderaan kanak-kanak jugak seperti apa yang berlaku pada Natasha dimana mak dan ayah dia telah abaikannya sejak lahir.
- 895Share sekarang!
- Email48
- Facebook847
- Share