Ini SEBAB kenapa tentera Jepun GUNA BASIKAL untuk menawan Tanah Melayu

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Kebanyakan korang mesti pernah nampak gambar ni dalam buku sejarah korang.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu menggunakan basikal. Imej dari harwarezone.com.sg

Tapi sebenarnya… ada persoalan lain juga.

  • KENAPA mereka tak guna kereta je?
  • KENAPA mereka tak naik bot terus ke Singapura?
  • MANA datangnya banyak sangat basikal tu?

Pearl Harbor bukanlah serangan pertama yang terjadi pada Perang Dunia Kedua

Ini adalah laluan yang diambil oleh orang Jepun apabila mereka menyerang Malaya. Imej dari Star2

Pendudukan Jepun di Singapura sebenarnya merupakan salah satu tujuan Jepun semasa perang, disebabkan kedudukan strategiknya. Walau bagaimanapun, pihak British tahu betapa pentingnya Singapura, jadi mereka awal-awal lagi dah buat beberapa pertahanan terbaik di rantau ni dengan beberapa meriam terbesar mereka menghadap ke laut jika berlakunya sebarang serangan.

Jadi… sebab tu la kenapa Jepun datang melalui jalan darat.

Sebab Thailand bagi ruang untuk pencerobohan tu

Malah sebelum Perang Dunia Kedua bermula lagi, Jepun secara rahsia dah hantar pegawai mereka untuk menyamar sebagai pelancong biasa ke Thailand dan Malaya. Tujuannya adalah untuk mengintip sekitar kawasan tu dan mengumpulkan maklumat. Dengan cara ni lah mereka tahu kat mana nak mendarat bila mereka datang kemudian. Mejar Nakasoni yang mengetuai misi rahsia ni dengan sengaja berjalan di sepanjang pantai untuk memerhati kalau-kalau tapak pendaratan adalah sesuai, dengan mengukur kedalaman air dan pola pasang surut.

Macam merenung alam, tapi perhatikan pola pasang surut pantai. Imej dari scmp.com

Jepun merancang untuk menyerang utara Tanah Melayu dari tiga titik utama, jadi mereka perlu menggunakan pelabuhan, lapangan terbang dan kereta api di Thailand untuk sampai ke dua titik utama sebab titik pertama, iaitu Kota Bharu tu sangat mudah bagi mereka.

Jadi, mereka perlu mendapatkan pasukan tentera Thai yang bagus sebab kalau tak, serangan mereka terpaksa ditangguhkan dan… tak mengejut dah la.

Pada masa tu, Thailand masih lagi terlibat dalam pertempuran kecil dengan Perancis sebab mereka cuba untuk mengembalikan wilayah mereka yang ‘dirampas’ semasa perang Perang Perancis-Siam 1893 .

Disebabkan Jepun betul-betul nak gunakan sumber Thailand, jadi Jepun pun bertindak sebagai perunding antara Thailand dan Perancis untuk membawa kepada penyelesaian tu. Sementara tu ketika rundingan sedang berlangsung, ada perbincangan rahsia yang berlaku di sebalik pintu tertutup antara Perdana Menteri Jepun dan Thailand pada masa tu, Phibun Songkhram.

Phibun Songkhram, bertanggungjawab memberi jalan kepada tentera Jepun untuk mara ke Malaya. Imej dari cikgustpm

Tentera Jepun memintanya supaya memberi laluan bebas melalui Thailand, supaya bila tiba masa untuk mereka melakukan serangan, takkan ada sebarang halangan yang berlaku untuk menangguhkan perancangan mereka.

Tentera Thailand pula dalam masa yang sama masih lagi  mempersiapkan diri mereka kalau-kalau ada pertembungan yang berlaku. Walaupun Perdana Menteri Thailand tahu yang Jepun memang dah bersedia dari segi senjata, tapi dia sendiri tak pasti kalau Jepun boleh menang dalam menentang British dan Amerika. Dan sebab tu lah dia tak bagi komitmen sepenuhnya kepada Jepun.

Dan dengan Thailand yang berada di pihak mereka (lebih kurang laa), apa yang mereka perlukan selepas tu adalah untuk memulakan serangan…

Jadi, tentera Jepun mencuri basikal rakyat tempatan yang diimport dari… Jepun -_-“

Menjelang pagi, Jepun mempunyai 60 pesawat tentera di lapangan terbang Signora. Memandangkan Thailand tak menentang Jepun, mereka membenarkan Jepun menggunakan jalan melalui Malaya dalam infantri basikal mereka. Kalau korang nak tahu, ketenteraan Jepun tak import sendiri basikal dalam operasi ni sebab ia akan ambil masa yang panjang lebih-lebih lagi di pantai berpasir. Tapi mereka tahu yang Malaya ada banyak basikal untuk komander kerana ia diimport… dari JEPUN.

Kedatangan mereka menggunakan basikal berjaya menghasilkan unsur kejutan,  malah berjaya mengelirukan tentera lain yang sedang mempertahankan Tanah Melayu. Mereka juga tahu yang penggunaan basikal ni lebih senyap dan cepat untuk mereka mengembara.

 

Dan disebabkan Tanah Melayu pada masa tu dah pun mempunyai jalan yang agak baik, ia agak mudah bagi tentera Jepun melaluinya. Malah askar British sendiri tak dapat menghentikan tentera Jepun ni disebabkan kepantasan mereka. Kebanyakan mereka berjaya di’potong’ oleh tentera Jepun dengan basikal mereka sampaikan tentera lain ni dihalau ke dalam hutan, dan dipaksa menyerah diri.

“Mereka tak berjaya dihalang. Para tentera masih terus menunggang basikal mereka walaupun hanya dengan rim bila berhadapan dengan masalah tayar pancit”- Ernie Oei, New Straits Times, 10 Disember 2017

Disebabkan bekalan getah kurang semasa peperangan, apabila tayar mereka hancur sebab penggunaan basikal yang lama, mereka masih lagi meneruskan perjalanan mereka dengan menunggang dengan hanya rim yang tinggal, dan meneruskan penaklukan mereka.

Mengambil alih seluruh Semenanjung dalam masa kurang dari 3 bulan?!

Sementara tentera Jepun di Thailand sedang menuju ke Tanah Melayu, pasukan lain mendarat di Kota Bharu. Tentera British dan India yang tahu tentang kedatangan Jepun juga menyiapkan diri untuk serangan.

“Apabila tentera Jepun turun ke Kota Bharu sejurus selepas tengah malam pada 8 Disember, kedudukan British di pantai masih lagi kuat, dengan kotak bunker konkrit terletak setiap 100 meter di sepanjang pantai yang setiapnya dikendalikan oleh 8 hingga 10 orang.”

“Di antara peti pillbox mempunyai mesingan (machine gun). Selain tu juga, ada pagar dawai berduri setinggi 2m dan banyak periuk api yang tertanam di dalam pasir. “- Zafrani Arifin, Star2, 8 Disember 2016

Kubu peninjau British yang ditemui di Pulau Kundur Pantai di Kota Bharu yang telah digunakan pada permulaan Perang Dunia 2. Imej dari Star2

Sebenarnya terdapat 4 pertempuran utama antara Tanah Melayu dan orang Jepun sebelum Jepun sampai ke Singapura. Dari dua lagi pintu masuk utama dari Kedah dan Perak, Pertempuran Jitra dan Kampar berlaku. Serangan di Jitra adalah buruk dan terdapat banyak nyawa yang terkorban, walaupun Leftenan Jeneral Tentera British, Arthur Percival, mengarahkan semua pesawat Allied (Jepun adalah kuasa Axis) yang ditempatkan di Malaya untuk berundur ke Singapura.

Jepun kemudiannya berniat untuk menawan Kampar sebagai hadiah Tahun Baru untuk Maharaja Hirohito, jadinya mereka memenangi Pertempuran Kampar setelah 4 hari. Walau bagaimanapun, pertempuran ini adalah penting sebab walaupun Jepun menang, meriam kepunyaan Britain sangat efektif dan melemahkan Jepun.

Tentera jepun menyeberangi sungai di hutan. Imej dari Wikipedia

Dalam Pertempuran Slim River, terdapat satu contoh kekejaman Jepun yang berlaku di dalam hutan. Mereka yang tercedera di kawasan ni dibahagikan tentera Jepun kepada tahanan-tahanan yang masih boleh berjalan dan mereka yang tak boleh. Mereka yang tak dapat berjalan ditembak dan dibayonet serta mangsa yang boleh berjalan terpaksa menggali kubur untuk yang mati. Tak cukup dengan tu, mereka kemudiannya terpaksa mengangkat tentera Jepun yang cedera.

Dan disebabkan kesemua kekalahan ni, pertahanan Malaya terus mundur ke Selatan, dan sebab tu lah Kuala Lumpur jatuh di tangan Jepun tanpa pertempuran. Manakala dalam Pertempuran Muar, terdapat kekejaman yang jauh lebih buruk berlaku. Mereka yang cedera diseksa dan dibunuh. Beberapa orang askar yang tercedera telah ditangkap oleh tentera Jepun, kemudiannya disiram petrol dan dinyalakan api, dikatakan bertujuan untuk “membuang bukti jenayah perang.”

Selepas tu, apa yang tinggal adalah Singapura – yang dikenali sebagai “Gibraltar of the East”, dengan meriam besar-besaran dan salah sebuah pelabuhan yang paling banyak dipertahankan di dunia pada masa tu. Pengepungan Perang Dunia Kedua diketahui bertahan lama… di mana  dari beberapa minggu hingga 9 bulan!

Imej dari Wikipedia

Tapi Jepun berjaya membuatkan Singapura menyerah diri dalam masa kurang dari seminggu

Pada 8 Februari 1942, seramai 23,000 tentera Jepun menyerang Singapura. Ada yang datang dari Selat Johor di dalam perahu yang boleh dilipat dan yang lain berjalan di atas Tambak. Mereka menawan Bukit Timah memandangkan ia merupakan titik tertinggi di Singapura dan mempunyai banyak bekalan British.

Kemudian mereka mendapat bekalan air utama dan membunuh semua pesakit di Alexandra Military Hospital. Pada waktu tu, sangat sukar bagi tentera bersekutu untuk menang sebab ramai tentera lain yang meninggal dalam peperangan yang lebih kecil dengan Jepun.

Tentera Inggeris yang ditahan dan diacukan senjata. Imej dari Pinterest

Korang ingat lagi tak pasal Arthur Percival yang berundur dari Pertempuran Jitra? Dia kemudiannya diberitahu oleh pegawai kanannya yang serangan balas mereka kemungkinannya akan gagal selepas pembunuhan beramai-ramai Alexandra Military Hospital, dan mereka cuma ada bekalan air yang mencukupi untuk 24 jam akan datang.

Jadi seminggu kemudian pada 15 Februari 1942, Percival dan kumpulannya bertemu dengan Leftenan Jeneral Jepun, Yamashita di ibu pejabat Jepun di Bukit Timah. Dan secara rasminya, mereka menyerahkan Singapura kepada tentera Jepun.

Yamashita adalah di tengah-tengah dan Percival berada di sebelah yang bertentangan antara pegawai-pegawainya. Imej dari Wikipedia

Kejatuhan Singapura di tangan Jepun merupakan satu penghinaan bagi kerajaan British. Tentera Jepun yang sebelumnya selalu digambarkan sebagai askar yang lemah sebab hanya mampu berperang melawan orang Cina nampaknya membuat kejutan.

Tentera bersekutu tak pernah menyangka yang mereka dapat dikalahkan tentera Jepun sebab selama ni, mereka pandang rendah pada tentera Jepun. Selepas penyerahan, Perdana Menteri Britain pada masa tu menyebut tentang kejatuhan Singapura ke tangan Jepun…

“…bencana paling teruk dan ini merupakan penyerahan terbesar dalam sejarah Inggeris” – Winston Churchill, petikan dari National Museum Australia

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)