- 1.1KShare sekarang!
- Email67
- Facebook1.1K
- Share
Selain anak bini, ada lagi satu benda yang buat korang gelisah kalau takde kan? Tak lain dan tak bukan, mestilah Internet. Kadang-kadang bila data habis data hujung bulan mesti korang kesepian bila ada kat luar rumah. Boleh kemurungan jadinya.
Menurut kajian Kantar TNS, 82% peratus rakyat Malaysia menggunakan internet untuk menonton video online. Kiranya 8 dari 10 orang kat sekeliling korang sekarang tengah tengok video online. Tak kiralah guna Youtube ke atau jenis yang kena subscribe macam Netflix, iflix, Tonton dan Astro Go.
Disebabkan ramainya peminat video online di Malaysia ni, maka, diorang tergolong dalam kumpulan heavy data user. Kebiasaannya, kumpulan ni akan menggunakan internet lebih 10GB ke atas sebulan.
Jadi kali ni, kami dan partner kami di Celcom akan cuba siasat berapa banyak video yang korang boleh tengok sebenarnya dengan data 10GB yang korang pakai. Buat pengetahuan korang, Celcom ada pakej Super Video Walla yang akan bagi korang 100GB untuk stream video je, tapi itu nanti kita cerita lain.
Sekarang ni, jom kira berapa banyak korang boleh tengok dengan 10GB kat Youtube, Netflix, Iflix, Tonton dan Astro Go.
1) YouTube
Youtube dan orang Malaysia memang tak boleh berpisah. Buktinya, kajian Google bagitahu yang setiap rakyat Malaysia menghabiskan masa 80 minit untuk menghadap Youtube, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding negara lain!
Video jenis apa yang korang tengok kat Youtube? Menurut VidstatsX, orang Malaysia paling banyak subcsribe tiga Youtube Channel tempatan iaitu:
- Les Copaque Production (penerbit Upin Ipin): 1.8 juta subscriber
- Monsta (penerbit Boboiboy): 1.3 juta subscriber
- Astro Gempak: 1.2 juta subscriber
Untuk Les Copaque Production dan Monsta, mungkin ibu bapa subcribe sebab senang nanti kalau anak menangis terus bagi phone untuk tengok cerita Upin Ipin dan Boboiboy. Astro Gempak pulak banyak video promo rancangan Astro dan juga beberapa video pendek bersiri. Lagi satu yang biasa kita share kat FB mestilah video Mat Luthfi yang diakui sebagai Youtuber terkenal di Malaysia.
Kalau ikut Vidstatx, Matluthfi90 berada di nombor 11 dengan 456 ribu subscriber. Kalau kita perasan, dia taklah seaktif Namewee (no 4) dan Jinny Boy (no 7), tapi videonya tetap ramai orang tengok sebab lebih kepada smart humour berbanding joke entah apa-apa. Sekarang, dia tengah mengarah sebuah filem dibawah Skop Production.
Habis bersembang pasal Matluthfi, kita berbalik kepada tiga channel lokal yang paling ramai subscribe. Kami gunakan video-video dari channel tu untuk buat pengiraan data yang digunakan setiap minit. Dengan sepuluh kali video berlainan, purata penggunaan 5.1MB seminit.
Contoh video pendek kat Astro Gempak adalah jenis bersiri Cerita Dari Mastika. Purata 13 episod video tu adalah 7 minit per episod. Jadi dengan 5.1MB seminit berapa video pendek kita boleh tengok?
5.1MB x 7 minit= 35.7 MB setiap video
10GB/35.7 MB= 280 video pendek
Bagi video panjang sikit kita ambil contoh video dari Les Copaque Production. Daripada 5 full episode yang kami ambil, purata panjang video adalah 19 minit. Jadinya,
5.1 MB x 19 minit = 96.9 MB setiap video
10GB /96.9 MB = 103 video panjang
Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:
2) Netflix
Neflix memang banyak betul pilihan movie taraf Academy Award. Apa yang menarik, Netflix ni ada juga drama eksklusif yang diorang je yang tayangkan. Antara yang pernah meletup adalah drama bersiri 13 Reasons Why. Public figure yang ada kat Malaysia pun ada yang buat review pasal drama ni antaranya Matluthfi.
Netflix menyatakan yang video berkualiti medium memakan 0.7GB (700MB) untuk sejam video. Maknanya untuk seminit ia memakan 11.7 MB/min. Drama ekslusif Netflix yang kami ambil untuk pengiraan adalah 13 Reasons Why yang mempunyai 13 episod. Setiap episod secara puratanya adalah 56 minit.
11.7MB x 56 min= 655.2MB setiap episod
10GB/655.2MB= 15 episod
Bagi movie Hollywood pulak, kami ambil tempoh tayangan purata daripada Business Insider iaitu 141.6 minit. Jadinya,
11.7MB/min x 141.6 minit= 1.7GB setiap movie
10GB/1.7GB= 6 movie Hollywood
Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:
3) iflix
Selain filem Hollywood, ramai antara kita yang semestinya masih sayang dengan drama dan filem Melayu, dan iflix memang sesuai untuk peminat-peminat ni semua. Malah ada drama Melayu yang dah tak ditayangkan kat TV, tapi korang boleh tengok balik kat iflix.
Menurut Iflix, secara kasarnya, 90 minit video akan memakan 700MB. Tapi, kami buat jugak lagi ujian sendiri. Setelah 10 kali percubaan untuk setiap video berdurasi seminit yang berbeza, puratanya adalah 10.9MB/min.
Untuk tahu berapa penggunaan data bagi setiap episod, kami telah memilih drama Juvana mewakili drama Melayu. Juvana yang ada 13 episod secara puratanya berdurasi 40 minit per episod.
Maknanya,
10.9MB/min x 40 minit = 436MB setiap episod
10GB/436 MB = 23 episod
Apa yang kami perasan, drama ni kebanyakan tak boleh download. Tapi filem-filem boleh download termasuklah filem Melayu. Apa yang menarik, sebelum download, Iflix akan bagitahu siap-siap jumlah data yang diperlukan. Jadinya, kami rujuk kepada penggunaan data untuk 10 filem Melayu dalam Iflix dengan kualiti medium.
Filem Melayu yang terlibat dalam kiraan ni adalah Duyung (90 min), Cicakman 2 (106 min), Cicakman (111 min), Karak (86 min), Mat Tudung (82 min), Ular (73 min), Hantu Kapcai (85 min), Chikaro (68 min), Hantu Tok Mudim (76 min) dan Black Maria (98 min).
Purata data diperlukan untuk setiap filem:
353MB+413MB+431MB+333MB+320MB+286MB+329MB+263MB+297MB+410MB= 3435MB
Purata data untuk satu filem,
3435MB/10= 343.5MB setiap movie
10 GB/343.5MB= 29 movie
Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:
4) Tonton
Semua pernah dengar drama bersiri Nur Kasih atau Ariana Rose di TV3, kan? Drama terbaru yang popular adalah Misteri Wan Peah. Tapi, bayangkan kalau korang diberi peluang tengok 6 bulan awal drama Melayu TV3 ni sebelum keluar kat TV. Bolehlah jadi spoiler kat FB!
Platform inilah yang telah disediakan oleh Tonton kepada subscriber diorang. Menurut emel dari Tonton Support, penggunaan data mengikut kualiti video adalah macam kat bawah ni:
- Kualiti Tinggi/HD: 16KB setiap saat
- Kualiti medium: 16KB setiap saat
- Kualiti rendah: 12KB setiap saat
Walaupun bila bukak video, kami perasan tak ada button pilihan kualiti, tapi kelajuan internet kita yang akan menentukan kualiti video tu. Jadi katakan internet 10GB korang stabil dan nak tengok drama ekslusif Tonton sekarang macam Kelip-Kelip Di Kota London. Drama ni ada 13 episod yang secara puratanya adalah 40 minit per episod.
Untuk memastikan ianya lebih tepat. Kami telah buat ujian sendiri. 10 cubaan video Tonton yang berbeza dengan durasi seminit telah dilakukan dan purata penggunaan data adalah 15.2 MB/min.
Jadinya,
15.2MB/min x 40 minit = 608MB setiap episod
10GB/608 MB = 16 Episod
Mungkin dengan 10GB korang boleh tengok 16 episod. Kiranya boleh tengoklah satu musim drama tu.
Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:
5) Astro Go
Untuk drama dan filem ni banyak betul platform yang ada. Tapi kebanyakan platform ni belum ada menyediakan siaran langsung bagi program sukan atau program hiburan. Inilah antara kelebihan Astro Go. Untuk peminat sukan bola terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL), korang memerlukan Astro Go bila waktu terdesak.
Katakanlah korang masa tu ada dalam toilet dan game team kegemaran korang dah mula. Korang boleh tengok di handphone melalui Astro Go. Menurut emel oleh We Care @ Astro, satu jam video di Astro Go menyedut data antara 300 MB hingga 700 MB.
Disebabkan jawapan ni, kami pun menguji sendiri. 10 cubaan video berbeza dengan durasi seminit telah dilakukan dan purata penggunaan data adalah 15.3 MB/min.
Bagi peminat bola, perlawan bola secara rasminya adalah 90 minit tak termasuk waktu tambahan. Jadi untuk setiap perlawanan secara mudahnya memerlukan,
15.3MB/min x 90 minit= 1.4GB setiap perlawanan
10GB/1.4GB= 7 perlawanan bola
Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:
Tapi 10GB tak cukup kalau korang guna Internet untuk benda-benda lain!
Masalahnya, data korang tu bukanlah digunakan semata-mata untuk stream video je kan. Ada yang post Instagram sejam sekali. Ada jugak yang kena guna data untuk upload dokumen.
Tapi kalau korang guna Celcom, ada cara untuk dapatkan 100GB percuma khas untuk stream video je. Pakej ni dinamakan Super Video Walla. Malah harga dia tak banyak beza pun dengan pakej postpaid yang biasa. Berapa banyak video yang korang boleh tengok dengan 100GB? Kat graf di bawah ni kami gambarkan perbezaan dia.
So, korang suka tengok video kat mana?
App lain ada jenis video yang lain untuk pengguna, ikut kegemaran korang la. YouTube contohnya ada banyak channel ilmiah macam Crash Course (pasal falsafah, sains, sejarah), TED-ed (macam-macam topik ada), ataupun Vice (koleksi dokumentari pendek yang memang menarik). Netflix pulak ada banyak rancangan bersiri Hollywood yang memang tengah hot sekarang ni macam Stranger Things dan 13 Reasons Why.
Tapi korang mesti ada pilihan korang sendiri kan. Apa rancangan atau channel YouTube kegemaran korang? Komen dan share!
- 1.1KShare sekarang!
- Email67
- Facebook1.1K
- Share