Kenapa badminton kita tiba-tiba power Olimpik ni? Kami tanya bekas pemenang perak Olimpik terus!

(This article is available in English, click here to read it!)

[UPDATE] – So semalam regu campuran Peng Soon dan Liu Ying berjaya raih pingat perak. Walau pun tak dapat emas, rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian dorang.

netizen tak puas hati
Betul-betul marah dia ni

Tapi ada yang tak puas hati dengan laporan sesetengah akhbar tempatan, sebab cara dorang report tu macam merendahkan pencapaian team regu campuran kita. Apa-apa hal SOSCILI ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kepada Peng Soon dan Liu Ying! Malaysia Boleh!

————————————————————————————————————————————————

Kalau korang taktau Malaysia sekarang ni dah confirm sekurang-kurangnya dapat 2 pingat perak dari Olimpik Rio tahun ni. Pasangan beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dan pasangan regu lelaki Tan Wee Kiong dan Goh V Shem dapat masuk final, tahniah guys!

Tapi sejujurnya, korang expect tak yang team regu kita boleh pergi sejauh ni? Sebelum ni team regu kita tak femes pun, malah Chan Peng Soon and Goh Liu Ying adalah regu campuran dari Malaysia pertama layak ke Olimpik (first time bertanding adalah pada Olimpik London tahun 2012). Bagi regu lelaki Tan Wee Kiong and Goh V Shem pulak, mereka dah lama dalam industri tapi ini first time layak ke Olimpik, itupun setelah berhempas-pulas.

V Shem belah kiri dan Wee Kiong belah kanan. Gambar dari nst.com.my

Malah kita punya Oympic Chef-de-Mission (ketua operasi olimpik untuk team Malaysia) Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid kata yang dia expect pasukan memanah untuk pergi jauh bukannya team regu. Ntah macam mana, tiba-tiba power pula team badminton kita. Asal eyh?

So kitorang call bekas atlit badminton negara, Cheah Soon Kit, yang pernah menang pingat perak untuk beregu lelaki dengan Yap Kim Hock time Olimpik US 1996 (sebenarnya, Encik Cheah ni pak cik kepada salah sorang penulis CILISOS, UiHua!). Hari ni Encik Cheah sibukkan diri dia dengan team badminton kebangsaan, walaupun dia tak jaga pasangan beregu tapi dia sering dipanggil untuk kasi consultation.

Cheah Soon Kit masa muda (kiri) dan masa dia jadi jurulatih sekarang (kanan). Gambar dari alchetron.com dan fourthofficial.com

Kenapa team regu kita tiba-tiba hebat pula ni?

Encik Cheah bagitau jawapan yang berbeza untuk team regu laki dan regu campuran. Untuk regu campuran, dia kata Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya sebab dorang sangat sangat fokus!

Gambar dari thestar.com.my

Jadi sebelum ni dorang tak fokus la eyh? Menurut Encik Cheah, sebelum ni team kita tak pernah ada team regu campuran yang sehebat Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying ni.

Walaupun tak menang kat Olimpik London 2012, pasangan ini kata pengalaman mereka kat sana membantu untuk bertanding lebih hebat kat Rio Olimpik 2016:

“London merupakan Olimpik pertama kami dan harapan tu telah memakan diri, kami tidak memberi yang terbaik tapi kali ni kami telah lebih bersedia”

Nak dibandingkan empat tahun lepas, kami lebih memahami antara satu sama lain, siap pernah kalahkan top player lagi. Sekarang ni kami lebih cepat untuk tangkap rentak permainan dan fokus.” – Chan Peng Soon, dipetik oleh The Star.

Okay tu jawapan untuk regu campuran, kalau regu laki pula? Encik Cheah percaya yang regu laki ni telah melakukan yang terbaik dan boleh jadi lagi bagus sebab dah takde pressure kat dorang.

“Orang tak expect team regu laki ni untuk pergi jauh, tapi dorang berjaya ke layak separuh akhir. Masa dorang layak tu pun, dorang dah lega. Untuk team lain pula, dorang masih rasa pressure sebab dorang kena menang.” – Cheah Soon Kit, interview dengan CILISOS

Korang sedar tak yang English Premier League (EPL) lepas, pasukan bola Leicester City telah menang sebab dorang tak rasa pressure untuk menang. Coach mereka siap kata yang cara ni telah banyak membantu dorang untuk menang EPL lepas.

Kalau fokus dan pressure boleh membezakan antara menang dan kalah, adakah tu bermaksud kita tak perlu skill untuk menang? Mungkin kita dah jumpa rahsia kemenangan untuk sukan regu!?

Sebenarnya, ia lebih dari tu…

Jurulatih yang bagus dan beberapa faktor lain punca kemenangan

Cerita Hollywood macam Coach Carter dan The Blind Side lebih real sebab kalau nak diikutkan, jurulatih yang bagus main peranan yang sangat penting untuk satu team sukan tu.

Awww comel je Lee Chong Wei peluk coach dia, Misbun Sidek. Gambar dari union.ic.ac.uk

“Ada satu pepatah, pemain yang bagus tak semestinya jadi jurulatih yang bagus dan jurulatih yang bagus tak semestinya pernah jadi pemain yang bagus. Tapi lagi bagus kalau jurulatih tu pernah jadi pemain yang hebat” – Cheah Soon Kit

Encik Cheah berkata yang pepatah ni sangat bermakna sebab jurulatih boleh kongsi pengalaman dorang dengan pemain, terutama sekali waktu-waktu gentir.

“Main badminton ni bukan saja kena ada persediaan fizikal, malah mental” – Cheah Soon Kit

Sambungnya lagi, selain kena hebat bermain badminton dan menguasai skill seperti smash dan kelincahan, beregu ni kena main cara smart juga.

“Awak kena berinteraksi dengan pasangan awak, kena tau kekuatan dan kelemahan masing-masing” – Cheah Soon Kit

Selain dari tu, persediaan dari segi taktikal dan belajar pasukan penentang sangatlah penting, pastu team kena tau yang dorang ni lebih kepada attack atau defense.

Kalau kena pressure, biasanya akan berjaya

Sudah tentu bukan senang nak pikul tanggungjawab jadi wakil negara ni. Cuba bayangkan, jadi penonton je pun boleh stress apetah lagi yang tengah main kat bawah tu. Tapi sebenarnya, stress tu elok kalau kita dapat control.

Mungkin tu yang telah mendorong pasukan regu campuran kita untuk berjaya. Nak lagi berat, tanggungjawab no.1 pemain badminton dunia Lee Chong Wei dengan selambanya telah bawa balik pingat perak dari Olimpik lepas, bayangkan pressure dia untuk menang tu macam mana.

Memandangkan Lee Chong Wei ni dah makin berumur, sekurang-kurangnya sekarang ni kita dah ada pemain badminton yang boleh share tanggungjawab Lee Chong Wei. CILISOS/SOSCILI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cheah dan Yap sebab tolong kitorang buat artikel ni dan menaikkan nama negara di mata dunia dalam bidang sukan badminton.

Hopefully dengan beregu ni, kita boleh dapat pingat emas pertama kita di Olimpik Rio sebab Singapore dah ada sebiji -.-

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance