Ini sebab kenapa orang ramai TAK PATUT merungut bila terowong SMART ditutup

(Click here to read the original article in English)

Bagi yang terlepas baca berita pasal penutupan terowong SMART disebabkan hujan lebat hari tu, boleh baca dekat artikel The Star di sini.

Apa yang kelakarnya, ada beberapa komen dari pengguna Facebook di page The Star Online dengan punchline tipikal “nampaknya terowong SMART ni takde lah SMART mana

Bacalah komen-komen dorang ni. Imej dari Facebook

Berdasarkan komen-komen ini, kami sedar ramai yang masih tak tahu macam mana terowong SMART berfungsi. Kami dekat sini berbesar hati nak tolong jelaskan untuk korang….

Terowong SMART memang kena tutup masa hujan lebat

Perkara pertama korang kena tahu, perkataan SMART dalam terowong SMART membawa maksud kepada Pengurusan Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (Stormwater Management and Road Tunnel). So bila korang cakap terowong SMART, korang sebenarnya refer kepada Stormwater Management and Road Tunnel!

Nama je terowong SMART tapi takdelah smart macam smartphone atau macam apa yang korang bayangkan.

Terowong SMART kini ada Stories! Imej asal dari Says

Tujuan terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku kat KL dan untuk kurangkan kesesakan jalan raya. Jadi macam mana ia berfungsi? Dengan menjadi terowong dwi-fungsi. Pertama, berfungsi untuk laluan kereta dan kedua berfungsi untuk membendung dan mengalirkan banjir kilat. Terowong ni ada dua level, terowong laluan untuk kereta manakala laluan air banjir di bawah terowong laluan kereta.

Gambaran struktur terowong SMART. Imej dari Its International via Visual News

Kejayaan terowong ini dalam menyelesaikan masalah banjir kilat telah terbukti melalui pengiktirafan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan anugerah UN-Habitat Scroll of Honour pada tahun 2011. Buat pengetahuan korang, anugerah ini diberi bagi mengiktiraf sumbangan besar kepada pembangunan penempatan. Hebat kan? Selain itu, terowong ini pernah juga disenaraikan dalam 10 terowong terhebat dunia oleh CNN.

Terowong SMART merupakan terowong air banjir terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Terowong ini direka mempunyai 4 mod operasi dan untuk faham konsep terowong ni senang je.

Imej dari Smart Tunnel

Mod 1 dan Mod 2 fungsinya sama je, di mana laluan terowong untuk kereta masih dibuka. Tapi bila air hujan mencapai tahap tertentu macam dalam Mod 3 – lalu lintas trafik dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga kalau hujan lebat tak berhenti. Kalau hujan semakin lebat, Mod 4 diaktifkan dan kedua-dua laluan kereta dan laluan air banjir akan dipenuhi dengan air. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini.

Nak buka semula terowong SMART akan ambil masa yang lama

Kebiasaannya, penutupan terowong akan ambil masa 2 hari je tapi kalau serius sangat, boleh makan masa sampai 4 hari jugalah untuk tunggu terowong ni dibuka semula.

Ini disebabkan bila air banjir dah dialirkan keluar ke sungai, terowong ni nak kena check semula sebelum nak buat proses pembersihan. Terowong akan dibasuh dengan cara pembasuhan tekanan tinggi (fuhh, cuba bayangkan bunyi gema WHOOSH dari dalam terowong) dan juga pekerja khas Pembersihan Alam Flora untuk bersihkan terowong SMART. Bila semuanya dah siap barulah terowong ini boleh dibuka semula.

Mungkin macam nilah cara dorang cuci terowong SMART. Imej dari Giphy.com

Tambahan pula, terowong ni pun kadang-kadang kena tutup sebab proses penyelenggaraan setiap beberapa bulan supaya ia boleh berfungsi dengan baik. Proses penyelenggaraan ni ambil masa semalaman jadi bila terowong ditutup disebabkan hal ni, media dan laman web seperti PSA akan laporkan walaupun malam-malam trafik tak teruk sangat.

Tajuk utama berita mengenai penutupan terowong SMART. Imej dari The Star

Jadi, lain kali kalau terowong SMART kena tutup sebab banjir, jangan risau, terowong tu buat kerja dia je.

Sebenarnya…terowong SMART mungkin akan ditutup lebih kerap sebab KL asyik banjir tak habis-habis

Banjir di KL pada tahun 1971 yang telah meragut 32 nyawa. Imej dari Malaysia Today

Seperti yang kita tahu, KL terdedah kepada banjir kilat atas sebab-sebab ni: sistem saliran yang teruk, ribut setempat dan pembangunan bandar.

Terdapat laporan lama dulu mengenai penutupan terowong SMART disebabkan hujan lebat, dan di antara Januari 2007 sehingga Julai 2010, ia telah berjaya menghalang 7 banjir kilat yang berpotensi berlaku di KL! So nampaknya terowong SMART memang dah terbukti berkesan dalam menghalang banjir. Tapi tulah, setakat ni hanya ada satu je terowong SMART kat Malaysia jadinya akan ada tempat yang terdedah dengan banjir juga.

Kita ambil contoh setahun yang lalu di mana berlaku banjir berdekatan Jalan Duta dan Universiti Malaya yang menyebabkan lebih 100 buah kereta terkandas. Kedudukan Universiti Malaya adalah kira-kira setengah jam dari luar pusat bandar dan juga di luar dari kawasan ‘perlindungan’ terowong SMART so sebab tulah kawasan tu selalu kena.

Banjir kilat ni jadi semakin teruk apabila ada yang terkorban pada tahun 1971!

Jangan pliss…Imej dari The Star

Sementara terowong SMART melakukan tugasnya dengan cemerlang, kita juga boleh menyumbang dengan tidak membuang sampah merata tempat kat dalam longkang. Isu ini telah dibangkitkan oleh Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin dalam suratnya pada Malaysia Kini:

“Orang awam kena tahu yang longkang bukan tempat buang sampah…Ada banyak lagi fasiliti kat luar sana yang sediakan tempat buang sampah dan kita sepatutnya guna apa yang dah disediakan.” – Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin. Dipetik dari Malaysia Kini.