- 129Share sekarang!
- Email8
- Facebook121
- Share
Berita pasal seksa haiwan ni dah beberapa kali menghangatkan berita-berita di Malaysia tahun ni. Antaranya kes video seorang lelaki Malaysia yang menembak seekor monyet sebab tak panggil dia ‘baby sayang’. Video tu tular sampaikan Persatuan Haiwan Malaysia tawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat tangkap lelaki dalam video tu. Akhirnya, penjenayah tu berjaya diberkas polis dan disiasat.
Apa yang lebih menyedihkan, kat Malaysia juga rupanya, ada individu tertentu yang gunakan haiwan untuk dapatkan duit kononnya untuk dijaga. Tapi, rupanya haiwan tersebut sakit, cedera dan mati. Inilah yang berlaku pada tahun 2014. Ceritanya adalah…
Didenda oleh mahkamah kerana menyeksa 17 ekor kucing jagaan hingga ada yang mati
Pemilik Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Kampung Melayu Kepong, Nor Hazlin Binti Ibrahim dan pekerjanya, Helmy Jasman dah dikenakan hukuman denda RM800 dan RM300 kerana dah buat 17 ekor kucing sakit dan sengsara termasuk 4 ekor kucing yang mati. Hukuman tu dijatuhkan ke atas mereka selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah.
Macam mana diorang boleh kantoi?
Ini semua bermula apabila sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lakukan pemeriksaan kat Pusat Jagaan Kucing Omiey Home. Memang terbukti 17 ekor kucing dalam keadaan tenat dan sakit termasuk 4 ekor yang dah mati.
“Semasa pemeriksaan dijalankan keadaan kandang tidak bersih, berbau dan kucing-kucing kelihatan kurus, lemah dan tidak sihat.”- Petikan dari laporan kes Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Enam ekor kucing yang masih hidup dah diperintah untuk diserahkan kepada jabatan untuk tujuan pelupusan dan adoption.
Pusat Jagaan Kucing Omiey Home beroperasi semula…
Baru-baru ni, di Twitter Pusat Jagaan Kucing Omiey Home ada buat iklan untuk ambil kucing semula. Ramai juga warga Twitter yang masih merasa ragu dan bengang. Dari situ kami nak faham jugalah macam mana operasi Omiey Home. Jadi, kami ada tanya sendiri beberapa soalan. Contohnya, prosedur untuk bagi kucing. Jawabnya,
“Untuk serahan seekor RM80, kami datang pick up. Kalau setuju Whatsapp alamat penuh dan berapa ekor. Kami tak terima kucing sakit dan pregnant.”
Dalam Twitter tu, dia bagi dua nombor. Kedua-dua nombor bagi akaun bank dan mesej yang sama. Cumanya, satu tu Pusat Jagaan Kucing dan satu lagi tu Casa Del Gato Cats Home. Kedua-duanya kena bank in ke akaun Omiey Home. Kucing ni memang diorang akan jaga terus dan tak boleh ambik balik. Maknanya tak boleh boarding (asrama).
Selain tu, diorang juga sediakan servis menaja vaksin dan adopt kucing. Untuk menaja vaksin ni kempennya adalah untuk memberi vaksin kepada 350 ekor kucing yang ada secara berperingkat. Ia di bawah program Kitafund. Jadi kalau sponsor dia akan terus ke akaun Trusty Paws Klinik Haiwan Sri Rampai.
Kalau baca komen di Twitter, memang ramai yang masih rasa ragu-ragu dengan servis diorang sebab kes lama dulu. Sebab tu kami cuba dapatkan jawapan yang lebih terperinci lagi…
Kalau nak adopt kucing korang boleh datang terus
Dalam perbualan WhatsApp, kami cuba untuk tahu lebih lanjut prosedur bagi adopt kucing. Jadi, kami cubalah minta gambar untuk pilih anak kucing ke apa. Tapi, pihak Omiey Home tak bagi gambar, cuma pihaknya cakap kalau confirm boleh datang 7 September ni kat satu program ni. Dia akan masukkan kami dalam Group WhatsApp booking kucing. Ni detail program yang diorang hantar mesej.
“Misha makanan kucing dan usaha sama pusat jagaan kucing omiey home dan casa del gato cats home ingin mencatat rekod “Malaysia book of records”dalam rehome kucing terbanyak.
Dengan ini Misha makanan kucing, mengajak semua pencinta kucing datang beramai2 untuk menyokong “misi rehome dont throw”.
Sebanyak 350 ekor kucing yang telah divaksinkan akan diberikan secara PERCUMA.”
Program ni akan dijalankan di Misha Hall, Taman Botanic Klang dari 9 pagi hingga 7 malam. Siapa nak adopt kucing, hanya yang berumur 18 tahun ke atas serta seekor setiap seorang. Selepas beberapa hari, diorang ada masukkan kami dalam Group untuk booking kucing siap ada gambar dan nombor booking kalau nak.
Setakat ni, belum ada benda meragukan bila kami cuba sendiri untuk berurusan dengan mereka. Cumanya…
Kalau ada nampak pusat jagaan apa-apa haiwan peliharaan meragukan, korang lapor je
Negara kita ni lengkap dengan undang-undang dan akta. Bagi sebarang jenayah kepada binatang ada peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 1953. Ia bertujuan untuk melindungi dan menjaga kebajikan haiwan di Malaysia. Maka, sesiapa yang buat jenayah kat haiwan, memang ada peruntukan hukuman untuk mereka.
Selain tu, sebagai orang awam, korang ada hak untuk bagi apa-apa maklumat atau aduan berkiatan perlakuan kesalahan kepada Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ini antara nombor yang korang boleh hubungi:
03-8870 2000 (Talian Am)
03-8870 2017 (Talian Terus)
03-8888 6643 (Faks)
019-210 3344 (T/Bimbit)
- 129Share sekarang!
- Email8
- Facebook121
- Share