- 25Share sekarang!
- Email1
- Facebook24
- Share
Kecoh semua orang kebelakangan ini apabila viral satu berita mengenai harga barang akan naik sebanyak 20% bermula bulan Ogos nanti. Katanya ada dua sebab kenaikan berlaku, iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.
Hal ini telah menimbulkan pelbagai rekasi dari warganet Malaysia. Ada yang mengatakan ini semua kerana nila matawang kita jatuh sebab itulah harga barang naik. Ramai juga tak boleh duduk diam, kerana memikirkan nasib pada bulan Oktober nanti.
Disebalik kegelisahan rakyat dengan harga barang naik ini, tahukah awak yang sebenarnya inflasi makanan kita antara terendah berbanding negara jiran (Asia Tenggara). Tak caya? mari lihat Malaysia punya dahulu:
Berdasarkan carta palang di atas, nak kata memberangsangkan tak juga, kerana ada naik dan turun. Namun, pada hujung bulan April memasuki bulan Mei, inflasi makanan kita menurun drastik pada 5.9% sahaja.
Mari kita lihat inflasi makanan negara jiran lain pula…
1. Timor-Leste: Jauh bagaikan langit dan bumi
Tidak dinafikan lagi memang Timor-Leste sejak dari dulu lagi inflasi makanan mereka antara tertinggi di Asia Tenggara (baru-baru ini mereka mencapai 10.9% pada bulan Mac 2023). Negara ini dikatakan pernah mengalami inflasi makanan tetinggi iaitu, 47.84% pada bulan Februari 2013.
Kebergantungan pada barang import sahaja menjadikan ia faktor kenaikan inflasi makanan di Timor-Leste. Selain itu, memandangkan Timor-Leste menggunakan matawang dollar, jadi amat sukar untuk kerajaan mengawal inflasi.
Sebenarnya, Timor-Leste ada juga mengeluarkan barang sendiri dan dieksport. Contohnya, biji kopi mereka antara terkenal di seluruh dunia. Pada tahun 2021, negara ini pernah mengkesport biji kopi sebanyak $16.3 juta.
2. Singapura: Meskipun menurun tetapi tetap tinggi
Kita pergi ke negara yang claim makanan tepi jalan mereka lagi sedap dari Malaysia (hanya bercanda jangan marah warga Singapura). Baiklah, apa yang kita boleh lihat, kadar inflasi Singapura agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan Malaysia.
Namun, ia juga merupakan satu pencapaian bagi Singapura kerana graf menunjukkan daripada awal tahun, kadar inflasi sentiasa menurun. Berbanding dengan Malaysia kadar inflasi kita seperti naik bukit-bukau.
Katanya, Singapura bakal membuat pelan perancangan panjang untuk mencapai inflasi makanan serendah 2.70 pada tahun 2024. Lepas ni, makanan tepi jalan Singapura mungkin lebih sedap berbanding Malaysia sebab harga murah (sekadar gurauan, jangan marah).
3 negara jiran ini mempunyai inflasi makanan rendah berbanding Malaysia
Mungkin awak akan terkejut, tetapi terdapat beberapa negara jiran kita yang mempunyai inflasi makanan terendah di Asia Tenggara dan juga berbanding Malaysia.
Pertama, Indonesia:
source: tradingeconomics.com
Boleh lihat graf di atas ini sangat memberangsangkan kerana pada awal tahun sahaja Indonesia mencapai inflasi makanan tertinggi sebanyak 7.23%. Paling menarik apabila inflasi makanan mereka turun mendadak hingga 2.85% daripada sebelumnya 4.27%.
Vietnam
source: tradingeconomics.com
Vietnam juga mempunyai inflasi makanan rendah meskipun pada awal tahun ia semakin meningkat, tapi mereka tetap kekal dengan 3% sahaja. Mereka juga pernah mencapai peratus inflasi makanan terendah, iaitu 2.1% sahaja.
Kemboja
source: tradingeconomics.com
Pada bulan Jun hingga Julai 2022, Kemboja mencapai inflasi makanan tertinggi sebanyak 6.5%. Akan tetapi, tahun ini inflasi makanan mereka sangat memberangsangkan kerana pada bulan April 2023, jumlah inflasi makanan dicapai 2.26% sahaja.
Kiranya, negara kita kalau ikut ranking, berada di tengah-tengah, tinggi sangat pun tidak dan rendah sangat pun tidak. Akan tetapi, boleh dikatakan penurunan inflasi makanan kita semakin baik jika dilihat pada bulan April 2023.
Harga barang naik 20% itu satu ramalan sahaja
Sewaktu rakyat Malaysia pening kepala memikirkan harga barang naik menjelang Ogos nanti, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan kenyataan tersebut.
Hal ini kerana kadar inflasi negara kita menunjukkan penurunan yang sangat baik pada tahun ini berbanding sebelumnya.
“Saya lihat dalam beberapa media hari ini bahawa dalam bulan Ogos ini, harga barang naik 20 peratus. Macam mana dia tilik, mana dia rujuk, Nujum Pak Belalang ke dia ini, bulan Ogos harga naik.”
Fahmi Fadzil
Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja pada bulan Ogos nanti sama ada naik atau turun…
- 25Share sekarang!
- Email1
- Facebook24
- Share