Ketua Audit Negara dedahkan RM200 juta dana bantuan masyarakat India disalah guna. Dan MIC marah?!

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Dalam berita baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan beberapa isu yang dah menarik perhatian SPRM, dan salah satunya adalah dakwaan salah tadbir dana berjumlah jutaan ringgit disalurkan kepada Unit Khas bagi Program Pembangunan Sosioekonomi (SEDIC) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Geran RM203.89 juta didakwa telah disalah guna sampaikan tak ada petunjuk ke mana jumlah yang sangat besar tu pergi. Kat sinilah kita akan sebut pasal MIB.

Korang tahu la apa yang terjadi lepas tu

Bukan MIB yang tu, tapi Malaysian Indian Blueprint, yang ditubuhkan pada tahun 2017 untuk mengenalpasti dan membantu nasib orang India di Malaysia. Salah satu cara MIB ni disampaikan adalah melalui SEDIC, yang peranan sebenarnya memberi geran kepada NGO untuk menjalankan program pembangunan untuk kaum India di Malaysia.

Tapi nampaknya kesemua duit tak disalurkan ke tempat yang sepatutnya – komuniti India. Disebabkan ni juga, pemuda MIC kemudiannya membuat laporan kepada SPRM yang organisasi tu dulunya bebas rasuah dan tak melibatkan isu SEDIC “sebelum ia dipolitikkan Pakatan Harapan tanpa asas dan fakta”.

Sementara tu, pemuda PKR pula menggesa supaya siasatan mengenai penglibatan Najib dalam isu ni, sebab Najib adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan SEDIC pada tahun 2014.

 

Macam pernah ku dengar, tapi di mana ya?

 

Tapi, kedua-dua parti nampaknya bersepakat dengan satu perkara: SIASATAN MESTI DILAKUKAN!

“Sekiranya benar terdapat unsur-unsur wang penipuan seperti yang dilaporkan, Pemuda MIC menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu ke atas sesiapa yang terlibat.” – Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan kepada Malay Mail.

“Kami menggesa SPRM dan pihak polis untuk menyiasat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, termasuk mantan menteri dan bekas timbalan menteri yang disebut dalam laporan itu.” – kata Naib Presiden Pemuda PKR, Thiban Subramaniam.

Jadi sementara SPRM menyiasat perkara ni, kita tengok beberapa dakwaan pasal SEDIC…

1. “Pemimpin NGO tu adalah pegawai khas kepada menteri.”

Kitorang tak dapat pastikan nama-nama NGO ni, tapi sebuah laporan daripada FMT menyatakan yang orang NGO ni pernah minta sumbangan untuk sebuah program yang dipanggil ‘Program Transformasi Komuniti. Bunyinya macam profesional, mungkin disebabkan  ia ‘bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup kaum India yang miskin’. Tapi nampaknya, program tu sebenarnya tak pernah dijalankan langsung!

NGO tu juga dilaporkan membayar sebanyak RM500 ribu untuk syarikat percetakan dan beberapa pihak yang berlainan untuk menjalankan program tu. Tapi ni bukan satu-satunya kejadian yang pernah berlaku, sebab salah satu daripada tujuh orang ahli NGO yang menerima sebanyak RM6.73 juta untuk sebuah projek jangkauan (outreach). Walau bagaimanapun, kebanyakan projek ni didakwa tak ada tindakan susulan dan tak ada kejayaan pun yang boleh dibuktikan dengan penghasilan projek-projek tu. 

“Pemimpin NGO itu adalah pegawai khas kepada seorang menteri.” – kata Ketua Audit Negara, Nik Azman.

Mengenai bekas menteri mana yang terlibat tu, kita kena tahu yang program tu sebenarnya dijalankan bagi pihak Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menteri Kesihatan pada masa tu (2013-2018) adalah Subramaniam Sathasivam, yang juga merupakan Presiden MIC (2015-2018). Walau bagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi kalau Subramaniam terlibat dalam kes ni.

Subramaniam bercakap di salah satu acara SEDIC. Imej dari Malaysiakini.

2. Dan sebenarnya, laporan program tak pernah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara

Pada tahun 2014 je, sebanyak 20 NGO memfailkan 23 program yang bernilai RM10.77 juta. Jumlah ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang meragukan pun sebenarnya sebab sebahagiannya dilaksanakan berdasarkan penilaian berita-berita dari Twitter SEDIC. Tapi apa yang menjadi masalah adalah penggunaan wang yang didakwa tak diserahkan kepada Jabatan Audit Negara.

Walaupun SEDIC mendakwa yang program-program mereka dipantau, NGO sebenarnya dikehendaki untuk mengemukakan laporan bertulis kepada Jabatan Audit Negara selepas program mereka selesai. Laporan-laporan ni bagaimanapun tak diserahkan. SEDIC juga tak dapat membuktikan macam mana duit tu dibelanjakan. Sama ada mereka membelanjakan peruntukan tu sewajarnya atau tak, kita pun tak tahu.

Duit dah bagi, tapi takde dalam wallet…

Lagipun, takde pangkalan data untuk pantau perbelanjaan geran. Dan nampaknya, SEDIC sendiri tak dapat menguruskan kesemua program mereka dengan baik, jadi hasilnya tak boleh dinilai. Bukan tu je, malah SOP untuk bimbing pelaksanaan program-program pun tak ada. Sebab tu la ada dakwaan yang mengatakan SEDIC mempunyai pentadbiran yang lemah dan tak ada pengawasan yang baik.

“Saya mempunyai pandangan awal semasa beberapa kertas diberikan kepada saya. Ia sangat mengejutkan di mana banyak NGO telah diberikan dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti, tapi kita sendiri tak pernah dengar sebelum ni.

Saya dah bekerja dengan orang-orang akar umbi tapi saya tak pernah dengar aktiviti-aktiviti seperti itu dijalankan.”- Waytha Moorthy, mengenai tuduhan tu

3. NGO yang tak berkelayakan masih menerima wang yang banyak dari SEDIC

Nampaknya, sebanyak 49 buah NGO yang tak berkelayakan telah diberikan sebanyak RM18.91 juta. Ye, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk memastikan duit tersebut digunakan sebaiknya. Tapi malangnya, peraturan ni tak diikuti dengan baik. Dan bila tak ada cara efektif untuk memantau pengagihan geran ni, jadinya banyak la loopholes atau kelemahan yang disalah guna pihak-pihak tertentu.

SEDIC waktu masyuk dulu. Imej dari The Star

Bagi kriteria pula, sebenarnya ada 2 set kriteria: Satu untuk menerima wang pemberian dan satu lagi untuk menentukan berapa banyak NGO akan terima.

A) Lima standard untuk menerima wang geran adalah:

  1. Mempunyai bidang yang unik dan spesifik dengan keperluan
  2. Kepakaran yang diperlukan untuk mendidik orang ramai.
  3. Kapasiti minimum yang mereka ingin capai.
  4. Rekod prestasi yang baik.
  5. Macam mana program ni boleh diluaskan lagi (point tambahan kalau mereka memfokuskannya di luar Lembah Klang.)

B) Empat syarat untuk berapa banyak NGO akan dapat:

  1. Jenis program
  2. Bilangan peserta.
  3. Tempoh program.
  4. Jenis bantuan yang diberikan.

Kalau syarat tu tak cukup ketat lagi, korang kena tahu yang sebenarnya, SEDIC pada awalnya menjadikannya lebih susah dengan meminta peserta mengemukakan cadangan mereka SENDIRI!

Malah setiap kali kitorang cuba untuk cari maklumat lanjut pasal NGO ni, mesti ada masalah –‘sedic.my’ dah tak wujud. Jumlah yang diperuntukkan bagi setiap NGO juga tak ada lah maksudnya.

SEDIC 404 NOT FOUND

Nampak tak?

Setiap kali kitorang cari. Malah, myhope.my pun tak boleh, melainkan yang ni:

Kitorang jumpa iklan SEDIC ada la. Korang boleh akses sedic.my ni daripada web arkib kat sini.

4. Dan… semestinya, ada kaitan dengan Najib ke?

Jadi, menurut beberapa artikel yang kitorang jumpa, SEDIC pada asalnya dibentuk di bawah satu organisasi yang dipanggil CCIC, atau Jawatankuasa Kabinet untuk Masyarakat India. Kitorang pun selidik lagi dan cari laman web, tapi tak jumpa apa-apa… tapi nampaknya beberapa laman web menunjuk pengerusinya iaitu…

Aiyo kitorang tak cakap apa apa, k?

CCIC tu sendiri mengkaji masalah yang dihadapi oleh masyarakat India Malaysia dan membawa mereka kepada pihak-pihak yang berkaitan. Ini juga bermakna yang jawatankuasa tu boleh mengenal pasti program yang perlu dan yang tak perlu sebenarnya.

Najib sebenarnya dah menyampaikan pelan tindakan 10 tahun CCIC tu pada tahun 2016. Ni petikan ayat dia:

“Apa yang kita bentangkan ni bukanlah sekadar cakap kosong, retorik politik atau ‘Vetti pecchu’ (‘bual kosong’ dalam bahasa Tamil), tapi ‘nijjam’ (sebenarnya).” – Najib pada 2016 mengenai pelan tindakan 10 tahun CCIC, dipetik dari FMT

5. Sesetengah NGO terlibat dikatakan tak pulangkan balik dana lebihan

GIF random yang tak berkaitan dengan artikel

Ingat kawan korang je ke yang pinjam duit lepas tu tak reti pulang balik? Nampaknya, ada beberapa NGO yang terlibat juga berperangai sebegitu, kata ketua SEDIC yang mengakui ada NGO yang tak pulangkan mana-mana dana lebihan yang sepatutnya.

“Kalau NGO tak mematuhi MoU tu, mereka mesti dah membayar balik wang yang telah dibiayai kepada mereka.” – NS Rajendran, ketua SEDIC.

Mungkin korang rasa jumlahnya kecil je. Tapi macam mana kalau kitorang bagitau yang jumlahnya adalah RM2.86 juta? Bayangkan, apa yang korang boleh buat dengan duit sejumlah tu?

Persoalannya buat masa ni…

Adakah masyarakat India akan mendapat bantuan yang lebih baik dengan kerajaan baru?

Selain SEDIC, MITRA (Unit Transformasi India Malaysia) adalah versi SEDIC yang dirombak di bawah pemerintahan semasa. Ketua MITRA, Waytha Moorthy telah mencadangkan unit pemantauan berasingan yang bebas untuk membantu penilaian dan kelulusan geran, dengan harapan yang ia akan mengurangkan semua dana dan laporan yang hilang.

Waytha Moorthy. Imej dari The Star

Seperti yang dicadangkan oleh laporan audit, MITRA mungkin boleh dinaik taraf lagi dengan mengemas kinikan pangkalan data mereka, menyenarai hitamkan NGO yang menggelapkan dana mereka ataupun yang tak melaksanakan pun program mereka. Buat masa ni, isu yang telah diketengahkan oleh Ketua Audit Negara cukup untuk memastikan yang perlunya penelitian yang lebih untuk memberi dana supaya ia diberikan kepada mereka yang lebih memerlukannya.