Berapa banyak Jho Low guna duit 1MDB sejak 2009? Kami cuba kira

*Artikel ini pernah diterbitkan pada 1 Ogos 2016*

(Click here to read the original article in English.)

Baru-baru ini, dalam kes perbicaraan Jho Low, pihak pendakwaan dalam sesi perbicaraan membabitkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng telah membongkarkan butiran perbelanjaan Jho Low. Antaranya, pesta liar berharga AS$3.6 juta, bayaran kepada artis seperti Leonardo DiCarpio (AS$250,000), Paris Hilton (AS$100,000), Megan Fox (AS$250,000), dan Kim Kardashian (AS$50,000).

Menurut keterangan Alex Cohen, Ketua Pegawai Kewangan Strategic Group, iaitu syarikat hiburan dan pemasaran yang mengatur parti untuk Low, dia berpesta “seperti tiada hari esok”.

___

Sekarang ni siapa la tak kenal dengan Jho Low – seorang jutawan, playboy, dan jugak bisnesman yang selalu disebut setiap kali kes 1MDB keluar kat berita.

feature image2

Baru-baru ni mungkin korang ada terdengar pasal badan kehakiman Amerika Syarikat, United States Department of Justice (DOJ) yang mengeluarkan saman sivil terhadap individu yang terlibat dengan 1MDB termasuklah Riza Aziz (anak tiri PM Najib), Malaysian Official 1 yang misteri, dan jugak playboy jutawan kita iaitu Jho Low.

Mak aih, kenapa US nak ambik pusing pasal hal Malaysia pulak? Sebabnya, kat US ada sebuah program yang dipanggil Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang bertindak untuk setel hal rasuah berkaitan ‘kleptrokrasi’ – sebuah istilah yang diguna bila pegawai kerajaan curik daripada rakyat negara dorang sendiri. Oleh kerana kes 1MDB ni membabitkan sistem perbankan US, jadi US pun masuk campur.

Jadi kami cuba teliti sikit dokumen saman ni, dan kira berapa banyak nama masing-masing disebut:

  • Malaysian Official 1 – 32 kali
  • Aziz (Riza Aziz) – 78 kali
  • LOW (Jho Low) – 290 kali!

Terkejut jugak kami bila dapat tau yang nama Jho Low ni lagi banyak keluar berbanding dua yang lain tu. Kenapa gamaknya?

Berdasarkan dokumen ni jugaklah, kami cuba kira berapa banyak Jho Low dah belanjakan semenjak tahun 2009, di mana 1MDB mula-mula ditubuhkan. Bukan senang ye kerja mengira ni semua…

Excel oh Excel.

Selain daripada dokumen lawsuit ni, kami juga ada merujuk sumber-sumber lain yang akan dinyatakan. So jom kita mula:

1. Hadiah – USD 15,100,000

Sumber:

  • USD 14,500,000 daripada dokumen DOJ.
  • +USD 600,000 daripada laporan WSJ. 
  • +USD 1,480,000 daripada sebuah video YouTube 

Antara Oktober 2009 ke Oktober 2010, DOJ mendakwa yang Jho Low memindahkan wang serata dunia, termasuklah kepada dua orang ni:

  1. Kakak dia (USD 3,500,000)
  2. Kawan dia Eric Tan Kim Loong (USD 11,000,000)

Eh awat pulak member dia dapat lagi banyak daripada kakak sendiri? Ini mungkin berkaitan dengan perbelanjaannya yang LAGI SATU, yang akan kami bincangkan kemudian.

Bukan tu je, pada tahun 2012 Jho Low membelanjakan USD 600,000 untuk hadiah hari jadi Leonardo DiCaprio, iaitu sebuah… anugerah Oskar yang dimenangi oleh Marlon Brando pada tahun 1955 (time tu DiCaprio belum menang Oscar lagi untuk filem The Revenant).

Apa yang kami tak masukkan dalam kategori ni adalah lamaran Jho Low kepada penyanyi Taiwan pada tahun 2012. AsiaOne melaporkan yang dia habiskan SGD 2 juta (sekarang ni USD 1.48 juta) untuk lamaran tu, tapi sumber ni kami tak dapat sahkan. Malangnya, lamaran Jho Low ditolak:

“Menurut Apple Daily, Hsiao, 33 tahun, menolak lamaran tersebut kerana dia hanya anggap Low, 31 tahun, sebagai seorang adik.” – AsiaOne.

https://www.youtube.com/watch?v=CY7DS6gUF0c

Yang sedihnya selepas ditolak kerana dianggap ‘adik’, Elva dengan seorang pelakon Taiwan yang dikatakan 12 tahun lagi muda daripada dia. So bila dah patah hati berulam jantung, apa lagi, maka Jho Low pergilah ber…

2. Judi – USD 26,550,090

Sumber:

  • USD 26,550,090 daripada dokumene DOJ
Imej Jho Low asal daripada The Star.

Antara Oktober 2009 ke Oktober 2010, 1MDB didakwa telah memindahkan sebanyak USD 12 juta dan USD 13.4 juta kepada beberapa syarikat yang berkaitan dengan Jho Low sebelum sampai ke dua akaun kasino di Las Vegas.

Pada tahun 2012, dokumen DOJ juga mengatakan yang Jho Low telah withdraw USD 1,150,090 dalam bentuk WANG TUNAI di Venetian Casino di Las Vegas. Dakwaan tersebut menambah yang Jho Low kemudiannya berjudi bersama Riza Aziz, Joey McFarland (penerbit The Wolf of Wall Street), dan seorang pelakon utama filem tersebut yang hanya dikenali sebagai “Hollywood Actor 1″/

Ini je bahagian dalam dokumen DOJ yang ada menyebut pasal aktiviti berjudi Jho Low. Tapi berdasarkan nombor di atas, dia dah habiskan USD 26,550,090 hanya untuk berjudi (kalah God of Gambler).

Dan of course lah kalau dah berjudi semewah tu, takkan drive ke kasino pakai MyVi instalment 9 tahun kot, paling kurang mesti kena naik…

3. Pengangkutan mewah – USD 43,354,335

Image from Sarawak Report

Sumber:

  • USD 43,354,335 daripada dokumen DOJ 

Antara 2009-2010, agaknya Jho Low dah lenguh jari dok beli beli tiket flight online tiap-tiap minggu. So daripada lepak kat first class dan tunggu waktu berlepas, baik beli jet peribadi terus, iaitu sebuah Bombardier Global 5000.

Gambar Bombardier Global 5000 yang kami jumpa kat Internet.

Jet ni dikatakan bernilai USD 35,371,335! Tapi jet je tak cukup… ye la takkan lepas turun airport naik beca je. Antara Oktober 2009 ke Oktober 2010, Low dah memindahkan USD 7,983,000 ke beberapa perkhidmatan jet dan kapal mewah.

Dokumen DOJ tak bagitau macam mana duit ni dibelanjakan, tapi Sarawak Report ada menyatakan yang pada tahun 2013, Jho Low sewa 2 jet jumbo yang penuh dengan selebriti untuk dua sambutan tahun baru di Australia dan jugak Las Vegas. Sampaikan Jamie Foxx punyalah eksaited sebab kena jemput sekali:

“Saya ada kawan, dia banyak duit dan dia terbangkan saya, Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan beberapa yang lain ke Australia. Jadi kami buat countdown kat Australia, naik flight dan buat countdown kat Vegas!” – Jamie Foxx, dalam interview dengan The Jonathan Ross Show.

Kami tak dapat sahkan yang memang Jho Low ke yang organise parti ni semua, tapi korang boleh baca laporan dari Sarawak Report dan tengok sendiri samada boleh percaya ke tak.

4. Menderma (philantrophy) – USD 101,000,000

Sumber:

  • USD 101 juta daripada sebuah artikel Forbes

Pada tahun 2015, Jho Low tengah prepare nak derma USD50 juta kepada MD Anderson Cancer Center (tambahan kepada USD1 juta yang dah diderma sebelum tu). Dalam satu interview dengan The Washington Post, Jho Low kata dia nak buat banyak lagi kerja amal jariah setelah hampir-hampir terkena kanser. Dan bila dapat tau yang ianya hanyalah satu jangkitan, Jho Low kata dia nak berubah.

“Saya rasa ini memang tanda yang fasa seterusnya dalam hidup saya haruslah berbeza, dan saya mengambil keputusan untuk menumpukan seberapa banyak usaha dan tenaga kepada Jynwel Foundation, macam perlaburan-pelaburan saya jugak.” – Jho Low, dalam interview dengan The Washington Post.

Mengikut artikel Forbes tu lagi, Jho Low jugak bagi derma kepada organisasi lain termasuklah:

Dan agak ironi la kalau nak fikir kan…

Tapi dokumen DOJ takde sebut pasal charity ni semua, so ada kemungkinan yang Jho Low tak gunakan duit 1MDB.

5. Hartanah – USD 169,610,000

Sumber:

  • USD 142,368,000 daripada dokumen DOJ

“Selamat pagi Jho –… escrow menerima dan melepaskan deposit asal pembeli Riza sebanyak $525,000. Riza menyatakan yang beliau menghantar $525,000 lagi untuk menggantikan deposit asal… Selain itu, escrow perlu mengetahui nama LLC yang Riza mahu letakkan – perkara ini adalah sangat mustahak kerana escrow perlu menyediakan pemberian surat ikatan.” – Emel yang diperoleh daripada dokumen DOJ.

Ini adalah emel antara Jho Low, Riza Aziz, dan seorang ejen hartanah. Jho Low didakwa membeli hartanah tersebut pada USD 17.5 juta melalui salah satu syarikatnya dan tolong chop untuk Riza Aziz sebab melalui emel tersebut, nampak gaya Riza macam ada problem nak bayar dulu.

Imej asal daripada Hillcrest Property daripada la.curbed.com

Tapi sampai sekarang, hartanah tersebut belum berpindah tangan, dan masih berada di bawah hak milik syarikat Jho Low. Selain daripada kondominium ni, Jho Low dikatakan dah banyak beli hartanah lain menggunakan duit 1MDB. Jho Low sendiri ada MTV crib dia sebijik.

The Oriole Mansion yang dibeli Jho Low pada USD 38,980,000. Imej dari thepinnaclelist.com

Tapi takkan beli rumah kosong je, mesti nak decorate sikit…

6. Perkhidmatan dan barangan mewah – USD 321,368,000

Sumber:

  • USD 142,368,000 daripada dokumen DOJ 
  • +USD 179,000,000 daripada The Guardian

Bila dah penat berparti dan berjudi, agaknya Jho Low nak jugak berehat kat rumah sambil menikmati karya-karya seni teragung. Kawan Jho Low iaitu Eric Tan (yang kami sebut dalam point #1), bukak sebuah akaun di Christie’s Action House, sebuah gudang karya seni di New York di bawah nama syarikat Tanore. Dengan akaun ni, dorang pun bershopping sakan la, dengan membeli 5 karya seni pada Mei 2013, dan menyumbang kepada bidaan karya seni paling besar dalam sejarah!

Dustheads lukisan Jean-Michel Basquiat yang dibeli Jho Low pada USD 48.8 juta! Imej dari Bloomberg.

Dalam tahun yang sama Jho Low beli banyak karya seni lain yang bernilai ratusan ribu hinggalah puluhan juta USD! Ini termasuklah hasil karya Vincent Van Gogh dan jugak Claude Monet. Gotta catch em all kot.

La maison de Vincent a Arles, atau The Yellow House lukisan Vincent Van Gogh. Screencap daripada justice.gov

Jumlah keseluruhan yang dibelajakan atas karya-karya seni ini dilaporkan sebanyak USD 137 juta antara tahun 2013 ke 2014. Ada yang kata Jho Low turut membeli “Women of Algiers” lukisan Picacsso, yang menjadi hasil seni termahal pernah dijual kat sebuah auction pada tahun 2015 dengan harga USD 179 juta! (Tapi yang last tu kami tak dapat sahkan.)

Nampak gayanya bila kes 1MDB ni kecoh, Jho Low terpaksa jual balik semua artwork yang dia beli pada harga yang lebih murah.

Macam mana dengan barang-barang mewah yang lain? Selain daripada lukisan, dia juga didakwa telah memindahkan jutaan USD ke pembuat berlian di Hong Kong dan jugak interio designer kat UK yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan sebanyaj… USD 142,368,000.

Tapi itu masih lagi bukan yang paling banyak…

7. Pelaburan – USD 334,751,856

Sumber:

  • USD 324,751,856 daripada dokumen DOJ 

Apa yang korang akan buat kalau korang ada banyak duit? Kalau korang tanya Jho Low, dah tentulah dia akan… buat lagi banyak duit!

Pada Oktober 2011, Jho Low join sebuah syarikat dengan nama Mubadala dan beli saham dalam salah satu kompeni muzik terbersar dunia, EMI Music. Jho Low kini merupakan pengerusi bukan eksekutif di Asia bagi EMI Music Publishing. Sebab tu la dia boleh lepak selamba dengan Alicia Keys gamaknye.

Imej daripada Sarawak Report.

Jho Low siap ajak famili sekali. Pada November 2013, Jho Low dan abangnya bekerjasama dengan Witkoff Group untuk membeli sebuah hotel yang sangat mahal di New York (kami tak masukkan dalam kategori hartanah sebab dia beli saham bangunan tersebut, bukannya bangunan tu sendiri.)

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Witkoff dan memainkan peranan penting dalam pelaburan konsortium bagi hotel New York yang sangat menarik ini.” – Jho Low, dalam kenyataan akhbar di laman web syarikatnya, jynwelcapital.com.

Dokumen DOJ ada mengatakan yang wang yang digunakan untuk pelaburan ini telah “dipindahkan dalam cara bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan jugak hakmilik perlakuan jenayah.”

Nak sembunyikan duit ni semua tak semudah ini.

Dan walaupun DOJ cuma menyatakan dua pelaburan dalam dokumen mereka, jumlah tersebut dah cukup untuk menjadikannya sebagai kategori perbelanjaan Jho Low yang terbesar.

Jadi bila kita campur perbelanjaan Jho Low daripada semua kategori…

Jumlah keseluruhan perbelanjaan Jho Low adalah USD 1,011,734,281 atau RM 4,106,578,860!!!!

RM 4.1 billion ni boleh buat apa? Nak senangkan korang, ini adalah 2/3 jumlah BR1M yang telah diperuntukkan oleh KESELURUHAN Malaysia pada tahun 2016 (iaitu sebanyak RM5.9 billion).

Seperti yang kami dah nyatakan awal-awal tadi, ini adalah jumlah perbelanjaan yang kami dapat cari, dan ada antaranya yang tak dapat disahkan sepenuhnya (kalau korang rasa kami tertinggal apa-apa, tersilap kira ke, sila bagitau ye).

Jadi kalau korang ikut laporan daripada dokumen DOJ sahaja, jumlah yang dibelanjakan adalah lebih kurang USD703 juta iaitu sangat hampir dengan jumlah yang dilaporkan The Edge dan media lain lebih kurang setahun lalu (yang menyebabkan dorang terpaksa ditutup).

Imej daripada The Edge Markets.

Dalam artikel ni kami tak sebut sangat pasal The Wolf of Wall Street (sebuah filem pasal kegiatan duit haram), sebabnya artikel ni fokus pada perbelanjaan Jho Low, dan filem tersebut adalah di bawah Riza Aziz.

Dan perlu diingatkan lagi yang perkara-perkara yang disebutkan dalam artikel ni diambil daripada saman sivil DOJ yang masih lagi dalam penyiasatan. Cuma perlu diingat, tatkala rakyat Malaysia dok marah dengan “Malaysian Official 1”, nama Jho Low sebenarnya lagi banyak keluar.

Bayangkan berapa bannyak rakyat yang boleh dibantu dengan duit sebanyak ni. Inipun perkara yang kita dah tau, macam mana dengan korupsi yang kita belum lagi tau?