- 3.0KShare sekarang!
- Email9
- Facebook3.0K
- Share
(Read the original article in English!)
Korang mesti pernah dengar pasal cerita Puteri Gunung Ledang kan? Dia ni punya lah lawa sampai Sultan Melaka nak kawen dengan dia. Tapi Puteri ni memang demand. Ada yang kata dia saje nak meng-friendzone-kan Sultan, so dia mintak benda-benda pelik termasuklah:
- Jambatan emas dari gunung ke Melaka
- Jambatan emas dari Melaka ke gunung (haha pergi balik jambatan lain ok?)
- 7 baldi air mata anak dara
- 7 baldi air dari buah petai
- 7 talam hati kuman
- 7 talam hati nyamuk
- Satu mangkuk perak yang berisi darah anak Sultan
Hah itu dulu. Sekarang ni pemimpin-pemimpin kita tak payah mintak pun orang datang jugak bagi hadiah pelik-pelik, dengan Tun M yang menang award bagi penyimpan paling banyak hadiah sampai kena ditempatkan di sebuah muzium khas iaitu Galeria Perdana di Kedah.
Jadi kitorang pun usha sikit hadiah-hadiah pelik macam mana yang pemimpin kita pernah dapat, dan kitorang kelaskan kepada 5 kategori…
1. Patung-patung binatang
Patung-patung binatang ni ibarat keychain tahap orang-orang bangsawan la, sebab tu la ia popular sangat untuk dijadikan hadiah. Punyalah banyak hadiah-hadiah macam ni sampai penuh satu bahagian kat Galeria Perdana dengan beruang kutub, badak air, badak sumbu dan banyak lagi.
Kira normal la kalau mana-mana negara bagi binatang yang datang dari tempat masing-masing ye tak, tapi yang musykilnya beruang kutub tu diberi oleh benua Afrika. Ni mesti kes nak bagi hadiah last minute pastu singgah kat airport je gamaknye.
2. Senjata
Pistol emas dan senapang AK-47, hah macam filem John Woo dah kitorang tengok. Ak-47 adalah pemberian daripada Russia dan pistol-pistol emas pula adalah hadiah dari negara-negara barat yang senapang ni memang dorang buat jadi mas kahwin je. Tun M punyalah minat akan senjata api sampaikan dalam buku Doctor M: Operation Malaysia, ada bab yang bertajuk The Man with the Golden Guns.
Asalkan pistol-pistol ni tak jatuh ke tangan menteri yang suka hayun keris sudah la kan.
3. Kenderaan
Oleh kerana Tun M ni peminat kereta, Galeria Perdana menempatkan beberapa koleksi peribadi Tun M serta kereta yang dihadiahkan kerajaan luar, termasuklah Pontiac, Lincoln, dan Daihatsu Mira.
Tapi yang paling gempak adalah MPV besar gedabak yang datang dari Ireland, dan sebuah kereta kuda stail kerabat diraja British zaman Cinderella dulu, datangnya dari Argentina. Kereta kuda ni kalau parking kat Parlimen berapa ringgit kena bayar eh.
4. Gambar-gambar Dr Mahathir
Kita rakyat marhaen ni selalunya dapat print selfie atas mug dan t-shirt je. Tapi untuk Tun M, dah tak terkira banyaknya potret yang dihadiahkan. Pastu muka kat potret tu pun muda remaja je tanpa jerawat dan kebimbangan.
5. Binatang
Kalau korang ingat cerita Puteri Gunung Ledang tadi, dia mintak hadiah sebab nak beradab je. Yelah, dengan kerabat diraja kot, takkan lah nak kata “Saya tak hingin kthxbai”. Kena lah tolak secara halus, jadi kenalah berkias.
Untuk Malaysia, kita dihadiahkan (pinjam sebenarnya) dua ekor panda gergasi melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Yang menariknya tentang hadiah panda-panda gergasi ni, ada beberapa syarat macam Puteri Gunung Ledang gak:
- Kita bayar USD 1 juta setahun kepada China selama 10 tahun (dalam USD tau jadi kalau USD tinggi, tinggi la bayaran)
- Kalau panda lahirkan anak, anak panda tu dipulangkan kepada China selepas 2 tahun
- Seekor anak panda yang lahir di Malaysia, kita kena bayar China USD 640 ribu.
- Kos untuk menempatkan pasangan panda dianggarkan memakan belanja RM25 juta
- RM 15 juta dibayar oleh 1MDB manakala bakinya oleh kerajaan.
Jadi sebenarnya hadiah ni dikira sebagai diplomasi panda yang memang diamalkan oleh negara China sejak turun temurun lagi.
Hadiah Bonus: Ketahian yang lain
Ketahian bukan sebab hadiah tu entah apa-apa. Tapi itulah bentuk hadiah yang diberikan daripada UMNO cawangan Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng. Kek berbentuk tahi manusia bersempena hari jadi Lim Guan Eng sebagai simbolik kepada beliau kerana “menjadikan Pulau Pinang macam pulau tahi”.
“Orang lain tak boleh bagi (hadiah ‘tahi manusia’), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam ‘pulau tahi’,” – Mohamed Ghani Abd Jiman, dipetik dari MiloSuam.
UPDATE 13 OKTOBER 2016: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng telah menerima hadiah berupa dua buah penyapu daripada ahli Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) sebagai simbolik bantahan penganjuran siri jelajah BERSIH 5 di Pulau Pinang.
“Sebagai pemimpin, Guan Eng seharusnya membersihkan dirinya terlebih dahulu dalam kes tuduhan rasuah yang dihadapinya sebelum menyokong Bersih 5.”- Presiden PKIM, Aminah Abdullah. Dipetik daripada Harian Metro.
Ucapan terima kasih kepada En. Mohd. Najib, Pegawai Galeria Perdana Langkawi di atas pertolongan. Kami ada je try call Pejabat Ketua Pengarah, Muzium Malaysia tapi dorang letak telefon bila kami sebut nama Cilisos Media. Ye la time tu tak berapa femes lagi kan.
- 3.0KShare sekarang!
- Email9
- Facebook3.0K
- Share