- 754Share sekarang!
- Email15
- Facebook739
- Share
Di bulan puasa ni, memang banyak betul cabaran yang datang. Cabaran menghadap traffic jam sampai tak sempat nak berbuka kat rumah. Ada juga cabaran bersesak kat bazar Ramadan tapi tak dapat beli apa yang mak mertua pesan. Sedih.
Cabaran yang kita hadap sepanjang hari ni nampaknya berselang seli dengan berita pasal serbuan pihak berkuasa terhadap kediaman bekas PM Najib Razak. Memang banyak laporan yang mengejutkan antaranya ada jumlah wang bernilai RM114 juta dari 35 beg yang dirampas. Sebelum tu, ada banyak lagi berita menggemparkan termasuk aduan bekas PM Najib yang polis ambil coklat dari peti sejuk rumahnya.
Macam-macam reaksi rakyat Malaysia dalam isu ni sampailah terkeluar idea untuk adakan satu kempen yang dikenali sebagai #chocs4cops. Kempen ni sudah dimulakan oleh Siti Kassim yang dilakukan pada 26 Mei dengan memberi coklat kepada abang dan kakak polis.
“Saya rasa sudah tiba masanya melakukan sesuatu. Ini hanya isyarat. Kami hanya ingin menunjukkan penghargaan kami terhadap tugas yang telah mereka lakukan. Mereka tidak pernah mendapat penghargaan,”- Siti Kassim petikan dari mStar.
Dari polis sampai ke bomba dapat coklat
Ada beberapa orang sama ada secara solo atau berkumpulan menyerahkan coklat kepada pihak polis di balai berdekatan diorang.
Walaupun dah ramai berjaya serahkan coklat kepada pihak polis, ada juga sebahagian pihak polis yang menolak pemberian coklat tersebut. Rakyat Malaysia tak mengalah dan terus bagi coklat kepada anggota bomba pulak termasuklah Siti Kasim.
Malah, syarikat Cadbury Malaysia pun turut menyertai kehebohan ni dengan memberi coklat-coklat diorang pada pihak bomba sebagai hadiah buka puasa percuma!
Kalau difikirkan balik, orang Malaysia memang kreatif bab-bab berkempen atau buat benda provokatif kalau ada sesuatu isu yang berlaku. Dalam kes ni sebab isu coklat tadi. Tapi ada juga beberapa kempen kreatif yang orang Malaysia buat yang jadi trending walaupun suka-suka. Lagi-lagi bab politik dengan bahang PRU-14 yang masih lagi terasa. Contohnya…
Kempen suka-suka tapi ada unsur provokatif
1) PAS berpuas hati dengan 1MDB dan Tabung Haji satu masa dulu, kini dikritik
Pada tahun lepas, Presiden 1MDB – Arul Kanda ada jumpa dengan kepimpinan PAS untuk bagi penerangan pasal 1MDB. Pertemuan tu juga disertai oleh Khalid Ibrahim (bekas MB Selangor), beberapa orang pensyarah ekonomi dan penganalisis pemasaran. Timbalan Presiden PAS – Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya ada kata yang PAS puas hati dengan penerangan Arul Kanda tu.
Tapi nampaknya, kenyataan PAS tu dah tarik banyak reaksi pihak. Macam apa yang Mahfuz Omar (MP Pokok Sena) kata ni:
“Bagaimana kita boleh berpuas hati sedangkan kita tidak faham isu 1MDB sebelum ini?” – Dipetik dari Malaysiakini.
Lim Guan Eng pulak kata – PAS macam ‘burung belatuk’ bila kata yang diorang puas hati dengan penjelasan 1MDB. Tapi bila Pakatan Harapan (PH) menang dan Laporan Audit 1MDB bukan lagi dokumen rahsia, ramai pihak yang terkejut. Ada jugak yang pening bila baca laporan tu, sebab banyak istilah ekonomi dan kewangan. Akhirnya, semuanya dikembalikan kepada PAS.
Satu masa dulu juga, PAS juga pernah menyatakan yang diorang puas hati dengan tadbir urus Tabung Haji. Disebabkan baru-baru ni ada rampasan wang dan barang mewah dari rumah Pengerusi TH, Azeez Rahim. Maka, orang kembalikan kepada PAS macam 1MDB juga.
2) Buat akaun Tinder untuk pimpinan teratas negara
Bagi korang yang tak tahu Tinder tu apa, ia adalah satu dating website yang mana korang boleh jumpa orang baru (kadang-kadang lama) dalam platform tu. Pastu, korang boleh swipe kanan kalau suka, dan swipe kiri kalau rasa takde chance. Kawan kitorang kat Cilisos pernah tulis pasal tu dan buat research macam mana korang boleh laku dalam tu. Takde la asyik jual muka kat bazar Ramadhan je kan?
Baru-baru ni, PM ke 7 kita, Tun Mahathir pun ada profile dalam tu. Tapi cuba la korang tengok, lawak tak lawaknya orang Malaysia punya kerja.
Tapi kitorang pasti, bukan Tun M yang buat sebab dia setia hujung nyawa dengan Tun Hasmah. Macam mana dengan Timbalan Perdana Menteri kita pulak?
Hero pujaan Malaya sekarang, YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia jangan dilupa.
Jangan dilupa juga bekas PM kita. Dalam kenangan…
3) Perlis Is So Small sebab krisis MB Perlis
Krisis pelantikan Menteri Besar di Perlis nampaknya semakin rumit. Majoriti ADUN BN nak adik Shahidan Kasim iaitu Ismail Kasim untuk jadi MB. Tapi, Sultan Perlis pulak berkenan Azlan Man. Akhirnya, Azlan Man angkat sumpah. Beberapa jam dari upacara itu dia telah dibuang dari UMNO yang menyebabkan dia jadi bebas.
Macam biasa kalau dah sampai berita rumit macam ni ke orang kita. Maka bermulalah trending #PerlisIsSoSmall yang sangat kreatif. Kat Facebook ada…
Dekat twitter berlambak…
Sampailah ke tahap ada keluar poster macam bawah ni…
Kempen yang serius dan bagi kesan kepada orang lain
1) Bermulanya kempen #PulangMengundi dan #CarpoolGE14
Waktu diumumkan yang tarikh mengundi jatuh pada hari Rabu, 9 Mei. Ramai yang risau takut tak sempat balik sebab logiknya Khamis esoknya semua kena pergi kerja. Tapi, nampaknya rakyat Malaysia tak mengalah bila ada gerakan #PulangMengundi dan #CarpoolGE14. Ramai yang terlibat dengan menawarkan car pool untuk pergi tempat mengundi yang sama.
Apa yang menarik, diorang yang bekerja di Semenanjung tapi mengundi di Sabah dan Sarawak juga tak dilupakan. Ada beberapa kumpulan dan individu yang tawarkan bantuan kewangan tiket penerbangan kepada yang nak pulang mengundi dengan #TabungAnakBorneo. Memang mengagumkan orang Malaysia ni!
2) Petisyen untuk dakwa seorang Datin
Ini isu luar PRU dan parti politik. Kalau korang ingat lagi, negara pernah digemparkan dengan satu berita mengenai seorang amah, Suyanti Suntrinso yang mukanya bengkak teruk dipukul oleh seorang Datin. Pada mulanya, Datin Rozita Mohamad Ali ni pada mulanya hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama 5 tahun oleh mahkamah.
Rakyat Malaysia ramai marah dan tak puas hati. Maka bermulalah petisyen ‘Calling For Equal Justice’ yang disampaikan kepada menteri terlibat bagi menuntut keadilan amah tersebut. Akhirnya Peguam Negara memfailkan notis rayuan supaya mahkamah kenakan hukuman yang lebih berat.
Media sosial tempat menyebarkan isu
Keprihatian rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu ni memang lain macam. Kadang-kadang boleh jadi provokatif dan suka-suka. Tapi, ada sesetengah isu tu, orang Malaysia akan berkempen secara serius hingga berjaya.
Walau apa pun kempen dan isu yang ditularkan, kami dari SOSCILI harap ianya tidak sesekali menyentuh apa-apa isu sensitif yang boleh memecah belahkan masayarakat. Orang Malaysia memang hebat!
- 754Share sekarang!
- Email15
- Facebook739
- Share